Perkembangan Bandar-Bandar Islam Silam di Timur Tengah

makkahm

Kemunculan serta perkembangan bandar-bandar Islam selari dengan perkembangan ajaran Islam dan pentadbiran politik di Tanah Arab. Antara bandar-bandar tersebut ialah al-Madinah al-Munawwarah, Damsyk, Basrah, Kufah dan Baghdad. Bandar Islam pertama ialah Madinah (Yastrib) yang dibentuk selepas penghijrahan Rasulullah ke sana pada tahun 622M. Kewujudan dan pembentukannya merupakan asas kepada perkembangan perbandaran Islam selanjutnya. Terdahulu daripada ini, masyarakat Arab Jahiliyyah memang tersohor dengan keunikan ukiran dan seni bina. Di Yastrib dan San’aa, bandar dipagari tembok kukuh dan salah satu pintunya dilengkapi dengan loceng yang berbunyi ketika dimasuki dan dapat didengari bunyi tersebut dari jauh. Bandar dan kota berkubu dibina dengan kepingan-kepingan batu berbentuk segi empat tau bujur untuk lantai. Rumah-rumah pula dihias dengan cat dinding (campuran kapur dan air) dan batu-bata yang dibakar disamping menggunakan bahan-bahan logam yang mutu tinggi. Mereka juga mengawal air hujan yang turun di jalan-jalan dengan menyalurkannya ke wadi bagi mengelak berlakunya banjir.

Madinah merupakan kota suci kedua selepas Makkah. Menurut Yaqut Hamawi dalam Mu’jam al-Buldan, terdapat sebanyak 29 nama bagi Madinah. Sementara al-Hamzani meriwayatkan hadis daripada Rasullulah bahawa Madinah mempunyai 10 nama tetapi dalam kiraannya adalah 12, iaitu Taiyyibah, al-Baqiyah, al-Muwaffiyah, al-Miskinah, al-Mubarakah, al-Mahfazah, al-Muharramah, al’Uzra, al-Muslimah, al-Muqaddasah, al-Syafiyah dan al-Marzuqah. Lantaran terlalu cintakan Madinah, Rasulullah pernah mendoakan “Ya Allah! Jadikanlah kami orang-orang yang mencintai Madinah sepertimana Engkau jadikan kami mencintai Makkah”. 5 langkah utama dilaksanakan oleh Rasulullah memperkemaskinikan perbandaran Madinah iaitu;

Pertama: Membina masjid sebagai satu majlis forum bagi para pengikutnya.

Kedua: Memulih jiwa kaum Muhajirin dan menjalinkan persaudaraan antara golongan Muhajirin dan Ansar.

Ketiga: Menetapkan secara jelas hak-hak serta tanggungjawab antara kaum Muhajirin dan Ansar.

Keempat: Mengadakan perjanjian dengan golongan bukan Islam khususnya Yahudi.

Kelima: Mewujudkan perjanjian atau piagam bagi tujuan pentadbiran dan pertahanan Madinah.

Antara keistimewaan Madinah ialah; ia adalah bumi mulia yang terselamat daripada penyakit taun dan dajjal, sebahagian ayat-ayat al-Quran diturunkan di bumi ini, difardhukan yang fardhu dan disunatkan apa yang sunat. Di bumi ini juga terdapat kubur Rasulullah, para sahabat, isteri-isterinya yang mulia dan rawdah (taman) daripada taman-taman syurga (lokasinya antara mimbar dan makam Rasulullah). Dari sudut perancangan bandar, Madinah memiliki tembok dan Masjid Nabawi terletak di pusat bandar. Disekitarnya terdapat rumah-rumah yang didiami leh golongan muhajirin dan juga musalla yang digunakan untuk solat Aidil-Fitri dan Aidil-Adha. Pasar utamanya, Baqi’ al-Khail yang merupakan kawasan terbuka bagi perdagangan luas juga terletak di pusat bandar. Pasar ini bebas daripada sebarang bentuk cukai hingga muncul zaman Muawiyah barulah ia dikenakan cukai. Malah pada zaman pemerintahan Hisyam bin Abdul Malik, semua kedai terletak dalam sebuah bangunan pasar dan pejabat Agoranomos ditubuhkan di rumah Ma’mar al-Adawi.

Selepas kewafatan Rasulullah, Madinah masih lagi merupakan pusat pemerintahan kerajaan Islam dan diterajui oleh Khulafa’ al-Rasyidin (11H-40H). Disamping itu, pada zaman Khulafa’ al-Rasyidin, perbandaran Islam di Timur Tengah semakin pesat maju dan makmur. Bandar-bandar seperti Basrah, Kufah, Jabalah, Tawwaj, Fustat, Hadithah, al-Mawsil, Hadith al-Furat dan Qazwin diasaskan dalam tempoh 30 tahun. Kemajuan bandar-bandar tersebut tertumpu dalam sector pendidikan ilmiah dan perdagangan berstatus antarabangsa.

Pada asalnya umat Islam Arab memulakan gerakan reformasi perbandaran dengan pembukaan bandar-bandar garison (pusat tentera). Lama-kelamaan status Bandar-bandar tersebut berubah dan mulai berperanan sebagai pusat-pusat dakwah Islamiyyah. Selepas berakhir era Khulafa al-Rasyidin, Muawiyah bin Abi Sufyan mengambilkan memindahkan pusat pemerintahan di Madinah ke Dimsyk. Selain daripada pembinaan dan pengubahsuaian masjid, pembinaan bilik-bilik mandi demi menjaga kesihatan dan keselesaan rakyat turut diberi keutamaan pada zaman ini. Disamping itu, terdapat sebanyak 500 buah tanah perkuburan di Dimsyk dan 70,000 buah kubur para syuhada’. Menurut catatan Naji Maaruf dalam kitabnya, ‘Urubah al-Mudun al-Islamiyyah, halaman 49-53 mengatakan; Semasa pemerintahan khulafa Bani Umaiyyah di Dimsyk (Syam) sekitar tahun 40H-132H, sebanyak 28 buah Bandar baru telah dibina bermula dari zaman khalifah Muawiyah bin Abi Sufyan hinggalah ke zaman khalifah terakhirnya Marwan bin Muhammad. Bandar-bandar tersebut ialah: Mukran, Qayrawan, Hulwan Misr, Bajadda, Wasit, ‘Askar Mukram, al-Nil, Qum, Shiraz, al-Ramalah, Jurjan, al-Mahfuzah, Asad abaz, al-Mansurah, al-Hur, Wasit al-Riqqat, Kufur Lab, Tunis, Rusafah Hisham, Akkah, Hadith al-Mawsil, Maraghah, Warthan, Qasr Ibn Hubayrah, Hisn Mansur, Salamiyyah, Mar’arsh dan Munatsir.

Dalam catitannya, Naji juga mengatakan bahawa gerakan perbandaran begitu pesat berkembang pada zaman pemerintahan ‘Abbasiyyah (132H-656H) berbanding dengan zaman pemerintahan Bani Umaiyyah. Sepanjang 3 abad, para khulafa kerajaan Bani ‘Abbasiyyah mampu dan berjaya mengasaskan lebih daripada 50 buah kota dan Bandar. Antaranya ialah Hasyimiyyah al-Kufah, Nasr Abaz, Sayrawan, Mansurah, Baghdad, ‘Askar al-Mahdi dan Samarra’. Pada zaman ‘Abbasiyyah, Basrah dan Kufah (bandar berkembar) yang merupakan bandar kem tentera di bahagian selatan Iraq akhirnya berkembang pesat menjadi bandar metropolis serta berperanan sebagai pusat intelektual dan terkenal dengan kegiatan sastera, kebudayaan serta penghasilan ulamak-ulamak terkemuka. Sementara di Baghdad, pembinaannya adalah satu peristiwa besar dalam sejarah perbandaran di Timur Tengah kerana bilangan tenaga kerja untuk menyiapkannya ialah seramai 100,000 orang yang terdiri daripada arkitek, pakar-pakar pertanian, juru-juru ukurtanah, tukang kayu, besi dan sebagainya. Inilah ketamaddunan mentali umat Islam di beberapa buah bandar pada zaman silam dalam urustadbir perbandaran. Keunikan, keindahan, keselesaan dan kemahiran menjadi teras dalam setiap usaha mereka untuk menampilkan bandar-bandar tersebut selari dengan kemampuan dan peredaran zaman.

About these ads

5 responses to this post.

  1. Posted by iiman87 on 2 September 2009 at 2:19 pm

    salam..insyaAllah,sbg tugasan d tahun akhir saya akn mmbuat 1 tesis berkenaan dgn bandar islam. mohon agar dapat berkongsi sumber rujukan pada saya.syukran

    Reply

  2. Posted by ukhti noranizah on 24 October 2009 at 12:30 am

    salam….utz…sya amat berminat dengan sejarah Islam…..artikel ustz ne amat menarik?adakh ia dibukukan?klu ade mcm mn sya nak dptkan….sya student MA di Ukm khusus dlm bidang sejarah ne….amat berharap supaya dpt berkongsi maklumat dengan ustz…

    Reply

    • Sila rujuk buku “Ketatanegaraan Menurut Syariat Islam” karangan H.A Fuad Said, terbitan DBP dan juga buku “Perbandaran di Timur Tengah- Kesannya terhadap masyarakat Islam Abad i-iii Hijrah oleh Ahmad Zaki Hj.Abd.Latif, terbitan DBP. Mungkin isikandungannya dapat membantu enti.

      Reply

  3. Posted by ukhti noranizah on 27 October 2009 at 4:36 pm

    syukran ustz…..smg prjlnn sjrh yg lalu memberi sejuta pengajaran dan uswah yang baik kpd kita…

    Reply

  4. Posted by hazrul on 5 January 2012 at 4:31 pm

    salam, blh sy tahu sumber rujukan?

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: