Titik Persamaan dan perbezaan antara ahl Sunnah dan Syiah. (Part 1)

Tidak ada perbezaan antara Syiah Imamiyyah dan mazhab empat[1]/Ahl Sunnah mengenai asas-asas agama yang utama, iaitu;  Tauhid, Kenabian, dan Maad (Hari Kebangkitan).

Semua pihak percaya jika sesiapa daripada kalangan mereka yang mengingkari salah satu daripada asas-asas itu, maka dia adalah kafir. Mereka percaya al-Qur’an adalah Kitab Allah yang diturunkan kepada umat manusia melalui Nabi Muhammad, tidak boleh dikurang atau ditambah, berdasarkan kepada Mushaf Othman yang digunakan oleh seluruh umat Islam, manakala mushaf-mushaf lain seperti Mushaf Ali telah dibakar atas arahan Khalifah Othman. Sekiranya ada penafsiran yang berbeza antara Syiah Imamiyyah dan Ahl Sunnah mengenai ayat al-Qur’an, maka ia adalah perkara biasa yang juga berlaku di kalangan Ahl Sunnah itu sendiri seperti Syafie, Hanafi dan seterusnya.

Ahl Sunnah berpegang kepada sebuah Hadith Nabi yang merangkumi lima perkara iaitu;

i)                    Mengucap dua kalimah syahadah.

ii)                  Sembahyang.

iii)                Puasa.

iv)                Zakat.

v)                  Haji di Baitullah.

Sementara Syiah Imamiyyah pula berpegang kepada sebuah Hadith Nabi yang merangkumi lima perkara juga iaitu;

i)                    Sembahyang.

ii)                  Puasa.

iii)                Zakat.

iv)                Haji di Baitullah.

v)                  Jihad.

Ahl Sunnah berpendapat Nabi tidak meninggalkan sebarang wasiat kepada sesiapa untuk menjadi khalifah. Persoalan yang timbul, mungkinkah Nabi yang menyuruh umatnya supaya meninggalkan wasiat tetapi beliau sendiri tidak melakukannya?. Syiah Imamiyyah yakin dan percaya bahawa Imamah/Khalifah adalah jawatan yang dianugerahkan Tuhan kepada Ahlul Bayt khususnya saidina Ali  sebagai orang yang diwasiatkan untuk menjadi Imam/Khalifah berdasarkan kepada Hadith Ghadir Khum, Hadith al-Safinah dan lain-lain (Hakim Nisaburi;al-Mustadrak , bab kelebihan Ali). Selepas Ali, ia diganti oleh anak-anak cucunya dari Fatimah; Hasan, Husayn, Ali Zainal Abidin, al-Baqir, al-Sadiq, al-Kazim,al-Rida sehingga Mahdi al-Muntazar (Imam ke-12).

Mereka dipanggil Imamah kerana mereka berpegang kepada Hadith Imamah/Khalifah dua belas yang bermaksud:”Urusan dunia selepasku tidak akan selesai melainkan berlalunya dua belas Imam”.(Sahih Muslim, Sahih Bukhari, Bab al-Imarah).

Mereka juga dikenali dengan mazhab Ja’fariyyah iaitu dinisbahkan dengan Imam keenam Ja’far al-Sadiq yang bersambung keturunannya di sebelah ibunya dengan khalifah Abu Bakar al-Siddiq ibunya bernama Ummu Farwah bt. Al-Qasim bin Muhammad bin Abu Bakar al-Siddiq. Sementara disebelah bapanya pula al-Baqir bin Ali Zainal Abidin (al-Sajjad) b. Husayn b. Ali dari ibunya Fatimah as-Siddiqah al-Zahra bt Muhammad Rasulullah.  Beliau juga guru kepada Imam Malik dan Imam Abu Hanifah.

Ahl Sunnah dan Syiah Imamiyyah percaya manusia adalah lebih mulia daripada para malaikat, meskipun makhluk itu adalah yang paling hampir (al-Muqarrabun) kepada Tuhan. Manusia dianugerahkan hawa nafsu dan keilmuan berlainan dengan malaikat yang dijadikan tanpa hawa nafsu dan para malaikat disuruh sujud sebagai tanda hormat kepada bapa manusia, Adam. Hanya Muktazilah yang mempercaya bahawa malaikat itu lebih mulia dari manusia kerana sifatnya yang sentiasa taat kepad Allah SWT dan bagi mereka juga  sujud malaikat kepada Nabi Adam adalah sujud hormat bukan sujud yang bererti kehinaan dan bukan juga sujud kerana ibadat. Ahl Sunnah juga bersetuju bahawa Ahl Bayt  adalah lebih mulia dari orang lain, sebagaimana firman Tuhan dalam Surah al-Ahzab: 33,”Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa daripada kamu hai Ahl Bayt dan menyucikan kamu sebersih-bersihnya”. Mengikut Muslim dalam Sahihnya, dan al-Wahidi dalam Asbab al-Nuzulnya, apa yang dimaksudkan dengan Ahl Bayt ialah Fatimah, Hasan, Husayn dan Ali.

Berdasarkan kepada ayat itu, Syiah Imamiyyah percaya bahawa para Imam dua belas adalah maksum. Pengertian maksum, mengikut mereka ialah suatu kekuatan yang menegah seseorang daripada melakukan kesalahan/dosa  serta tidak boleh menyalahi nas. Perkara semacam ini memang juga berlaku dalam hidup seseorang. Contohnya seorang yang ingin melakukan maksiat tertentu, kemudian ada sahaja perkara yang menegahnya daripada melakukan maksiat itu. Bukanlah pengertian maksum itu sebagaimana kebanyakan yang difahami umum, iaitu seseorang itu boleh melakukan maksiat kerana dia itu maksum.

Selain dari ayat itu, Syiah Imamiyyah berpegang kepada beberapa Hadith Nabi yang antaranya menerangkan kedudukan keluarga Rasulullah. Rasulullah bersabda:”Aku tinggalkan kepadamu dua perkara yang berharga: Kitab Allah dan keluargaku (al-Itrah)” (Sahih Muslim, Hadith Thaqalain). Rasulullah bersabda:”Ahl Baytku samalah seperti kapal Nabi Nuh; siapa yang menaikinya berjaya dan siapa yang tidak menaikinya akan binasa/tenggelam“, (Al-Hakim Nisaburi, al-Mustadrak, Bab Kelebihan Keluarga Nabi).

Bagi Ahl Sunnah, mereka mengatakan Ahl al-Bayt itu lebih umum. Bagaimanapun keistimewaan diberi kepada mereka itu secara khusus. Tidak wujud perbezaan yang besar antara Syiah Imamiyyah dan Ahl Sunnah dalam beberapa masalah fiqh seperti mengenai cara mengambil  wuduk. Mereka bersetuju kebersihan mestilah dilakukan sebelum wuduk diambil. Bagaimanapun mereka berbeza mengenai basuh/sapu dalam Surah al-Maidah: 6, yang bermaksud:”Sapulah (Imsahu) kepala kamu dan kaki kamu”.

Jika ditinjau pengertian ayat itu dengan lebih detail, bukan sahaja kepala yang wajib disapu, malah kaki pun sama, kerana perkataaan Imsahu memberi pengertian sapu dan huruf ataf di situ mestilah dikembalikan kepada yang lebih hampir sekali. Lantaran itu Syiah Imamiyyah mengatakan kaki hendaklah disapu bukan dibasuh. Sementara Ahl Sunnah mengatakan basuh; mereka berpegang kepada sebuah Hadith Nabi yang bermaksud:”Neraka wail bagi mata kaki yang tidak dibasahi air”. Bagi Syiah Imamiyyah, mereka mengatakan hadith itu ditujukan kepada orang yang tidak membersihkan anggota-anggotanya, termasuk kaki sebelum mengambil wuduk. Di samping itu, mereka berpegang kepada Hadith yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas. Sabda Rasulullah:”Wuduk itu dua basuh dan dua sapu”, iaitu basuh muka dan tangan. Adapun lokasi sapu ialah kepala dan kaki.

 [Nota: Imam Baqir a.s bertanya di hadapan khalayak ramai:’Apakah kalian ingin saya nyatakan tentang wuduk Rasulullah ? Mereka menjawab,’Ya’. Kemudian beliau meminta suatu bekas yang berisikan air. Setelah air itu berada di hadapan beliau, beliau (Imam Baqir) menyingkap lengan bajunya dan memasukkan telapak tangan kanannya pada bekas yang berisikan air itu sambil berkata:’Begini caranya bila tangan dalam keadaan suci’. Kemudian beliau mengambil air dengan tangan kanannya dan diletakkan pada dahinya sambil membaca’Bismillah’ dan menurunkan tangannya sampai ke hujung janggut, beliau meratakan usapan untuk kedua kalinya pada dahi beliau, kemudian beliau mengambil air dengan memasukkan tangan kirinya dari bekas itu dan beliau letakkan pada siku kanan beliau sambil meratakannya sampai ke hujung jari. Setelah itu beliau mengambil air dengan tangan kanan dan diletakkan pada siku kirinya sambil beliau ratakan sampai ke hujung jari. Kemudian dilanjutkan dengan mengusap ubun-ubun beliau dengan sisa air yang terdapat pada telapak tangan beliau sampai ke hujung dahi (tempat tumbuh rambut). Kemudian beliau usap kaki (bahagian atas) kanannya dengan sisa air yang terdapat pada telapak tangan kanan, sedangkan kaki kiri beliau usap dengan sisa air yang terdapat pada telapak kaki kiri (keduanya diusap sampai ke pergelangan kaki beliau – Al-Wasail Syiah, Juz. 1, bab 15, hlm.387].

Ahl Sunnah membuang perkataan Haiya ‘ala khayr al-‘amal (marilah melakukan sebaik-baik amalan) dari susunan kalimah laungan azan asal dan menambah perkataan “Al-solatu khairun minam-naum (solat lebih baik dari tidur) dalam azan subuh. Kedua-dua perkataan itu dilakukan ketika pemerintahan khalifah Umar al-Khattab. Mengenai yang pertama, beliau berpendapat jika seruan itu diteruskan, orang Islam akan mengutamakan sembahyang dari berjihad. Tentang yang kedua, beliau dikejutkan dari tidurnya oleh muazzin dengan berkata:”Sembahyang itu lebih baik dari tidur”, maka beliau lantas tersedar dan menyuruh muazzin itu menggunakan perkataan itu untuk azan Subuh. Bagaimanapun, bagi Syiah Imamiyyah diteruskan azan asal sebagaimana yang pernah dilakukan di zaman Rasulullah  dan khalifah Abu Bakar r.a. Ahl Sunnah tidak mengsyaratkan sujud di atas tanah dalam sembahyang. Syiah Imamiyyah menyatakan sujud di atas tanah itu lebih afdhal kerana manusia akan lebih terasa rendah dirinya kepada Tuhan. Mereka berpegang kepada sebuah Hadith Nabi yang bermaksud”Dijadikan untukku tanah itu suci dan tempat sujud” (Sahih Muslim, Bab Mawdi’ as-Salah).

Semua pihak bersetuju sembahyang boleh dijama’ apabila seseorang itu musafir (kecuali mazhab Hanafi yang mewajibkan solat qasar sahaja). Ahl Sunnah pada keseluruhannya tidak menggalakkan jama’ sembahyang selain dari musafir. Meskipun begitu, mereka tidak menyatakan sembahyang jama’ itu tidak sah bagi orang yang bermukim. Imam Malik dan Syafie mengharuskan jama’ sembahyang Zohor dengan Asar, Maghrib dan Isya’ di hari hujan (Fiqh Sunnah, jilid satu halaman, 255) . Kebanyakan pengikut Imam Syafie berpendapat jama’ sembahyang boleh dilakukan jika ada sebab yang diharuskan oleh syarak dan adalah menjadi makruh jika dilakukan secara kebiasaan.

Syiah Imamiyyah menyatakan, sembahyang jama’ boleh dilakukan tanpa sebab musafir, sakit atau ketakutan kerana Nabi bersembahyang jama’  tanpa sebab dan musafir. Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas bahawa “Rasulullah sembahyang berjamaah dengan menjama’kan Zohor dengan Asar, Maghrib dengan Isya’ tanpa musafir dan tanpa sebab takut”,(Sahih Muslim, Bab Jawaz Jam’ as-Salah fil-Hadr). Ahl Sunnah dan Syiah Imamiyyah bersetuju bahawa sembahyang tarawih berjamaah tidak dilakukan pada masa Rasulullah dan khalifah Abu Bakar. Ia dilakukan atas arahan khalifah Umar al-Khattab r.a kerana beliau melihat orang ramai sembahyang sunat bertaburan di dalam masjid, lantas beliau berkata:”Alangkah baiknya jika dilantik seorang lelaki untuk menjadi Imam bagi kaum lelaki dan seorang perempuan untuk menjadi Imam kaum wanita”.

Kemudian Umar al-Khattab melantik Ubay bin Ka’ab mengimamkan pada malam berikutnya. Beliau berkata:”Ini adalah sebaik-baik bidaah “. Selepas itu beliau menghantar surat kepada gabenor-gabenor di seluruh negara supaya menjalankan sembahyang sunat secara berjamaah dan dinamakan Sembahyang Tarawih kerana setiap empat rakaat diadakan istirahat (Bukhari, Bab Sembahyang Tarawih, Muslim, Bab Sembahyang Malam). Syiah Imamiyyah tidak melakukan sembahyang tarawih atas alasan itu. Meskipun begitu Syiah Imamiyyah sebagai contoh melakukan sembahyang sunat lima puluh rakaat pada tiap-tiap malam Ramadhan (Nota: terdapat sembahyang sunat khusus dan umum pada setiap malam Ramadhan – sila lihat Mafatihul Jinan) secara bersendirian di samping sembahyang sunat biasa; mereka sembahyang tiga puluh empat rakaat.

Ahl Sunnah menyatakan bilangan takbir Sembahyang Mayat ialah empat, sementara Syiah Imamiyyah mengatakan lima takbir. Di samping itu, Ahl  Sunnah sendiri tidak sependapat cara-cara mayat dihadapkan ke Kiblat. Maliki, Hanafi, dan Hanbali berpendapat mayat hendaklah diletakkan ke atas lambung kanannya dan mukanya menghadap Kiblat sebagaimana dilakukan ketika menanam mayat. Manakala  Syiah Imamiyyah dan Syafie berpendapat mayat hendaklah ditelentangkan dan dijadikan kedua tapak kakinya ke arah Kiblat  Jika dia duduk, dia perlu menghadap Kiblat .

 


[1] Mazhab Hanafi, Maliki,  Syafie dan Hanbali.

About these ads

13 responses to this post.

  1. Posted by zulmsa@gmail.com on 27 November 2009 at 3:42 pm

    salaam,

    entry ini sangat baik.. sarat dengan pengisian ilmiah… harap teruskan lagi…

    salaam

    zulmsa

    Reply

  2. Posted by ZolSatibo on 28 November 2009 at 12:44 am

    Salam. Tuan mengapakah Ahlul Sunnah menetapakan 4 Mazhab sahaja? Adakah dalil nas Al-Qur’an dan Hadith SAW yg menetapkan 4 Mazhab ini?

    Reply

    • Al-Quran dan Hadith tidak pernah menetapkan 4 mazhab ini saja secara sembrono.

      Reply

      • Posted by zulmsa on 14 December 2009 at 3:08 am

        Jika diteliti apakah benar penetapan 4 mazhab dilakukan dengan alasan “politik” oleh pemerintah sebagai menghadapi situasi tertentu tetapi bukanlah kehendak Islam itu sendiri… sperti mana Malaysia menetapkan mazhab Ahlul-sunnah (mazhab syafi’e) sebagai mazhab rasmi di Malaysia lain dari itu tidak dibenar/atau tidak digalakan hanya untuk mengukuhkan umat melayu/islam sebagai 50% kekuatan politik melayu yg tidak berpecah-pecah.. salaam

  3. Posted by Qamarul on 31 August 2010 at 8:54 pm

    Enta ni pro syiah ni. Laknat Allah ke atas syiah yang mengkafirkan para sahabat Rasulullah

    Reply

  4. Posted by Qamarul on 31 August 2010 at 8:56 pm

    Hj.Hydzelan, Syiah dah difatwakan sesat. Jelas sesat. Tak perlu enta bawak fahaman syiah enta tu kat Malaysia. Tak perlu kelirukan orang

    Reply

  5. Posted by pikir la sendiri on 2 January 2011 at 9:13 pm

    Kata “Sesat” di dalam Al-Qur’an berasal dari akar kata “Dhalalah”. Kata Dhalalah dengan segala bentuk katanya di dalam Al-Qu’an disebutkan kurang-lebih 193 kali. Bermacam-macam sifat dan prilaku manusia oleh Al-Qur’an dinyataan sebagai orang-orang yang sesat, antara lain:
    Orang-orang kafir dalam segala bentuknya, harbi atau dzimmi.
    Orang-orang musyrik dalam segala tingkatannya
    Orang-orang munafik dalam segala bentuknya
    Orang-orang zalim dalam tingkatan dan bentuknya, terhadap orang lain atau dirinya sendiri
    Orang-orang yang berbuat dosa dan maksiat, dalam segala tingkatannya.
    Orang-orang yang suka hidup mewah dan berlebihan
    Orang-orang yang tidak peduli terhadap kebenaran.
    Sifat-sifat dan prilaku lain yang tidak disukai oleh Allah swt

    adakah ahli syiah d malaysia tergolong dalam golongan sesat?
    renung2kanlah.

    Reply

  6. Posted by kiko on 27 March 2012 at 3:28 am

    persoalannya bukan di malaysia.. persoalan skrang syiah di malaysia mengunakan kitab rujukan mana? ade ke para syiah di malaysia yg keluarkan kitab2 daripada malaysia.. tidak kn? , so kbnyakkan kitab tetap import daripada syiria ataupun IRAN so jika kefahaman rakyat IRAN begitu maka kefahaman di malaysia pun sama shj … xkn ambk 12 imam tp ibadah ikut tempat? berbeza dengan mazhab2 yg ada jika di sana syafie ikut cara syafie dan jika di malaysia pun kalau gunakan mazhab syafie tetap sama…

    Reply

  7. Posted by friend on 25 October 2012 at 4:38 pm

    syiah hanya memakai kedok “perbedaan madzhab” tuk boleh melegalkan pikiran busuknya.

    Reply

  8. Posted by julianti samsudin on 30 October 2012 at 12:51 am

    Salam Tuan, adakah perbezaan pendapat antara ahli sunnah dan syiah dalam perspektif mualamat (e-commerce)

    Reply

  9. Posted by a suandi on 22 November 2012 at 8:11 am

    dlm islam ada masalah ashul ada masalah furu, jika perbedaanya disekitar fuuruiyah maka tidak dianggap kafir, kita katakan lemah pendapatnya. bila melanggar masalah furu dianggap maksiat, contoh bila seorang muslim membunuh tampa hak maka dia dianggap maksiat,tdak jatuh kafir, atau seorang muslim zina maka dianggap maksiat dosa besar, tapi tetap dia seorang muslim.bilapun orang orang mencela sahabat maka tdk jatuh kafir,cuma dosa besar,mrk melakukan mut’ah bagi suni syariat ini dah terhapus maka pelakunya berdosa. terkecuali mrk orang syiah mengkafirkan sahabat maka mrkpun kafir, walhasil mrk orang syiah masih muslim, cuma pendapatnya lemah, atau dlm beberapa hal dianggap maksiat.maka kewajiban kita adalah memahamkan kpd mereka bahwa pendapatnya lemah dan beberapa hal bertentangan dg syariah.kita jangan menuduh kafir kalau bukti tdk kuat,bisa bisa itu balik kpd kita. wallahua’lam bisshowab.

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: