Archive for March 3rd, 2010

Ong Kuasai Penulisan Dan Bacaan Jawi

KANGAR: Sejak kecil, Ong Teoh Joo dibesarkan dalam kelompok Melayu malah dia adalah satu-satunya orang Cina yang memasuki Sekolah Melayu Padang Siding hampir 80 tahun lalu.

Hari ini, warga tua itu masih menguasai kemahiran yang dipelajarinya di sekolah berkenaan iaitu menulis dan membaca tulisan Jawi.

Ong yang kini berusia 87 tahun dan lebih dikenali sebagai “Toyu” oleh masyarakat setempat berkata, beliau hanya memasuki sekolah aliran Cina selepas belajar selama tiga tahun di sekolah Melayu.

Ketika ditemui di rumahnya di Pauh Setia dekat sini hari ini, beliau berkata ketika umurnya 10 tahun beliau dihantar belajar ke Sekolah Melayu Padang Siding dan selepas tiga tahun, Ong mengikuti pengajian di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) Wah Aik.

Ong berkata beliau hanya sempat belajar 10 bulan di SRJKC kerana keluarganya menghadapi masalah kewangan.

Bagaimanapun beliau gembira kerana pendidikan awal yang diperolehi daripada sekolah Melayu telah membolehkannya menguasai tulisan Jawi serta membacanya.

Beliau amat menghormati dan mengenang jasa dan ketegasan gurunya yang hanya dikenali sebagai “Mat Tok Pa”.

Walaupun sudah lama meninggalkan bangku sekolah namun ilmu yang diperturunkan oleh gurunya amat berkesan dan sehingga kini masih berupaya menguasai tulisan itu.

“Saya lebih selesa menulis dan membaca Jawi berbanding tulisan Cina walaupun saya bukan Melayu,” katanya.

Bagaimanapun beliau tetap sedih kerana anak-anaknya tidak mempunyai kebolehan sepertinya.

Ketika wartawan bersama Senator Mohd Khalid Ahmad berkunjung ke kediaman Ong hari ini, warga tua itu menunjukkan kebolehannya membaca akhbar tulisan Jawi. – BERNAMA

Dipetik dari:  http://mstar.com.my/

 

Towardsmardhatillah: Tatkala ramai para bloggers mengupas tentang acara melompat parti oleh beberapa orang Ahli Parlimen PKR, rasanya lebih baik saya siarkan kisah warga emas ini. Apa sangat yang perlu dikisahkan tentang acara lompat melompat parti ??? Memang dah cara terbaik bagi mereka yang  tak serasi dengan rentak dan ideologi perjuangan parti politik  untuk melompat parti. Yang perlu dibimbangi ialah mereka yang hipokrit tapi masih berada dalam parti lalu terus merosakkan jamah dengan candu thiqah dan wala’ secara membabi buta….group nih bila pula nak melompat???? 

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.