Ajaran Sesat Hj.Ahmad Laksamana (Part 2)

Masih ada pihak yang ragu-ragu tentang status ajaran Hj.Ahmad yang diisytihar sebagai salah satu ajaran sesat yang didapati menular hebat dalam masyarakat majmuk di Malaysia. Meskipun telah disiarkan semua bahan-bahan (kitab-kitab dan pita rakaman) berkaitan dengan ajaran sesat ini dalam posting yang lepas (13 Jun 2009), namun masih ada rakyat Malaysia yang belum jelas mengenainya. Bagi menjelaskan serta menguraikan kekusutan ini, disyorkan kepada semua pihak yang masih samar-samar dalam masalah ini agar merujuk buku AbdulFatah Haron Ibrahim (Ahli Sunnah dan Wujudiah Bathiniah mengenai ajaran sesat (halaman 213-251) terbitan JAKIM dan juga buku Ajaran Sesat oleh Abdul Fatah Haron Ibrahim terbitan DBP .  Buku ini turut memperkatakan tentang hujjah-hujjah Batiniyah dan Wujudiyah dalam buku Hakikat Insan yang ditulis oleh Ahmad Laksamana satu ketika dulu (buku Hakikat Insan mengandungi 23 bab). Antaranya ialah;

i)  Dalam ruangan pendahuluan buku Hakikat Insan, hlm ii-iv, Hj.Ahmad Laksamana mengatakan; Buku Hakikat Insan boleh dijadikan formula dan panduan terbaik dalam pengajian ilmu tasawwuf untuk mengenal Tuhan.

ii) Kata Ahmad Laksamana “Tak payah mengaji, sir tajalli datang sendiri”

iii)  Ilmu ini daripada datuknya dan datuknya pula belajar ilmu ini daripada Tok Kenali dan juga Tok Kemuning. Pusaka daripada moyangnya Raden Warjono.

Dalam bab pertama, buku Hakikat Insan halaman 1-7;

i) Ahmad Laksamana membahagikan ilmu pengetahuan kepada ilmu  qalam, ilmu ghaib dan ilmu syahadah. Dia maksudkan ilmu qalam sebagai ilmu teknologi dalam zaman moden sekarang. Beliau juga memperkecilkan sektor ilmu ini kerana golongan non muslims lebih menguasainya  dibandingkan dengan umat Islam. Dia juga mendewa-dewakan ilmu ghaib dan syahadah, iaitu mukjizat dan juga keramat.

ii) Dalam buku yang sama halaman 95, Ahmad Laksamana mengatakan “Kita adalah Allah semata-mata tiada suatu pada kita hanya Allah semata-mata. Siapa kita kalau bukan Ahmad sendiri ? Allah bertempat dalam dirinya ? Jadi kalau sembahyang dia membaca اياك نعبد , bererti dia sembah dirinya sendiri. Apakah hukum dalam Islam jika seseorang itu menyembah dirinya sendiri????

Itulah antara permasalahan yang beliau timbulkan dalam bukunya, Hakikat Insan yang sesat lagi menyesatkan.

About these ads

48 responses to this post.

  1. Posted by Ieqaz_sari on 26 January 2010 at 3:42 am

    Salam.. Anda ingin mencari hantu, ingin memasuki alam ghaib atau memasuki alam paranormal.. Anda pergi ke mana2 ceruk rantau, hutan belukar, gunung ganang, tanah pkuburan malah pantang terdengar dimana ada tempat2 mistik pasti anda pergi mencari, menanti dn terus menunggu. Malangnya anda tk pernah bertemu. tak pernah terdengar sebarang bunyi2an atau terdengar suara2 yang berkaitan dgn alam2 ghaib. tak pernah ketemu secara terus hantu yang berupa puntianak contohnya.. yang mengerikan dn sebagainya.. persoalannya.. “Adakah layak anda bercerita tentang hantu? sedangkan anda tk pernah bjumpa. anda mungkin layak bercerita tentang pgalaman anda mencari hantu ttapi adakah anda layak memberi pandangan tentang hantu? sedangkan anda tk pernah merasai dan menjiwainya. rupa yang menakutkan, hodoh dan macam2 mengenainya.adakah orang2 yang mendengar cerita anda tentang hantu, mereka2 boleh menerima dan mempercayainya?

    Reply

  2. Posted by ieqaZ_cute on 26 January 2010 at 8:03 am

    minat nk tw cite hantu2 nie..hehehe..cm ne??

    Reply

  3. Posted by asbulkafi on 16 April 2010 at 10:29 am

    ketika akal dah tak mampu brfikir untk menjawap pertanyaan di atas tadi.. manusia
    mulai menggali jawapan dari apa yang dia “rasa” sampai akhir nya si peribadi tadi seolah2 telah menemui apa yang di cari..ketika pengembaraan “rasa” tadi sampai pada titik simpang jalan yg d tuju tadi masih berlekok lekok.. yang sesungguh nya sangat tdk perlu terjadi dan sesuatu yang tk pernah di ketahui oleh akal dan fikiran.. dia adalah sang maha ghaib..

    Reply

    • Menarik tentang ajaran2 sesat yg didalam senarai JAKIM.
      Secara warasnya apabila kita nak mengatakan sesat kita kena tahu dulu apadia itu sesat dari sudut bahasa dan pengertian. baiklah saya mula dengan pengertian sesat dari sudut bahasa maksudnya tidak sampai matlamat atau tujuan. contohnya kalau kita hendak pergi JB tetapi sampai KL itu namanya sesat. Tetapi kalau dia sampai juga JB samaada jalan jauh atau jalan dekat maka itu tidak dinamakan sesat.
      letih juga kalau nak tulis panjang-panjang hasil kajian dan pencarian saya selama 8 tahun lebih. Tapi untuk pengetahuan umum cukuplah saya kata apabila kita hendak kata sesuatu itu sesat kita kena confirm dulu bahawa yg kita ini tidak sesat. kalau kita sendiri pun tak confirm yang kita tak sesat maka wajib sesat la tu. 1 dari 73 sahaja yg tak sesat. Kalau JAKIM tu saya confirm lebih dari sesat..kalau susah sangat nak cari 1 sebab pun susah jika nak kata JAKIM tak sesat. Itu yg masalah tu… ISh….ish ish..Inilah awak diakhir zaman…

      Reply

  4. Posted by lina on 2 June 2010 at 1:11 am

    salam tuan2 sakalian semoga rahmat Allah memayungi kehidupan.pembaca mestilah berguru untuk memahami erti buku hakikat insan.rukun islam nyata carila.rukun iman gahib carila.Berkali2 pengarang buku meminta pembaca merujuk kepada guru2 yg mursiq.Jangan takbur pada ilmu yg sikit ni.

    Reply

  5. Posted by labu on 22 July 2010 at 10:23 am

    Salam untuk saudara saudara se Islam.
    Apa yg di ketengah kan dlm Hakikat Insan tu tidak boleh di terima oleh Majlis Feqah atau bukan ahli ahli feqah sebab ini persoalan Tasawwuf yg memerlukan pertolongan dari Allah. Maka di sini saya suka meceritakan kisah seorang wali Allah yg fana’.., dima na telah di pancung kepalanya oleh ulama feqah, lalu mengalir darah yg bertulis kalimah syahadah. Maka disini fatwa yg harus di fikir kan ialah dasar UMNO yang bercanggah dgn Islam. Terima kasih.

    Reply

  6. E eh Umno peginye.. Adoiyaii hehe

    Reply

  7. Posted by labu on 27 July 2010 at 11:56 pm

    Salam sejahtera untuk saudara-saudara org yg muslimin.. pada permasaalahan hakikat insan ini, ia hanya membincangkan dlm makna hakikat,dimana hakikat itu letaknya didalam dan jgn sekali kali keluar akan dia serta menzahirkan ia, kerna apa yg didalam tetap didalam dan yg di luar tetap zahir akan dia.
    Maka jika ia sesat di pandangan Ahli Fekah, maka sesatlah disisi ilmu mereka itu, sedangkan disisi ilmu tassawuf pula ada pandangan tersirat yg tidak bisa di hurai oleh akal fikiran. Jika kita lihat akan karangan Al-fakir Syekh Ahmad Fathani, lagi pening akan bagi akal pandangan ahli Fekah.Contoh nya didalam surah Al Khahfi,dimana menceritakan Nabi khaidir yg melakukan perkara yg bertentangan dgn syariat, di mana merosak kan akan perahu, membunuh budak kecil dan ini di persoalkan oleh Nabi Musa A.S yg ketika itu. Andainya Tok qadi dan ahli majlis fatwa mendalami akan ilmu hakikat, maka pastinya tidak akan mengambil upah atau gaji dlm jawatan mereka dan tidak terdaya mereka akan mengeluarkan akan Fatwa-Fatwa, sebagaimana Tok ku Paloh, Tok Hj Abd Rahman limbong, Tok janggut serta Tok Kenali. Hamba yg lagi fakir ini percaya akan setiap barang ilmu agama tiada boleh bersandarkan wang ringgit. Sekian Wassalam.

    Reply

  8. Posted by kalel on 3 August 2010 at 3:46 pm

    salam,,,,daripada dulu sampai sekarang ulamak syariat dengan ulamak hakikat tak habis-habis bertelegah,,,tak habis-habis nak berbantah-bantah…aku tanya stu soalan mudahlah,,,mengapa mula al quraan tu di tilis alip lamm mim..?cuba kita renung kita fikir?agak-agak kalu di tulisnya kesemua ilmu allah taala dalam satu buku bapa orang je yang khatam quraan??yang 30 juz ni pun bukan main berat nak membacanya??..jadi nak kupas,nak paham,nak kenal hakikat segala hakikat,sebelum menunding jari orang itu sesat orang ini sesat muhasabah diri dulu..hujung jatuh yang nak di sampaikan dalam kitab tu kena paham betul2..MAKSUD HAJI AHMAD DIRI KITA ALLAH SEMATA2 ZAHIR DAN BATIN TU BUKAN DIA BERMAKSUD DIRI KITA NI ALLAH ,,TAPI DIRI ALLAH TU ADALAH ALLAH SEMATA2 IATU ESA…TAPI KENA LEPASKAN DAHULU DIRI KITA ,, IATU BINASA,YANG MANA MATI DI DALAM RAHSIA KEBATINAN DIRI KITA,MAKA TERHIMPUN AKAN SIFAT 20 TADI DENGAN JELAS,TEPAT DAN FAHAM MAKA KENALLAH KITA KEPADA ALLAH S.W.T .JADI BEERTI DIRI KITA TIADA TAPI BUAKAN TIDAK ADA CUMA TIDAK BERHAKIKAT…NAK MUDAH PHAM ADA MANUSIA TIADA BERHAKIKAT TAPI ADA ALLAH BERHAKIKAT,,PAHAM BETUL2..BAB MENGENAL ALLAH TAALA NI BUKAN BAB YANG KITA BOLEH PERMUDAH-MUDAHKAN,ATAU KITA SEKADAR KENAL ALLAH TAHU SEBUT,KEMUDIAN CAKAP ALLAH MAHA BESAR,MAHA ITU MAHA INI,,,KENA BERSERTA DENGAN PERASAAN HAKIKAT DAN HAQQQ!!!DIALAH SEBENAR2NYA ALLAH S.W.T…SEBAB SOALAN PERTAMA YANG DI TANYA DI DALAM KUBUR ESOK?MAA ROOBUKAA??

    Reply

  9. Posted by kalel on 3 August 2010 at 4:06 pm

    yang DIKATAKAN SEMBAH DIRI SENDIRI.kita kena faham hujung jatuh,,kalau di baca dengan akal dan hati yang belum bersih dan kenal kepada allah s.w.t memanglah kita salah faham dan melihat perkara itu sesat..tapi andai di amati pada akhir kalam dan pengajian dalam apa jua ilmu di dalam dunia ini iatu”allah itu menyaksikan dirnya sendiri bersesuaian dengan hadis kudsiyang di kumpul oleh imam al ghazali didalm stu kitab kecil<<ALLAH BERFIRMAN..DIRIKU MENYAKSIKAN DIRIKU SENDIRI,BAHAWA TIADA TUHAN SELAIN AKU,TIDAK ADA SEKUTU BAGIKU,,MUHAMMAD ITU ADALAH HAMBA DAN RASULKU…haa cuba fikir acamana allah menyaksikan dirinya sendiri,,takan sesat juga????

    Reply

  10. Salam.
    Jgn mudah menghukum kalau anda tidak tahu dan tidak mahu tahu serta tidak mahu mencari kebenaran.saya tidak tau apa yg di tulis oleh Hj Ahmad Lakmana tapi mengikut Guru saya Arwah Syed Lui K Trengganu dia mmg kurang setuju dgn Ahmad Lakmana ada sedikit perbezaan dgn beliau.Sesungguhnya Ilmu Tasawwuf itu bermula dari Arwah Tokku Paloh dan beliau mempunyai ramai anak murid termasuklah Tok Kenali,Mat Kilau,Tok Gajah.
    Kepada Tuab Hj Hydelan boleh kasi tahu saya Wali Allah mana yg tidak arif tentang Tasawwuf,jadi jgn mudah menghukum yg bukan sealiran dgn anda pasti tuan Haji tau pasal sejarah Nabi Khaidir dan Nabi Musa.Soalannya kenapa?cari2 la yek

    Reply

  11. Posted by kamal on 17 September 2010 at 4:18 am

    hai…manusia..tanyalah pada allah sapa yang betul sapa yang salah…kalau salah jangan ikut ..buang kelaut …sebelum buang kelaut tu…orang yang menghukum kesalahan tu dah sampai ke maktabar 7 dah kenal ke allah…kalaudah kenal dan dapat berjumpa tuhan (allah) tolong beritahu kat saya ….saya punnak tahu jugakdimana betul dimana salah ilmu ahmad laksamana

    Reply

  12. Posted by jon labu on 6 January 2011 at 5:57 am

    huiiii….. hebat betul la korang semua ni…
    semua orang salah dan korang sorang je yang betul…

    hati-hati menebang buluh
    buluh ditebang dikerat-kerat
    hati-hati mengenal tubuh
    didalam tubuh ada sifat

    fikirkan lah…

    jangan terlalu cepat menghukum orang lain sedangkan diri sendiri masih terhukum…

    PANDANG 1 PADA YANG BANYAK DAN PANDANG BANYAK PADA YANG 1
    JADILAH SATU…

    HIDUP 1 MALAYSIA

    Reply

  13. Posted by Ali zamri on 18 January 2011 at 3:56 am

    orang bangang dan cetek akal fikiran saja yang menyesatkan, org yang menyesatkan adalah orang yang sesat. ialah namanya orang sariat kalau di tanya pada org sariat pun tak leh nak jawab…? sariat tarikat hakikat makrifat, tentu ada ilmu nya,bukan hanya pada sebutan…bila sudah di gali macam tu lah bunyinya..ada zahir ada batin dan ghaib ,usul fekah tasauf,pasal apa kita wajib mengaji ilmu ini bila kita nak mati besok kalau kita tak mengenali diri nanti setan yang kita ikut..jadi sesat lah kita tak jumpa allah ke neraka kita pi..

    Reply

  14. Rasulullah bertindak berani kerana benar dan Baginda sanggup berdakwah secara terang-terang demi menyebar kebenaran. Jika ajaran Hj Ahmad Laksamana tidak bercanggah dengan aqidah Islamiyyah, mengapa perlu berselindung? mengapa tidak berdebat secara terbuka demi menegakkan ajaran ini? Kenapa ada yang hanya mahu berdebat dalam website? Semua persoalan ini perlu kita teliti dengan sebaiknya!

    Reply

  15. Posted by AD on 3 April 2011 at 8:05 am

    kalau tak tahu bertanya….menuntut ilmu itu wajib..jangan bertuhankan diri sendiri..TIADA YG WUJUD MELAINKAN ALLAH..
    ALLAHUAKBAR!!!!!!!!

    Reply

  16. Posted by mohammad imizan bin ismail on 17 April 2011 at 3:56 am

    Salam,
    Aku menulis ini demi Allah kerana Allah,Dengan Namamu yang suci ya Allah,maka apa yang boleh dikongsi adalah Ilmu itu milik Allah dan dengan Rahmat Allah jugalah seseorang hamba itu boleh dikehendakiNya,janganlah kita mnegatakan sesuatu tanpa kepastian yang Nyata,maka janganlah kamu mengata kerana itu bukan milik kita,disebabkan takut akan kesilapan pemahaman yang Allah tidak menhendakiNya lah maka adalah dilarang untuk diperbahaskan sesuatu yang sulit bagi awam bagi mengelakkan lagi fitnah yang akan melanda,seumpama menceritakan rasa durian,adakah boleh kita menulis atau menceritakan rasa durian bagi menjelaskan rasa durian.malainkan hanya kita dapat merasa akan durian itu maka diRahmatkanNya akan rasa durian itu.Jika saya mengambil seulas durian dan saya bahagikan separuh daripada seulas durian itu kepada anda dan separuh lagi saya rasa,adakah saya akan rasa sama dengan apa yang anda rasa melainkan dengan keizinanNya dapat lah kita rasa sama akan durian itu,maka dengan ini adalah baiknya jika kita tidak membahaskan lagi sesuatu yang akan yang mombolehkan mendatangkan keaiban dan fitnah.Hanya Allah yang mengetahui dan dengan Keizinan Allah jua lah kita akan memilikiNya akan hamba yang soleh dan diRedhaiNya.Cukuplah akan perbahasan yang hanya akan menimbulkan lagi kesulitan.Saya memohon ampun dan maaf sekiranya coretan ini mengganggu keselesaan anda si pembaca,kerana yang baik itu hanya pada Allah untuk Allah.sekian Wassalam,Semoga Allah meRahmati kita semua hambaNya dan memberi PengampunanNya.

    Reply

  17. Posted by org jhil on 23 April 2011 at 10:06 pm

    blajaq pon dak, nak hukum ja… jdik la mcm ni…

    Reply

  18. Posted by Gpro on 30 April 2011 at 4:32 am

    Salam pada semua,

    kpd tuan tanah: Bolehkah seseorang belajar dan bertaranum dengan betul dengan HANYA membaca buku CARA BERTARANUM tanpa merujuk kepada guru/sesiapa?

    huraian drp soalan ni: cth: pemahaman tuan tanah dr Kitab pd halaman 95 (top page). Adakah pemahaman tuan ini dari akal/ilmu/tafsiran tuan sendiri atau pemahaman tuan ini berlandaskan penerangan dari Pengarang Kitab tersebut?

    # Dalam hal ni Ambe tidak mengatakan pihak tuan yang salah dan ambe juga tidak mengatakan yang pihak Pengarang Kitab yang salah kerana kedua2 sumber tidak mencukupi. Sekian.

    Reply

  19. Posted by pengalami on 17 May 2011 at 11:45 am

    Saya pernah kawan dengan org yang amal ajaran sesat Tarekat di Kajang. Dia tidak solat Jumaat dan tidak solat fardhu dengan betul. Abis, kenapa tak percaya banyak ajaran sesat. ada yg di atas cakap perkataan bangang dan lain2 yang kasar. Tidak berilmukah kalian? Kalau tahu berkcakap tentang agama, agama melarang kita mengeluarkan perkataan yang kasar dan menghina. Mohon tarbiah diri sendri.

    Hayati Quran. jangan mahu menangkan dr sdri sahaja. Entah kenapa saya rasa anda semua bercakap dengan perasaan., BUKAN DENGAN ILMU> saya tidak mahu komen apa-apa kerana saya tidak punya ilmu yang cukup, tetapi saya punya ilmu bahasa. ijazah saya dalam bidang bahasa. saya dapat kenal pasti, kalian yang bertelagah sesama sdri ini sangat tidak belajar akan makna hemah dan menghormati orang lain. Tentang bab agama, jika masih belum sempurna akal, jgn ditarbiah org lain dengan kata-kata yang kasar.

    sempurnakan iman dan amalan anda dahulu, kemudian, barulah tarbiah org lain dan bercakap tentang ajaran sesat. kepada penulis, teruskan lontaran minda. Jgn berhenti.

    Reply

  20. Posted by husaini mohd noor on 14 June 2011 at 8:16 am

    subhanALLAH…blog ni buat mereka yg menyokong http://towardsmardhatillah.wordpress.com/2009/09/23/ajaran-sesat-hj-ahmad-laksamana-part-2/ so bagi yg diberkati ALLAH dgn zuak al wajdan mari buka blog lain….semuga apa yg dirasakan terus dapat berkembang…alam ini luas terbentang jgn kita berhujah dengan nikmat ilmu yg kita masing-masing ada….mari kita jaga tahap nafsu masing-masing…semuga kita bisa meniti hari-hari mendatang……dari ALLAH kita datang….seluruh alam ini kepunyaanNYA… semua manusia punya kesempatan untuk makrifatuLLAH….cuma harus istiqomah mendalami erti kehidupan…mudah-mudahan kebenaran akan hadir….bagai buah durian yg menemukan musim gugurnya …insyAALLAH.

    Reply

  21. Posted by pakaitakpakai on 30 July 2011 at 1:17 am

    nk tkot ape..allah ade.die ade dimana2…jernih kan hati dan lurus kan niat..insyallah mendapat berkat.

    Reply

  22. Posted by ariff ramli on 24 August 2011 at 12:34 am

    anda x faham didalam huraian kitab hakikat insan…Hj. Ahmad Laksemana ada mengingatkan pembaca hakikat insan …berhati hati jgn mengaku diri kamu itu tuhan..
    dan sememangnya Allah berada dalam diri kita ..ia itu didalam kotak fikiran kita…itu pun tak faham.

    Reply

  23. Buku hakikat Insan yg ditulis oleh Hj Laksamana memang SESAT dan MENYESATKAN. Ramai yg telah MURTAD tanpa sedar.
    Lihat penerangan HAKIKAT INSAN yang diterangkan oleh Hamba Allah.

    http://www.hakikatsifat20.blogspot.com

    http://www.siapaallah.blogspot.com

    Reply

  24. Posted by teraju mati on 12 September 2011 at 3:42 pm

    salam..ckp tentang hakikat insan ni..tau ke mkne mksud nye..?? Hakikat insan..??klau x thu x usah ckp org sesat..tilik
    pndang la dr kte dlu..br blh kte org sesat..

    Reply

  25. Posted by nelayan marang on 14 September 2011 at 4:52 pm

    http://pustakaalfathunnawa.com/

    buku baru terbitan pustaka al fathunnawa…sesat ke tidak…boleh pihak jakim kaji…

    Reply

  26. Okeh kang apal qur’an hadist e seneng ngaferke marang liyane
    kafire dwe g d gatek e,yen ise kotor ati akal e,

    Reply

  27. Posted by alai on 1 October 2011 at 7:29 pm

    salam semua,,utkpengetahuan,,, aku dah baca habis,,ape yangaku tau berkali kali pengarang menyuruh tanya guru arif kagi mursyid,,itu ertinye pengarang takut kita paham sendiri,,,siape kita utk menghukum,,,tanye,,,tanye,,,bertanye,,tanye,,

    Reply

    • Posted by aalai bernama on 1 October 2011 at 7:48 pm

      mase darjah 1 guru bertanye ape dalil adenye allah? aku jawab ade bulan,,langit,,haiwan dll,,gurupun kate betul,,tapi sekarang kalau d tanye soalan yangsame aku akan jawab ALIF DAL MIM,,begitulah dgn hakikat insan..pengarang menyuruh bertanye padaguru mursyid..sebab pandangan syariat sudah pastinye tak same pandangan hakikat makrifat,,so tanye..tanye,,tanye,,jgn bertelagah,,

      Reply

      • Posted by alai bernama on 1 October 2011 at 8:03 pm

        mase darjah 1 guru bertanya ape dalil adenye ALLAH?aku jawab ade ikan pokok dll, gurupun katebetul,,,tapi sekarang kalau d tanye soalan same aku jawab ALIF DAL MIM,,begitu jua hakikat insan..pengarang berkali kali menyuruh tanya pada guru mursyid,,sebab pandangan syariat hakikat makrifat takan same,,so tanye,,tanye,,jawapan pasti ada,,jgn bertelagah,,,

  28. Posted by muhamadam on 28 October 2011 at 3:36 pm

    jangan ribut 2. jangan gaduh2 .tenang2 aja .buatlah ape yang patut berpandukan kepercayaan dan keyakinan masing2 ,asalkan tidak menyalahi undang2 sebagai orang islam. Allah Yang Maha kuasa tiada bandingannya bisa melakukan apa saja mengikut kehendakNya.KUn faya Kun. segala-galanya untung nasib kamu ,ajal maut,jodoh,rezeki dan segalanya telah disediakan oleh Allah sebelum sekalian alam wujud… lagi. sebelum manusia wujud lagi… berusahalah mencarinya dengan ikhlas dan sabar apa yang telah tersedia olehNya

    Reply

  29. Posted by bond on 8 November 2011 at 7:22 am

    Sebelum kita kata orang lain sesat, baik kita lihat diri kita dulu. Perlu ingat bahawasanya, mengenali diri amat penting namun perlu diingati bahawa kita tetap hamba. Rasanya penulis menulis berdasarkan apa yang difikirkan bukan merujuk sendiri kepada buku hakikat insan yang ditulis oleh Ahmad Laksamana. Jika kita kurangkan satu dari Syariat, Makrifat, Hakikat & tarikat~syirik hukumnya. Semua termaktub pada kalimah tauhid kita sendiri. Cari dimana letaknya hakikat, makrifat, tarikat & syariat yang tersembunyi dalam kalimah tauhid kita.

    Reply

  30. Posted by lamatua on 13 November 2011 at 1:23 pm

    Kalau. Tiada angin masakan pohon bergoyang
    Kalau tiaada makna masakan hinga kini masih disebut org..
    Lihat dari dalam tempurung tidak salah lebih elok lagi lihat dari tempat tinggi
    Apapun khabaran jangan mudah melenting biar saja ia pergi
    Suatu waktu dulu semua orang pernah didengarkan oleh ustat atau ustazah katanya..
    Ilmu allah taala itu sangat banyak hingakkan kalau air lautan dibuat dakwat niscaya kering masih belum habis lagi ilmunya
    Untuk renungan ilmu yang ada hari ini yang saudara tuntut hari ini kalau banyakpun munkin sekadar 10batang pen jadi yang berlaut lagi dimana///
    Pasti ada yang tidak kena jadi sebelum apapun mohonlah petunjuk dari allah ikut cara masing masing moga dibukakan hijap utk kebenaran…
    Kalau islam itu hebat apakah rahsianya adakah hari ini nyata islam sekadar melayu
    Kalau semudah membaca buku tampa ada yang layak menterjemahkannya layakkah dinobatkan sebagai tahu.

    Reply

  31. Posted by Serahlah nyawa aku kepada Alloh on 26 November 2011 at 5:54 am

    Awarudil makrifatulloh : Awal-awal ugama suruh mengenalkan Alloh.

    Sebenarnya dalam buku ini sudah dilarang untuk orang biasa dan buku ini untuk zuriatnya saja. Orang lain tidak dapat ditahu apa arti sebenarnya dalam isi kadungan dalam buku tersebut. Kalau Awak2 semua mau tahu seharusnya carikan guru yang awal, bukan menafsirkan dengan ilmu yang sangat tipis seperti ini. Ilmu ini untuk ahli-ahlinya saja awok semua bukan ahli memanglah menafsirkan dengan ikut perasaan atau ikut khayalan yang tak tau arah.

    ” Nyawa beruntung badan bertuah tidak menangunglan dari azab neraka ”
    Wujud sifat nafsi bagi driri masing-masing, Jagalah diri kamu sendiri bukan berkalut dengan orang ramai karena orang ramai tersebut tidak menutuk kamu yang menutuk kamu diri mu dengan Allohtaala.

    Reply

  32. Posted by Serahlah nyawa aku kepada Alloh on 26 November 2011 at 6:27 am

    Saudara

    “Rasulullah bertindak berani kerana benar dan Baginda sanggup berdakwah secara terang-terang demi menyebar kebenaran. Jika ajaran Hj Ahmad Laksamana tidak bercanggah dengan aqidah Islamiyyah, mengapa perlu berselindung? mengapa tidak berdebat secara terbuka demi menegakkan ajaran ini? Kenapa ada yang hanya mahu berdebat dalam website? Semua persoalan ini perlu kita teliti dengan sebaiknya! ”

    Ilmu ini untuk orang yang berguru saja Hj. Ahmad orang berguru. Apakah kita semua berguru? Ilmu ini untuk ahli2nya dan utk orang yang benar-benar mau blj saja. Ilmu ini tak usah disebarkan karena takdir sudah terpilih. Ilmu ini bukan ilmu taburan bukan ada di mana-mana hanya ada di guru yang awal. mengapa ilmu ini tidak di sebar secara terang menerang karena banyak orang yg. tidak sampai darajat dan kita di sini orang awam. Contohnya dalam forum ini banyak yang suka mengatakan ilmu ini salah dan sesat. Tidak sesiapa yang mau berkalut dengan kata-kata orang lain yg suka menuduh tentang ilmu yang dia punya. Lebih baik diam-diam saja kalaulah ilmu ini bisa membuatkan dirinya dan keluarganya menyusahkan.

    Reply

  33. Posted by aku mencari on 24 December 2011 at 4:11 pm

    kepada PENGALAMI..janganlah mendabik dada hanya kerana mempunyai ijazah pelbagai bahasa…itu tidak bermakna….kajilah sedalam2nya..mohon padaNya agar dikurniakan guru yg mursyid…kaji sedalam2nya HAKIKAT INSAN tersebut…..pengarang Hakikat Insan berkali2 mengingatkan agar mencari guru yg mursyid …kaji sulur galur….bacalah dgn pandangan yg hakiki…

    Reply

  34. Posted by Diri.. on 17 January 2012 at 9:37 pm

    salam.. yang peliknya mana pula datangnya hak kita pada diri kita sendiri.. diri kita sendiri pun bukan hak kita.. sebab itu bila manusia berpaksi itu hak aku ini pun hak aku maka jadilah semuanya itu hak dia hingga dia punya hak nak menghukum orang lain sesat dia sahaja yang betul.. sebaik baiknya fahamlah dengan secara yang lemah lembut dan secara yang memperhalusi. jangan terus nak cakap orang lain sesat. Secara asasnya senang sahaja nak faham.. Semua yang wujud ini pun sebenarnya dari Dia.. Seperti mana kehendakNya.. Firman Allah “Kehendak Ku Semata-mata..
    FirmanNya lagi dalam hadis “Aku suka mengenal Diri Ku, Lalu Aku Cipta Makhluk ini, Lalu Aku Perkenalkan Kepada Mereka Lalu Mereka Mengenalkan Aku. Maka jelas semua yang kita nampak kita lihat yang kononnya kita kata hak kita itu… sebenarnya Hak Allah semata-mata!!!!
    Nur Muhammad pun terjadi dariNya.. Apasal kita nak pisahkan pula 2 maksud yang berlainan. Semua asal dariNya yang 1 (Esa). Nabi Muhammad berkata Aku terjadi dari Allah dan kamu sekaliannya adalah dari ku..
    tak jelas lagi ke????

    Reply

  35. Posted by ahmad on 4 May 2012 at 3:26 pm

    SYARIAT=ZAHIR =ANGGOTA TUBUH=FEKAH
    TAREQAT =BATIN=OTAK(INGATAN.AKAL(ILMU PENGETAHUAN)=USULUDDIN
    HAKIKAT=BATIN=HATI- PEGANGAN TAUHID=TASAUF
    MAKRIFAT= MENGENAL

    ILMU FEKAH ,ILMU USULUDDIN, ILMU TASAUF WAJIB DI TUNTUT.

    ilmu fekah – berkaitan dengan hukum, amalan zahir
    ilmu usul – Dasar agama – mengenali diri ,ALLAH dan Tuhan.Melibatkan ingatan, pemikiran,dan akal
    Ilmu tasauf -Mengenali dan mengawal hati dari pengaruh nafsu mazmumah yang hadir dalam lintasan hati.

    Manusia itu terdiri dari aggota badan yang di kurniai akal dan nafsu.Kesempurnaan manusia dalam beragama hanya akan terselah pada mereka yang menguasai dan mengamalkan ketiga tiga bidang ilmu dalam kehidupan seharianya.

    Reply

  36. Posted by aku on 8 May 2012 at 3:15 am

    ha…ha…ha..

    Reply

  37. Posted by baru belajar on 7 June 2012 at 8:08 am

    berbaik-baiklah sesama kita org ISLAM…jgnlah kita tuduh menuduh sesama kita sesungguhnya hal demikian akan mendatangkan perasaan tidak baik di dalam hati kita…saat inilah yang diingini oleh syaitan untuk menghasut kita agar bercakaran sesama kita…bagi yang mengikuti ilmu hakikat ini banyakkan bersabar sesungguhnya itu semua adalah dugaan…pastikan apa yang kita belajar itu tidak menyimpang dari Agama ISLAM tidak mencacat celakan rukun iman kita rukun islam kita oleh demikian jika ada yang tidak bersetuju dengan kita hendaklah kita menerangkan secara berhemah serta sabar…bagi yang baru dengan ilmu ini hendakklah tanamkan dalam diri untuk mengetahui/mencari apa sebenarnya dikatakan ilmu Hakikat ini insyaallah Allah akan membuka jalan untuk kita memahaminya…gunalah ilmu itu agar dapat kita mengenal jalan kembali kepada Pencipta kita ALLAH s.w.t

    Reply

  38. Posted by maulanamudamuhammad zed on 19 June 2012 at 5:35 pm

    Jangan Gampang Menuduh Sesat Bila Kita Belum Tau Ilmu Allah Yang Luas,,

    Reply

  39. Posted by mengenal Tuhan on 28 August 2012 at 8:54 am

    salam…. jangan cepat melatah mengatakan orang lain sesat. siapa anda hendak menyatakan orang lain sesat. kaji betul2 tentang hakikat insan. belajar dengan guru mursyid. belajar dengan guru zahir n guru batin. siapa yang mengenal tuhannya beruntung di dunia berbahagia di akhirat. ingat “dimana kamu beradapan disitu ada aku” “dimana ko berada disitu ada wajah aku”. kaji n faham betul2.

    Reply

  40. Posted by Syamsuar on 27 September 2012 at 2:11 pm

    Bismillah, jika kita tidak sanggup memahami janganlah cepat memvonis.

    Reply

    • Posted by aku dlm aku on 23 October 2012 at 4:07 pm

      Mungkin mereka lupa kenyataan diri mereka..ape yg diluar ape yg didlm, jika tiada yg didlm bgaimana mahu nyatakan kenyataannya, jika tiada yg dluar bgaimana mahu dikandung yg didlm agar dizahrkan kenyataanya itu, yg mgerakkan jari ini dia,semua dia blaka

      Reply

  41. Posted by Mohd Nazrey on 7 December 2012 at 4:55 am

    Assalamualikum wbt… Pertama sekali sy mohon maaf senadainya coretan sy ini mengguris hati saudara @ saudari sekalian… Segala ilmu yg ada di dunia ini milik Allah. Segalanya yg ada di alam ini milik Allah… Segala-galanya milik Allah jua. Bermakna bahawa segala urusan menghukum, urusan manghakimi adalah milik Allah swt…Pernah atau tidak kita berfikir barang sejenak bahawa sesuatu perbuatan, percakapan kita pada satu-satu masa telah melakukan Syirik…Apabila kita sibuk membuat kerja Allah Taala. Kita sibuk menghukum orang lain sesat, tak betul, gila, dan sebagainya. Bukankah menghukum itu kuasa Allah Taala?Wahai saudara @ saudari Islamku…Carilah ilmu yg bermanfaat didalam tujuan hidup kita seharian…Bukan utk jd hebat, bukan utk jd kuat, bukan utk tunjuk pandai… Pasti kalian tahu apa dia “Awaluddin Ma’rifatullah”? Awal – awal ugama, mengenal Allah… Jadi sekiranya kita tidak kenal Allah, maka bagaimana kita menjalankan / melaksanakan segala tuntuan syariat? Bagaimana kita nak kikis sikap ujub diri kita ini? Tidak dinafikan terdapat ajaran tarekat yang sesat…Tetapi jgnlah kita menghukum semua tarekat itu sesat… Sedangkan masih ada lagi tarekat-tarekat yang muktabar, yang soheh, yang benar, yang betul…Ada lg tarekat yang berwasilah / bersalasilah sehingga ke Rasulullah SAW…

    Dalil menyatakan “Bighairi ‘ilmin ya’malu a’maluhu marduudahu taqbalu”
    (Tiap – tiap orang beramal tiada ilmu, maka amalnya itu akan dibalikkan kepadanya)

    Adapun dalil wajib segala ilmu yang tersebut itu iaitu hadisnya Rasulullah SAW;
    “Thalabul ‘lmi fariidhatu ‘alaa kulli muslimin”
    (Bermula menuntut ‘lmu wajib atas tiap-tiap muslim)

    Dan dalilnya Ma’rifat Allah terdahulu wujudNya dari lain-lain ilmu;
    Dari kitab Dzubad “Auwwalu wajibin ‘alaa alinsani ma’rifatul al-ilahi bistiiqaani”
    (Bermula wajib atas manusia iaitu mengenal Allah dengan yakin”

    Dan dari kitab Khatab Al-Habib Thair Bin Husain:
    “Fa’lamu ayyuhal ikhwanu annal ashla wal asasa huwa ma’rifatul ma’bud qablal ‘ibadati wadzaa lika haqiiqatu ma’nasy syahadati”
    (Ketahuilah oleh kamu asal agama iaitu mengetahui Tuhan yang disembah sebelum membuat ibadah padaNya dan mengetahui hakikat makna kalimah syahadah)

    Wahai saudara / saudari sekalian…kita belum lagi berbicara mengenai syahadah…Kita beranggapan apabila mengucap dua kalimah syahadah, kita mengakui kita sebenar-benar Islam…Bermulanya Islam mestilah Iman, mestilah yakin dengan sebenar-benar yakin, baru boleh mengamalkan dengan sempurna tuntutan syariat, selepas itu baru kita dapat mengerjakan segala ibadah dengan Ihsan…

    Iman – Islam – Ihsan

    Cukup setakat ini coretan saya…sekadar berkongsi & menyampaikan hak Allah…
    Sy hanyalah insan hina, daif, bodoh, jahil yg menumpang hidup di bumi Allah… Yang tiada apa-apa…segala percakapan / perbuatan semua dengan izinnya jua..
    Segala-galanya milik Dia….
    Sy mohon ampun dan maaf sekiranya coretan ini mengguris hati saudara / saudari sekalian…

    Kenal lah Dia,
    Carilah Dia,
    Kerana Dia lebih hampir dari dua urat tengkuk kita…

    Jgn menghukum tasawuf / tarekat itu sesat sebelum kita melaluinya…Mudah-mudahan Allah limpahkan kurnia,nur dan hidayah kepada kita…

    “Illahi Anta Maqsudhi Waridhoka Matlubi”

    Reply

  42. Posted by harun wahab on 7 March 2013 at 12:18 pm

    kenapa ulama-ulama senang main vonis, bukankah ini merupakan khazanah islam yang sangat fenomenal d tengah kegersangan rohani umat yang ingin mendapatkan, meraih lautan kehidupan didunia fana. sy dari salah satu desa di bagian timur indonesia. pa cik apa yg d tawarkan dgn kondisi keumatan ini saat ini, saya mohon klau tdk tahu perkara sebenarnya jangan beri komentar, karena semuanya pasti akan dimintai pertanggung jawaban. mohonmaaf sblmnya. terima kasih.

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: