Archive for March 23rd, 2010

Kemunculan Sure Heboh di Kota Bharu

Kemunculan Jom  Sure Heboh! Di Kota Bharu pada 26-27hb.Mac 2010 sedangkan hangat diwar-warkan oleh pelbagai media massa. Tak dapat dinafikan jualan carnival memang murah dan banyak jugalah barang-barang menarik yang turut dipamer serta diperdagangkan. Namun dalam pada itu, kemunculan artis untuk berhibur tanpa batas sempadan syarak di negeri Kelantan sepertimana yang diwujudkan di negeri-negeri lain sudah pasti akan menghangatkan lagi perkembangan politik tanahair jika pihak kerajaan PAS Kelantan membiarkan situasi sedemikian begitu saja. Mahu tak mahu, enakmen no.8 tahun 1998 kawalan hiburan dan tempat-tempat hiburan negeri Kelantan perlu dikuatkuasakan ke atas mereka yang gagal menghormati syariat Islam dan budaya rakyat Kelantan yang berjiwa Islamik.

http://towardsmardhatillah.wordpress.com/2009/09/15/enakmen-no-8-tahun-1998-kawalam-hiburan-dan-tempat-tempat-hiburan-negeri-kelantan/

Kaedah Organik: Pertanian yang menepati tuntutan syarak

Jika kerajaan Barisan Nasional dan para penyokongnya berbangga dengan pembinaan pengcakar langit di beberapa lokasi terutama sekali di ibukota Kuala Lumpur, maka saya juga berhak untuk berbangga dengan pembangunan pertanian berasaskan kaedah organic di negeri saya, Kelantan Darul-Naim. Malah pembangunan pertanian itu sebenarnya lebih bermanafaat jika dibandingkan dengan pembangunan pengcakar langit. Kaedah penanaman organic adalah kaedah pertanian yang menepati tuntutan syarak kerana ia bersifat mesra alam lantaran ia  tidak menggunakan baja kimia dan juga racun serangga. Ini bermakna, system organik  tidak merosakkan struktur tanah serta tidak memupuskan baka sesetengah haiwan disamping menjamin kesihatan manusia. Tentu sekali cara sedemikian bertepatan dengan dua mafhum sabda Rasulullah s.a.w ;

  • Maksudnya:  Berbelas kasihanlah (kasihi) kepada sekalian (makhluk dan hamba Allah) di muka bumi nescaya Yang di langit (Allah) akan berbelas kasihan (kasih) kepada kamu”.
  • Begitu juga dengan mafhum sabda Rasulullah s.a.w; “Tidak ada seorang Muslim bercucuk tanam (sebarang tananam) lalu dimakan dari tanaman itu manusia, burung atau binatang melainkan ada baginya pahala sedekah”.

Berasaskan mafhum hadis yang pertama; melalui kaedah organic, ketulusan nurani adalah factor penentu kejayaan yang paling utama. Tanpa baja kimia, tanah akan semakin subur dan segala jenis organisma mampu hidup dan memainkan peranan masing-masing bagi menyuburkan tanah serta hasil tanaman.  Tanpa racun serangga dan juga segala jenis racun lain, tanaman adalah lebih sihat untuk dimakan.

Manakala mafhum hadis yang kedua; konsep sedekah paling diutamakan menerusi kaedah organic kerana haiwan-haiwan yang terbabit menceroboh dan memakan tanaman yang diusahakan tidak dibunuh secara sewenang-wenangnya. Sebagai contohnya; belalang serta burung-burung yang boleh makan seperti burung pipit atau burung ciak di bendang padi hanya dijala atau dipukat untuk dimakan oleh petani dan haiwan berkenaan tidak diracun sehingga mati lalu dibiarkan  bangkai haiwan berkenaan membusuk dengan racun begitu sahaja. Begitu juga tikus tidak diracun kerana penggunaan racun tikus di bendang boleh merosakkan kualiti padi yang bakal dituai kelak. Bagi mengelak masalah tikus di bendang, haiwan-haiwan pemangsa seperti kucing, burung hantu ataupun ular sawa tikus lazimnya  dipelihara bagi menangani masalah tersebut. Itupun jika serangan tikus-tikus berkenaan merosakkan majoriti besar tanaman. Perlu diambil iktibar, lazimnya haiwan berkenaan hanyalah makan sedikit sahaja tanaman yang ditanam (memadai bagi petani/pengusaha ladang untuk mendapat pahala sedekah). Namun jika  tanaman tersebut dirosakkan dengan begitu teruk sekali, maka serangan haiwan-haiwan perosak itu adalah bala daripada Allah Subhanahu wa Taala dan para petani serta  para pengusaha ladang  terbabit perlulah bermuhasabah diri.

Semua nih anak buah Pak Aet. Muktaf bin Hj.Husam (berbaju biru)

Muktaf bin Hj.Husam

Ini pohon padi bukan pohon serai

Rilex berhenti makan dulu….

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.