Hampir seminggu lebih saya tidak berpeluang menjamah laktop kerana sibuk dengan penyusunan dan penyemakan buku Sejarah PAS Kelantan (1959-1978). Allahamdulillah ia akan dicetak dan seterusnya berada dalam pasaran dalam tempoh yang terdekat ini. Selepas siap membuat penyemakan buku tersebut, kami sekeluarga mengambil keputusan untuk makan angin di negara seberang, Thailand. Pada pagi Jumaat 4hb.Jun 2004, Abah juga turut bersama kami menyeberangi ke seberang melalui jeti Pengkalan Kubor dan terus menuju ke Pattani. Selain untuk berehat, anak-anak saya juga berpeluang belajar dan mengetahui tentang budaya dan resam hidup masyarakat Thai terutama sekali corak kehidupan umat Islam di Pattani dan juga Hatyai.
Kehadiran kami di sana diraikan dengan penuh mesra oleh Pak Nik Leh sekeluarga. Kalau tidak kerana Pak Nik Leh dan keluarganya, sudah tentulah percutian sambil belajar kami sekeluarga tidak begitu bermakna dan ceria. Di Pattani kira-kira pukul 3 petang, Nik Hasan (anak lelaki Pak Nik Leh) menempatkan kami di CS Hotel Pattani. Pada waktu malam lebih kurang pukul 8:30 malam, kami dijemput ke rumah Pak Nik Leh untuk menikmati hidangan ringan dan Pak Nik Leh mempelawa untuk membawa kami bersiar-siar ke Bandar Hatyai keesokan harinya.
Selepas breakfast di hotel pada pagi 6hb.Jun 2010, kami berpeluang ronda-ronda keliling Bandar Pattani dan singgah sekejap di Taman rekreasi tempat beriyadah (bersenam) bagi masyarakat majmuk di Pattani. Pasar Tani di bandar Pattani begitu amat menarik perhatian kami!!!
Selepas check out dari CS Hotel pada pukul 11:30 pagi, 5hb.Jun 2010, dengan dua buah transports ( Toyota Hi-Lux dan Mitsubishi Grandis), kami dua keluarga menuju ke Hatyai. Sesampai di sana, isteri Pak Nik (Puan Rosmah, Staff nurse di Hospital Pattani) membawa kami menjamu selera di restoran sahabat lamanya di tengah bandar Hatyai. Huyooooooi ! Sedap sungguh sup sayur air di restoran ini! Dua hari di seberang, berat badan saya pun turut meningkat sikit!!! Ikut bersama dalam perjalanan kami ini ialah Nik Hasan (anak lelaki Pak Nik Leh), Nik Hamidah (anak perempuan Pak Nik Leh, penuntut tahun tiga jurusan Media /information & Management di University Prince of Songkhla), Hawa (cucu Pak Nik Leh) dan juga Nik Abdullah (anak bongsu lelaki Pak Nik Leh).
Lepas makan tengahari, Pak Nik Leh bawa kami ke supermarket Diyana. Di sini anak-anak saya bersama anak beliau, Nik Abdullah dan juga cucu perempuannya (Hawa) mula berpeluang untuk beramah mesra dan bermain bersama.
After that, kami dibawa pula melihat dan meninjau Floating Boat Market di Hatyai. Floating Boat Market merupakan antara tempat yang paling strategic bagi kerajaan Thai dari sudut perkembangan ekonomi rakyat dan sentiasa dikunjungi ramai oleh para pelancong dari dalam dan juga luar. Di sini berbagai jenis masakan dimasak dan dijual di dalam sampan-sampan di tebing sungai Hatyai.
Pada malam hari pula, Pak Nik Leh sekeluarga membawa kami menetap di Haad Kaew Resort di Songkhla. Keesokan pagi (Ahad 6hb, Jun 2010), sebelum berangkat pulang ke Pattani, kami mandi kolam dan membeli belah di pasar pakaian di pinggir Bandar Hatyai. Sesampai di Pattani, kami dijamukan sekali dengan jamuan nasi dengan lauk pauk yang amat lazat seperti Tom Yam Pattani dan juga sayur daging. Selesai saja menjamu selera, kami bersalaman, mengucap terima kasih dan meminta izin untuk pulang ke Kelantan. Dalam perjalanan pulang, saya sempat meninjau kawasan memproses garam di pinggir Bandar Pattani dan belajar serba sedikit cara memproses garam. Musim kemarau dan udara sejuk berangin merupakan cuaca yang paling sesuai untuk memproses garam.
Pada awalnya, air laut perlu dipam masuk ke dalam bendang tanah berselut (berlumpur) untuk tempoh 4-5 hari dan membentuk garam. Selepas itu, garam-garam ini akan diangkat untuk dibersihkan daripada lumpur-lumpur yang melekat padanya dengan air garam/ air laut (tidak boleh sama sekali dibersih dengan air biasa). Akhir sekali garam-garam ini akan diperam selama tempoh lebih kurang dua bulan untuk dikeringkan sebelum ia boleh dibungkus dan dijual di pasaran. Sungguh menarik sekali cara rakyat Pattani berusaha mencari rezeki!!! Lebih kurang pukul 9:30 malam kami sampai ke Imigresen Sungai Golok untuk dicop semua passport dan terus masuk ke negeri Kelantan.













