Antara yang halal dan yang haram dimakan

Tuntutan syarak agar umat Islam sentiasa mengutamakan sumber halal sebagai bahan makanan mereka dapat difahami dengan jelas melalui firman Allah Taala yang menjelaskan  apakah jenis makanan yang diharamkan ke atas diri mereka.

Mafhumnya:

Diharamkan ke atas kamu makan bangkai (kecuali ikan dan belalang), darah (kecuali hati dan limpa), daging babi, haiwan halal yang disembelih bukan atas nama Allah, yang mati tercekik, yang mati dipukul, yang mati kerana belaga dan yang dimakan binatang buas kecuali jika kamu sempat menyembelih haiwan berkenaan sebelum ia mati dan haiwan yang disembelih atas nama berhala dan mengundi nasib dengan anak panah.[1] (surah al-Maidah, ayat 3).

Selain itu, ada lagi dua jenis haiwan tambahan  yang diharamkan memakannya oleh syarak seperti mana yang dijelas oleh Rasulullah melalui hadis beliau,  iaitu;

i)                    Himar ahliyyah (keldai peliharaan/jinak).

ii)                  Al-Jallalah ( haiwan pelihara seperti ayam, lembu kerbau, unta dan sebagainya yang makan sesuatu yang kotor seperti najis sebagai sumber makanannya.  

Dalam sebuah mafhum hadis dinyatakan bahawa Nabi tegah makan daging himar ahliyyah dan al-jallalah dan juga tegah menaiki(menunggangi haiwan ini) serta meminum susunya.

Berkaitan dengan al-Jallalah, Ibn Umar r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w tegah makan al-Jallalah dan juga susunya. Malah menurut Ibn Hazam, tidak sah haji sesiapa yang mengerjakan wukuf dengan menaiki al-jallalah. Menurut Imam Ahmad dan juga al-Imam al-Syafie, al-Jallalah tidak boleh dimakan (haram) hinggalah ia dikurung beberapa hari terlebih dahulu sebelum disembelih. Dalam sebuah hadis dinyatakan haiwan berkenaan perlu dikurung selama 40 hari. Sehubungan ini, Ibn Umar r.a mengurung ayam selama 3 hari sebelum disembelih. Bagi Imam Malik, tidak mengapa jika al-Jalllah dimakan (disembelih sebelum ia dikurung terlebih dahulu).  Dinamakan al-jallalah kerana daging dan baunya yang berubah disebabkan haiwan itu memakan najis dan benda-benda kotor. Ada juga pendapat yang mengatakan hukum memakan jallalah hanyalah makruh dan tidak haram. Menurut al-Mahdi dalam kitab al-Bahr;  digalakan al-Jallalah (binatang yang makan najis dan kotoran) dikurung sebelum disembelih, iaitu; ayam/itik  selama 3 hari, kambing/ biri-biri selama tujuh hari, lembu dan unta selama 14 hari.

Petikan Kitab Subul al-Salam, jld 4, hlm 121

Petikan Kitab Subul al-Salam, jld 4, hlm 121

Bagi al-Sayyed Sabiq pula, al-Jallalah termasuk dalam rumpunan najis yang haram dimakan kecuali selepas  ia dikurung hinggalah berubah bau disebabkan permakanan najis dan benda-benda kotor (fiqh al-Sunnah, jilid satu, hlm 25).

 

Petikan Kitab Fiqh al-Sunnah

Petikan Kitab Fiqh al-Sunnah

 Diharamkan juga makan haiwan yang bertaring dan juga species burung yang berkuku tajam mencengkam mangsanya sepertimana hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a ” Semua binatang buas yang bertaring diharamkan memakannya”. Begitu hadi s yang diriwayatkan daripada Ibn Abbas r.a “Rasulullah menegah beliau makan species burung yang berkuku cengkam”.

 

 


[1] Di zaman jahiliyyah, apabila seseorang ingin melakukan sesuatu  sama ada berperang ataupun sebagainya,  tiga batang anak panah disediakan untuk dilakukan undian.  Pada anak panah pertama ditulis “Tuhan menyuruh aku melakukan”. Pada anak panah kedua ditulis “Tuhan melarang aku” dan pada anak panah ketiga pula ditulis “Tuhan belum memberikan keputusan apa-apa”.  Jika terambil anak panah pertama, apa yang ingin dilakukan itu diteruskan. Jika terambil anak panah kedua, individu berkenaan akan berundur daripada melakukannya dan jika terambil anak panah ketiga, cabutan undi akan dibuat sekali lagi. Undian anak panah ini dibasmi oleh Islam.

About these ads

One response to this post.

  1. Posted by towardsmardhatillah on 24 February 2012 at 8:49 am

    Status al-Jallalah akan berubah setelah dikurung dan diberi makanan yang sesuai dengan fitrah haiwan tersebut dan ia akan dapat dibuktikan dengan perubahan bau dan warna najis haiwan yang dikurung itu.

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: