Archive for the ‘Histories’ Category

Ucapan Tok Guru Nik Aziz dan KBDYMM Sultan Kelantan pada 28hb Januari 1993

Continue reading »

Tok Guru Ghani: Mantan Ketua Dewan Ulama’ PAS Negeri Kelantan

Oleh kerana sibuk dengan urusan pengumpulan data-data sejarah, saya menguzurkan diri untuk hadir sebagai pemerhati politik sama ada di Batu Sapi ataupun di Galas. Lagipun tugas mengumpul data-data sejarah inipun adalah sebahagian daripada jihad dalam sector ilmiah juga. Mungkin pada 30hb. October ini, ramai di kalangan para penyokong kedua-dua buah  parti  di Galas ini  yang [...]

Continue reading »

Ketokohan Prof.Zulkiflee Muhammad.

  Buku berjodol “Analisa Tentang Beberapa Masaalah Hidup Manusia” oleh Prof.Zulkiflee Muhammad ini saya pinjam daripada abah saya kira-kira 10 tahun lalu dan hingga kini saya tak pulangkannya kembali kepada beliau. Hasil karya ini terlalu dinamik lebih-lebih lagi ia ditulis pada zaman lalu sekitar tahun 1968 dan sifat dinamik itu tetap unggul kekal hingga ke [...]

Continue reading »

Pengembaraan Ibn Battutah (Part 3)

Setelah sekian lama berada di Mul Jawah, Ibn Battutah menyambung perjalanan  dan belayar lebih 34 hari, kapal yang dinaiki berlabuh di wilayah Tawalisi[1]. Penduduknya berupa paras elok dan masih menyembah berhala. Kaum wanitanya pula pandai menunggang kuda serta mahir memanah dan turut serta berperang bersama kaum lelaki. Kapal yang dinaiki berlabuh di perlabuhan Kilurki[2]. Gabenornya [...]

Continue reading »

Pengembaraan Ibn Battutah (Part 2)

Setelah kembali dari pengembaraannya, tidak banyak lagi kisah tentang Ibn Battutah yang dapat diketahui kerana segala kisah mengenainya hanya beliau catatkan sepanjang pemgembaraan sahaja. Ibn Battutah juga dikesan menjawat jawatan kadhi di beberapa buah Bandar di tanahairnya sehinggalah beliau meninggal dunia. Ahli sejarah dan penulis biografi Ibn Battutah tidak sependapat tentang tarikh kewafatan dan tempat [...]

Continue reading »

Pengembaraan Ibn Battutah (Part 1)

  Ibn Battutah atau nama sebenarnya Abu Abdullah Muhammad Ibn Abdullah al-Lawati al-Tanji Ibn Battutah tercatat dalam lipatan sejarah sebagai seorang tokoh pengembaraan yang paling jauh perjalanannya sepanjang abad pertengahan. Lantaran ini, beliau turut digelar sebagai “Raja Pengembara Islam”  atau “Raja Segala Pengembara”.  Ibn Battutah yang bermazhab Maliki menghabiskan masa lebih suku abad; iaitu lebih [...]

Continue reading »

Antara Petikan Ucapan Dato’ Mohd. Asri semasa PAS berada dalam Barisan Nasional.

  Semua petikan ucapan ini merupakan fakta sejarah yang wajar diketahui oleh golongan muda masa kini yang mendakwa diri mereka sebagai pejuang Islam. Dato` Mohd.Asri dengan lantang menegaskan dalam ucapan dasar beliau pada Mesyuarat Agung Tahunan PAS kali ke-22[1] “Sudah tiba waktunya suatu perubahan radikal dalam system politik dan perundangan yang mengarahkan kepada seruan para [...]

Continue reading »

Isu PAS Gadai Tanah rekaan UMNO

  Untuk posting kali ini, saya kemukakan jawaban oleh Yang diPertua Agung PAS merangkap bekas Menteri Besar Kelantan dalam usaha beliau menangkis serangan propaganda jahat  UMNO terhadap PAS. Sejak tahun 1964 lagi isu ini dicanang oleh UMNO bagi menjatuhkan kerajaan PAS tetapi tidak berjaya kerana rakyat tidak mempercayai dan tidak termakan fitnah ini.  Namun selepas Dato’ Muhammad [...]

Continue reading »

Peristiwa Membakar Jambatan di Kampung Baruh Piyar

Lakaran sejarah ini amat penting disiarkan sebagai peringatan kepada generasi para pejuang Islam masa kini. Lantaran ini, penulis menyiarkan kisah sepenuhnya berdasarkan pengalaman Wan Yaakub bin Wan Hussin[1], salah seorang aktivis PAS yang bertugas sepanjang tempoh pilihanraya tahun 1969 di kawasan Rantau Panjang[2]. Wan Yaakub atau lebih dikenali dengan jolokan Pak Chu Kob  bertugas di [...]

Continue reading »

Dr.Burhanuddin al-Helmy: Reformis muslim berjiwa kental

    Burhanuddin al-Helmy bin Hj.Mohammad Nor dilahirkan pada 29 November 1911 di kampung Changkat Tualang, mukim Kota Bharu, Taiping, Perak.  Beliau merupakan anak sulung daripada enam orang adik beradik kepada pasangan berketurunan darah campur Minangkabau-Arab. Bapanya, Haji Mohammad Nor adalah perantau dari Batu Sangkar, daerah Tanah Datar, Minangkabau, Sumatera. Pada tahun 1908, Haji Mohammad [...]

Continue reading »

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.