Berdasarkan fakta sejarah politik tanahair, Kerajaan PAS Kelantan telah mengambil langkah bijak yang diiktiraf oleh masyarakat dunia termasuklah Bank Dunia dengan menubuhkan Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Kelantan pada tahun tahun 1960. Pada ketika itu Dato’ Haji Mohd. Asri bin Haji Muda merupakan Menteri Besar Kelantan. Langkah ini dilaksana selepas PAS mencapai kemenangan cemerlang dalam pilihanraya umum tahun 1959. Demi merealisasikan impian dan masa depan depan rakyat yang lebih terjamin, pembukaan tanah secara besar-besaran dilaksanakan.[1] Lokasi-lokasi berkenaan adalah sepertimana berikut;
| Tahun
|
Kawasan | Luas (ekar) | Bil Peneroka |
| 1960 | Ayer Belanga, Tanah Merah | 400 | 40 |
| - | Ayer Lanas, Tanah Merah. | 4,000 | 40 |
| - | Sungai Sam, Hulu Kelantan. | 1,164 | 160 |
| - | Sungai Rek, Hulu Kelantan. | 1,174 | 120 |
| 1961 | Chenulang, Hulu Kelantan. | 2,430 | 200 |
| - | Mengkabang, Hulu Kelantan. | 7,353 | 610 |
| - | Sungai Peria , Hulu Kelantan. | 3,220 | 360 |
| - | Sungai Sok, Hulu Kelantan. | 1,647 | 180 |
| - | Bahagia, Hulu Kelantan. | 1,150 | 100 |
| - | Tamalir, Hulu Kelantan. | 1,927 | 180 |
| - | Bukit Lakota, Tanah Merah. | 1,100 | 120 |
| 1962 | Jakar, Tanah Merah
|
1,732 | 190 |
| 1964 | Beris Lalang, Bachok. | 6,000 | 600
|
| - | Sungai Pas, Hulu Kelantan. | 2,942 | 300 |
| - | Chucuk Puteri, Hulu Kelantan | 5,640 | 700 |
| 1965 | Sungai Biak, Hulu Kelantan. | 3,492 | 200 |
| - | Mempelam, Hulu Kelantan. | 1,488 | 140 |
| - | Perala, Tanah Merah. | 4,900 | 450 |
| - | Ulu Bertam, Tanah Merah. | 3,100 | 390 |
| - | Sungai Satan, Tanah Merah. | 4,570 | 410 |
| 1966 | Sungai Long Tanah Merah. | 1,800 | 250
|
| - | Pasir Dusun, Tanah Merah. | 2,300 | 230 |
| 1967 | Jelawang, Hulu Kelantan | 1,330 | 160 |
| - | Limau Kasturi, Hulu Kelantan. | 4,000 | 400 |
| 1968 | Meranto, Hulu Kelantan. | 1,330 | 160 |
| 1971 | Sungai Terah, Ulu Kelantan. | 3,000 | 350 |
| - | Air Chanal, Tanah Merah. | 2,300 | 260 |
| - | Kemahang, Tanah Merah. | 2,500 | 200 |
|
Jumlah Keluasan |
78,170 |
7,620 |
Banyak manafaat yang dapat dikecapi oleh rakyat hasil ekoran penubuhan LKTN ini samada dari sudut pertanian maupun dari sudut ekonomi (pemilikkan tanah). Walaubagaimanapun LKTN ini dibubarkan oleh Barisan Nasional setelah berhasil berpakat dan berkongsi kuasa dengan BERJASA menipu dan memperbodohkan rakyat Kelantan hingga menyebabkan kerajaan PAS Kelantan ditumbangkan dengan berbagai cara kotor dan jahat dalam pilihanraya umum 1978. LKTN digantikan dengan TAKDIR dalam tahun 1983 di zaman pemerintahan Barisan Nasional di bawah kepimpinan Tan Seri Mohammad bin Yaakob selaku Menteri Besar Kelantan pada ketika itu. Namun peranan TAKDIR tetap tidak mampu menyaingi peranan LKTN . Sayang sekali hingga kini, meskipun PAS Kelantan berjaya menawan kembali negeri Kelantan melalui Angkatan Perpaduan Umah (APU), namun masih belum ada satupun organisasi yang mantap bagi memajukan sektor pertanian dan ekonomi rakyat Kelantan sepertimana yang pernah dilaksanakan oleh LKTN. Masa berlalu begitu sahaja. Masa depan ekonomi pertanian di Kelantan khususnya dan di Malaysia amnya masih kabur. Beras yang merupakan sumber makanan utama masyarakat di Malaysia tetap diimport dari negara-negara jiran seperti Thailand dan Kemboja. Seolah-olah rakyat Malaysia sudah tidak tahu dan tidak merasa perlu lagi untuk menanam padi sendiri.
Padi-padi yang sedia ada dan diproses di Malaysia kini pula diserahkan kepada BERNAS secara bulat-bulat. Tiada lagi penggunaan baloh (stor padi) di halaman rumah dan tiada lagi padi gunda yang akan dihantar ke baloh. Penggunaan racun dan baja kimia dalam sektor pertanian secara berleluasa dibiarkan oleh pihak kerajaan Malaysia. Tiada lagi zakat tanaman padi dan tiada lagi keberkatan Ilahi dalam sektor ekonomi tersebut[2]. Semuanya jadi sunyi sepi! Dalam suasana sunyi sepi ini, kerajaan PAS Kelantan sekali lagi bangkit memperjuangkan pertanian padi organik bagi melestarikan sebuah kehidupan yang sihat . Dalam masa yang sama, slogan “Bertani satu ibadah” turut diwar-warkan. Persoalannya kini ialah; pertanian yang dimaksudkan dengan ibadah itu sudah tentulah pertanian organik dan bukannya kaedah pertanian yang mengamalkan penggunaan racun dan baja kimia. Namun sekadar slogan indah itu sahaja yang diwar-warkan, usaha kerajaan negeri Kelantan kelihatan lesu dan tidak bermaya. Tambahan pula, masih ramai dikalangan petani khususnya di Kelantan yang “gian” dan “lekat badi” dengan penggunaan bahan-bahan kimia dalam sektor pertanian meskipun telah terbukti secara saintifik ia amat memudharatkan kehidupan manusia dan alam sekitar. Malah masih ramai yang tidak faham dan tidak tahu bahawa kemajuan dalam sektor pertanian merupakan salah satu tuntutan utama dalam syariat Islam selain daripada perlaksanaan rang Undang-Undang Jenayah Islam[3]. Justeru adalah menjadi suatu kewajaran jika kerajaan PAS Kelantan turut bangkit menubuhkan Lembaga Kemajuan Pertanian Organik bagi memperkasakan status pertanian organik sebagai satu ibadah. Jika di zaman Dato’ Asri dahuluLembaga Kemajuan Tanah negeri (LKTN) ditubuhkan dan diperkasakan demi kepentingan rakyat, jadi apa salahnya jika Lembaga Kemajuan pertanian Organik ditubuh dan diaktifkan demi kemaslahatan rakyat????? Fikir-fikirkanlah…………
[1] Untuk keterangan lanjut sila lihat Buku Sejarah PAS Kelantan 1959-1978, hlm 65-69 dan bahagian Lampiran 3 , hlm 351.
[2] http://towardsmardhatillah.wordpress.com/2010/03/29/kaedah-pertanian-organik-satu-pengamatan-ringkas/
[3] Masih ada yang sanggup menerima PAS seadanya semata-mata kerana bencikan kejahatan UMNO dan Barisan Nasional tanpa menginginkan sebarang pembaharuan mengikut perkembangan zaman. Bagi golongan ini; memadailah jika negeri Kelantan ini dibanjiri oleh Tok Lebai-tok Lebai dan ustaz-ustaz dengan kuliyyah agama mereka di segenap pelusuk negeri Kelantan.