Syarat-syarat menjadi tentera

 

Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan pelbagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui

Surah al-Taubah, ayat 41.

Sehubungan dengan mafhum ayat 41 di atas ini, suka saya huraikan sedikit tentang perihal pemilihan tentera Islam di zaman silam. Pada zaman Rasulullah s.a.w, para tentera Islam ketika itu umumnya terdiri daripada barisan sukarela. Hanya pada zaman Khukafa’ al-Rasyidin angkatan tentera bersenjata dibahagi kepada dua; iaitu pasukan tentera sukarela (al-Mutatawwi`in) dan pasukan tentera yang mendapat gaji tetap (al-Murtaziqin). Pembiayaan tentera sukarela diambil daripada sumber zakat sama ada untuk keperluan pakaian, senjata dan segala perlengkapan lain. Hasil zakat itu dikutip daripada bahagian “fi sabilillah”. Manakala pasukan bergaji dibiayai secara langsung oleh Baitul Mal (Perbendaharaan Negara).  

Syarat-syarat individu yang layak diterima sebagai tentera Islam ialah;

i)                    Beragama Islam.

ii)                   Dewasa dan baligh.

iii)                 Berakal.

iv)                 Lelaki. Manakala wanita dibenarkan ikut berperang dengan tugas-tugas untuk sebagai juru rawat, menyediakan makanan dan keperluan para perajurit dan juga mengutip serta mengumpul  senjata-senjata musuh yang terbiar seperti tombak dan anak-anak panah untuk digunakan kembali oleh para tentera Islam.

v)                  Berbadan sihat (tiada penyakit kronik).

vi)                 Cukup pembiayaan (nafkah zahir/kewangan) untuk ahli keluarga yang ditinggalkan. Syarat ini khusus untuk tentera sukarela.

vii)               Mendapat keizinan ibubapa.

Semua syarat yang dinyatakan ini amat jelas, mudah difahami dan dipraktikkan oleh para pejuang Islam masa kini kecuali syarat ke-5, iaitu berbadan sihat tanpa penyakit kronik. Sunnah Rasulullah dalam aspek penjagaan serta pemilihan bahan makanan dan pengawalan pengambilan makanan dicontohi oleh masyarakat Islam silam demi meraih mardhatillah disamping mengecapi gaya hidup sihat. Adakah gaya hidup sihat ini dicontohi oleh para pejuang Islam masa kini? Fikir-fikirkanlah………..

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: