Ajaran Sesat Hj.Ahmad Laksamana….

Seorang sahabat saya yang bertugas sebagai pegawai penyelidikan JAKIM pernah membekalkan buku-buku mengenai ajaran sesat  kepada saya secara percuma (kini beliau berada di Putra Jaya) termasuklah sebuah buku yang bertajuk  “Fatwa Negeri-Negeri Yang di Wartakan”. Antara isikandungan buku ini yang menarik perhatian saya ialah Fatwa terhadap buku dan pita rakaman  ajaran Hj.Ahmad Laksamana bin Omar di Negeri Kelantan, Melaka dan Pahang. (hlm 14, 21 dan 37). Dalam halaman 14, dinyatakan tarikh warta/ rujukan warta :3Julai  1986/PU no.256(15 bil.2 tahun 1966). Keputusannya: Majlis mengisytiharkan perkara yang diperihalkan dalam jadual berikut sebagai penerbitan yang dilarang kerana mempunyai perkara yang bertentangan dengan hukum syarak atau ajaran agama Islam atau mana-mana yang diluluskan oleh Undang-undang.

 

Tajuk penerbitan Pengarang Penerbit Bahasa
Hakikat Insan Hj. Ahmad Laksamana bin Omar Tiada Melayu
Tajalli Hj.Ahmad Laksamana bin Omar Tiada Melayu

 

Tajuk pita rakaman Penyampai
1. Huraian Alam 1,2,3 Hj.Ahmad Laksamana bin Omar
2. Demi Masa 1,2, 3 Hj.Ahmad Laksamana bin Omar
3. Allah dan Taghut  2 Hj.Ahmad Laksamana bin Omar
4.Hakikat Solah Hj.Ahmad Laksamana bin Omar
5. Kewujudan Roh 1,2 Hj. Ahmad Laksamana bin Omar
6. Imam Pokok Perjuangan Hj.Ahmad Laksamana bin Omar
7. Ucapan Tajalli Hj.Ahmad Laksamana bin Omar
8. Lafaz Syahadah dan bacaan dalam solah( cara lafaz syahadah dan bacaan dalam solah Hj.Ahmad Laksamana bin Omar
9. Sabar Dalam Makrifat Hj.Ahmad Laksamana bin Omar
10.Zikir Lahuna (lidah) Hj.Ahmad Laksamana bin Omar
11. Dilema Pengajian Tasawuf Hj.Ahmad Laksamana bin Omar
12. Imam Alam Cabaran Hj. Ahmad Laksamana bin Omar
13. Manusia Tidak Dijadikan Hj. Ahmad Laksamana bin Omar
14. Hakikat Syahadah 1 Hj.Ahmad Laksamana bin Omar
15. Modal Hidup Hj.Ahmad Laksamana bin Omar.

 

Ajaran Hj.Ahmad Laksamana bin Omar, Tarikh dan rujukan warta : 3 Julai 1986/PU No.255(14(3) Bil 2 Tahun 1966). Keputusan. Jamaah Ulama’ memfatwakan bahawa Hj.Ahmad Laksamana menganuti dan menyebar ajaran salah.

 

Dalam halaman 21 dinyatakan; Ilmu Tajalli atau Ilmu Hakikat Insan ajaran Ahmad Laksamana dan buku-buku yang bertajuk;

a)                 Hakikat Insan yang ditulis oleh Hj.Ahmad Laksamana.

b)                 Rahsia Mengenal Diri yang ditulis oleh Ustaz Hal Azwan.

c)                  Rahsia Hakikat Insan dan Ilmu Mengenal Allah yang ditulis oleh Imam al-Souti didapati mengandungi ajaran-ajaran yang bertentangan dengan Islam. Oleh yang demikian, Orang Islam dilarang menyebar, mengajar, belajar dan mengamalkan ajaran itu.

d)                 Orang  Islam di mana-mana  jua berada yang telah belajar dan mengamalkan ajaran Ilmu Tajalli atau Hakikat Insan ajaran Ahmad Laksamana  hendaklah meninggalkan ajaran itu dan memohon keampunan kepada Allah Subhanahu wa Taala.

e)                 Orang Islam tidak boleh menjual, mencetak, mengedar, membeli atau memiliki yang tersebut itu.

 

 

Imam Souti

Imam Souti

Towardsmardhatillah:

Hj.Ahmad Laksamana pernah mendakwa bahawa Imam Souti itu adalah adiknya, Mohd. Sayuti bin Omar. Tahap kesesatan ajaran ini adalah sama dengan ajaran Hasan Anak Rimau dan juga ajaran Ayah Pin.

About these ads

83 responses to this post.

  1. Posted by Azmi on 5 December 2009 at 5:30 am

    Asslamkm wr wb,

    Maaf,saya ingin tahu apakah buku terbitan Hj Ahmad laksamana masih tersimpan lagi?Saya ingin mendapatkan buku2 dan pita rakaman yang di senaraikan di atas,mgkn di dalam softcpoynya.Saya lagi menyiapkan bahan2 untuk tesis saya dalam ajaran sesat dalam masyarakat melayu.Semoga saudara dapat membantu saya.

    Reply

    • Wa alaikummussalam,
      Semua bahan rujukan tersebut, saudara boleh tanya Bahagian Penyelidikan JAKIM.

      Reply

      • Posted by syamsuar on 26 March 2011 at 4:29 pm

        tuan dimana nak dapat kan buku tu hakikat insan kalaulah bisa kirimkanlah ama saya,saya nak tengok dimana sesat tu…

      • Posted by sheikh ahmad on 20 August 2011 at 12:52 am

        salam…… la ni aku nak habaq kat hampa wahai jakim jakim….. bahwasanya kita semua sesat,,,, dan dalam kesesatan……sebab apa aku kata macam tu,,,,, hampa mesti penin kepala punya,,,,,, sebab dia,,,,, roh kita tak keluaq lagi ,,, tak balik lagi,,,,, kita arini dalam kesesatan la….. sebab belum sampai…. esok bila tiba ajal ,,, masatu tak sesat dah la ,,, sebab dah balik…. hahahah,,, dengaq macam lawak kan ,,,,, ni kiasan dari pengajian hakikat makrifat…. aku mengaku aku dalam keadaan sesat….. sebab aku masih di perjalanan,,,,, masa aku akan tiba tak lama lagi ,,, waktu tu aku dah tak sesat….. sebab dah balik…. hampa tengok sndiri la nanti sapa yang sampai dan sapa yang tak sampai…. sapa yang benar benar kenal dan dekat ….. dia sampai dulu la….. mungkin hampa atau mungkin aku….. salam

  2. Maaf,

    Saya seorang pelajar,

    saya ingin tahu apa bezanya ajaran Hj. Ahmad Laksamana bin Omar dengan http://www.nurmuhammad.com Sheik Nazim Nashabandi?

    Reply

    • Mengikut JAKiM; ada dua ajaran Tarikat Naqsyabandiyah yand diwartakan sesatkan, iaitu ; Tariqat Naqsyabandiyah al-Aliyah pimpinan Syeikh Nazim Haqani dan juga tareqat Naqsyanbandiyah Kadirun Yahya kerana didakwa menyalahi ajaran ahl Sunnah wa Jamaah. Sayang sekali, pihak JAKIM tidak pernah mengemukakan secara terperinci seksyen mana ataupun isikandungan wirid yang manakah yang dikatakan sesat itu.

      Reply

  3. salam

    Itu lah saya tak faham tentang Jakim ini
    mesti terangkan baik pendik atau panjang lebar di internet ini supaya kebenarannya ternyata. sedang kan Tariqat Naqsyabandiyah Syeikh Nazim itu ramai penikutnya kalau nak di bandingkan dengan jakim ke atau yang lain.

    Reply

  4. mesti ketegorikan macam mana itu Syariat, hakikat dan makrifat. kan semuanya beza2 belaka dan ilmu Allah itu kan luas

    Reply

  5. Nabi juga ajar kepada orang awam dan orang khusus dan tak diterangkan ke pada orang awam.

    ada kah kalau nabi beri kepada orang yang khusus orang awam mesti katakan ianya sesat?

    di sini saya dapat ada masaalahnya kerana tiada ada pihak hendak menerangkan.

    dalam surah Al Waqiah ada tiga golongan
    jadi individual lah yang hendak pilih mana golongan yang dia hendak masuki.

    Surga, neraka atau bersama Allah dan orang2 beriman.

    Reply

  6. seperti orang awam hendakan surga aja
    jadi mereka buatlah biasa seperti solat, puasa, zakat dan pergi kehaji itu sahaja dan tidak mahu cari ilmu itu dengan luas.

    kalau nak dibadingkan dengan orang khusus,
    mereka mesti nak tahu apa itu solat kenapa lima sahaja dari mana datangnya siapa penbawanya dan macam.. soalan yang pelik2
    mereka memcari ilmu itu untuk mendapatkan keimanan yang kuat.

    Reply

  7. Posted by Lela on 27 May 2010 at 8:03 am

    Habis tu kamu x sesat??? siapa kita hendak menjatuhkan hukum ????

    Reply

  8. Posted by SHAHRIL ANUAR BIN BAHARI on 29 May 2010 at 12:33 am

    Pihak berkenaan menyatakan ajaran itu sesat, tapi tidak dihuraikan yang mana yang sesat. Sepatutnya pihak tersebut menyatakan hujah-hujah dan pada bahagian mana yang dikatakan sesat, tidak boleh hanya secara umum sahaja mengisytiharkannya sesat. Yang dibimbangi ialah pada masa hadapan generasi akan menganggap apa sahaj yang berlabel ISLAM semuanya sesat. Akhirnya, semua umat tidak mempelajari ilmu ISLAM maka jadilah seperti masyarakat kita pada hari ini yang menyembah syaitan (lihat sahaja dunia hiburan, sukan, pentadbiran, dll). Mungkin juga difatwakan sesat supaya dakwah tersekat, umat jadi jahil/dungu/bodoh, bila umat jadi begitu, maka mudahlah pihak-pihak tertentu menguasai negara.

    Reply

  9. Posted by gayang 5 on 1 June 2010 at 12:31 pm

    salam tuan2 sakalian.sama2 la kita betulkan niat dan bersangka baik pada Allah.Dirikan solat,puasa di bulan ramadan kuarkan zakat kunjungilah baitullah semoga apa yang kita lakukan diberkati Allah.Ingatlah TERDAHULU NIAT DARI PERBUATAN betulkan niat andaaaaa.

    Reply

  10. Posted by lina on 2 June 2010 at 1:27 am

    Rukun islam nyata bergurula.Rukun iman ghaib berguru laaaaaaa.Dah tahu janganla takbur broooo

    Reply

  11. Posted by lina on 2 June 2010 at 1:36 am

    berkali2 pengarang buku meminta pembaca merujuk kepada guru2 yang mursiq bukan guru2 yg makan gaji.tak tahu tanya la broooo.

    Reply

    • Posted by SHAHRIL ANUAR BIN BAHARI on 5 June 2010 at 1:57 pm

      Kena tanya guru yang mursyid, tak semua guru yang makan gaji tu mursyid,sebab kadang kadang mereka takut dibuang kerja. Yang penting kita semua mesti belajar, amal dan hayati ISLAM dengan sebenar2nya…bukan belajar, amal dan hayati ISLAM yang ditapis-tapis dan dipisah-pisahkan

      Reply

      • Posted by umat muhammad on 5 August 2012 at 4:28 pm

        ia betul..mengapa harus dipisah2kan,umpamanya semua surau2,masjid2 didlm malaysia ni..nama ALLAH dan MUHAMMAD mengapa harus digantung kiri dan kanan??kenapa tidak disatukan!!!!c0ntoh ALLAHUMMASHALLI ‘ALAA SAYYIDINA MUHAMMADIN WA”ALAA AALIHI SAYYIDINA MUHAMMAD….renungan jika ALLAH tiada MUHAMMAD pun tiada,begitu juga jika MUHAMMAD tiada ALLAH pun tiada.perhalusi lah apa yg sy maksudkan ini wahai sekalian umat…

  12. Posted by SHAHRIL ANUAR BAHARI on 3 June 2010 at 2:40 am

    Betul tu, mesti rujuk dengan guru yang mursyid,sebab tak semua guru yang yang makan gaji tu mursyid. Yang penting, kita mesti belajar dan faham ISLAM yang kita anut ni dengan jelas-sejelas-jelasnya dan selengkap-lengkapnya, bukan belajar dan faham ISLAM yang telah ditapis-tapis dan dipisah-pisahkan. Kita semua pun dah tak lama lagi dah di atas dunia ni

    Reply

  13. Posted by pengalaman on 4 June 2010 at 6:45 am

    zaman skarang,berlambak guru yg nak mengaku mursyid sgt dan anak murid pula yg jahil ikut sj ckp tok guru,konon ada karomah mcm2..
    guru awal2 dah bgtau anak murid confirm masuk syurga dgn ajaran2 ttentu darinya,hanya ikut saja asal selamat..itu dakwa guru..anak murid pun sangka diri dah berilmu dan cukup amal..
    org tu tak betul,org ni tak betul..
    yg nampak smua pd org lain..
    dah jadi syurga neraka tu hak guru pulak yg nak tentukan,mulut guru saja kata syurga neraka hak Allah..
    guru mana yg nak kata pd muridnya tak layak msuk syurga,namun tak nak jg ke neraka..
    masing2 ‘feel good’ dgn ilmu dan amalan..
    hakikatnya,takda murid yg nak berguru pada guru yg membawak ke jln neraka..smua rata2 ke syurga dan crita baik2 saja..
    guru sendiri? kalau guru jujur,makin berilmu makin tunduk yakin dan rasa kekurangan,apa lagi nak melayakkan diri pd ssuatu tempat di akhirat..
    klau guru jujur sgt mcmtu,takda la murid nak mengikut..dkalangan guru pun ada yg berebut anak murid psl masing2 nak menonjol..masing2 bermodalkan hakikat insan.. nak pengaruh,riak,takbur,bangga diri dgn ilmu…
    aku sendiri dah bosan dgn krenah guru2 yg melampau2,apa lagi nak cari yg btul2 mursyid..

    Reply

  14. Posted by pengalaman on 4 June 2010 at 7:13 am

    aku mohon maaf,aku bukan nak mengkritik guru agama suka2,inilah keadaan yg dah aku lalui..
    klau la manusia berpegang pd ‘golden chain’ dari guru ke guru skalipun,mcmana pulak org yg lahir2 takda chain apa2…klau mcmtu jgnla mengaku Islam tu adil..
    yg adil pd Islam hanya pd ‘golden chain’..
    org lain smua masuk neraka sj la..mcmtu??
    kemudian zaman skrg,siapa pula manusia nak angkat darjat manusia pd kdudukan tertentu melampaui akal yg waras,keyakinan yg membabi buta…
    biarlah aku jadi ‘sultanah aulia’ pd diri aku sndiri dari jadi manusia lalang yg mati2 kata..
    ‘oooooo,bila dgr org tu bagus,jom dok pakat ikutlaa…tak pyh berilmu sgt pun takpa psl dah jamin masuk syurga’..
    ‘oooooo,puak tu tak bagus,puak aku lagi bagus’…
    ahhh…mcm2 lg la..

    Reply

  15. Posted by SHAHRIL ANUAR BIN BAHARI on 9 June 2010 at 10:00 am

    nak tanya…apa pengalaman saudara/saudari PENGALAMAN maksudkan?

    Reply

    • Posted by jay on 15 June 2010 at 11:16 pm

      saudara shahril,
      soalan pd msg btarikh bila?

      Reply

      • Posted by jay on 16 June 2010 at 12:15 am

        saudara shahril rite2,sorry..
        aku org yg sama.

        now,ape yg aku maksutkan..

        skrg guru mana yg dkata mursyid tu dan brapa ramai pula guru yg mengaku diri mursyid?
        brapa rmai pula anak murid yg keliru ttg istilah/tnggapan mursyid pd guru msing2?

        sesat? sblum nak bguru tu,rasa2 PENGHAYATAN ISLAM sblum tu plak mcmana? nnti baru guru nak mengajar silap2 kita duk memangkah je guru tu x btul,guru ni tak btul.. kmudian nak ikut sapa pulak yg btul,siapa pulak nak ikut ckp kita? apa lagi nak pegi betul yg sesat2,lg la x de ksudahan…

        crita bab guru,ooo…yg org byk pengikutnya,guru tu la label mursyid? percaya @ x,ada peringkat guru yg berebut kumpulan anak murid smata2 nak pengaruh,ada pula guru yg ckp ilmu hak Allah..tp nak bg ilmu ikut crita kungfu,bkn krana Allah..test itu ini pd anak murid kmudian tgk apa yg bleh guna utk kpentingan sndiri,tambah plak tgk murid ada yg jnis poket tebal..
        nilai utama yg nak dtekankan,bab2 hati..kdekut,ego,bangga diri,cinta dunia.. murid dok jaga la supaya knonnya bkn org kdekut depan guru.. slebihnya tuan fkirla sndiri,guru plak snang2 tolak anak murid bila dah tak puashati.. lastly,bkn nak jd crita lg psl hal2 mngajar agama ni..
        Ni bru btul la ‘mursyid’ yg dkejar SEGELINTIR guru2 yg dah rase diri pd tmpat tertentu dan berasa org lain smua sesat..
        Awal2 nk tentukan syurga neraka org lain..
        Klau btul pn kita,pgg la btul2 dihati.. klau sesat pn org lain,x perlu la mnghukum @ blawan bijak.. mmg x de ksudahan,x de siapa yg nak mengaku sesat.

  16. Nak ilmu Allah? Mohonlah pada Dia. Pada siapa dan setakat mana Dia nak beri, Dia tahu. Nak jadi Wali ingat senang ke? Sendiri hukum sendiri le. Senang jadi hamba lah. Mohon apa yang hendak, kalau buat salah kerana tak tahu, boleh lepas atau boleh taubat dan jangan buat lagi. Jakin ke atau Jakun? Dia orang tu makan gaji, tahu tak tahu kena ikut arahan yang perintah orang munafik dan pengikut-pengikut Dajjal. Aku ni dah duduk dalam hati, tak boleh mintak mintak lagi. Cuma intai-intai dan tunjukkan jalan yang lurus untuk kebaikan bagi semua supaya tidak dilanda dengan bale di dunia dan akhirat. Samaun Alim.

    Reply

  17. Posted by bendaharakudus on 3 August 2010 at 7:05 pm

    heheh…saya rasa awak kena belajar lagilahh kawan…klu setakat nak cerita sesat,syirik,seleweng dan sebagainya…tak usahlah di bandingan kan dengan apa yg ada pada kamu hanya dengan setitik kefahaman yg sebagai manusia berlimu.wahh…kalau begitu kamu dan jakim,dan majlis2 agama semelaysia ni yg tak sesat..dan betul…insan2 mcm kamu lah yg terbaik sebagai insan sejagat…nampaknya kamu amat jauh tersasar ttg hakikat insan itu sendiri.jangan menilai manusia dengan apa yg kita faham

    Reply

    • Posted by kaswan narwan on 31 October 2011 at 9:36 am

      salam…saya sgt menyokong dgn pendirian anda…~~hakikat insan sbenar mnceritakan tntg kewujudahn dn tujuan di amahkan dlm kehidupan oleh ALLAH…”org kaji apa yg mnusia telah cipta..tp pernahka manusia megkaji drinya sndri yg penuh rahasia dn hebt ..

      Reply

  18. Posted by harasya on 5 September 2010 at 6:21 am

    ramai yg belajar tinggi,yg keje dijabatan agama, cuma suka menjatuhkan hukum.seolah paksa ikut kehendak mereka saja, selain itu sesat. Cubalah tunjukkn islam yg sebenar seperti nabi buat.bukan hanya jatuhkn hukum.

    (selain yg Allah kata sesat)setakat buku2, kata2, yg nampak sesat hanya fizikal, belum tentu sesat disisi Allah.Ingatlah.Iman bukan nampak dimata.Hanya Allah yg Maha Mengetahui.

    Reply

    • Buat pengetahuan saudara, Pengarang buku Ajaran Sesat Dr. AbdulFatah Haron sudah lama mengumumkan untuk berdebat secara terbuka dengan Hj.Ahmad Laksamana(dinyatakan dalam buku tersebut), namun hingga kini tiada sahutan oleh pihak berkenaan. Semua komen yang saya siarkan dalam blog ini hanyalah sekadar komen mereka yang berani muncul dengan nama samaran sahaja dan tak lebih daripada itu.

      Reply

      • Posted by jakak lenteng on 5 October 2012 at 6:28 pm

        bkan mudah nk dibahaskan..
        Ilmu syariat dan hakikat jauh bezanye…
        Syariat hanye kte lihat dengan mte kasar je…tapi hakikat sukar untuk dibahaskan..hanye yg mengenal je dpt berbahas…contoh nabi khaidir ngan nabi musa a.s.
        Lau dibahaskan ramai yg tak tau…tu yg dkatekan sesat…igt…..jgan mudah mngatakan org laen sesat.
        Nanti berbalik pd diri sendiri…boleh komen ttg kisah nabi khaidir dan nabi musa…adakah nbi khaidir tu sesat??.
        Hanye Allah shaje yg mengetahui ape yg dirancang..
        Jakim-jakim…..
        Sbb itulah tidak boleh bcerita ttg ilmu hakikat dengan org syariat…takut jd lagu ni…dilabel sbgai ajaran sesat…MasyaAllah…

  19. Posted by nazwar on 11 September 2010 at 2:16 am

    masyaallah memang sulit jika yg satu certa surga neraka, yang satu bercerita Allah dan Hamba
    tapi begitupun saya sangat tertarik pd buku hakikat insan tulisan haji ahmad laksama, kalau ada dmana didapat baik berupa buku maupun s.copy
    wassalam
    nazwar

    Reply

  20. Posted by ruszmann on 4 October 2010 at 5:30 am

    Jakim……ha…..Cara mrk bekerjapon lintang pukang.
    Tgk aje le.. Isu Logo Halal, Fatwa Islam Hadhari lah… Mufti2 pulak hanya tau jaga kerusi empuk… dan ada yg masuk geng terus dpt Tan Sri. Cepat dpt reward bila bakar satay sikit.
    Bukankah kebanyakan hal ehwal islam dibawah jakim banyak masaalah atau songsang?
    Jd siapa sesat skrg ????
    Ini sebab Jakim ada guru dan guru mereka pentingkan politik, pulus bukan murshid tp bullshit. jadi tak hairanlah.
    Mrk bekerja tunggu arahan……Suruh angguk2, suruh geleng2.
    Ingat2 lah Jakim… Pandang jgn Silap, Ingat jgn Lupa

    Wassalam

    Reply

  21. Posted by jong labuh on 23 October 2010 at 5:04 am

    assalamualaikum…. setelah melewati laman ini dan telah menerokai setiap pndapat dan hujahan.megigat kan sy kpda suatu kisah dan perbalahan yg berlaku sejak lama dahulu.yg lebih hebat dan ketara nya.suatu ketika dahulu seorang ahli ulamak bahkan seorg sufi pd pdgan ku. yg telah di bukakan hijab,sehingga melewati hukum2 batasan syariat,sufi itu bernama halaj.degan karya yg tersohor nya. Ana Al-Haq.mka dijatuh kan hukuman pancung pada nya.dan bukti2 mnujukkan akn kebenaran itu ada lah sebenar pd penghukum nya.dan sejurus slpas itu di nusan tara,sumatera..bagkit nya seorg sufi jugak yg benama syeh siti dinar@lemah abg@syeh lembah abg yg di bukakan hijab allah kpd nya.syeh jgk menerima tntagan yg hebat semasa pertemuan di antara wali sogo.akibat terlalu malu nya kerana berhujah dan kpda allah.mka syeh sedia di hukum pancung oleh para wali songo di tika itu.lalu berakhir riwayat syeh,dan bukti2 jgk tlh di perlihat kan. tp apa kah yg sebenar ingin sy smpai kan.bahawa tingkat ilmu dan keimanan itu berbeza2 di antara kita.sehingga ada yg tdk blh di percaya dgn akal.jadi tanya lah pada diri kita,apa kah diri kita ini perlukan? seorg pnah bekata kpda ku.. setelah kamu berilmu blm tentu kmu beriman,setelah kmu beriman blm tntu kmu kenal,dan setelah kenal belum tntu kamu lepas?mka tnya diri kita dan sekira nya kita pnya perjalanan n pegagan masing2 bawak lah.usah menuding itu salah dan ini slh.siapa kita mahu mghukum?balik nanti lihat lah siapa benar dan siapa salah.maf kan sy ank muda hina lagi fakir ini.walahaulawala hu watailallah bilallah….. ????

    Reply

  22. Posted by sukarmanhamdan on 2 December 2010 at 4:50 am

    Ana ente ana ente. . .

    Reply

  23. Posted by aduanrakyat on 9 December 2010 at 5:31 pm

    A’kum…kita tersalah faham yang manakah satu sesat….sebenarnya…kalau nak diikutkan semua kita satu malaysia sesat belaka…kenapa??mereka membenarkan hiburan…melalaikan solat dalam hiburan…byk yg kita boleh ambil…sureheboh…konsert…macam2 lagi…adakah itu tidak sesat…wahai pihak JAKIM…kenapa pihak JAKIM tidak mengambil tindakan….meluluskan lesen judi tidak sesatkah??lesen rumah urut…lesen…arak…
    Adakah mempelajari agama Islam dengan lebih mendalam itu sesat…cukupkah sekadar solat 5 waktu,,,,tahu dosa pahala…pergi haji ke Mekah…Wahai JAKIM sila JAWAB!!!!!!!!!!!!

    Reply

  24. Posted by aduanrakyat on 9 December 2010 at 5:33 pm

    ANA….MAHU PIHAK JAKIM…MENJAWAB….DI MANA SESAT AJARAN AHMAD LAKSAMANA…SILA JAWAB…KAT MANA…SILA JAWAB

    Reply

    • Posted by irfan afik bin musbi on 18 December 2010 at 11:34 am

      :-)….. bersabar dan bertenang… jangan menyalahkan ulama` sezaman…. mereka masih tidak tahu apa itu hakekat…. maka doa kan sahaja untuk mereka agar mereka terbuka hatinya…. untuk mendalami agama bukan hanya sebatas lahiriah sahaja….
      biarkan JAKIM dengan kerja dan usaha mereka…. apa yang mereka buat betul atau salah… ia akan dipertanggungjawabkan di akhirat…. yg pntg kita jgn menyakriti hati sesama manusia….

      Reply

    • Posted by syamsuar on 26 March 2011 at 4:33 pm

      dimana nak dapatkan kitab tu,hubungi saye ya…

      Reply

    • Posted by i` se on 30 May 2011 at 5:20 am

      Asslamualaikum,

      Dalam kitab Mad Laksmana bukan bahas tentang hakikat iman kerana dia hanya membahas peringkat kejadian manusia shaja dengan menggunakan kalimah Bismilaah membahaskan kejadian manusia sehingga menggunakan mempergunakan kalimah tersebut sebagai Batang zakar dan faraj perempuan dan ramai pengikut2 umat kelantan telah terdorong kepada beliau tapi alhamdulilah dikelantan ramai orang yang alim lagi warak dapat menghapus ajaran beliau dan ada setengah pengikut beliau tidak sembhayang hanya niat sembhayang sahaja.

      Izinkan saya memberi nasihat @ pandangan kepada tuan.

      Dalam kita mencari keredhaan allah taala, wajib atas mukalaf mencari jalan yang sebenar dengan mengikut kaedah yang sebenar.

      Jalan permulaan mesti kita temaruh ( menempuh) ilmu usuludin yang yang menjadi asas kepada uluhiyah kepada Allah dan terlebih dahulu kita wajib memperlajari wasail ilmu kalam dan mamkulat asyara kerana ilmu ini adalah menjadi tangga ke arah mengenal Allah taala dan mengenal Allah taala dlm ilmu usul bukanlah mengenal zat dan bukan mengenal sifat yang kita nak kenal adalah hukum sifat allah. selepas kita mempelajari ilmu tauhid itikad ini secara tafsili sebanyak 150 hukum sifat yang dibicarakan dalam kitab Kif awam, dusuki, Fathul Majid , Aqidatul Najim , Bakurah Amani dan beberapa kitab yang berpaksikan kepada ahlu sunnah. Selepas kita memahami dan mensabitkan atau menenetapkan dalam hati setiap hukum sifat yang telah dipelajari, ini menunjukkan bahawa kita berada dalam peringkat Wahdah @ martabat sah iman atau dengan makna iman iktikadi sahaja, peringkat ini belum tentu ke Syurga kerana nafsu kita dalam peringkat Amarah, Lawamah dan Mulhamah.

      Selepas syariat telah dipelajari dengan lebih mendalam sehinnga peringkat fardhu kifayah yang mengawal kita dirosakkan oleh racun luaran dan selepas itu kita perlu mempelajari ilmu supaya buah yang kita jaga itu dalam keaadan baik maka kita wajib mempelajari ilmu mengenal racun dalaman yang akan merosakan ilmu iktikad kita dan berjalan lah kita keperingkat Wahidiah dan disini tuan akan nampak ilmu rububiyah kerana ilmu ini bukan lah ilmu iktikad dan ilmu ini adalah ilmu rasa atau tajali atau zauki dan sesiapa iktikad disini akan kufur . Kita akan naik tajali affaal , tajali Sifat dan tajali zat. sehinggaa nafsu kita naik peringkat mutmainah seterusnya kepada redhaah kepada Allah.

      Reply

  25. Posted by a-rina on 31 December 2010 at 2:14 am

    kum,klau mcm tu,smua yg menuntut ajaran hakikat ambil alih kuasa JAKIM,baru mrka puas hati dgn jawatan itu kot!blajar tp x mengamalkn pon,ckp/cito lh lhkn.

    Reply

  26. Posted by sanibariindah on 16 January 2011 at 2:26 am

    Kalau MAMAK BENDAHARA dah KUDUS, apa lagi nak campur omong omong sebegini. Perkara yang dibangkitkan ialah tomahan ILMU SESAT. Kita dah baca HAKIKAT INSAN dan juga telah meneliti tafsir al Quran. ILMU ALLAH tu terkandung ghaib dalam Nur; siapa yang mendapat Nur maka dengan sendirinya dia akan mendapat ILMU. Ini pun jelas akan dikatakan SESAT juga oleh pehak yang tertentu. Bab MUNAFIK dan DAJJAL tu ada diterangkan dalam al Quran dan Hadis, bukan kita yang membuat andaian. Bab hasrat Pengarang buku Ajaran Sesat Dr. Abdul Fatah Haron nak berdebat dengan Hj.Ahmad Laksamana, terlebih dahulu kita cadangkan supaya Dr Patah tu bersama-sama dengan BEKAS MUFTI Perlis, Dr. Professor Madya di Penang tu pergi belajar lagi bab SUB ATOMIC PARTICALS dan NEUTRON WAVE BRAIN ENGINEREEING; lepas itu berdebat dengan kita dalam website ini. Kita semua jangan comment merepek-repek macam MAMAK BENDAHARA. We must be positive with up to date knowledge on WUJUD ZAT WAJIBUL WUJUD WITHIN NOTHINGNESS AND VOID.

    Reply

    • Posted by Omar Yatin on 21 March 2012 at 3:02 am

      Cuba faham apa difinisi sesat . Kemudian tanya diri sendiri apakah aku ini sesat atau tidak. Org lain x boleh tau punya .Tak payah tanya Jakim atau sapa sapa.Sesat maananya org yg taktau nak balik. Kita datang dari Allah Dan akan balik kpdnya. Jln yg kita datang dan Jln yg akan kita balik(kembali) adalah jln yg sama.
      Umpama sebiji kelapa yg jatuh dari pokoknya. Kemudian ia tumbuh menjadi pokok . Buah kelapa itu kena usul kembali kejadiannya, masuk kembali kedlm tangkal, kedlm pokok dan mengecil menjadi buah yg. asal. Inilah maana USULUDDIN. Kerana ada diri maka adanya ugama. maka usulah diri darimana kita datang. dari setitik mani menjadi segumpal darah kemudian menjadi seketul dating. dari minggu ke bulan. Akita lahir kedunia membawa perasaan yg entah dari mana. tetiba menjadi angkuh dan sombong. Tibatiba mengakui AKU!

      Reply

  27. Posted by sanibariindah on 16 January 2011 at 2:41 am

    Wahai manusia, bertakwalah kepada Tuhan yang Mencipta kamu dari Satu, dan daripadanya Menciptakan pasangan, dan daripada keduanya Memperbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak, dan bertakwalah kepada Allah yang Menjadikan dan dengan namaNya, salinglah kamu minta meminta satu sama lain dengan kemesraan silaturrahim; sesungguhnya Allah sentiasa Menjaga dan Mengawasi kamu.

    [keterangan al Quran ayat 1 surah An Nissak]

    Janganlah orang mukmin memilih orang kufur dan munafik, munafik lelaki dan munafik perempuan, sebagai ًwakil dengan menbelakangkan orang Mukmin, ayat Allah diingkari dan diperolokkan; sesiapa berbuat demikian, terpisahlah ia dari perlindungan Allah demi tentunya kamu itu serupa seperti mereka; Allah menghimpun semua orang kufur dan munafik, munafik lelaki dan munafik perempuan, dalam himpunan di Neraka Jahanam.

    [keterangan al Quran ayat 28 surah Ali Imran dan ayat 140 surah An Nissak]

    Reply

  28. Posted by hehe on 3 February 2011 at 6:52 pm

    Ingin aku tegaskan di sini , TIDAK ADA dan TIDAK PERNAH aku lihat dan aku jumpa seseorang yang telah mencapai makrifat dengan hanya bercakap-cakap kosong , berangan-angan tinggi, berhujjah sana-sini dengan hanya menghafal ilmu-ilmu dari kitab. Dan tidak pernah berlaku di mana-mana zaman sekali pun . Kita dengar di zaman dulu wali tu hebat , wali ni hebat akan tetapi tahukah kita betapa susahnya mereka itu berjihad menundukkan hawa nafsu mereka . Tak kira siang dan malam seluruh hidup mereka di dalam perjuangan yg hebat.
    (petikan dari : http://alamsufisma.blogspot.com)

    Reply

  29. Posted by jiwarasagelora on 4 February 2011 at 5:39 pm

    salam. sanibariindah… mcm kenal.. kita penah pi memancing kat sealion sekali ke? hehehe…

    Reply

    • Posted by sanibariindah on 17 February 2011 at 6:18 am

      Kalau kenal Dia maka kenal saya juga. Berjumpa; boleh jadi semasa saya berenang renang di lautan Nun atau semasa saya berarashkan kepada angin yang keluar masuk dalam hati sebagai nafas. Alamsufima? tak pernak dengar dan tak pernah terjumpa pun. Oh, ada BLOCK, patutlah. Ada BLOCK, macam mana nak kenal Marifa. BLOCKnya itu adalah sikap SOMBONG BODOH naga yang berkepalakan perempuan – dirinya sendiri. Marifa? ada tapi tak ada; macam mana nak dicari cari. Pada saya, tak ada zaman dulu atau zaman akan datang. Kalau dah hamba, jadilah hama dan bersikap hambalah; jangan sombong dan bongkak.

      Reply

  30. Posted by norhassan on 26 February 2011 at 4:47 pm

    salam ,

    buat apa penat2 bertekak pasal benda2 mcm ni .. yg penting tepuk dada tanya selera .. buat apa yg disuruh & tinggal apa yg dilarang . bab ilmu ketuhanan sampai sekarang tak ada seorang pun yang ada bukti yg kukuh yg rasulullah mengajar tentang ini ‘laduni’ & sebagainya.. bukti bukti yg dikemukakan sangatlah daif belaka.. dalam proses nabi2 yg terdahulu sebelum rasulullah juga telah byk diganggu oleh iblis, syaitan & jin.. tak mustahil ilmu yg kita pelajari sekarang kononya betul juga boleh terhasil daripada tipu daya iblis & syaitan. saya syorkan kita kekalkan syariat sekuat kuatnya dan jangan sesekali tinggalkan. dan tidak usahlah mempermainkan tentang hal hal yg melibatkan islam sewenang wenangnya. ingatlah pesan nabi s.a.w. barangsiapa yg menggunakan nama baginda tanpa nas nas yang benar sesungguhnya dia telah menempah kerusi untuknya di dalam neraka.

    Reply

    • Posted by Omar Yatin on 21 March 2012 at 3:28 am

      Ilmu ketuhanan suatu ilmu yg tinggi dlm Islam ia menjadi sumber ilmu Tauhid. x ada tauhid x sah pegangan kita ia menjadi asas rukun Iman.

      Reply

  31. Posted by Rahman on 28 February 2011 at 7:35 am

    Saya minta tuan tuan rujuk laman ini http://www.amislam.com/nazim.htm. Cuba baca dengan teliti, tapijangan membuat hukuman. Berasaskan kecetekan ilmu yg ada pada saya, saya tak berani nak menghukum sesat.Tapi saya sangat meragui akan perkara yang di highlightkan didalam buku Mercy Oceans karangan NAZIM AL-QUBRUSI. Nampak jelas bertentangan dengan ajaran AlQuran dan Sunnah. Minta maaf pada semua, saya mohon perkongsian dan pandangan yang ikhlas dan jernih dari forumer semua.

    Reply

  32. Posted by reza on 29 July 2011 at 6:48 am

    itu nasib korang jumpe guru yg bukan mursyid tapi bullsyid. selama aku kenal guru aku, dia banyak bantu aku. tak penah dia mintak duit aku. aku yang minta adalah

    Reply

  33. Buku hakikat Insan yg ditulis oleh Hj Laksamana memang SESAT dan MENYESATKAN. Ramai yg telah MURTAD tanpa sedar.
    Lihat penerangan HAKIKAT INSAN yang diterangkan oleh Hamba Allah.
    http://www.hakikatsifat20.blogspot.com
    http://www.siapaallah.blogspot.com

    Reply

  34. Posted by dent on 12 September 2011 at 3:32 am

    ada lagi org dok taksub kat mat laksamana .. he he

    aku jumpa dia at least once a month …from my observation dia tak dak ciri seorang tok guru pon.

    Reply

  35. Posted by nelayan marang on 14 September 2011 at 4:55 pm

    http://pustakaalfathunnawa.com/
    buku baru terbitan pustaka al fathunnawa…sesat ke tidak…boleh pihak jakim kaji…pengarang ahmad laksamana..dah jadi dr halo-n

    Reply

  36. ada teori nawiah and halo-n 9 stars .. hik hik ..

    tuan nelayan marang .. kau dulu penah jadi pengikut dia tak? aku tau org marang byk taksub kat dia ..

    Reply

  37. Posted by nelayan marang on 26 September 2011 at 6:44 am

    Bukan…aku baru kenal dia baru2 nie..tak sangka dia ade ajaran dan pengikut yg difatwakan sesat oleh jakim..jadi utk ambik langkah berhati2…aku sendiri pon terkejut ade cite pasal dia kat internet…bukan ape baru2, aku tgk dia seorg yg ‘gong’ atau sombong la kate org ganu…jadi aku try google sket salah silah dia nie…

    Reply

    • Posted by CFO on 27 September 2011 at 1:16 am

      nelayan marang ..kau kenal dia kat mana? kau pegi kenduri anak dia menikah kat besut tu ke .. kalau tak cam na kau tau dia gong kah kah ..

      Reply

  38. Posted by alai bernama on 1 October 2011 at 8:33 pm

    yang menuduh sesat atau yang d tuduh sesat..ALLAH MAHA MENGETAHUI,,apepun berguru lah,,aku tertarik ape yang jong labuh sampaikan ,,kisah al haj dan syekh siti jenar,,aku dah bace kisahnye,,,bile hijab d buke make sampailah die,,

    Reply

  39. Posted by moraz on 4 October 2011 at 5:57 pm

    kalau haji ahmad laksamana omar sesat, macam mana dia boleh menghasilkan teori sains daripada al-quran dan mendapat gelaran THE FIRST AL QURANIC SCIENTIST OF THE WORLD???
    kalau haji ahmad laksamana omar sesat, mengapa teori sains tersebut telah diuji kesahihannya oleh Profesor A.Hamid A. Hadi sehingga beliau mendapat TOP 100 SCIENTIST OF THE WORLD????

    Adakah orang yang mengaku tidak sesat dapat menghasilkan teori sains daripada Al-quran seperti haji ahmad laksamana omar?

    Cuba renungkan……

    Reply

  40. Posted by insan kamil on 22 October 2011 at 9:27 am

    korang nie kalau org tue bersereban semua betul,alim,tp skrg ni mcm2 ada jgn mengatakan insan itu sesat,korang yg x betul.

    Reply

  41. pada zaman nabi s,a,w x ada pn dinyatakan segala hukumhakam.pesan nabi menuntut lah ilmu hingga ke negeri china.maknanya ilmu perlu dicari selagi kt hidp.bkn ikut terlunjuk mufti,korang pn makan gaji x tau hasil duit dari mana,ntah2 dari hasil cukai disco,,

    Reply

  42. jgn tau mengaji tp x pnh mengkajiii,ckp pandai hal dalam negra yg haram pn x blh nk seatel kan

    Reply

  43. Posted by Ahmad on 15 December 2011 at 11:34 pm

    Mana sesatnya tu? Atau kamu yang sesat jalan? hehehe

    Reply

    • Posted by khairul on 15 March 2012 at 4:27 am

      lawak la tu?

      Reply

    • Posted by teuku rizal on 26 August 2012 at 11:24 am

      sudah kah engkau mengetahui semua ilmu tuhan sehingga engkau berani menyesatkan orang lain??

      Reply

      • Posted by omar on 19 October 2012 at 5:31 am

        kita tidak boleh menyesatkan orang lain dan tidak ada siapapun yg sesat sabelum ia mati(pintu taubat masih terbuka).
        yg penting kita mesti tahu dan faham apa maana sesat supaya jangan kita ter jerumus kadalamnya. tepuk dada tanya selera. apakah aku ini sesat atau tidak jangan di pedulikan hal orang, jangan dituduh orang lain sesat. tapi diri kita kita tau sesat atau tudak..
        maana sesat ialah x tau jalan nak balik.tanyalah sapa2 pun maana sesat itulah maananya.tanya diri sendiri mana jalan nak balik? kita tau kita datang dari Allah dan akan kembali kapadanya.. Tapi mana jalannya. mana jalan kita datang dan kita kembali ikut jalan itu lah juga(jln yg sama)
        islam iti lengkap .syariat, thariqat, haqikat dan maarifat.. pelajari semuanya!. syariat ialah amalan dan hukum hakam. hukumnya sunat dan haram.ia mertabat tubuh
        Syariat adalah jalan sapa2 yng bersungguh2 dia dapat ia mertabat hati maananya kesungguhan hati disini letak ikhlas.
        Hakikat ialah ilmu dapat meletak dimana hamba dan dimana tuhan.disinilah letaknya TAUHID ilmu yg tinggi dan manjadi tujuan utama diutuskan nabi2 dan rasul2-untuk mentauhidkan Allah swt..hukumnya kalau salah letak SYIRIK.
        dan marifat ialah kenal. kenal diri dan kenal Allah swt. dlm sembahyang kita selalu sebut “Aku hadapkan wajahku ke wajah yg manjadikan langit dan bumi” mana wajah yg menjadikan langit dan bumi kalau bukan Allah?

  44. Posted by HAI-O on 14 March 2012 at 12:46 am

    Harun Yahya dah lama kaji pasal Miracles in Quran, tapi Dr HALO-N punya teori berkenaan natural science tu memanglah betul dan diuji kesahihannya oleh Profesor A.Hamid A. Hadi. Tapi cara Dr HALO-N mengaitkan setiap teori dengan ayat Quran amat janggal kerana ayat Quran berkenaan hanya bersifat umum, seolah-olah Dr HALO-N mempunyai kelebihan makrifat yang tinggi mentafsir ayat Quran dengan pendapat sendiri, pandangan ulama tafsir yang muktabar tidak dirujuk langsung, metode ini salah sama sekali. Memang Islam tidak menghalang umatnya berfikir, tapi kalau belajar pasal tanyalah ulamak atau pakar agama, bukannya pakar nuklear atau sains matematik, semangat beragama perlu mellui dan disalurkan pada jalan yang betul.

    Reply

  45. Posted by al kelangi on 25 March 2012 at 1:04 am

    haji ahmad laksamana ni hanya cedok, bukan dari pengalamannya. Sebab itu dia sesat.

    Reply

  46. Posted by afif on 7 April 2012 at 1:40 am

    semua manusia di dunia ini semakin jahil dan tidak tahu akan ilmu allah. oleh itu, allah telah melahirkan insan yang benar benar mengetahui ilmunya pada masa kini… semoga kita mengambil ikhtibar mengenai karamah para nabi, ahli sufi dan ariffbillahyang betul betul mengenal allah dan telah dikurniakan keistimewaan. apa yang dikatakan oleh hj laksamana itu adalah benar.. bkan nya sesat… sebenarnya itulah ilmu rahsia untuk mengenal ungtuk menjadikan kita lebih tawaduk lagi zuhud

    Reply

  47. Posted by anakpaklangmat on 28 April 2012 at 4:19 am

    kalau dah fatwa kata sesat, tak payah la nak cakap apa, pandai sangat ke kita ni.

    Reply

    • Posted by jakak lenteng on 5 October 2012 at 6:44 pm

      Senangnye cakap….fatwa tu sape….adakah kte tahu ape yg dkeluarkan oleh fatwa sumenye betul…depa bukan tuhan.
      Senang begini la…terpulang la kat diri masing2…kalau rse xyakin dgan ilmu hakikat xpyah la blajar…ikut jela fatwa tu..pengetahuan hakikat dan syariat berbeza…jangan rse rugi dan nyesal lak di kemudian hari…syariat, tarikat,hakikat dan makrifat sume berkait…dan hanye menyembah tuhan yang esa. ..ALLAH……..WASSALAM

      Reply

  48. Posted by cjjohnson on 21 May 2012 at 8:21 pm

    owhh…kalau fatwa haram buat demo bersih, ramai yang berani kata mufti salah…kenapa yang ini tak boleh kata mufti pun salah?

    Reply

  49. Posted by jai on 8 September 2012 at 7:08 am

    siapakah manusia nak menghukum manusia allah saja yg bleh mghukum

    Reply

  50. Posted by jai on 8 September 2012 at 7:17 am

    hj ahmad laksmana tak sesat pun dia kenal diri dan kenal tuhan tp org yg mengatakan dia sesat tu kenal ke tuhan apa

    Reply

  51. Posted by mbah on 8 September 2012 at 8:35 am

    apa untungnya anda menyalahkan orang lain dan mengatakannya sesat??apakah diri anda sudah benar??islam tidak dianjurkan debat,,jalannya berbeda tapi tujuannya tetap sama..ilmu untuk dicari bukan saling menyesatkan..laa hurufin wala shautin,,wasalam

    Reply

  52. Posted by tujuan on 31 October 2012 at 7:51 am

    aslmkum…tuan blog ni manusia,kita pun manusia..kita milik Allah,semua milik Allah..kalau faham betul2,kaseh yang utama..maka ia akan jadi bersih hati jiwa akal juga minda..gerak dibenarkan oleh NYA,jadi atas kehendakNYA..itu ini semua atas kehendakNYA…tiada DIA,kiamat lah kamu didunia fana…maaf diminta jika salah bicara…cintai semua,bahagia akan dirasa.. :-)

    Reply

  53. Posted by hehe on 12 November 2012 at 8:53 am

    pejam mata,katakan Allah dgn detakan kuat didalam..jika bergetar itu lah yang benar…tiada yang lain mengape takut sesat..

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: