Al-Muwatta’ bermaksud; ‘yang disepakati’ atau ‘tunjang’ atau ‘panduan’ tentang ilmu dan hukum-hukum fiqh. Ia mengandungi hadis-hadis hukum yang dikumpulkan oleh al-Imam Malik . Semua hadis di dalam al-Muwatta’ adalah sahih kerana al-Imam Malik terkenal dengan sifatnya yang tegas dalam penerimaan hadis tertentu. Beliau sangat berhati-hati ketika menapis, mengasingkan dan membahas serta menolak riwayat yang meragukan. Daripada 100,000 buah hadis yang dihafal beliau, hanya 10,000 sahaja diakui sah dan daripada 10,000 hadis itu, hanya 5,000 sahaja yang disahkan sahih oleh beliau setelah disiasat dan dipadankan dengan al-Quran. Menurut satu riwayat, al-Imam Malik telah menghabiskan 40 tahun untuk mengumpul dan menapis hadis-hadis yang diterima daripada guru-gurunya. Muridnya, al-Imam al-Syafie pernah berkata, “Tiada sebuah kitab di muka bumi ini yang lebih banyak mengandungi kebenaran selain daripada kitab al-Muwatta’ karangan al-Imam Malik.”
https://towardsmardhatillah.wordpress.com/2008/12/12/al-imam-malik-pengasas-mazhab-al-hadith/
Posted by mohd haikal naim on 21 August 2011 at 7:57 am
sememangnya kitab al-muwatta ini telah banyak memberi panduan kapada para ulama untuk menentukan sesuatu hukum yang dijadikan panduan untuk kita semua……
Posted by towardsmardhatillah on 21 February 2012 at 5:43 am
Jumlah 100,000 hadis itu dihafal dan dikumpulkan oleh al-Imam Malik melalui sessi pembelajaran beliau dengan para gurunya sahaja.