Archive for December 12th, 2008

Revolusi Minda Dalam Sektor Pertanian

Pertanian atau dalam bahasa Inggeris agriculture adalah meliputi cucuk tanam, ternakan dan kebun buah-buahan. Terjemahan bahasa Inggerisnya, agri dari bahasa Latin ager, bermakna “a field” (iaitu sebidang tanah), dan culture dari bahasa Latin cultura, bermakna “cultivation” iaitu tillage of the soil. Secara literal, pembacaan dalam bahasa Inggeris menjadikannya : tillage of the soil of a field. Dalam pengunaan moden, perkataan agriculture meliputi semua aktiviti penting bagi proses pengeluaran makanan/makanan ternakan/fiber, termasuk tatacara untuk menternak dan memproses ternakan. “Agriculture” juga merupakan singkatan bagi pelajaran kaedah pertanian lebih dikenali sebagai sains pertanian (agricultural science).

Sejarah pertanian merupakan elemen utama dalam sejarah manusia kerana tahap peningkatan pertanian menjadi satu faktor penting dalam perubahan sosioekonomi secara global, termasuk peningkatan kekayaan dan ketenteraan yang jarang dilihat dalam kultur “hunter-gatherer” — dimana petani berupaya mengeluarkan makanan lebihi keperluan diri dan keluarganya, dan dengan itu sebahagian dari ahli puak/kaum/negeri/negara nya boleh melibatkan diri mereka dalam bidang lain daripada pertanian. Dianggar sebanyak 42% dari pekerja dunia adalah di dalam bidang pertanian, dengan itu ianya merupakan perkerjaan yang terbesar di dunia. Walaubagaimana pun, pengeluaran pertanian hanya menyumbang kepada kurang dari 5% Keluaran Dunia Kasar (Gross World Product) (iaitu aggregat kepada semua Keluaran Negara Kasar (Gross Domestic Product).

Sektor ini merupakan sesuatu bidang yang luas. Di satu sudut, ia melibatkan petani secara kecil-kecilan yang bertani dalam kawasan kecil dan mengeluarkan produk untuk diri dan keluarga sendiri. Di sudut lain pula, ia melibatkan pertanian secara komersil dan intensif. Pertanian secara komersial ini melibatkan tanah yang luas atau ternakan yang besar jumlahnya, memerlukan bahan yang banyak ( seperti benih, racun, baja, pekerja dan sebagainya) dan tahap kejenteraan yang tinggi bagi mengurangkan penggunaan pekerja. Operasi tersebut selalunya berkait rapat dengan operasi untuk memaksimakan keuntungan kewangan dari hasil jualan produk pengusaha tersebut. Proses ini turut melibatkan beberapa individu secara kumpulan, syarikat atau agensi kerajaan.


Pertanian moden meliputi lebih dari pengeluaran tradisional bagi makanan manusia dan makanan ternakan. Pengeluaran pertanian lain seperti bunga, hiasan, nurseri, landskap, ikan dan burung untuk perniagaan haiwan peliharaan, perhutanan, pembajaan, kulit, chemicals industri seperti kanji, gula, ethanol, alkohol, plastik, fiber, cotton, bulu, hemp, flax, bahan api (methane) dari biomass, biodiesel dan legal and illegal drugs (biopharmaceutical, tobacco, cannabis, marijuana, opium, cocaine) adalah antara altenatif kepada pengusaha yang cenderung dalam sektor ini. Abad ke20-an merupakan pemangkin perubahan terbesar dalam pertanian, terutamanya dalam chemistry pertanian. Chemistry pertanian termasuklah applikasi baja chemical, chemical insecticides dan pest control, dan chemical fungicides, soil makeup, analisa produk pertanian, dan nutrition haiwan dan ternakan.

“Revolusi hijau” telah menyemarakkan perubahan kepada tatacara pertanian di seluruh dunia termasuklah hydroponics, plant breeding, hybridization, gene manipulation, pengurusan nutrien tanah, dan kawalan rumput rampai. Genetic engineering telah menghasilkan tanaman yang berciri tinggi yang melampaui tumbuhan semulajadi, seperti hasil yang tinggi dan tahap menghindar penyakit. Benih “modified” ini germinate faster, dan dengan itu boleh ditanam di kawasan yang lebih besar. Kejuruteraan genetik di atas tanaman telah menjadi kontroversial terutamanya dalam kes herbicide-resistant plants. Sementara itu, haiwan seperti kuda, keldai, lembu, kerbau, unta, llama, alpacas, dan anjing turut digunakan untuk membajak, menuai dan mengangkut produk pertanian ke pasaran. Animal husbandry tidak hanya melibatkan pembiakan dan penternakan haiwan untuk daging atau hasil sampingannya (seperti susu, telor, bulu) secara berterusan. Malah haiwan-haiwan ini juga dibiakkan untuk dijadikan binatang peliharaan (pet).


Kapalterbang, helikopter, lori, traktor dan jentera tuai telah digunakan dalam pertanian di barat untuk menyemai, menyembur racun serangga dan penyakit, penuaian dan penghantaran produk-produk yang tidak tahan lama. Radio dan televisyen telah digunakan untuk menyebar maklumat cuaca dan maklumat-maklumat lain seperti keadaan pasaran yang boleh melibatkan petani-petani. Komputer juga telah menjadi alatan penting bagi pengurusan ladang dan penggunaan internet telah meluas digunakan sebagai sumber ilmu, rujukan dan meminta pandangan, pendapat dan segala jenis bantuan dari petani lain. Menurut National Academy of Engineering di Amerika Syarikat, kejenteraan pertanian adalah satu daripada 20 pencapaian kejuruteraan terbesar dalam abad ke20an. Pada awal abad, seorang petani di Amerika Syarikat mampu menghasilkan makanan untuk 2.5 orang. Hari ini, dengan kegunaan  teknologi pertanian, seorang petani boleh menghasilkan makanan untuk 130 orang.  Meskipun begitu, proses itu dihasilkan dengan kos sampingan dari segi keperluan tenaga yang besar seperti petrol atau diesel untuk memastikan pengeluaran besar tersebut dapat dikekalkan. Disamping itu, peningkatan pengetahuan konsumer mengenai isu-isu pertanian secara tidak langsung telah menyebabkan berkembangnya community-supported agriculture, local food movement, “Slow Food” dan penanaman secara oganik (organic farming) pada masa kini.

 

Khasiat susu dan daging kambing.

Kambing atau nama saintifiknya Capra Aegagrus merupakan species mamalia yang dipelihara sebagai ternakan. Terdapat juga kambing liar yang tinggal di kawasan berbukit yang dikenali sebagai kambing gurun dan ia merupakan haiwan dilindungi. Kambing adalah haiwan pemakan daun atau maun. Makanan utamanya adalah rumput-rampai dan dedaun pokok. Seekor kambing dewasa memerlukan 4-5 kg rumput segar sehari. Penjagaan makanan amat perlu dititikberatkan. Ini kerana selain daripada aspek pencemaran habitat (persekitaran kandang), kebanyakan penyakit yang dihidapi oleh seseekor kambing adalah berpunca daripada pencemaran makanannya sendiri. Oleh itu, pemberian makanan yang seimbang perlulah difahami agar kesihatan dan kecergasan kambing dapat sentiasa dikekalkan. Jenis-jenis makanan yang boleh diberikan perlulah dirujuk terlebih dahulu dengan penternak yang telah sedia ada. Ini kerana makanan yang diberikan oleh setiap penternak dan kandang adalah berbeza.

Haiwan ini membiak dengan cara melahirkan anak dan menjaganya hingga dewasa. Penjagaan yang rapi serta betul perlulah diberikan sewaktu kambing ingin melahirkan anak. Tindak-tanduk kambing sewaktu melahirkan anak dan selepas melahirkan anak ada menunjukkan perbezaan. Namun terdapat juga ibu kambing yang kurang mahir menjaga anak yang baru dilahirkan kerana keletihan terutamanya bagi kambing bunting kali pertama. Kolestrum atau susu awal amat penting bagi anak kambing yang baru dilahirkan. Sekiranya ibu kambing mati, ibu kambing tumpang mesti disediakan bagi memastikan anak tersebut mendapat kolestrum. Jika proses penyediaan ibu tumpang tidak berjaya, peternak perlu berperanan lebih aktif  dengan memerah susu ibu tumpang untuk diisikan dalam botol susu lalu diberikan kepada anak kambing itu.

Al-Imam Malik menukilkan sebuah hadis dalam kitabnya al-Muwatta`; Rasulullah bersabda “Bukanlah daripada kalangan nabi melainkan dia itu seorang gembala kambing”. Lalu beliau ditanya “Dan Tuan juga wahai Rasulullah?” Jawabnya “Dan saya juga”.

Begitu juga Abu Hurairah r.a menukilkan sebuah hadis Rasulullah yang menyentuh tentang kambing: “Allah tidak mengutus seorang nabi kecuali dia itu seorang gembala kambing”. Maka para sahabatnya bertanya “Adakah Tuan juga?” Jawab beliau “Ya, aku pernah menggembala kambing dan bertanggungjawab ke atas  beberapa bahagian penduduk Mekah”.

Kedua-dua buah hadis ini membuktikan bahawa semua para Anbiya`adalah gembala kambing. Malah jika dirujuk kepada kitab-kitab kisah para Anbiya’, ternyata sekali ternakan kambing adalah salah satu sunnah dalam kehidupan  sekalian para ‘Anbiya seperti Nabi Syuib, Nabi Musa dan Nabi Muhammad. Dalam kitab Qasas al-Anbiya, Ibn Katsir menyatakan anak nabi Adam, Habil merupakan peternak kambing yang pertama di muka dunia. Ternyata haiwan ternakan itu adalah milik bapanya, Nabi Adam a.s.

Abu Hurairah juga meriwayatkan sabda Rasulullah “Asas kekufuran ada di arah matahari terbit, megah dan angkuh ada pada pemilik kuda dan unta, mereka yang bersuara nyaring (bising) ialah pemelihara haiwan berbulu (arnab, kucing) dan ketenangan itu ada pada gembala kambing”. (Hadis ini turut dinukilkan oleh al-Imam Malik dalam kitabnya al-Muwatta`).

Dalam sebuah mafhum hadis yang sanadnya disandarkan kepada Abu Said al-Khudri mengata bahawa Rasulullah pernah bersabda “Akan tiba suatu masa di mana kambing merupakan sebaik-baik harta bagi orang Islam. Orang Islam akan memeliharanya di puncak-puncak bukit dan di lembah-lembah, hidup terpencil dari masyarakat demi memelihara agama daripada ditimpa bencana”. Malah menurut Abdullah bin Mas’ud semasa beliau bertugas sebagai gembala kambing milik Utbah bin Mu’aith, susu kambing segar merupakan minuman kegemaran Rasulullah dan beliau meminumnya secara langsung setelah diperah dari tetek kambing betina. Secara tidak langsung, semua fakta ini menunjukkan betapa kambing itu merupakan satu kepentingan asasi dalam kehidupan manusia.

Selain tanduk dan kulitnya yang boleh dijadikan perhiasan, kambing juga merupakan sumber utama susu (white gold) yang berkhasiat dan daging yang berzat (red gold) jika dibandingkan dengan species ternakan lain seperti lembu, kerbau dan unta. Susu Kambing adalah makanan semulajadi berkhasiat yang diperlukan untuk kesihatan badan seharian. Ianya sesuai untuk semua lapisan umur. Susu ini boleh diminum panas atau sejuk malah boleh dibuat dadih, ais krim, keju dan mentega. Pada masa sekarang industri kosmetik mengeluarkan berbagai produk berasaskan susu kambing seperti syampu, krim muka, sabun, pewangi dan juga krim pencukur. Antara keistimewaannya ialah; mengandungi protein, enzim dan vitamin A yang baik untuk mata serta vitamin D yang sesuai untuk penguatan tulang, faktor anti-antritis (inflamasi sendi) dan anti barah, dapat mengubati demam kuning, penyakit kulit, gastrik, lelah (asma), insomnia dan ulcer. Ia juga mudah dihadam kerana zarah lemak lebih kecil. Malah susu kambing yang disimpan di tempat sejuk atau sejuk beku tidak akan berubah kualitinya.

Sementara daging kambing atau chevon (red gold) yang berzat lagi sedap dimakan dikenali sebagai “naturally occuring health meat” memiliki ciri-ciri berikut; kalori rendah, kadar lemak rendah nisbah lemak tidak tepu/ lemak tepu tinggi dan kandungan kolestrolnya rendah. Menurut kajian Dr.Peter J.D Adamo- daging kambing amat sesuai untuk darah jenis “O” , “B” dan “AB” yang dimiliki oleh seramai 75% rakyat Malaysia.  Sementara Dr.John R.Addrizzo pula menegaskan daging dan susunya mampu menghindari penyakit jantung dalam artikel beliau “Use of Goat Milk and Goat Meat as Therapeutic Aids in Cardiovascular Diseas”.


Antara Baka Kambing Terbaik, Terpilih dan Terbilang.

Peningkatan kadar import daging kambing di negara ini adalah berasaskan peningkatan permintaan daging. Mengikut statistic yang dilaporkan, pengeluaran dan permintaan daging kambing dari tahun 2002 sehingga tahun 2005 adalah sentiasa meningkat dan terus meningkat sehingga tahun 2010. (sila lihat rajah di bawah)

 

Tahun

2002

2003

2005

2010

Pengeluaran

(ribu m.t)

1.21

1.30

1.50

2.18

Permintaan

(ribu m.t)

15.10

15.60

16.80

21.30

Kadar saradiri (%)

8.01

8.33

8.93

10.23

 

Menyedari masalah kekurangan kambing ekoran permintaan daging yang sentiasa meningkat, peternakan kambing di kalangan bumiputera adalah amat digalakkan bagi mengurangkan kadar import daging kambing dari luar serta sekali gus dapat menghalang pengaliran wang ke luar negara dengan kadar yang amat banyak. Meskipun begitu penternakan kambing khususnya kambing baka bukannya merupakan suatu kerjaya yang boleh dilakukan secara sambil lewa sahaja. Ia memerlukan minat, semangat serta ketekunan seseorang peternak bagi menjamin usaha mulia ini akan berjaya.

 

Terdapat pelbagai jenis baka kambing. Antara yang tersohor dijadikan ternakan ialah kambing kacang (katjang), Jamnapari, Anglo Nubian, British Alpine, Saneen, Toggenburg dan Boer. Lazimnya kambing-kambing ini dikacuk bagi mendapatkan baka yang lebih baik, tahan lasak dan berdaya produktivi.

 

Kambing Kacang: merupakan baka asas yang perlu dipertingkatkan. Walaupun ianya kecil dan pendek, kambing Kacang (Katjang) amat tahan lasak. Mengikut kajian Jabatan Perkhidmatan Haiwan, hanya 40% kambing tempatan yang dilihat di kampung-kampung merupakan kambing Kacang (asli). Selebihnya adalah kambing kacukan dengan pelbagai baka yang dibawa masuk ke Malaysia. Selain dari saiz badannya, ia mempunyai tanduk yang melentur ke atas dan kebelakang. Telinganya tegak kesisi dan janggut terdapat pada kambing jantan dan jarang pada kambing betina. Dari pandangan sisi, mukanya kelihatan lurus dan tirus. Lehernya pendek dan bahagian belakang lebih tinggi dari bahu. Kulit badannya nipis tetapi berbulu kasar. Warna bulu biasanya hitam, coklat dan kadangkala terdapat tompok-tompok. Purata ketinggian 55-60 cm. Kadar kelahiran kembar adalah baik dan pengeluaran susu adalah sedikit ia itu 0.3 kg/hari (3 bulan pertama) dan 0.2 kg/hari (4-6 bulan). Berat lahir ialah 1.6 kg (Jantan) dan 1.8 kg (Betina) manakala berat dewasa , 25-30 kg (Jantan) dan 20-25 kg (Betina).

Jamnapari: Mengambil nama sempena sungai Jamna (Jamna par) di Uttar Pradesh , India dimana ia banyak terdapat. Kambing Jamnapari juga banyak terdapat di Agra, Mathura dan daerah Etawa di Uttar Pradesh , Bhind dan daerah Morena di Madhya Pradesh. Walau bagaimanapun dipercayai baka Jamnapari berdarah tulin (fullblood) *****a terdapat di 80 buah kampung di pinggiran Batpura dan Chakar Nagar di daerah Etawa. Jamnapari tulin (Fullblood) sudah menuju kepupusan dimana bancian 1972 mendapati Jamnapari Tulin terdapat kurang 5000 ekor di India dan kebanyakannya terdapat di kawasan Chakar Nagar (antara lurah Jamna dan Chambal).
Ia bersaiz besar dengan kepelbagaian warna bulu. Warna putih dengan sedikit (patches) warna gelap di kepala dan leher merupakan warna yang biasa kelihatan. Hidungnya amat cembung (highly convex nose line) dengan sekelompok bulu diatasnya. Mulut nya berbentuk ‘parrotmouth’ . Telinganya amat panjang (26.79cm) , berlipat dan jatuh kebawah. Kedua-dua jantina mempunyai tanduk (8.69cm). Ekor pendek dan kurus. Bulu yang tebal dan panjang di bahagian paha dan pinggul , dikenali sebagai ‘feathers’ merupakan ciri yang utama. Jamnapari juga dipanggil kambing dwi-guna kerana pengeluaran susunya yang baik selain daging. Labu susunya berkembang baik seperti baka-baka susu dengan puting susu yang besar.

 

British Alpine: Baka British Alpine dikembangkan di Great Britian pada awal 1900an. British Alpine merupakan binatang yang berbadan tinggi, ranggi dan berpenampilan anggun.. Telinga tegak dengan sedikit mengarah ke depan. Belakang lurus dengan sedikit tinggi dibahagian pinggul. Kakinya kuat dan lurus. Pengeluar susu yang baik , amat sesuai di negara beriklim sejuk dan tidak sesuai dipersekitaran yang mempunyai kelembapan udara yang tinggi. Species ini berwarna hitam dengan jalur putih dimuka. Bulunya pendek, halus dan berkilat. Kambing jantan selalunya mempunyai bulu yang lebih panjang.

Saneen: Saanen berasal dari Lembah Saanen di Switzerland dan merupakan baka kambing tenusu yang popular di Eropah. Kulitnya berwarna tan atau olive dan diliputi bulu putih atau krim yang halus & pendek (short fine white coat).Tompok hitam adakalanya terdapat dikulit telinga, hidung dan labu susu. Hidungnya lurus dan muka berbentuk segitiga. Telinganya sederhana dan tegak ke sebelah dan ke depan. Tanduk didapati pada jantan dan betina dengan kekacang dileher. Ekornya tipis dan pendek serta memiliki kaki yang lurus dan kuat. Berat lahir adalah 3.0 kg (Jantan) dan 3.3 kg (Betina) sementara berat dewasa 68-91 kg (Jantan) dan 36-63 (Betina). Tinggi yang ideal untuk Doe adalah 81 sm dengan berat lebih kurang 61 kg, manakala Buck, 94 sm dan berat 81 kg. Pengeluaran susu dibawah pengurusan yang baik di Malaysia boleh mencapai lebih 3 kg/hari (Purata 2 – hampir 5kg/hari) atau pun 500 kg – 1200 kg untuk tempoh laktasi 250 hari (purata 800 kg). Kandungan butterfat susu 3-4%.

Toggenburg: Toggenburg juga berasal dari Switzerland dan dipercayai baka kambing tenusu yang tertua diketahui. Ia dipercayai baka tenusu yang paling kecil (didalam kelasnya) tetapi padat. Namanya mengambil nama lembah Toggenburg di daerah Obertoggenburg, Switzerland.

Kambing susu ini amat popular selepas Saanen terutama sekali di Amerika Syarikat. Togs merupakan ternakan yang robust, aktif dan sentiasa bertenaga. Warnanya dari coklat kekuningan (light fawn) ke coklat gelap. Terdapat jalur putih dari mata ke muzzle, hujung telinga, lutut ke kaki serta belakang/pinggul (rump) dan ekor. Ketinggian yang ideal ialah 79 sm untuk Doe dan 90 sm untuk Buck. Ciri-ciri lain seperti berat lahir dan pengeluaran susu begitu menghampiri Saanen. Purata butterfat susu 3.7%.

Boer: Asal usul Boer tidak begitu jelas Namun ramai penyelidik mempercayai ia mempunyai gene pool dari pelbagai baka terutama kambing asli Afrika yang diternak oleh suku Namaqua Hottentots dan suku asli yang hidup berpindah randah dan tersohor dengan jolokan Southern Bantu. Boer bermaksud ‘farm’ atau ‘ladang’ dalam bahasa Belanda.

Kakinya pendek, tegap serta berisi. Paha dan bahagian belakangnya juga tegap dan berotot. Kambing Boer jantan mencapai berat 110-135 ketika matang manakala kambing betina 90-100 kg. Daging Boer terkenal keenakannya. Buat masa ini ia mendapat pasaran yang begitu tinggi di Amerika Syarikat terutama untuk kacukan Boer yang mempunyai 75% atau lebih darah Boer. Boer kini menjadi kegilaan pengusaha/penternak di Malaysia  selain daripada Peranakan Ettawah(PE).

 

 

 

 

Ketokohan al-Imam Ahmad bin Hanbal Dalam Ilmu Hadith

Al-Imam Ahmad bin Hanbali merupakan nama seorang tokoh ilmuan Islam yang tidak asing bagi mereka yang mendalami bidang hadis. Nama penuhnya Ahmad bin Muhammad bin Hanbali al-Syaibani. Berketurunan Arab kabilah Bani al-Najjar. Beliau dilahirkan di Baghdad pada tahun 164 Hijrah dan dibesarkan di kota itu. Ahmad juga tersohor dengan jolokan Abu Abdullah.

 

Sebagaimana al-Imam al-Syafie, Ahmad juga dibesarkan dalam keadaan yatim.  Selepas kematian bapanya, beliau menetap bersama ibunya dalam keadaan serba kekurangan. Namun hasil didikan ibunya semenjak kecil, beliau sanggup hidup berdikari tanpa mengharap sebarang bantuan  daripada mana-mana pihak.

 

Ahmad akan melakukan apa sahaja pekerjaan demi meringankan beban ibunya dan menyara hidupnya asalkan pekerjaan tersebut halal dan mulia disisi syarak. Beliau pernah belajar menenun kain dan menjual kain, mengambil upah menulis kitab-kitab syair Arab (Dawawin), mengutip hasil tanaman gandum dan barli selepas musim menuai dan menjual hasil tanaman tersebut di pasar. Bagi Ahmad pekerjaan sebegini adalah mulia walaupun dipandang hina untuk dilakukan oleh sesetengah masyarakat terutama mereka yang berketurunan bangsawan.

 

Beliau cintakan ilmu pengetahuan. Status kota Baghdad yang berperanan sebagai pusat sebaran ilmu pada masa itu menyemarakkan lagi semangatnya untuk menimba pengetahuan terutama sekali dalam bidang hadis dan fiqh.  Seperti mana imam-imam mazhab yang terdahulu, beliau memulakan alam pengajiannya dengan mempelajari dan menghafal al-Quran pada peringkat awal. Seterusnya beliau turut mempelajari bahasa Arab, fiqh, hadis, sirah nabawi, para sahabah dan juga para tabiin.

 

Mengikut catitan ahli sejarah, guru pertama Ahmad bin Hanbali ialah Abu Yusuf Yaakub bin Ibrahim. Beliau merupakan seorang pakar dalam fiqh mazhab Hanafi dan juga merupakan murid al-Imam Abu Hanifah yang paling kanan. Ketika bersama Abu Yusuf, Ahmad semakin memahami bahawa hadis nabi merupakan sumber hukum dalam permasalahan fiqh yang paling berauthoriti selepas al-Quran.

 

Susulan ini, dalam usia 15 tahun beliau memulakan pengajiannya  secara rasmi dalam ilmu hadis  daripada al-Syeikh Hashim bin Basyir bin Abu Hazim al-Wasithi selama 4 tahun. Dalam tempoh 4 tahun bersama al-Syeikh Hashim, beliau telah mencatit sebanyak tiga ribu buah hadis. Tidak memadai dengan apa yang ada, Ahmad sanggup mengembara jauh ke bumi Yaman, Kufah, Basrah, Madinah dan Mekah demi mencari para perawi hadis yang masih hidup.

 

Dalam tempoh pencarian tersebut, beliau melakukan apa sahaja pekerjaan untuk menyara kehidupannya  sebagaimana yang pernah dilakukan oleh beliau semasa masih kecil. Semuanya ini dilakukan demi menjayakan kariernya mengumpul hadis-hadis nabi. Usaha ini amat sukar dan memakan jangka masa yang panjang. Ini kerana para perawi tinggal di merata tempat dan beliau terpaksa mengembara dari satu negeri ke negeri yang lain  Bagi Ahmad, dapat menjumpai sebuah hadith dalam sehari sudah merupakan suatu kejayaan yang besar bagi dirinya. Lantaran kesungguhan dan ketekunan yang dimiliki, beliau digelar sebagai “Imam al-Muhadisin” yang bermaksud “ Imam bagi sekalian ulamak hadis”.

 

Dalam usaha  mengumpul hadis-hadis di Mekah, Ahmad bertemu dengan al-Imam al-Syafie. Beliau begitu kagum dengan keilmuan dan kepakaran yang dimiliki oleh al-Syafie . Sebelum pada itu Ahmad hanya mendengar ketokohan dan kehebatan al-Syafie melalui cerita dari mulut ke mulut sahaja.  Lantaran ini beliau berguru pula dengan al-Syafie dan menjadi murid al-Syafie yang paling kanan.

 

Demi menimba ilmu, beliau menetap di kota Mekah. Beliau juga kembali semula ke Baghdad semata-mata ingin mendampingi al-Syafie yang berhijrah ke Baghdad pada tahun 198 Hijrah. Pengajian Ahmad bersama al-Imam al-Syafie berakhir pada tahun 199 Hijrah setelah gurunya membuat keputusan untuk merantau ke negeri Mesir. Walaupun terpaksa berjauhan dengan guru yang paling dikagumi, kehidupan Ahmad tidak pernah lekang daripada suasana ilmiah. Beliau pernah mengatakan “Aku merupakan penuntut ilmu sehinggalah aku dimasukkan ke dalam lubang kubur”.

 

Kemantapan ilmu yang dikuasai oleh Ahmad bin Hanbal diakui sendiri oleh gurunya. Al-Syafie pernah mengata, “Aku telah keluar daripada kotaBaghdad dan aku tidak meninggalkan di kota itu insan yang lebih bertaqwa dan lebih faqih  daripada Ibn Hanbali”. Dalam bidang pengajian hadis, al-Syafie turut mengiktiraf kepakaran Ahmad bin Hanbali dengan katanya “ Kamu lebih mengetahui selok belok keilmuan hadis dan tentang para perawinya”. Antara murid-muridnya yang turut berkaliber dalam bidang hadis ialah AbdulRahman bin Mahdi, Abu Hatim al-Razi, Musa Ibn Harun, Baqiy bin Mukhlid al-Andalusi, Muhammad bin Ismail al-Bukhari dan juga Muslim bin al-Hajjaj al-Naisaburi.

 

Walaupun mempunyai keilmuan yang mantap, Ahmad bin Hanbali tidak pernah mengajar atau membuka kelas secara rasmi kecuali selepas beliau berumur 40 tahun. Kelas yang dianjurkan oleh beliau dibahagikan kepada dua; yang pertama merupakan kelas pengajian yang dibuka dirumah khusus untuk ahli keluarganya. Manakala kelas kedua pula dibuka khusus untuk orang awam dan dijalankan di masjid. 

 

Selain daripada membuka kelas pengajian, Ahmad bin Hanbal juga giat dalam bidang penulisan kitab. Antara kitab-kitab yang dihasilkan oleh  beliau ialah al-Musnad, al-Tafsir, al-Nasikh wa al-Mansukh, al-Muqaddam wa al-Muakhar fi Kitabillah, Jawabat al-Quran, Hadis Syu’bah, al-Manasik al-Kabir, al-Manasik al-Soghir,  kitab al-Solat (kitab kecil), kitab al-Sunnah, kitab al-wara’, kitab al-Zuhd, Masail al-Imam Ahmad dan Risalah al-Radd ala al-Jahmiah. Antara kitab-kitab tersebut, kitab al-Musnad lah yang merupakan sumber inspirasi Ahmad bin Hanbali.

 

Al-Musnad merupakan kitab himpunan hadis-hadis yang diusahakan oleh Ahmad sepanjang hidupnya. Kitab ini mengandungi sebanyak 750,000 hadis yang diriwayatkan oleh lebih 700 orang para sahabat Rasulullah. Ahmad amat teliti dalam usaha pengumpulan hadis. Segalanya dilakukan oleh beliau dengan penuh minat dan amanah. Oleh kerana hadis yang terkumpul terlalu banyak, anaknya Abdullah bin Ahmad turut membantu bapanya mencatit dan menyusun semula hadis-hadis tersebut.

 

Walau bagaimanapun Ahmad bin Hanbal meninggal dunia sebelum sempat al-Musnad disusun untuk dimanafaatkan oleh khalayak ramai.  Lantaran ini, usaha penyusun al-Musnad selepas itu disempurnakan oleh anaknya, Abdullah bin Ahmad bin Hanbal.

 

Dari segi pendirian politik pada masa itu, Ahmad mempunyai berbeza  daripada imam-imam sebelumnya yang tidak berpihak kepada mana-mana kerajaan monarchy. Beliau pernah mengatakan bahwa kepimpinan Islam pada masa itu harus dipilih daripada keturunan Quraisy. Beliau juga mengiktiraf pelantikan anak al-Abbas sebagai khalifah  menganggapnya sebagai “Bapa para Khulafa’”. Pengiktirafan yang dibuat ini jelas menunjukkan bahawa pendirian Ahmad bin Hanbal lebih cenderung kepada kerajaan Bani Abbasiyah.

 

Meskipun begitu, ini bukan bererti Ahmad bin Hanbal menyokong segala tindak-tanduk para khulafa’ Bani Abbasiyah. Malah beliau pernah ditangkap serta dipenjara oleh khalifah al-Mu’tasim ( salah seorang khulafa’ Bani Abbasiyah) yang begitu cenderung kepada mazhab al-Muktazilah yang mengatakan bahawa al-Quran merupakan sebuah kitab yang bersifat hadis (baru) sebagaimana makhluk-makhluk lain. Pandangan ini ditentang keras oleh Ahmad bin Hanbali dan menyifatkan pendapat al-Mukzilah sebagai suatu pendapat yang amat melampau dan menghina keEsaan Allah Taala. Bagi beliau al-Quran merupakan kalamullah yang bersifat qadim sebagaimana Allah Taala. Lantaran kedegilannya dalam mempertahankan hujjah, Ahmad bin Hanbali disebat dengan beberapa sebatan oleh Sulaiman al-Sajzi atas perintah khalifah al-Muktasim.

 

Dalam masalah pertumpahan darah yang berlaku antara pihak Ali bin Abu Talib dan Muawiyah bin Abu Sufian, Ahmad bin Hanbal memuji keberanian al-Zubair, Talhah dan AbdulRahman. Beliau juga menghukum kafir ke atas golongan yang menentang al-Khulafa’ al-Rasyidin  dan mencaci Aisyah Um-al-Mukminin. Namun dalam masa yang sama, Ahmad bin Hanbali tidak pernah mencela tindakan Muawiyah dalam peperangan Siffin dan al-Jamal. Baginya peperangan antara kedua-dua belah adalah berasaskan kepada ijtihad pihak masing-masing. Menurut beliau, “Bukan semua ijtihad mujtahid yang dibuat itu betul. Bagi yang betul mendapat dua ganjaran, manakala bagi yang salah akan dapat satu ganjaran sahaja”.

 

Sebagai seorang ilmuan Islam yang warak dan bertaqwa kepada Allah, beliau tidak pernah lekang daripada membaca al-Quran dan menghayati segala inti kandungan al-Quran dengan penuh rasa rendah diri. Menurut anaknya, Abdullah yang juga merupakan seorang pencatat hadis; bapanya biasa mengkhatam bacaan al-Quran sebanyak dua kali setiap minggu. Sekali pada waktu malam dan sekali lagi beliau mengkhatamkan bacaannya pada waktu siang. Bapanya  juga menunaikan solat qiam al-lail sebanyak tiga ratus rakaat dan mengurangkan jumlah rakaat tersebut kepada 150 rakaat setelah usianya semakin meningkat tua.

 

Dalam usia 77 tahun, beliau jatuh sakit uzur tua. Keuzuran yang dialaminya berlarutan selama 9 hari.  Akhirnya al-Imam Ahmad bin Hanbali kembali ke rahmatullah pada  hari Jumaat 12 hb. Rabiul-Awal tahun 241 Hijrah. Jenazah beliau dikebumikan dibumi Baghdad di mana ia merupakan medan ilmu yang pertama dan terakhir buat diri al-Imam Ahmad bin Hanbali.

 

 

 

 

 

 

 

Al-Imam al-Syafie- Mujaddid ke-2 Dalam Islam

Al-Imam al-Syafie atau sebenarnya Abu Abdul Muhammad bin Idris bin al-Abbas bin Othman bin Syafi’ bin al-Saib merupakan anak murid kepada al-Imam Malik yang paling masyhur. Beliau berketurunan Quraisy. Dilahirkan pada tahun 150H di Ghazzah, Palestin dan dibesarkan di situ.  Selepas kematian bapanya,  beliau  tinggal bersama ibunya dalam keadaan amat miskin di Ghazzah. Meskipun berada dalam kehidupan susah, namun ia bukan merupakan batu penghalang baginya untuk menimba ilmu pengetahuan. Berbekalkan kecekalan hati dan semangat yang berkobar diiringi pula dengan doa ibunya, beliau berjaya mencapai apa yang dicita.

 

Al-Syafie memulakan kariernya sebagai penuntut ilmu di Ghazzah. Pada peringkat permulaan ini beliau belajar al-Quran daripada ibunya sendiri serta menghafal kesemua  ayat-ayat al-Quran yang dipelajarinya. Setelah berumur lebih kurang sepuluh tahun, beliau dibawa oleh ibunya berpindah ke Mekah. Di Mekah semangat beliau untuk belajar semakin berkobar apabila dia mendapat tahu bahawa kota Mekah dihuni oleh para ulamak muktabar.

 

Pada peringkat awal di Mekah, beliau memulakan pengajian dengan menghafal hadis-hadis nabi sahaja. Disamping itu, beliau juga memimjam kitab al-Muwatta karangan al-Imam Malik daripada seorang lelaki di kota Mekah dan menghafalnya. Dengan daya ingatan yang tajam, beliau dapat menghafal dan mengingati keseluruhan isi kandungan al-Muwatta’ dalam tempoh sembilan malam sahaja.

 

Dalam proses menghafal hadis-hadis tersebut, banyak hadis-hadis yang berkaitan dengan ilmu  ditemui beliau.  Penemuan hadis-hadis dalam bab fiqh ini, timbul pula keinginan untuk menimba ilmu fiqh.  Tidak cukup dengan apa yang dimiliki, beliau mula menceburi bidang fiqh dan berdamping dengan beberapa ulamak terkemuka di Mekah seperti  Muslim Ibn Khalid al-Zinji dan Sufian Ibn ‘Unaiyah. Dalam tempoh perdampingannya dengan para ulama fiqh di kota Mekah, beliau mengambil kesempatan mempelajari fiqh Ahl-Ra’y dan juga fiqh Ahl- Hadis serta mengumpulkan segala data ilmiah yang berkaitan dengan kedua-dua mazhab fiqh tersebut.  Menurut al-Syeikh Abu Zahrah, “ Sesungguhnya al-Syafie telah mengumpul ilmu fiqh Ahl-Ra’y dan ilmu fiqh Ahl-al-Hadis dengan kadar yang seimbang”.

 

Selain ilmu fiqh dan hadis, al-Syafie juga meminati bidang kesusasteraan Arab. Lantaran minatnya ini, beliau  menjaga lidahnya agar sentiasa bertutur dengan menggunakan bahasa Arab baku. Disamping itu, beliau juga mendampingi kabilah Huzail yang merupakan kabilah Arab yang paling fasih dan paling menguasai syair-syair dikalangan kabilah-kabilah Arab.  Dalam tempoh ini, al-Syafie sempat juga belajar memanah sehingga berjaya meletakkan dirinya sebaris dengan pemanah-pemanah handalan pada masa itu. 

 

Setelah umurnya meningkat 20 tahun, beliau mengambil keputusan  menuju ke Madinah untuk menimba ilmu secara bersemuka dengan al-Imam Malik, pengarang kitab al-Muwatta’ yang dihafalnya sebelum ini. Kehadirannya di Madinah untuk belajar disambut baik oleh al-Imam Malik. Dalam pertemuan kali pertamanya dengan al-Imam Malik, al-Syafie pernah menceritakan “ Aku tidak pernah merasa hebat serta kagum  terhadap seseorang sebagaimana rasa hebat dan kagumku terhadap al-Imam Malik”.

 

Di Madinah, beliau  setia sebagai murid al-Imam Malik selama 9 tahun sehinggalah gurunya ini meninggal dunia. Sebagai seorang ilmuan yang sentiasa merendah diri serta bijak membahagikan masa, beliau sering mengisi masa lapangnya dengan menziarahi dan bergaul dengan kabilah-kabilah Arab lain di padang pasir. 

 

Setelah al-Imam Malik meninggal dunia, al-Syafie kembali semula ke kota Mekah. Disebabkan kesempitan hidup yang dialaminya, beliau berusaha mencari pekerjaan untuk menyara hidupnya. Akhirnya beliau diterima bekerja sebagai seorang pegawai kerajaan di Najran. Di Najran, beliau bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat termasuklah golongan Syiah yang sentiasa mengkritik pemerintahan kerajaan Bani Abbasiyah. Ekoran ini beliau telah dituduh menyertai dan menyokong golongan pemberontak.

 

Akibatnya, al-Syafie telah dibawa mengadap khalifah Harun al-Rasyid.  Dengan mengemukakan hujjah yang kukuh, akhirnya beliau didapati tidak bersalah dan dibebaskan. Dalam proses pengadilan ini juga beliau bertemu dengan Muhammad Ibn al-Hasan (murid al-Imam Abu Hanifah dan al-Imam Malik) selaku hakim Baghdad pada masa itu. Muhammad Ibn al-Hasan merupakan rakan sepengajian beliau semasa sama-sama berguru dengan al-Imam Malik.

 

Atas dasar simpati ke atas bekas rakan sepengajiannya, Muhammad Ibn al-Hasan memohon daripada khalifah Harun al-Rasyid untuk menjamin al-Syafie serta membenarkan beliau menetap dirumahnya. Dalam tempoh sebagai orang jaminan di rumah Muhammad Ibn Hasan, beliau berkesempatan mempelajari fiqh aliran ahl ra’y daripada tokoh berkenaan. Dengan kata lain, peluang beliau berdamping dengan Muhammad Ibn al-Hasan secara tidak langsung dapat menambah satu lagi kaedah fiqh selain daripada kaedah fiqh yang pernah dipelajari daripada al-Imam Malik. Setelah lebih kurang tiga tahun berada di Baghdad, beliau kemudiannya kembali semula ke Mekah.

 

Terdapat banyak perbezaan serta perselisihan pendapat antara kedua-dua mazhab fiqh yang dipelajari.  Namun dengan kecerdikan dan keilmuan yang ada, beliau mengkaji pendapat-pendapat tersebut serta mengolahnya kembali dan membentuk kaedahnya sendiri yang dikenali sebagai Usul-al-Fiqh.

 

Setelah sembilan tahun mengajar di Mekah, beliau merasakan penemuan terbaru ini perlu disebarkan demi kepentingan umat Islam.  Dengan ini, pada tahun 195 Hijrah beliau memilih Baghdad sebagai pengkalan ilmu dan mengambil langkah untuk  menuju ke kota tersebut sekali lagi. Di Baghdad, kelas pengajian yang dianjurkan oleh beliau begitu mendapat sambutan ramai termasuklah daripada kalangan ulamak. Antara tokoh yang sering mengikut pengajaran beliau ialah al-Imam Ahmad bin Hanbal dan Ishak bin Rawahaih, Daud al-Zahiri, Abu Tsaur, Ibn Jabir al-Tabari, Abu Yaakub Yusuf Ibn Yahya al-Buaiti, Abu Ibrahim Ismail Ibn Yahya al-Madani, al-Hasan Ibn Muhammad al-Za’farani, al-Rabiah bin Sulaiman bin Abdul Jabbar  al-Muradi  dan lain-lain lagi.

 

Lantaran kebijaksanaan yang dimiliki, muridnya al-Imam Ahmad bin Hanbal menyifat serta mengiktiraf al-Syafie sebagai seorang Mujaddid kurun ke-2. Pengiktirafan ini berdasarkan kepada sebuah hadis Nabi “ Sesungguhnya Allah akan membangkitkan pada awal setiap seratus tahun seorang mujaddid yang akan membuat pembaharuan dalam urusan agama”. Dalam pada itu, al-Imam Ahmad bin Hanbali juga turut berpendapat bahawa khalifah Umar bin Abdul Aziz merupakan seorang mujaddid pertama.

 

Dalam usaha menguasai ilmu hadis, Ahmad bin Hanbali pernah mengatakan “Aku tidak mengetahui tentang nasikh dan mansukh hadis ( masalah pemansukhan hadis) sehinggalah aku berdamping dengan al-Imam al-Syafie”.

 

Menurut muridnya, al-Rabiah bin Sulaiman “Al-Imam sentiasa mengetuai majlis ilmu di masjid ( Jami’ Amr ). Apabila beliau menunai solat subuh akan datanglah kepada beliau  ahli al-Quran. Setelah terbit matahari, mereka (ahli al-Quran akan beredar dan muncul pula ahl al-hadis bertanya kepada beliau tentang tafsir dan makna-makna hadis tersebut sehingga  masuk waktu dhuha. Setelah gelincir waktu dhuha, datang pula kepada beliau ahli dalam bidang bahasa Arab( Nahu), Arudh dan syair. Mereka akan berdamping dengan al-Imam al-Syafie sehinggalah masuk waktu tengahari”.

 

Selepas beberapa tahun berada di Baghdad,  pada tahun 199 Hijrah al-Syafie mengambil keputusan untuk mengembara dan menetap di Mesir.  Di Mesir beliau berpeluang  mengajar dan mengembangkan ilmu pengetahuan sehinggalah beliau meninggal dunia di sana pada tahun 204 Hijrah dalam usia 54 tahun.

 

Sebagai seorang ilmuan agung, beliau turut menghabiskan sisa-sisa umurnya semasa berada di Baghdad dan di Mesir dengan mengarang kitab. Menurut Yaqut al-Hamawi  seorang ahli kaji sejarah, Sepanjang hayat beliau, selain daripada kitab al-Umm dan kitab al-Risalah, al-Imam al-Syafie sempat menulis  sebanyak 174 kitab (risalah kecil) dengan pelbagai tajuk perbincangan dalam permasalahan fiqh.  Pengorbanan beliau dalam bidang ilmu amat disanjungi. Hasil khazanah ilmiahnya menjadi bahan rujukan para pelajar dan intelektual Islam  hingga kini.

 

 

 

 

             

 

 

             

 

 

           

 

           

Al-Imam Malik: Pengasas Mazhab al-Hadith

Al-Imam Malik atau lebih dikenali dengan jolokan Imam Ahl al-Hadith merupakan pengasas mazhab Ahl al-Hadith yang dikenali sebagai mazhab Maliki. Nama sebenarnya ialah Abu Abdullah Malik bin Anas bin Malik bin Amir Al-Asbahi. Beliau dilahirkan pada tahun 93 Hijrah di Madinah dan dibesarkan di situ.

 

Malik berketurunan hartawan. Datuknya, Malik bin Amir al-Asbahi  merupakan seorang ahli perniagaan terkemuka di kota Mekah yang telah membawa ahli keluarganya berpindah dan menetap di Madinah. Dalam pada itu, Malik bin Amir juga diiktiraf sebagai salah seorang tokoh tabiin yang sempat meriwayatkan hadis daripada Umar al-Khattab, Othman bin Affan, Talhah bin Ubaidillah dan juga Aisyah Um al-Mukminin.

 

Malik dibesarkan dalam suasana keluarga yang  cintakan ilmu pengetahuan. Selain daripada berketurunan perawi hadis, status kota Madinah yang terkenal sebagai pusat  ilmu juga menjadi factor utama bagi ahli keluarga Malik untuk menguasai ilmu hadis dan fiqh melalui para fuqaha dan muhaddisin yang terkenal seperti Rabiah Ibn Abdul Rahman dan Ibn Syahan al-Zuhri.

 

Meskipun dibesarkan dalam suasana keluarga yang cintakan ilmu, namun pada awalnya kecenderungan Malik tidak sebagaimana ahli keluarganya yang lain. Pada usia meningkat remaja, beliau bercita-cita untuk menjadi seorang penyanyi. Saban hari beliau berusaha meningkatkan mutu suaranya dengan lagu-lagu yang biasa dinyanyikan  oleh biduan-biduan Arab pada masa itu.

 

Menyedari hal ini, Ibunya berusaha mengalih perhatian serta minatnya dari bidang nyanyian ke arah bidang fiqh. Dalam usaha tersebut, si ibu sentiasa menasihati anak  dan mengatakan bahawa rupa paras dan penampilan Malik amat hodoh dan orang ramai tidak akan mendengar  sebarang nyanyian yang didendangkan oleh seorang penyanyi yang hodoh dan tidak memiliki penampilan yang menarik. Hasil nasihat dan desakan, akhirnya Malik mengalah dan akur dengan permintaan ibunya.

 

Menurut ahli sejarah, rupa paras dan penampilan Malik sebenarnya bukanlah hodoh, bahkan amat menarik  Beliau memiliki tubuh yang segak dan berkulit putih kuning kemerah-merahan. Kenyataan yang dibuat oleh ibunya hanyalah suatu helah dan alasan agar  Malik berubah sikap dan menyertai ahli keluarganya yang giat menimba ilmu pengetahuan.

 

Malik memulakan pengajiannya dengan menghafal al-Quran.  Di peringkat ini, beliau mulai mendampingi para fuqaha kota Madinah seperti Ibn Syahab al-Zuhri dan Rabiah Ibn AbdulRahman  yang terkenal dengan gelaran Rabiah al-Ra’y atau Ibn AbdulRahman al-Quru’. Antara guru yang paling lama didampingi oleh Malik ialah AbdulRahman Ibn Hurmuz, iaitu selama tempoh 13 tahun. Ibn Hurmuz merupakan seorang pakar dalam bidang pengajian al-Quran dan ilmu hadis.

 

Di peringkat seterusnya beliau mempelajari ilmu hadis dan fatwa para sahabat. Malik memiliki otak yang cergas serta daya ingatan yang kuat. Beliau mampu menghafal sebanyak 30 hadis nabi yang didengari dalam masa yang singkat. Pada tahap ini juga beliau mendampingi para fuqaha ternama yang lain seperti Nafi’ bin Abu Naim dan Nafi’ Maula Abdullah bin Umar.

 

Manakala dalam bidang fiqh, beliau bukan sahaja mempelajari fiqh para sahabat dan tabiin, bahkan beliau juga turut mendalami fiqh Ahl-Ra’y mazhab Hanafi) daripada Yahya Ibn Said dan Rabiah al-Ra’y. Malik tidak sebagaimana imam-imam mazhab lain seperti Abu Hanifah dan al-Syafie yang suka merantau kerana menuntut ilmu. Beliau tidak pernah meninggalkan bumi Madinah kecuali sekali sahaja dalam hidup kerana menunaikan fardhu haji di Mekah

 

Setelah merasai kemampatan ilmu dan menerima pengiktirafan serta nasihat daripada majority para ulamak kota Madinah, Malik memulakan kariernya sebagai guru dengan membuka kelas di Masjid Nabawi.  Dalam mengutarakan methodology pendidikan, Malik membahagikan sessi mengajarnya kepada dua kelas; iaitu kelas pengajian hadis dan satu lagi kelas pengajian fatwa yang diatur rapi.

 

Malik merupakan seorang guru yang amat menghormati majlis ilmu.  Sebelum mengajar, beliau biasanya terlebih dahulu mengambil wudhuk.   Kemudian  dia duduk di atas hamparan  dengan penuh hemah dan bersemangat sambil mengusap-usap janggutnya. Selepas itu barulah  beliau  mula mengajar. Ketika ditanya “ Kenapa tuan sentiasa mengambil wudhuk sebelum mengajar?”. Dengan selamba beliau menjawab “ Aku amat kagum dan menghormati hadis-hadis nabi dan aku tidak akan membicara atau menyebut hadis-hadisnya kecuali diriku dalam keadaan suci berwudhuk”.

 

Sebagaimana Abu Hanifah, Malik sempat hidup dalam dua zaman pemerintahan, iaitu zaman kerajaan Bani Umaiyah dan Bani Abbasiyah. Meskipun begitu, beliau hanya mengambil sikap berkecuali dan tidak berpihak kepada mana-mana pihak.  Bagi Malik kedua-dua system pemerintahan beraja ini (system monarchy) merupakan sytem yang amat menyimpang jauh daripada tuntutan syura dalam Islam. Ekoran sikapnya ini, beliau pernah disebat oleh bapa saudara khalifah Abu Jaafar al-Mansur ( kerajaan Bani Abbasiyah) kerana tidak mahu akur dengan kedaulatan kerajaan Bani Abbasiyah.

 

Lantaran sikapnya ini, beliau pernah ditanya “ Adakah harus dijalankan hukuman bunuh ke atas orang-orang yang menentang kepimpinan khalifah?”. “ Malik  menjawab dengan serius dan berani “ Harus dilaksanakan hukuman bunuh itu jika khalifah tersebut adil sebagaimana khalifah Umar bin Abd.Aziz”. 

 

Jawapan yang diberikan oleh Malik ini sekali gus menjelaskan pendirian beliau bahawa tidak harus menjatuhkan hukuman bunuh ke atas mereka yang menentang kepimpinan para khulafa’ sama ada daripada pihak Bani Umaiyah ataupun  Bani Abbasiyah kecuali khalifah Umar bin Abd.Aziz. Bagi Malik, khalifah Umar bin Abd.Aziz merupakan seadil-adil khalifah Islam yang muncul selepas Khulafa’ al-Rasyidun.

 

Sepanjang hayatnya, Malik hanya mengarang sebuah kitab yang dinamakan Al-Muwatta’. Hasil ketekunannya dalam bidang hadis, beliau menghafal sebanyak 100,000 buah hadis. Malik memasukkan sebanyak 10,000 ke dalam al-Muwatta’ dan ditapis dari masa ke semasa. Di atas ketelitian dan sifat cermatnya dalam menapis dan menerima hadis, proses pembukuan kitab ini telah memakan jangka masa 40 tahun dengan bilangan hadis sebanyak 500 buah hadis sahaja. Ia dikarang pada zaman Abu Jaafar al-Mansur dan siap dengan sempurna pada zaman pemerintahan al-Mahdi.

 

Malik tidak begitu memfokuskan dan memanjangkan perbahasan dalam bidang ilmu kalam terutama dalam masalah yang menyentuh tentang sifat-sifat keTuhanan. Malah beliau sentiasa mengelak daripada perbahasan tentang sifat-sifat Allah.  Menurut Malik “ Aku tidak memanjangkan  perbahasan dalam masalah ketuhanan kecuali dalam masalah yang ada kaitan rapat dengan amalan (fiqh)”.

 

Walaupun berada di mercu kegemilangan ilmu, namun Malik tidak pernah menafikan kepentingan ijtihad para ulamak lain dalam kehidupan masyarakat majmuk. Antara anak-anak murid Malik yang mashyur ialah al-Imam al-Syafie, AbdulRahman Ibn al-Qasim dan Asad Ibn al-Furat. Beliau  kembali ke rahmatullah pada tahun 179H dalam usianya mencecah 86 tahun.  Jasad beliau disemadikan di Madinah, bumi kelahirannya..

 

  

           

 

 

 

Al-Imam Abu Hanifah: Mujtahid Yang Berwibawa.

Al-Imam Abu Hanifah  atau nama sebenarnya Annu’man bin Tsabit merupakan seorang  tokoh intelektual Islam. Beliau  yang juga dikenali sebagai al-Imam al-‘Azam ( Mahaguru) dilahirkan di  Bandar Kufah pada tahun 80 Hijrah.

 

Minat serta kecenderungan beliau dalam bidang keilmuan Islam timbul sejak usia kecil lagi. Kedudukan Bandar Kufah tempat kelahirannya yang masyhur sebagai sebuah bandar ilmu terutama dalam bidang ilmu falsafah dan akidah merupakan factor utama untuk beliau  menerokai bidang keilmuan Islam.  Dalam situasi tersebut, beliau juga berkesempatan mendampingi para ulama Islam daripada pelbagai mazhab yang berbeza seperti Syiah Zaidiyyah, Imamiyah, Muktazilah dan Khawarij yang begitu aktif  mengadakan kelas pengajian pada masa itu.

 

Semenjak kecil lagi corak kehidupan Abu Hanifah berbeza dengan sesetengah anak-anak orang Arab yang lain.  Sebagai anak kepada seorang saudagar tekstile (kain), beliau juga turut berniaga kain sambil menimba ilmu selok belok berniaga daripada ayahnya. Lantaran tidak mahu melepaskan peluang keemasan untuk menambah ilmu, beliau membahagikan masa hariannya dengan cermat.  Abu Hanifah yang terkenal dengan kecerdikan memulakan karier pengajiannya dalam pengajian Ilmu Kalam.

 

Sebelum memasuki kelas, beliau terlebih dahulu memastikan segala peralatan untuk belajar sentiasa berada dalam keadaan baik dan boleh digunakan dalam sessi pembelajaran.  Dengan tidak meninggalkan kerjayanya sebagai seorang peniaga kain disamping ketekunan semasa belajar, Abu Hanifah akhirnya berjaya meletakkan namanya sebarisan dengan para ilmuan Islam dalam masa yang singkat.  

 

Meskipun begitu, Abu Hanifah merupakan seorang ilmuan yang sentiasa merendah diri dan sering merasakan dirinya masih dalam serba kekurangan dari segi penguasaan ilmu.  Setelah mencapai kedudukan yang agak  tinggi dalam pengajian llmu kalam serta menulis beberapa risalah ilmiah tentangnya, beliau merasakan seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena pada dirinya. Timbul difikirannya  bahawa bidang Ilmu Kalam yang diceburinya hanya  merupakan suatu perbahasan kosong yang tidak banyak mendatangkan faedah kepada masyarakat. Susulan ini, Abu Hanifah mula tertarik dengan bidang Ilmu Fiqh dan berusaha bersungguh-sungguh untuk menguasainya.

 

Minat Abu Hanifah untuk menguasai bidang Fiqh sentiasa giat diusahakan. Bandar Kufah lebih tersohor sebagai gedung ilmu dalam bidang ilmu kalam dan falsafah jika dibandingkan dengan kota Madinah yang lebih dikenali sebagai  kota ilmu Atsar ( hadis). Namun dalam bidang pengajian fiqh, bandar Kufah merupakan saingan utama kepada kota Madinah.

 

Dengan kewujudan tokoh-tokoh fiqh ternama di Kufah, Abu Hanifah gigih mengkaji dan mendalami setiap permasalahan fiqh dalam yang timbul dalam kehidupan masyarakat setempat. Beliau juga pernah mengatakan “ Aku berada di lubuk ilmu, lalu aku belajar dari para penghuninya dan mendampingi seorang daripada mereka…”. Yang dimaksudkan oleh Abu Hanifah dengan perkataan lubuk ilmu ialah bandar Kufah yang banyak menerima pengaruh ilmu daripada tokoh-tokoh ilmuan Islam seperti Ali bin Abu Talib, Abdullah bin Mas’ud dan beberapa para sahabat kibar yang lain. Hasil daripada sebaran pengaruh ilmu para sahabat kibar ini, muncul pula di bandar Kufah tokoh-tokoh fiqh yang lain seperti Al-qamah dan Ibrahim al-Nakhie. Manakala yang dimaksudkan dengan salah seorang daripada mereka ialah Hammad bin Abu Sulaiman yang bertanggungjawab membimbing Abu Hanifah dalam bidang fiqh. Hammad bin Abu Sulaiman adalah murid kepada Ibrahim al-Nakhie dan al-Syuibi. Dari segi hearaki penerimaan ilmu, al-Nakhie dan al-Syuibi pula merupakan anak murid kepada Alqamah Ibn Qais, Masruq Ibn al-Ajda’ dan Syurih al-Qadhi yang merupakan anak didik Ali bin Abi Talib dan Abdullah bin Mas’ud.

 

Dalam tempoh pengajiannya, Abu Hanifah menghabiskan masanya bersama Hammad  selama 8 tahun sehinggalah gurunya ini meninggal dunia. Dengan peninggalan Hammad pada tahun 120 Hijrah, para rakan sepengajian dengannya bersetuju untuk melantik Abu Hanifah sebagai pengganti guru mereka. Selain daripada ketokohan beliau dalam bidang fiqh, Abu Hanifah juga merupakan seorang hamba Allah sentiasa berusaha mendampingi Tuhannya selepas masa satu pertiga  malam. Lantaran kebiasaannya yang sentiasa berjaga malam, beliau menunai solat subuh dengan menggunakan wudhuk yang diambil untuk solat isyak selama 40 tahun.

 

Abu Hanifah merupakan seorang pendidik yang berdedikasi. Sebelum mengajar, beliau terlebih dahulu memasti dan merujuk kitab-kitab telaahnya serta catitan-catitan ilmiah yang dipelajarinya semasa berada dibawah bimbingan Hammad bin Abu Sulaiman. Disamping itu, pengalamannya dalam bidang perniagaan dan penguasaannya dalam ilmu kalam turut diselitkan dalam methodology penyampaian beliau semasa mengajar ilmu-fiqh. Langkah ini membuatkan Abu Hanifah  semakin disegani dan dihormati ramai. Yang paling nyata, Imam Abu Hanifah berjaya mendidik dan memprodukkan ulamak yang berkualiti serta berauthoriti. Antara murid-muridnya yang tersohor ialah  Zufail Ibn Huzail al-Kufi, Muhammad Ibn Hasan al-Syaibani dan Yaakub bin Ibrahim bin Habib al-Ansari (Abu Yusuf).

 

Ekoran kemahsyuran  dengan sifat taqwa, alim dan warak, beliau pernah diminta untuk menjawat jawatan kadhi di zaman pemerintahan Marwan bin Muhammad ( kerajaan Bani Umaiyah). Namun disebabkan timbul rasa takut sekiranya berlaku zalim semasa menjatuhkan hukuman, Abu Hanifah membuat keputusan menolak tawaran tersebut. Akibat penolakan  tersebut, beliau dijatuh hukuman sebanyak 100 kali sebatan, iaitu 10 kali sebatan untuk setiap hari. Hukuman ini dibuat dengan harapan dapat memaksa Abu Hanifah menerima kembali jawatan kadhi yang telah ditawarkan kepadanya. Meskipun begitu, disebabkan kedegilannya,  maka hukuman tersebut tidak dapat mengubah pendiriannya. Akhirnya Abu Hanifah dibebaskan begitu sahaja.

 

Setelah kerajaan Bani Umaiyah jatuh di Dimsyk dan timbul pula kerajaan Bani Abbasiyah di Baghdad, Abu Hanifah sekali lagi  ditawar menjawat jawatan kadhi. Kali ini beliau terpaksa berhadapan dengan khalifah Abu Jaafar al-Mansur. Namun dengan kepintaran akal yang dimiliki, beliau dapat mencari helah untuk berhujjah semasa berdialog dengan khalifah. Akhirnya buat kali kedua beliau berjaya mengelak diri daripada meyandang jawatan kadhi yang ditawarkan kepadanya.

 

Sebagai seorang imam yang berwawasan, kepintaran Abu Hanifah senantiasa menyerlah. Dalam suatu peristiwa, Ibn Abu Laila yang merupakan kadhi di Kufah pada masa itu terpaksa berhadapan dengan masalah yang timbul ekoran tuduhan seorang wanita gila terhadap seorang lelaki. Dalam kejadian itu, wanita gila tersebut menuduh lelaki berkenaan adalah anak zina.  Bagi menyelesaikan masalah, Ibn Abu Laila menjatuhkan hukuman dua kali sebatan keatasnya di masjid dalam keadaan wanita itu berdiri.  Satu sebatan bagi pihak bapa lelaki tesebut dan satu sebatan lagi bagi pihak ibunya.

 

Apabila berita perlaksanaan hukuman ini sampai ke pengetahuan Abu Hanifah, beliau mengkritik tindakan Ibn Abu Laila dengan katanya “ Sesungguhnya Ibn Abu Laila telah melakukan enam bentuk  kesilapan semasa menjalankan hukuman. Kesilapan pertama ialah beliau menjatuhkan hukuman had di masjid sedangkan hukuman tersebut tidak boleh dilaksanakan di masjid. Kesilapan kedua kadhi tersebut ialah menjatuhkan hukuman tersebut dalam keadaan wanita itu berdiri sedangkan  kaum wanita mesti berada dalam keadaan duduk semasa menerima hukuman. Kesilapan ketiga; kadhi tersebut menjatuhkan hukuman sekali sebat bagi pihak bapa dan sekali sebatan lagi bagi pihak ibu lelaki tersebut sedangkan walaupun jika lelaki tersebut sendiri membuat tuduhan palsu terhadap satu kumpulan ( lebih daripada seorang) dia hanya layak menerima satu sebatan sahaja. Kesilapan keempat ialah dia menghimpun kedua-dua sebatan sekali gus sedangkan mengikut syarak, setiap sebatan tidak boleh dihimpun sekali gus hinggalah kurang rasa sakit salah satu daripada sebatan tersebut. Kesilapan keempat, perempuan tersebut merupakan orang gila maka hukuman had tidak diwajibkan ke atas orang gila. Kesilapan keenam, Kedua-dua sebatan yang dikenakan ke atas wanita tersebut bagi mewakili kedua-dua ibubapa lelaki berkenaan sedangkan kedua-dua ibubapanya tidak berada dalam majlis perlaksanaan hukuman tersebut  maka mereka berdua sepatutnya dijemput hadir”.

 

 

Status Abu Hanifah sebagai seorang imam mazhab bersandarkan kepada keilmuan dan sifat perikemanusiaannya. Sehubungan ini, segala ijtihad beliau dalam permasalahan fiqh  meletakkan beliau sebagai seorang alim yang berauthoriti untuk mengeluarkan fatwa daripada pemikirannya berlandasan al-Quran dan al-Sunnah.  

 

Dalam methodologi ijtihadnya, beliau pernah mengatakan “Langkah pertama sekali ialah; kami mengambil sumber hukum daripada al-Quran, jika tidak dijelaskan di dalam al-Quran kami akan merujuk kepada hadis sebagi sumber kedua. Kemudian kami juga menerima pendapat para sahabat dan beramal dengan segala yang disepakati oleh mereka. Jika didapati  ada perselisihan pendapat dikalangan para sahabat Rasulullah  tentang sesuatu hukum,  nescaya kami bandingkan terlebih antara kedua-kedua masalah tersebut  beserta seluruh illat (sebab) hukum-hukum tersebut”.

 

Abu Hanifah meninggal dunia pada tahun 150 Hijrah iaitu pada tahun kelahiran  al-Imam al-Syafie. Pemergiannya sukar dicari ganti. Meskipun beliau merupakan seorang tokoh yang alim dalam bidang fiqh, namun beliau tidak pernah menulis sebarang artikel atau kitab dalam bidang tersebut. Penulisan beliau hanya tertumpu dalam bidang ilmu kalam. Mengikut ahli sejarah, hasil penulisan Imam Abu Hanifah ialah kitab al-Fiqh al-Akbar, kitab al-Alim wa al-Mutaalim, risalah yang ditujukan kepada Othman bin Muslim al-Batti dan kitab dalam membicarakan tentang penolakkan terhadap mazhab al-Qadariyah. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya…………Amin.