Penganiayaan ke atas haiwan

Paparan kisah tentang penganiayaan terhadap kucing dan anjing oleh rancangan 360 semalam menerusi siaran TV3(11hb.februari 2009) yang melibatkan kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) amat mengejut dan mengecewakan sekali. Penganiayaan ini adalah satu tindakan yang amat memalukan umat Islam dan sepatutnya tidak berlaku dalam sebuah negara yang berteraskan Islam Hadhari sepertimana yang didakwa oleh kerajaan Barisan Nasional. Menurut salah satu peraturan yang buat oleh DBKL; mana-mana haiwan sama ada kucing ataupun anjing yang ditangkap oleh DBKL tetapi tidak dituntut oleh tuannya dalam tempoh 7 hari akan dilupuskan atau dengan bahasa lain dibunuh. Tindakan ini diambil oleh DBKL atas alasan kononnya untuk menjaga kebersihan dan keharmonian masyarakat setempat. Peraturan sedemikian sebenarnya telah lama dibuat di negara-negara barat tetapi sebenarnya ia amat bercanggah dengan ajaran Islam yang menganjurkan sifat belas kasihan terhadap haiwan. Sepatutnya kerajaan memperuntukan kawasan khusus untuk pemeliharaan haiwan-haiwan tersebut dan membuka peluang kepada sesiapa yang berhasrat untuk memelihara haiwan-haiwan terbiar itu. Disamping itu, kerajaan juga perlu menetapkan hukuman setimpal seperti denda atau kompaun selain daripada mengenakan arahan untuk bertaubat kepada sesiapa yang menyiksa atau membunuh haiwan tanpa sebarang sebab yang dibenarkan oleh syarak. Lantaran ini Islam turut mengemukakan beberapa adab yang perlu dititik beratkan, iaitu;

Sanggupkah kita biarkan haiwan ini dilupuskan?

Sanggupkah kita biarkan haiwan ini dilupuskan?

i)             Memberi makan kepada haiwan yang kelaparan atau kehausan serta merawatnya jika ia tercedera. Malah Rasullah pernah bersabda “Bersifat kasihan belaslah terhadap sekalian makhluk di muka bumi nescaya kamu akan dikasihi oleh Allah”.

ii)            Tidak menyiksa seperti memukul, mencekik, membakar secara hidup-hidup dan membunuh haiwan sewenang-wenang seperti menembak dan memberi racun kepada haiwan terbabit sebagaimana yang pernah ditegaskan oleh Rasulullah “Allah melaknat sesiapa yang mencabut nyawa (membunuh) secara keras dan sewenang-wenang dan juga mereka yang melambat-lambatkan penyembelihan haiwan ternakan (hingga menyiksakan haiwan tersebut).

iii)           Merehat serta melegakan jiwa haiwan yang halal sebelum disembelih dengan nama Allah (kerana Allah) untuk dimakan mengikut hukum syarak. Mafhum hadis Rasulullah “ Apabila kamu mengerjakan sembelihan, maka sempurnakanlah sembelihan itu dengan menenangkan haiwan tersebut dan tajamkanlah alat sembelihan (agar ia cepat mati dan tidak tersiksa).

iv)           Islam mengharus atau membenarkan haiwan yang merbahaya kepada kesihatan dan nyawa manusia seperti anjing gila, ular berbisa, kala jengking, tikus, nyamuk, lalat, burung gagak dan sebagainya dibunuh secara baik (cepat mati)dengan tidak menyiksanya terlebih dahulu.

v)            Diharuskan meletak tanda di telinga haiwan ternakan sepertimana Rasulullah pernah meletakkan tanda di telinga seekor unta yang ingin disedekahkan dengan syarat tindakan itu tidak mencederakan haiwan berkenaan.

vi)           Haiwan-haiwan berkenaan tidak melalaikan daripada mengerjakan ketaatan terhadap Yang Maha Esa sepertimana yang diingatkan oleh Allah Taala “Wahai orang-orang beriman! Janganlah harta benda (termasuk haiwan ternakan) dan anak-anak kamu melalaikan kamu daripada mengingati Allah. (Surah al-Munafiqun, ayat 9). 

Inilah antara adab-adab mulia yang diketengahkan oleh Islam dalam usaha menjaga keharmonian masyarakat manusia agar sentiasa dirahmati dan diredhai oleh Allah Taala.

About these ads

One response to this post.

  1. Posted by dyg. mas tijah on 19 June 2011 at 4:38 am

    zamansekarang ne, sesetengah rakyat memandang remeh terhadap isu penganiayaan haiwan terbiar. Apatah lagi pada akhir ini terdapat banyak kedai haiwan yang mejual haiwan-haiwan yang sihat dan terjaga. Rakyat akan

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: