Archive for May, 2010
21 May
PAS Tidak Boleh Bekerjasama Dengan Parti Lawan Lebih Kuat – Nik Aziz
KOTA BAHRU: Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, PAS tidak akan bekerjasama dengan Umno kerana parti lawan itu lebih kuat daripadanya.
Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, pengalaman lepas juga mengajar PAS agar tidak mengulangi kesilapan bekerjasama dengan Umno sebelum disingkir daripada kerajaan Barisan Nasional (BN).
“…kita ditendang begitu sahaja apabila kita tidak diperlukan. Pengalaman itu sudah cukup memberi pengajaran kepada kita, kita tidak akan bekerjasama dengan mana-mana parti yang lebih kuat daripada kita,” kata Nik Abdul Aziz pada kuliah mingguannya, di sini hari ini.
Nik Abdul Aziz berkata, PAS mempertimbangkan faktor kekuatan setara itu berasaskan prinsip ‘menang-menang’ yang hanya boleh dicapai jika kedudukan kedua-dua parti sama kuat.
“Islam mengajar supaya kita bekerjasama dengan pihak lawan, jika kedudukan kita sama kuat barulah kerjasama itu mencapai matlamat, kalau tidak kita mudah ditindas,” katanya.
Beliau juga mempertahankan kerjasama PAS dan DAP yang disifatkannya telah banyak membantu masyarakat Cina memahami Islam dan tidak lagi menganggap masyarakat Islam sebagai golongan ekstremis.
DAP juga katanya menerima Islam sebagai asas perjuangan PAS. – BERNAMA
Towardsmardhatillah:
Saya begitu tertarik dengan kenyataan Dato’ Menteri Besar Kelantan berkaitan dengan sejarah silam hubungan antara PAS dan UMNO semasa bersama dalam Barisan Nasional meskipun kenyataan beliau ini bagi saya tidaklah begitu tepat. Sebenarnya PAS disingkir keluar daripada Barisan Nasional kerana kewujudan PAS dalam kompenen tersebut tidak menguntungkan UMNO bahkan merugikan lagi UMNO. Sokongan rakyat semakin padu terhadap PAS dan situasi inilah yang merupakan factor utama mengapa PAS ditendang keluar daripada Barisan Nasional dulu. UMNO tamak dan tak suka statusnya digugat oleh mana-mana parti politik lain di Malaysia. Lantaran sikap tamak ini juga, UMNO sanggup buat apa saja meskipun terpaksa menzalimi rakan politiknya sendiri. Sikap buruk ini jelas menunjukkan UMNO sebagai sebuah parti yang tidak boleh dipercayai untuk bersama berkongsi kuasa. Oleh itu mengapa masih ada dikalangan sesetengah pemimpin PAS yang gila kemaruk inginkan kerajaan perpaduang????????? Fikir-fikirlahhhh
11 May
Baruh Tunjung pesat membangun…
Kalau ikutkan hati memang saya ingin isikan entry blog ini setiap hari. Namun apakan daya, tugasan harian lain juga masih banyak yang perlu saya uruskan. Situasi ini adakalanya menyekat diri saya untuk menjamah laktop dan melayari internet secara daily. What ever…. Baruh Tunjung semakin pesat membangun dan semakin mendapat perhatian umum khususnya dikalangan rakyat Kelantan sendiri yang mula cenderung untuk mengenali dan mendalami kaedah pertanian organik. Satu revolusi minda dalam sektor pertanian yang amat besar sedang rancak berlangsung di negeri Kelantan.
2 May
Selepas demam 3-4 hari
Sudah 3-4 hari saya tak jamah laktop kerana demam dan asyik duk terlantar atas katil. Solat pun terpaksa ditunai secara duduk. Dah hampir setahun lebih saya tak demam dan memang wajar pun saya demam kali nih. Allahamdulillah demam biasa aje dan bukannya selsema babi اعوذ بالله من ذلك. Bila dah rasa segar sikit, saya mula bosan tanpa dapat menekan keyboard. Semasa duk explore blog-blog lain untuk dapatkan new informations, terkejut juga bila ada manusia yang sanggup mengaku secara terang-terang untuk melakukan dosa besar dengan membunuh Tok Guru Nik Aziz. Sebenarnya bukan hanya Tok Guru saja yang berdosa jika dibunuh tapi rakyat awam, makhluk-makhluk Allah Taala yang lain juga adalah haram dibunuh tanpa motif yang dibenarkan oleh syarak.
http://www.ibnuhasyim.com/2010/05/pumno-ugut-bunuh-nik-aziz-apa-tindak.html
Sudah lama saya tidak menyatakan sebarang pandangan saya untuk membela Tok Guru dalam urusan politiking beliau. Ini kerana beliau sendiri sepatutnya lebih berhak untuk menjawab segala tohmah dan juga dakwaan terhadap dirinya. Ataupun sekurang-kurangnya segala tohmahan dan dakwaan tersebut dijawab oleh individu-individu lain yang selalu mencari publisiti dan popularity dengan bertenggek di atas tittle “MB Kelate”. Siapalah diri saya ini…sekadar melukut di tepi gantang. Namun dalam soal amar maaruf dan nahi mungkar, meskipun sekadar melukut di tepi gantang sekali pun, saya sanggup bersuara dan menekan-nekan keyboard ini demi menentang hasrat seorang pemuda UMNO yang telah memperajakan nafsu ammarah ke tahap memahkotakan Iblis di kepala otaknya sendiri hingga tergamak meluahkan saranan ke arah kelakuan yang amat zalim.
Selain itu, Dato’ Husam juga memeranjatkan saya dengan hujjah-hujjah logic beliau dalam blognya;
http://cetusan-hati.blogspot.com/2010/04/murahnya-nak-jatuhkan-pm-kita.html
Lihat juga di sini;























