Zul Kulim bukan boleh dipercayai. Beliau seorang manusia yang tidak beristiqamah dalam perjuangan. Biarlah bloggers lain menghentamnya dan memang saya sokong 100% Zul Kulim dihentam sedemikian rupa kerana sikap beliau yang buruk itu. Lantaklah kau Zul!!!
http://penarikbeca.blogspot.com/2010/03/reaksi-zul-noordin-bila-polis-nak.html
Lebih baik saya layan kenangan silam. Seronok juga bila lihat dan renung kembali gambar-gambar lama semasa di Sudan dulu. Banyak juga gambar-gambar kenangan yang saya simpan sepanjang tempoh 5 tahun di rantau orang (1 tahun matrikulasi + 4 tahun kuliyyah). Lain cerita pula semasa saya berada di Universiti Malaya, Kuala Lumpur kerana saya hanya simpan gambar-gambar semasa hari konvokesyen sahaja. Tak ada langsung gambar-gambar kenangan sama ada bersama rakan-rakan serumah sewa semasa di Bukit Angkasapuri ataupun di mana-mana lokasi di Kuala Lumpur. Lagipun saya pun tak berminat nak siarkan semua gambar-gambar di hari konvokesyen itu. Memadailah dengan gambar-gambar semasa berada di Khartoum, Sudan aje.

Semasa mukhayyam 5 hari di Riyadh, Arkawit. Zambri Ibrahim (berbaju kemeja hijau lengan panjang) kini dah jadi pensyarah di UIA.

These Bosnians are my best friends. Safar (yellow t-shirt), Ismit, Najad, Mehmed, and Asad Purdic . Where ever you are...I miss you all
Gambar pelajar-pelajar Bosnia nih saya ambil semasa kami berada di atas Jambatan di Khartoum Bahri yang menyeberangi sungai Nile.





