Archive for March 9th, 2010

Jangan dedahkan keaiban individu yang sudah bertaubat nasuha

THis is Me.... simple style to kuliyyah...tak pernah berjubbah semasa masuk kelas

Selepas saya baca posting Pak Sheikh ini;

http://kickdefella.wordpress.com/2010/03/09/buaya-di-sebalik-batu-adalah-buaya-peliharaan-nik-aziz/

secara tak semena-mena saya teringatkan Ustaz Iwadh. Ini kerana semasa mengaji di IUA Sudan dulu, saya teringat sepotong hadis Rasulullah (riwayat Muslim) yang pernah diulas dan disyarah dengan detail sekali oleh al-Ustaz Iwadh, iaitu;

من ستر مسلما ستره الله يوم القيامة

Maksudnya: Sesiapa yang menutup keaiban seseorang muslim yang lain (setelah dia benar-benar bertaubat nasuha) nescaya Allah akan tutupkan keaibannya pada hari kiamat kelak”.

Pada awalnya, al-Ustaz Iwadh hanya membaca dan menghuraikannya secara sepintas lalu sahaja kerana bagi beliau hadis ini adalah terlalu pendek dan mudah untuk difahami. Namun dikalangan para pelajar yang terdiri daripada berbagai bangsa yang berada di bawah satu bumbung dan juga satu kelas dengan saya, ada di kalangan mereka yang mengajukan persoalan “  Ustaz, macam pula jika kita dedahkan keaiban orang lain dengan tujuan untuk amar maaruf dan juga nahi mungkar? Macam pula dengan masalah parti-parti politik yang mendedahkan keburukan lawan masing-masing? Adakah di hari akhirat kelak keaiban kita juga akan didedahkan oleh Allah Subhanahu wa Taala?”. Jawab Ustaz Iwadh “Bukankah sudah saya katakan jika dia sudah bertaubat (taubat nasuha), maka jangan sekali-kali lagi didedahkan segala kesilapannya yang lalui…….masih tak jelas lagi kah? Suasana kelas saya  yang biasanya penuhi dengan perbahasan dan juga hujjah oleh sesetengah pelajar (terutamanya pelajar  dari  Ivory Coast)  yang suka menghangat situasi  berubah jadi senyap seketika. Seolah-olah diri masing-masing amat terasa pedas dengan kupasan Ustaz Iwadh ini.

p/s: golongan Pro- UG nih tak pernah bertaubat nasuha kerana setiap kali ada peluang untuk memadu kasih dengan UMNO, golongan ini tak pernah lepaskan peluang yang diperolehi.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.