Archive for July, 2010

Lawatan Damai Agro Sdn Bhd ke Bangkok

Pada 25hb.Julai 2010, saya menerima sejumlah gambar yang dikirimkan oleh sahabat saya dari Yala menerusi e-mail, Razak Somsak. Beliau (Somsak) turut serta sebagai guider dalam rombongan Damai Agro ke Bangkok dan Chiang Mai bermula dari 17hb.Julai sehingga 23hb.Julai 2010 bagi meninjau lokasi penanaman pohon tamar dan juga depu (gaharu). Cuba lihat gambar pohon-pohon tamar yang renek semuanya tapi berbuah lebat lagi ranum. Di Thailand tak perlu panjat pohon untuk makan buah tamar sepertimana di Tanah Arab. Maaf kerana saya lambat menyiarkannya. Terima kasih daun keladi Jak weehhh

Dr.Nik Mazian dan Hj.Abd.Fatah Harun juga turut sama dalam rombongan ini

Sapa tak kenal Saudara Abdul Rasul, orang kuat PAS Rantau Panjang

Encik Hasnan Pengurus Besar Damai Agro Sdn. Bhd

 

Hj Abd.Fatah Harun meneliti buah tamar

 

Cara pokok depu diproses

Fahami bidang kuasa masing-masing

Dalam konteks negara yang mengamalkan system demostrasi  berparlimen dan raja berperlembagaan, mana-mana parti politik yang mampu memenangi majority besar kerusi dalam pilihanraya dan seterusnya dapat membentuk sesebuah kerajaan sama ada kerajaan pusat ataupun kerajaan negeri perlu peka dengan item-item berikut, iaitu;

i)                    Bidang kuasa kerajaan pusat.

ii)                   Bidang kuasa kerajaan negeri.

iii)                 Bidang kuasa bersama.

Pasti sekali pembahagian bidang-bidang kuasa ini memerlukan kerjasama segenap pihak meskipun berbeza pegangan dan  ideology politik. Mana-mana parti politik yang mengabaikan amanah masing-masing dalam menguruskan bidang-bidang kuasa berkenaan, maka tentu sekali kerajaan tersebut sama ada kerajaan pusat ataupun kerajaan negeri sememangnya suka mengamalkan auta politicking dan bersifat tidak amanah. Inilah yang perlu difahami dan dihayati oleh segenap lapisan masyarakat majmuk di Malaysia. Mengapa perlu beria-ria mahukan kerjasama antara parti politik? Kenapa masih ada yang tergila-gilakan  Kerajaang Perpaduang? Kalau dah memang ada pemimpin-pemimpin PAS yang terlanjur tuh mengaku ajelah dan tak usahlah nak bohong-bohong dengan pelbagai bentuk penafian. Bukankah pemimpin Islam akan dilihat lebih bersih dan lebih jujur jika sanggup mengakui kesilapan dan memohon maaf daripada rakyat dan juga memohon ampun daripada  Allah Subhanahu wa Taala? Tak perlulah nak auta banyak-banyak sangat…. Lagi banyak auta lagi terserlahlah kesombongan dan ketakburan diri sendiri. Rakyat bukannya bodoh. Ramai dah yang pandai petik dan tekan-tekan keyboard computer.

Bidang kuasa masing-masing perlu diberi perhatian utama kerana ia melibatkan kemaslahatan rakyat jelata. Sapa-sapa yang faham serta mampu menghayati konsep ketiga-tiga bidang kuasa nih, sudah tentulah takkan merapu macam Ustaz tantawi yang beria-ria nak bekerjasama dengan UMNO. Sila klik di bawah;

http://episodeperjuangan.blogspot.com/2010/07/pelan-damai-untuk-umno-dan-pas.html

Sungguh memalukan tindakan Ustaz Stupid Ego dan mereka yang sewaktu dengannya nih!!! Kenapa perlu kerjasama dengan parti UMNO dan Barisan Nasional yang jelas tidak pernah amanah memikul tanggungjawab selaku  kerajaan pusat? Biarlah rakyat menilai sendiri betapa jahatnya UMNO dan Barisan Nasional yang alpa dan cuai kerana tidak peka dengan ketiga-tiga bidang kuasa tersebut. Pemimpin PAS janganlah melatah tak tentu pasal pulak gilakan perpaduang dengan UMNO kerana nak jaga perpaduan Melayu. Bila masa pula nasib Melayu pernah terbela sepanjang UMNO menerajui kerajaan pusat sejak dulu hingga sekarang???? Fikir-fikirkanlah……..

Banyak sangat ke beruk tuh???

Lepas baca entry penarik Beca  http://penarikbeca.blogspot.com/2010/07/bila-beruk-memperbaiki-bunga.html, mata saya tertarik dengan salah satu komen yang tertera bagi entry tersebut;

  1.    Nizam said…

Monday, July 26, 2010 2:57:00 PM GMT+08:00

Senang cerita ketuk kepala presiden pas dulu. Turunkan dia dari kerusi presiden. Apa-apa pun kepala kena nyahkan dulu sebab ikan busuk bermula dari kepala. Hadi langsung tak ada telent untuk memimpin organisasi sebesar pas. Dia hanya layak memimpin organisasi masjid rusila saja atau paling besar pun jadi ketua kampung saja. Hadi dengan pak lah lebih kurang sama… LEMBAB

Baru kejap ni roslan sms cuba nak tutup pekung kata tak payah saman harus sana sini. Kenapa tak nak saman? Sebab takut terbongkar cerita yang sebenarnya? Tujuan saman bukan mencari kemenangan tetapi mencari kebenaran. Pada PRU akan datang saya MUNGKIN pangkah pas buat kali terakhir… MUNGKIN JE. Atau pun langsung tak payah mengundi. Lepas tu saya malas dah nak pangkah kalau pas masih dipimpin oleh golongan yang menggelarkan diri mereka ulama tapi tak ada otak.

Sehubungan dengan komen ini, saya berpendapat; Semua AJK PAS Pusat kena peka dengan komen sebegini dan mengambil tindakan sewajarnya kerana bukan hanya seorang dua sahaja yang sependapat dengan saudara Nizam nih. Mungkin lebih daripada 1o orang ataupun lebih ramai daripada yang dijangka hingga mampu menggugatkan impian PAS untuk menawan Putra Jaya meskipun  TIRAM diisi penuh dengan pelbagai jenis matawang dari seluruh pelusuk dunia.

Berkhidmatlah sebaik mungkin

Rakyat dah mula loya dengan auta politicking daripada mana-mana parti politik terutama sekali daripada kalangan wakil-wakil rakyat. Para wakil rakyat sepatutnya bila dah dapat mandate daripada rakyat, cubalah berusaha sebaik mungkin berkhidmat demi kemaslahatan rakyat. Janganlah hanya tahu mengambil kesempatan nak bermewah-mewah dan bermegah-megah dengan kesenangan yang diperolehi melalui tittle “YB”. Gunakanlah otak dan perahkanlah idea-idea yang bernas untuk dikongsi bersama. Jangan cuma tahu auta politicking dengan menghentam parti-parti lawan. Yang paling penting sekali; parti-parti yang berada dalam Pakatan Rakyat janganlah bersikap macam wakil-wakil rakyat Barisan Nasional. Kalau ada juga yang masih suka mengekalkan perangai hodoh tuh, rasanya lebih baik letak jawatan dan terus aje sertai UMNO dan Barisan Nasional. Buat menyampah aje!!!

Dekat-dekat musim pilihanraya parti-parti pembangkang mulai nak tarikan undi orang awam dengan kempen Pakatan Rakyat untuk rakyat. Manakala Barisan Nasional pula mengempen 1Malaysia ….Rakyat di dahulukan. Semua slogan-slogan nih adalah hamprak jika lepas menang dan berjaya jadi wakil rakyat tapi cuma duk goyang kaki dalam bilik hawa dingin aje. Jarang-jarang sekali tuh keluar juga pergi ceramah politik untuk hentam parti lawan….ataupun ada juga yang Cuma tahu hentam parti lawan dalam Dewan Rakyat ataupun Dewan Undangan Negeri. Cukup bulan dapat gaji lumayan….itu aje yang mampu dilakukan…kesian betul nasib rakyat di bawah. Paling teruk lagi bila musim pilihanraya, ramailah wakil-wakil rakyat yang menabur janji tapi tak ditepati. Janji di musim pilihanraya yang lepas belum tertunai… kini dah nak tiba musim pilihanraya yang baru pula mulalah menabur janji baru pula. Bagi wakil rakyat species nih “Apa yang penting kerusi mesti dipertahankan!!!Nak jadi apa pun jadilah!!!”

Cuba ketepikan nafsu ammarah dan berkhidmatlah sebaik mungkin agar hidup kita semua akan diredhai oleh Allah Subhanahu wa Taala.

PAS UMNO bersatu perjuangkan Islam???

Nik Aziz setuju Pas-UMNO bersatu perjuang Islam

KOTA BHARU 13 Julai – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersetuju bahawa UMNO dan Pas perlu bersatu dalam memperjuangkan agama Islam di negara ini.

Tegas beliau, perjuangan beliau bersama Pas selama ini memang untuk menyatukan orang Melayu dan umat Islam di negara ini daripada mempercayai perkara yang tidak betul.

Katanya, Islam sendiri merupakan agama yang menggesa penganutnya untuk bersatu dan hanya mempercayai Tuhan yang satu.

“Islam itu agamanya Tauhid untuk menyatukan bukan sekadar Tuhan satu tetapi manusia semua mesti bersatu.

“Islamlah yang paling baik untuk menyatukan manusia. Kalau tidak boleh bersatu tubuh pun, dapat bersatu pemikiran pun bolehlah,” jelas beliau ketika ditemui pemberita di pejabatnya di sini hari ini.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan pendapat beberapa ulama di negara ini yang komited bahawa UMNO dan Pas perlu bersatu demi kepentingan Islam dan umatnya walaupun terpaksa berdepan cemuhan daripada penyokong masing-masing.

Antara individu yang menyokong penyatuan itu adalah Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dan Timbalan Dekan Institut Pemikiran dan Ketamadunan Islam Antarabangsa (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Abdul Majid.

Kedua-dua ilmuwan Islam ini sependapat bahawa penyatuan antara kedua-dua parti membolehkan Islam dan kedudukan umat Islam di negara ini bertambah kuat.

Semalam, Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Lokman Nor Adam berkata, kerjasama antara kedua-dua parti ini membolehkan dasar Islam dijalankan termasuk hukum hudud berbanding tindakan kerjasama dengan Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang ternyata mempunyai dasar dan matlamat perjuangan yang berbeza.

Ketika ditanya mengenai pandangan berkenaan, Nik Abdul Aziz berkata:

“Betullah tu… Betul. Saya berjuang dalam Pas pun untuk menyatukan semua orang.

“Saya tidak mahu orang Melayu yang sudah Islam ini menyokong perkara yang bukan-bukan,” tegas beliau.

Bagaimanapun tegasnya, UMNO perlu mengubah dasar parti itu kepada Islam berbanding dasar kebangsaan yang diamalkan sekarang sekiranya mahu bergabung dengan Pas.

Dipetik dari;

http://www.utusan.com.my/utusan/

Towardsmardhatillah:

Saya kurang pasti sama ada petikan kenyataan akhbar yang tertera di atas ini telah dimanipulasikan oleh pihak Utusan Malaysia ataupun tidak. Namun apa yang pasti dan sering berlegar dalam benak saya ialah; mengapa UMNO perlu masa untuk bergabung dengan PAS terlebih dahulu bagi melaksanakan perundangan syariat secara syumul sedangkan kuasa mutlak  untuk memerintah Malaysia sudah lama dimiliki oleh UMNO dan Barisan Nasional?.

 

 

Pengumuman Penting

 

DINAR DAN DIRHAM LAMBANG KEGEMILANGAN KERAJAAN KELANTAN

KEPADA SESIAPA YANG BERMINAT UNTUK MEMBELI DINAR DAN JUGA DIRHAM KELANTAN, SILA  KUNJUNGI LOKASI SEPERTIMANA YANG TERTERA DALAM IKLAN DI BAWAH INI;

World Cup berakhir: Spain juara Dunia

 

Tak sepertimana musim-musim World Cup yang lalu, saya boleh dikatakan tak pernah miss untuk berjaga dan menunggu T.V semata-mata kerana bola sepak. Namun untuk musim World Cup tahun ini, saya dinasihatkan oleh doctor agar tidak berjaga malam dan perlu memastikan sentiasa cukup tidur malam  (tidur yang nyenyak) sekurang-kurangnya selama 7 jam bagi mengelakkan tekanan darah tinggi berterusan. Lantaran ini, saya tidak mengulas langsung dalam blog ini tentang perkembangan World Cup 2010. Memang sebelum ini saya gemar dan minat mengadap laktop hingga ke pukul 4 pagi. Adakalanya sampai masuk time solat subuh barulah saya berhenti. Ini adalah satu tabiat yang tidak baik untuk kesihatan walaupun kita terlalu minat serta asyik  membaca dan typing. Selain itu, saya juga sudah lama meninggalkan tabiat  makan malam (heavy dinner) bagi mengekalkan berat badan yang ideal.  Kalau terasa lapar sangat, memadailah dengan pengambilan light meal seperti  buah-buahan dan juga biskut jacobs cicah air teh ataupun milo. Kesihatan diri perlu diutamakan.

http://msn.foxsports.com/foxsoccer/worldcup/story/spain-wins-first-ever-world-cup-title-over-holland?

Ramai yang kagum dengan kehebatan para pemain Spain yang muncul sebagai juara dengan menewaskan Belanda 1-0. Namun jarang sekali dikalangan para peminat bola yang peka dan prihatin tentang kegemilangan kerajaan Islam Spain silam yang mahsyur dengan nama Andalusia dan Cordova di zaman pemerintahan kerajaan Bani Umaiyyah dan juga Bani Abbasiyyah. Di zaman kerajaan Bani Umaiyyah, ekonomi umat Islam terutama sekali di Andalusia bertambah stabil melalui pengumpulan wang dinar dan dirham dengan begitu banyak dalam Baitul Mal meskipun para pemimpin/ khulafa Bani Umaiyyah dan Bani Abbasiyyah mengamalkan gaya hidup mewah. Kemunculan para sarjana (ilmuwan Islam) yang bertungkus lumus serta menguasai segenap bidang ilmu amat begitu menggalakkan sekali.  Kegemilangan inilah yang tergambar di fikiran saya selepas Spain berjaya muncul sebagai Juara Piala Dunia 2010. Bilakah agaknya kerajaan Islam akan kembali bertapak di Andalusia????

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.