Pelaksanaan Hukum Hudud di Kelantan.

Selain berperangai buruk kerana tidak bekerjasama memartabatkan Ekonomi umat Islam dengan kerajaan PAS Kelantan melalui penggunaan matawang dinar dirham, terdahulu daripada itu UMNO dan Barisan Nasional juga terkenal dengan sikap jahat apabila menolak perlaksanaan hukum hudud di Kelantan suatu ketika dahulu. Mungkin ramai dikalangan mereka yang senior dalam PAS kenal dengan cover buku yang saya pamerkan ini. Namun bagi golongan muda ataupun junior dalam PAS, buku ini agak begitu asing kepada mereka. Pelaksanaan Hukum Hudud di Kelantan merupakan sebuah buku yang menceritakan situasi sebenar sejarah perjuangan PAS dalam usaha menegakkan syariat Alllah di muka bumi tapi dihalang mentah-mentah oleh UMNO dan Barisan Nasional. Selain mengenengahkan petikan enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993, buku ini juga padat dengan keratan-keratan akhbar isu-isu politik berkaitan dengan hujjah-hujjah dangkal penolakkan terhadap perundangan Syariah secara syumul oleh UMNO dan parti-parti sekutunya.  

Sayang sekali mungkin buku ini sudah tidak lagi berada dalam pasaran meskipun isikandungannya amat ringkas, padat dan bermutu. Selain daripada sesuai sebagai bahan bacaan tambahan kepada masyarakat awam, buku ini juga amat baik dan sesuai sekali dijadikan rujukan  para mahasiswa terutama sekali para calon sarjana yang ingin mendalami sejarah pembikinan perundangan syarak di Kelantan sepanjang era pemerintahan PAS di Kelantan dengan menghasilkan ulasan-ulasan serta karya-karya ilmiah berkaitan dengannya sama ada dalam bentuk thesis ataupun artikel-artikel ilmiah sebagai tatapan dan sumber pengetahuan tambahan kepada generasi masa depan.

About these ads

3 responses to this post.

  1. Kebagusannya harus dikongsi. Harap dicetak atau disalincetakkan untuk edaran orang muda.

    Reply

  2. Posted by alya on 24 October 2010 at 11:37 am

    salam..saya mempunyai seorang rakan yg pernah berzina dan kini ia bnar-bnar insaf di ats kesalahannya…dia ingin sekali menjalani hukum hudud kerana tidak terlalu takut pada seksa akhirat..di mana kah dia seharusnya pergi untuk menjalankan hukuman ini?sekiranya dia gagal melakukan hukuman itu walaupun dia sgt2 berkehendakkannya (kerana negara yg tidak menjalankan hukum ini), adakah dosa-dosa dia boleh diampunkan Allah?

    Reply

    • Pada zaman Rasulullah, rang undang-undang hudud hanya dilaksana setelah baginda dan para sahabat berjaya menubuhkan sebuah kerajaan Islam di Madinah. Segala bentuk jenayah (yang layak dijatuhkan hukuman hudud) yang dilakukan sebelum ia berjaya dijadikan perundangan dalam sesebuah negara tidak wajib dicarry forward untuk dilaksanakan dan dibicarakan semula selepas perundangan tersebut berjaya diperuntukan sebagai satu perundangan syarie. Dengan kata lain, Rakan saudari hanya wajib bertaubat nasuha dan jangan sekali-kali mengulangi perbuatan itu lagi. Meskipun selepas ini undang-undang syarak berjaya dilaksanakan di Malaysia, rakan kes rakan saudari tidak wajib dicarry forward untuk dibicarakan semula dan kerajaan pusat (barisan nasional dan mana-mana parti politik yang menolak hudud) tetap berdosa besar dan akan dibicarakan di padang mahsyar kelak.

      Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: