Pendidikan Seks di peringkat sekolah rendah satu kewajaran.

Gambar hiasan

Pelbagai pihak memperkatakan tentang perlaksanaan pendidikan seks di peringkat sekolah rendah. Ada yang bersetuju ia dilaksanakan dan ada juga pihak yang tidak bersetuju. Bermacam-macam alasan yang dikemukakan oleh kedua pihak yang pro dan juga yang kontra tentang perlaksanaannya. Bagi mereka yang bersikap pro dalam isu ini lebih berpegang dengan hujjah;  perlaksanaan pendidikan seks di peringkat sekolah rendah adalah penting kerana murid-murid diperingkat ini wajar dimaklumkan kepada mereka tentang seks. Manakala bagi golongan yang kontra pula berpendapat; pendidikan seks diperingkat sekolah rendah adalah amat tidak wajar kerana seks itu adalah suatu perkara yang amat sensatif dan tidak wajar diperbincangkan secara terbuka.  Sehubungan ini juga, pihak kerajaan turut mengumumkan bahwa matapelajaran pendidikan seks di peringkat tersebut tidak akan diwujudkan. Bahkan apa sahaja berkaitan dengan seks hanyalah memadai diterapkan dalam beberapa matapelajaran tertentu yang akan disediakan oleh pihak Kementerian Pendidikan. Disamping itu juga pihak kementerian Pendidikan turut sanggup melatih para guru untuk mengajar matapelajaran berkenaan. Bagi saya, pendirian Kementerian Pendidikan itu adalah satu stand yang amat tidak wajar dalam situasi Negara sekarang yang begitu amat berkecamuk  dengan bala seks luar nikah dan budaya pembuangan bayi.   

Jika diamati dengan teliti segala hujjah-hujjjah di atas ini, jelas sekali masih ramai yang berhujjah dengan hujjah sedemikian masih lagi keliru apakah sebenarnya pendidikan seks. Malah masih ramai juga yang tidak mampu membezakan antara pendidikan seks dan juga pendidikan hubungan seks. Mungkin pihak yang kontra dengan pendidikan seks itu skop pemikiran mereka lebih tertumpu kepada hubungan seks dan cara-cara berkesan untuk menikmati seks ketika  mengadakan hubungan seks. Oleh itu, soal seks adalah suatu perkara yang mengaibkan dan hanya wajar dilalui secara sembunyi-sembunyi oleh mereka yang sudah halal untuk bersama selepas proses ijab qabul. Lagipun, kebanyakkan orang tua-tua dahulu kala tidak pernah mengajar anak-anak mereka tentang seks. Malah ramai dikalangan ibubapa yang menganggap persoalan seks amat sukar dijawab oleh mereka jika ada dikalangan anak-anak yang mengajukan soalan-soalan cepu emas berkaitan dengan seks.  

Manakala bagi golongan ibubapa yang begitu khuatir dengan penularan wabak pembuangan bayi dan seks luar nikah, pendidikan seks adalah amat perlu dilaksanakan di peringkat tersebut. Secara jujur dinyatakan, saya juga amat bersetuju jika pendidikan seks diajar bermula dari peringkat sekolah rendah lagi. Lantaran ini,  persoalan utama yang perlu diurus dan diselaraskan ialah kurikulum sahaja agar semua pihak mampu membezakan antara pendidikan seks dan juga pendidikan hubungan seks. Semua pihak juga perlu peka dan tahu perbezaan antara  istilah pendidikan seks dan juga hubungan seks. Umumnya, pendidikan seks bererti pendidikan jantina. Adapun pendidikan hubungan seks pula bermaksud pendidikan hubungan seks yang lazim dinyatakan dalam buku-buku pengetahuan am berkaitan dengan seks seperti buku Permata yang Hilang dan sebagainya. Pinggirkan seketika pendidikan hubungan seks dan tumpukanlah focus kepada pendidikan seks. Dalam masalah pendidikan seks (pendidikan jantina), para pelajar yang beragama Islam perlu didedahkan dengan beberapa persoalan berkaitan dengan proses kejadian manusia. Persoalan-persoalan tersebut seperti; Mengapa manusia dicipta? Mengapa manusia bernafsu syahwat? Mengapa hanya manusia perlukan system pembiakan yang berlandaskan syarak? Mengapa pendidikan seks berhubungkait dengan dosa pahala serta juga syurga dan neraka? Apakah kaitan pendidikan seks dengan pegangan aqidah umat Islam? Manakala bagi para pelajar non-muslim, pendidikan seks bolehlah disandarkan berpaksi pendidikan moral dan juga kesedaran sivik. Jangan kelirukan diri kita semua dengan menyama dan menganggapkan pendidikan seks itu adalah pendidikan hubungan seks. Ini kerana pendidikan seks itu adalah lebih umum dan lebih meluaskan jika dibandingkan dengan pendidikan hubungan seks yang hanya merupakan salah satu cabang kecil berkaitan dengan hal ehwal jantina.  Dari segi kurikulum bagi pendidikan seks, penyusunan topik-topik utama iaitu kaitan seks (jantina) dengan kehidupan harian seperti; keperluan sekurang-kurang 3 buah bilik bagi setiap buah rumah, pengasingan dan pembatasan pergaulan antara adik beradik perempuan dan lelaki setelah  mereka meningkat dewasa, penutupan aurat dan berpakaian sopan ketika keluar rumah perlu diberi keutamaan. Adapun pendidikan hubungan seks, ia juga wajar diperkatakan dalam situasi ilmiah dengan penuh keinsafan dan sikap ingin tahu demi menambah ilmu pengetahuan mengenainya disamping meminggirkan nafsu ammarah yang sentiasa merosakkan otak dan syahwat manusia.

About these ads

3 responses to this post.

  1. Posted by mat komando on 27 April 2010 at 8:30 pm

    dah ada semua tu dalam pendidikan agama Islam..

    ustaz saya pernah ajar dulu kat kelas..jadi memang tak payah nak baiki benda yang memang elok..

    harap maklum..

    Reply

    • Saya setuju pendapat Mat Komando.

      Pendidikan seks atau apa saja ilmu dah lengkap terkandung dalam Al-Quran. siap dengan kaedah (guideline) serta manfaat & keburukan turut dibincangkan dengan teliti, so apa lagi nak tokok tambah benda yang dah PERFECT?

      pendidikan seks yang tidak diselarikan dengan ajaran AKIDAH pasti akan membawa kepada kerosakan. Kita mesti mengambil kira aspek keinginan pelajar – pelajar yang bersifat INGIN tahu. Hal ini akan mendorong mereka kepada perbuatan yang tidak sepatutnya kerana AKIDAH tidak selari maka baik buruk tidak dapat dibezakan.

      Apa yang berlaku sekarang ini, kes buang bayi dan gejala seks bebas adalah berpunca sedikit sebanyak (banyak sebenarnya) daripada pendidikan yang tidak selari dengan AKIDAH ISLAMIAH ini.

      LOGIKnya, mengapa MELAYU ++ISLAM? fikir2 lah..

      Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: