Antara Khunsa dan Mukhannas

Secara fitrah Allah Taala mencipta mahklukNya dalam keadaan berpasangan, iaitu lelaki dan perempuan bagi kelompok manusia serta jantan dan betina bagi kelompok haiwan sebagai langkah asas bagi proses pembiakan. Selain itu terdapat species haiwan khunsa seperti siput, kerang dan ikan kerapu yang memiliki dua jantina bagi proses pembiakan. Khunsa juga wujud dikalangan manusia. Kewujudan makhluk-makhluk ini merupakan tanda-tanda kebesaran dan juga keagungan Allah Taala.

 

Dari segi fiqh Islam, Manusia khunsa ialah individu yang tidak diketahui jantinanya sama ada lelaki ataupun perempuan disebabkan dia memiliki zakar dan faraj serentak ataupun tidak memiliki kedua-duanya langsung semenjak asal. Khunsa terbahagi kepada dua jenis, iaitu khunsa musykil (khunsa yang diragui) dan juga khunsa ghair musykil (khunsa yang tidak diragui).  Khunsa musykil ialah individu yang tidak diketahui langsung jantinanya disebabkan tiada sebarang tanda-tanda  yang boleh diklasifikasikan sebagai lelaki ataupun perempuan. Manakala khunsa ghair musykil pula ialah individu yang sudah dapat dipastikan sama ada dia itu wajar dikatogarikan sebagai lelaki ataupun perempuan melalui tanda-tanda seperti kedatangan haid.

 

Harus dari sudut hukum syarak bagi khunsa ghair musykil untuk berkahwin tetapi haram bagi khunsa musykil untuk berkahwin. Jika khunsa ghair musykil itu seorang lelaki, maka pasangannya mestilah perempuan. Jika dia itu seorang perempuan, pasangannya ialah seorang lelaki. Malah harus juga bagi individu terbabit (khunsa ghair musykil) untuk memotong atau membuang salah satu alat kemaluannya yang tidak berfungsi sama ada untuk bersetubuh ataupun untuk kencing (membuang air kecil).

 

Dari pembahagian harta pusaka, khunsa ghair musykil akan mendapat bahagian haknya seperti mana kaum perempuan ataupun lelaki. Namun bagi khunsa musykil, menurut al-Imam Abu Hanifah; dia hanya mendapat bahagian yang lebih sedikit jika dibandingkan dengan pihak lelaki dan juga perempuan.  Menurut, al-Imam Malik, Abu Yusuf dan al-Syiah al-Imamiyah, seseorang khunsa musykil berhak mengambil hak pusaka secara pertengahan antara bahagian lelaki dan juga perempuan. (sila rujuk kitab Fiqh al-Sunnah, jld.3, hlm 485)

Selain lelaki, perempuan dan khunsa, ada juga golongan lain yang wujud dalam kalangan masyarakat manusia, iaitu mukhannas. Mukhannas bermaksud: seseorang yang menonjol dirinya menyerupai wanita. Golongan ini dilaknat oleh Rasulullah sebagai musuh Allah. Dalam bahasa Melayu mukhannas juga dikenali sebagai pondan atau Mak Nyah ialah lelaki yang bertindak menyerupai wanita. Perbezaan antara khunsa dan mukhannas adalah amat ketara sekali. Khunsa memiliki zakar dan faraj serentak ataupun tidak memiliki kedua-duanya langsung semenjak asal. Sedangkan mukhannas hanya memiliki zakar sahaja semenjak asal tetapi sikapnya menjadi lembut lebih daripada seorang wanita disebabkan dorongan naluri dan tekanan jiwa yang dahsyat hinggakan ada yang sanggup menjalani pembedahan plastic untuk memilik fajar dan payu dara. Dengan kata lain, seorang mukhannas ataupun pondan itu sebenar adalah seorang pesakit jiwa. 

 

Namun mengikut Kamus Dewan Bahasa yang disusun oleh Teuku Iskandar, pondan bermaksud lelaki sebagai wanita dan wanita sebagai lelaki. Manakala khunsa pula didefinisikan sebagai pondan. Pasti sekali definisi khunsa sebagai pondan itu salah kerana kewujudan khunsa ditentukan oleh Allah Taala. Sedangkan kewujudan mukhannas atau pondan pula disebabkan penyakit tekanan jiwa yang dialami oleh seseorang yang akalnya dikuasai oleh nafsu jahat. Malah definisi itu juga turut mempengaruhi minda mereka yang gila menukar jantina untuk menganggap diri mereka adalah khunsa yang telah ditakdirkan oleh Allah Taala. Lantaran penyakit jiwa yang dialami, pondan sanggup berpakaian perempuan dan menggoda kaum lelaki demi untuk memuaskan nafsu sex rambangnya sama ada dengan cara mengulum dan menghisap zakar lelaki lain ataupun dengan cara mengamalkan tabiat sex umat Nabi Luth a.s(homosexual) yang ahirnya dimusnahkan oleh Allah Taala.

 

Mafhum firman Allah: Maka setelah datang keputusan Kami, Kami jadikan bahagian yang di atasnya jatuh ke bawah (dibalikkan permukaan bumi) dan Kami turunkan kepada meeka hujan batu daripada tanah-tanah yang terbakar panas yang jatuh berturut-turut. (Surah Hud, ayat 82).

Malah ada dikalangan mereka yang gemar menjalani kehidupan seperti pelacur semata-mata inginkan kepuasan sexual. Melalui aktiviti sundal ini, pondan-pondan yang sudah rosak jiwa dan akal mereka akan berpeluang mengumpul wang bagi tujuan merubah bentuk badan mereka. Ada yang sanggup mendapatkan suntikan hormon untuk membesarkan payu dara dan tidak kurang juga yang begitu gila untuk melalui pembedahan plastic untuk memiliki faraj disamping memotong zakar mereka. Walau apa cara sekalipun diusahakan, pondan tetap juga seorang lelaki!

 

Kewujudan pondan di seluruh negara merupakan satu gejala buruk yang perlu ditangani segera dan bukannya dibiarkan mereka berkeliaran sepertimana yang didapati di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur. Ini kerana aktiviti sex yang diamalkan pondan adalah salah satu penyebab menularnya bala penyakit Hiv Aids dalam kehidupan masyarakat. Sebagai langkah mengatasi masalah ini, pihak kerajaan disaran mengambil tindakan tegas dengan menubuhan pusat pemulihan akhlak khusus bagi berusaha mengubati jiwa serta akal golongan pondan yang rosak akibat dikuasai oleh nafsu jahat. Adalah tidak adil jika kerajaan sanggup menghabiskan wang berjuta-juta ringit bagi membiayai Pusat Serenti khusus untuk penagih-penagih dadah tetapi dalam masa yang sama kerajaan juga sanggup membiarkan golongan pondan ini hanyut dalam kehidupan dosa yang sentiasa mengundang bala dan kemurkaan Allah Taala.

3 responses to this post.

  1. “Empat golongan berada dalam kemurkaan Allah di pagi dan petang, iaitu lelaki yang menyerupai perempuan, perempuan yang menyerupai lelaki, mereka yang melakukan setubuh dengan binatang dan mereka yang melakukan setubuh sesame lelaki (homoseksual)”(Kanz Al-Ummal : 12/31 : hadis no : 43982.)

    nauzubillah min zalik..moga2 golongan mukhannas ini mendapat bimbingan dan beralih kepada sifat asal zahiriah mereka..biiznillah

    Reply

  2. Posted by hamba yg hina on 15 March 2010 at 7:26 pm

    assalamualaikum…
    sy nk tanya psl diri sy sndiri..sy sorg lelaki dan umur sy sudah mcapai 20 thun..sy masih keliru dan tertanya2..mengapa wujudnya prasaan trhdap lelaki dlm diri sy sjak dr kecil lg, bayangkan dr kecil lg sy suka mlihat gambar2 tubuh lelaki y gagah dan juga kacak..manakala prasaan sy trhadap perempuan tdak pernah wujud smpi skrg mahupun melihat tubuh badan wanita tanpa seurat benang ditubuhnya y cantik sekalipun..adakah ini dugaan sy spanjang hidup sy drpd Allah s.w.t..? adakah sy dkategorikan sbgai pesakit jiwa..? adakah prasaan sy thadap lelaki itu haram@salah wlaupun sy tdak mlakukan sek dngan mana-mana lelaki..? sudah pelbagai cara untuk hapuskan prasaan sy trhadap lelaki dngan cara bribadat serta berdoa kpd Allah s.w.t ttapi masih wujud prasaan y sama.. apa y harus sy lakukan..? stakat ni tiada seorg pun y sy knl, tahu y sy mpunyai prasaan thadap lelaki termasuk keluarga sy dan juga sahabat sy y normal tidak sperti sy..slama ini sy hanya berlakon normal, mnyukai dan berkwan rapat dgn wanita2 lain.. sy plg takut kalau ada org lain tahu ttg diri sy y mnyukai lelaki dan terbawa2 apabila sy sudah berkahwin nanti.. dan juga boleh mnjatuhkan maruah diri sy sendiri..

    Reply

  3. kalau di Indonesia, pondan sama dengan waria (wanita pria). ya, betul… golongan tersebut menurut ijma’ para ulama memang dilaknat. karena telah menyalahi kodrat, apalagi yang sampai sengaja merubah kelaminnya. lain halnya dengan manusia yang berjenis kelamin ganda, yang tidak dibuat-buat. terima kasih yaa… atas informasinya, kebetulah saya sedang menyusun karya ilmiah tentang dunia waria (pondan)…

    untuk “hamba yg hina” (mohon maaf, saya tidak tahu nama aslimu) sebenarnya setiap manusia di dunia ini mempunyai kemungkinan (potensi buruk) untuk menyukai sesama jenis, baik hanya sekedar menyukai atau bahkan ada yang sampai melakukan hubungan seks. semoga kamu tidak sampai melakukan hal itu. menurut saya, kecenderungan rasa seperti itu merupakan cobaan yang Allah berikan agar kita mampu mengendalikan diri. jika kita mengikuti dorongan tersebut, maka kita akan kalah dengan nafsu. kita semua tahu, bahwa hal yang demikian merupakan penyakit jiwa. berusahalah terus mendekatkan diri kepada Allah, memohon perlindungan dari bisikan syaithan dan memohon kekuatan untuk tidak mengikuti potensi buruk itu. ada baiknya, kamu segera menikah saja dengan wanita. agar kecenderungan yang menyimpang itu terobati.

    semoga kamu selalu dalam lindunganNya… salam kenal… ^_^

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: