Pilih rezeki yang halal lagi baik

Manusia memerlukan makan sebagai sumber tenaga untuk hidup. Lantaran ini slogan “Makan untuk hidup” lazimnya bertukar menjadi “Hidup untuk makan” apabila nafsu makan seseorang individu sudah berada ditahap luar kawalannya sendiri. Namun teori ini tidak semestinya benar lebih-lebih lagi jika makanan yang diambil itu adalah berkhasiat dan sesuai dengan tumbesar dirinya sendiri serta tidak mengakibatkan obesity meskipun ianya berlebih. Sebagai contohnya; pengambilan bijirin seperti quaker oat atau herba serta sayuran sebagai makanan rutin dengan kadar yang banyak adalah baik untuk kesihatan kerana ia tidak berlemak dan berkolestrol yang boleh menambah kegemukkan dan mendatangkan penyakit. Malah ini bukan bererti tubuh manusia begitu juga dengan haiwan tidak memerlukan lemak dan kolestrol secara total. Lemak sebenarnya berperanan sebagai pembekal tenaga kepada species manusia dan juga haiwan untuk melakukan segala bentuk aktiviti yang memerlukan kecerdasan fizikal. Akan tetapi kelebihan lemak yang tidak dibakar sebagai tenaga boleh mengundang bahaya kepada empunya badan. Justeru, didapati dalam sector ibadah kerohanian umat Islam seperti solat, puasa dan ibadat haji begitu menitik beratkan tentang pergerakan anggota jasmani dan ketenangan spiritual sebagai satu aktiviti senaman secara tidak langsung disamping mengutamakan penghayatannya dalam usaha untuk menambah pahala serta meningkatkan tahap keimanan seseorang.

Dalam konteks pemilihan jenis permakanan, Islam memokuskan kepada dua item utama iaitu; “ halal” dan “baik” sebagaimana yang dinyatakan dalam mafhum firman Allah: “Makanlah yang halal dan yang baik (taiyyiban) daripada rezeki yang dikurniakan Allah kepada kamu. Dan takutlah kepada Allah yang mana kepadaNya kamu beriman”. (surah al-Maidah, ayat 88). Yang dimaksudkan dengan istilah halal dalam mafhum ayat ini ialah lawan bagi istilah haram samada haram tersebut secara maknawi seperti hasil rezeki yang diperolehi melalui perniagaan dadah, penipuan, pelacuran, judi, rompakan, pencurian dan sebagainya ataupun rezeki haram secara zatti sepertimana yang dinyatakan dalam mafhum firman Allah “”Sesungguhnya Allah mengharamkan kepadamu bangkai, darah dan daging babi dan haiwan yang disembelih bukan dengan nama Allah (Surah al-Baqarah, ayat 173).

Menurut Tafsir al-Jalalain dan al-Tafsir al-Wajiz ala Hamisy al-Quran al-‘Adzim; Segala jenis bangkai kecuali ikan dan belalang, darah yang mengalir kecuali limpa dan hati, daging babi dan semua anggota badannya serta haiwan-haiwan yang disembelih atas dasar syirik terhadap Allah adalah haram dimakan kecuali jika seseorang itu berada dalam keadaan terdesak kelaparan. Maka dalam situasi terdesak itu, individu terbabit diharuskan mengambil bahan-bahan makanan yang haram tersebut sekadar sebagai sumber tenaga sementara menemui sumber tenaga yang halal lagi baik di sisi syarak.

Manakala istilah baik (taiyyiban) pula adalah bergantung kepada keperluan tubuh demi kesihatan seseorang dan bukannya demi selera individu tersebut. Dengan kata lain, berkolestrol tinggi seperti daging lembu dan juga lemaknya adalah baik atau taiyyiban bagi mereka yang mengidap penyakit darah rendah tetapi ia adalah sebaliknya bagi pengidap penyakit darah tinggi. Disamping itu, dalam konteks pemilihan makanan yang halal lagi baik, perlu difahami juga bahawa bukan semua yang halal itu baik jika proses pemilihan makanan sebagai sumber tenaga telah melanggar etika piawaian kesihatan yang sepatutnya. dalam pada itu perlu diingatkan bahawa semua makanan yang baik dari segi syarak adalah halal tetapi bukan semua sumber makanan yang halal itu adalah baik kerana ia bergantung kepada tahap kesihatan seseorang yang terbabit. Di akhir ayat ini, Allah berpesan kepada golongan yang beriman agar sentiasa bertakwa kepadaNya kerana sifat taqwa itulah yang mampu menyelamatkan seseorang agar tidak lalai terhadap apa yang diperintah dan ditegah oleh Allah ke atas diri mereka.

Sementara mafhum firman Allah dalam surah al-Baqarah, ayat 172 “Wahai orang-orang yang beriman makanlah segala apa yang baik yang telah Kami kurniakan kepada kamu dan bersyukurkan kepada Allah jika hanya Dia sahaja yang kamu sembah”. Selain dari merupakan satu arahan rasmi daripada Yang Maha Esa kepada golongan mereka yang beriman kepadaNya, mafhum nas ini juga merupakan satu dalil bahawa segala rezeki yang baik itu adalah halal. Disamping itu, di akhir mafhum ayat ini Allah juga mengingatkan golongan tersebut agar sentiasa bersyukur dengan limpah kurnia nikmat rezekiNya seperti hasil zakat perniagaan, ternakan dan pertanian dengan mengeluar sedekah dan juga zakat kepada pihak-pihak yang memerlukan sebagai tanda terima kasih kepada Yang Maha Esa. Ini kerana proses pengeluaran sedekah atau zakat sebenarnya merupakan satu proses penyerahan hak milik kepada yang berhak memilikinya dan ia bukan milik si pengeluar sedekah atau zakat tersebut. Dalam pada itu, proses ini juga turut mendatangkan kesuburan dan keberkatan kepada hasil rezeki yang diperolehi berasaskan keredhaan Ilahi.

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: