Berjihad di Jalan Allah.

Mafhum firman Allah:

 

Berjihadlah dengan harta benda dan diri kamu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya. (Surah al-Taubah, ayat 41). 

 

Mafhum ayat di atas ini merupakan saranan serta galakan Allah Taala kepada golongan kepada para hambaNya agar sentiasa berani melakukan dua bentuk pengorbanan besar, iaitu pengorbanan harta dan juga nyawa demi menegakkan kalimah Tauhid di muka bumi ini. Mafhum ayat ini mengutamakan pengorbanan harta dahulu dan kemudian barulah disusuli dengan pengorbanan jiwa. Ini kerana sudah menjadi fitrah kejadian manusia, sesiapa yang sayangkan hartanya adalah amat mustahil sanggup menggadaikan nyawa atau jiwanya demi menegakkan kalimah Allah. Menurut al-Syeikh Dr. Abdul Karim Zaidan dalam kitabnya Usul al-Dakwah, pengorbanan harta benda yang dimaksudkan ialah; perbelanjaan harta sama ada dalam apa jua bentuk untuk membeli kelengkapan perang seperti senjata, bekalan makanan serta minuman dan sebagainya.

 

Dalam mengkatogarikan jihad, al-Syeikh Abu Bakar al-Jazairi menyatakan dalam kitabnya Manhaj al-Muslim; jihad terbahagi kepada empat jenis;

i)                    Jihad menentang golongan harbi dengan cara mengangkat senjata. (golongan kuffar muharibin dan bukan golongan zimmi).

ii)                  Jihad menentang kejahatan (Amar maaruf dan nahi mungkar). Jihad ini boleh direalisasikan melalui berbagai cara seperti media massa, badan politik dan lain-lain lagi untuk tujuan kebaikan. Dalam konteks ini, pertempuran dan pembunuhan jiwa tidak berlaku.

iii)                Jihad menentang syaitan (dengan mempertahankan diri daripada segala bentuk tipu daya syaitan).

iv)                Jihad nafsu (menentang keinginan hawa nafsu sendiri).

 

Namun dalam konteks kesanggupan berjihad, pengorbanan nyawa sering diutamakan lantaran janji status syahid dengan beberapa keistimewaan khas yang bakal diterima oleh mereka yang sanggup serta berani berbuat demikian. Antaranya ialah;

 

i)                    Semua dosanya diampuni Allah.

ii)                  Ketika hampir saat kematian, diperlihatkan kepada individu syahid tempatnya dalam syurga.

iii)                Merupakan khalifah Allah di muka bumi.

iv)                Allah menghiasi individu syahid dengan perhiasan iman.

v)                  Tidak mendapat siksaan kubur.

vi)                Terselamat daripada huru-hara dan kegoncangan serta kegawatan hari kiamat.

vii)              Diletakkan mahkota kebesaran di atas kepala individu syahid yang mana nilainya lebih tinggi daripada semua yang ada di dunia ini.

viii)            Akan dikahwinkan dengan 72  bidadari, 4,000 orang gadis dan 8,000 orang janda.

ix)                Memperolehi syafaat untuk membela seramai 70 orang ahli keluarganya untuk masuk syurga.

x)                  Sentiasa berada dalam kehidupan yang bahagia sebagaimana firman Allah Taala “Janganlah kamu menganggap orang-orang gugur di jalan Allah itu mati, bahkan mereka itu hidup disisi Tuhan mereka dengan sentiasa mendapat rezeki” (surah Al-Imran, ayat 169).

 

Bagi umat Nabi Muhammad, jihad mula difardhukan ke atas diri mereka pada tahun kedua Hijrah. Antara hikmat difardhukan jihad peperangan ini ialah;

 

i)                    Untuk mempertahankan diri, ahli keluarga, tanahair daripada kejahatan musuh.

ii)                  Memelihara jiwa dan harta benda daripada dicerobohi.

iii)                Memperjuangkan hak serta keadilan (menegakkan syariat Allah).

iv)                Memakmurkan kebaikan di muka bumi.

 

Hukum berjihad dengan nyawa adalah fardhu kifayah. Dengan kata lain, bukan semua umat Islam diwajibkan berjihad dengan mengorbankan diri mereka di medan perang sepertimana yang dinyatakan dalam Surah al-Taubah Ayat 122.”Tidak wajar orang-orang yang beriman itu berangkat semuanya ke medan pertempuran. Mengapa tidak pula ada kelompok daripada golongan itu berangkat untuk mempelajari dan mendalami ilmu agama agar mereka dapat memberi peringatan kepada kaum mereka bila mereka kembali kelak”.  Jihad yang dimaksudkan ini hanya diwajibkan ke atas individu muslim, lelaki, aqil serta baligh, sihat tubuh badan dan juga merupakan seorang individu yang memiliki harta yang cukup bagi dirinya dan juga bagi ahli keluarganya hinggalah tamat peperangan. Sehubungan dengan jihad fardhu kifayah juga, individu yang tidak mendapat restu ibubapa dan mereka yang mempunyai hutang yang belum mampu dijelaskan tidak wajib dan tertegah melibatkan diri mereka dalam peperangan. (kecuali setelah mendapat keizinan ibubapa dan juga keizinan pemberi hutang).

 

Menurut ijma’ ulama’, berjihad di jalan Allah lebih besar pahalanya daripada ibadat haji dan umrah berdasarkan kepada hadis-hadis Rasulullah. Antaranya ialah;

 

i)                    Dalam syurga itu ada seratus tingkat. Dari satu tingkat ke satu tingkat jaraknya seperti langit dengan bumi. Syurga itu disediakan Allah kepada orang-orang yang berjuang di jalanNya.

ii)                  Bagi setiap umat itu ada perjalanan ibadah. Dan perjalanan ibadah umatku ialah berjihad di jalan Allah.

iii)              Aisyah r.a bertanya “Wahai Rasulullah! adakah jihad wajib ke atas kaum wanita?”. Jawab Rasulullah “Ya, wajib ke atas mereka jihad yang tiada pembunuhan jiwa; iaitu haji dan umrah”. (Sepanjang ibadat haji dan umrah, mereka terpaksa berjihad menentang hawa nafsu).

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: