Berjalan makan angin

 

Dr.Khairuddin

Dr.Khairuddin

Pada 27hb.Mac 2009, saya menuju ke Kuala Lumpur bersama abah dan Dr.Khairuddin. Kami bertolak dari Kota Bharu lebih kurang pukul 10 pagi dan sampai di Chow Kit Road lebih kurang pukul 7 petang. Sepanjang perjalanan, kami berhenti makan dan solat di Raub, Pahang. Meskipun kehadiran kami di penghujung Persidangan Agung UMNO, namun hotel-hotel di sekitar K.Lumpur boleh dikatakan semuanya masih penuh. Susah nak dapatkan bilik kosong untuk menginap kecuali beberapa buah bilik di hotel-hotel bertaraf dua bintang atau satu bintang saja. Dr. Khairuddin yang sudah lama biasa dan berpengalaman di kawasan ini memilih hotel Sima (berhadapan dengan Pusat Pungutan Zakat) untuk kita bermalam.

Pak Bakaq

Pak Bakaq

Sebenarnya kedatangan kami ke sini ialah untuk bertemu dengan Pak Bakaq Si Penarik Beca. Lantaran celoteh dalam blognya yang bersahaja tapi penuh bermakna membuat saya tertarik untuk bertemu dengannya secara face to face. Selepas meletakkan semua bag pakaian dalam bilik yang disewa, kami menuju ke restoran Man Tom Yam di Gombak. Lebih kurang 10 minit kemudian, Pak Bakaq tiba. Di restoran Man Tom Yam kami hanya memesan minuman saja kerana Pak Bakaq jemput kami makan nasi lemak special di restoran Nasi Lemak Antarabangsa di Bukit Melawati. Selepas makan dan berborak panjang lebar, kita semua beredar. Pak Bakaq balik ke rumahnya di Green Wood Park dan kami bertiga pula kembali ke hotel untuk berehat. Seperti mana yang dijadualkan, keesokan pagi kami terpaksa berpisah dengan Dr.Khairuddin buat sementara waktu untuk menuju ke Bukit Gantang, Perak dan meninggalkannya di K.Lumpur bagi memberi peluang kepada beliau menyelesaikan beberapa urusan peribadi. Dalam perjalanan ke Bukit Gantang, kami melalui lebuhraya Ipoh dan terus menuju ke Kuala Kangsar. Di Kuala Kangsar, kami singgah sekejap menziarahi kubur Allahyarham Prof.Zulkiflee Mohammad (bekas Timbalan Yang di Pertua Agong PAS) dan isterinya, ustazah Asiah di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kota Lama. Kedua-duanya meninggal dunia setelah terlibat dalam satu kemalangan jalanraya di Kuantan, Pahang pada petang 6hb. Mei 1964.

Pusara Prof.Zulkiflee dan isterinya di kg.Kota Lama, Perak.

Pusara Prof.Zulkiflee dan isterinya di kg.Kota Lama, Perak.

Para petugas PAS Rantau Panjang di Kg.Cheh, Perak.

Para petugas PAS Rantau Panjang di Kg.Cheh, Perak.

Selepas itu kami berdua terus menuju ke kawasan parlimen Bukit Gantang. Di Bukit Gantang, pihak Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat kelihatan bertungkus lumus dengan penyediaan kain rentang, peti-peti pos dan penyusunan jentera parti. Semua ahli PAS kawasan seluruh Kelantan diagih-agihkan di setiap peti pos dalam kawasan parlimen tersebut. Jentera UMNO yang sempat saya perhatikan hanyalah ahli-ahli UMNO dari Kemaman yang dihantar bertugas di situ. Apa yang agak memeranjatkan ialah jumlah anggota polis sama ada FRU yang bertopi merah ataupun yang tidak bertopi merah dianggar menyamai jumlah para pengundi di kawasan Parlimen ini. Oleh kerana saya terpaksa balik awal kerana ada urusan peribadi yang perlu diselesaikan keesokan hari, maka saya hanya sempat melawat Markaz Jentera Pilihanraya PAS dan bertemu dengan beberapa orang jentera PAS kawasan Rantau Panjang yang bertugas di Peti Pos kampung Cheh saja. Sebelum bertolak pulang, kami singgah di Pasar Minggu Changkat Jering dan beli sekilo dua ikan sepat kering dan lampan perkasam di situ. Insyallah saya akan berusaha untuk berada di sana sekali lagi sebelum hari pembuangan undi.

dsc_0337

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: