Huraian Tentang Sujud Syukur

Sujud syukur merupakan salah satu bentuk ibadat yang disyariatkan berasaskan beberapa petikan hadith Rasulullah yang menjelaskan bahawa Rasulullah sendiri pernah melakukannya. Antara petikan hadith-hadith tersebut ialah;

Pertama: Daripada Abu Bakr r.a: “Apabila Nabi didatangi oleh sesuatu yang menggembirakannya, beliau akan segera sujud kepada Allah”.

Kedua: Daripada AbdulRahman bin ‘Auf r.a : “Rasulullah sujud dan memanjangkan sujudnya. Kemudian beliau mengangkat kepalanya seraya berkata “Sesungguhnya Jibrail telah datang menemuiku dengan membawa khabar gembira. Lalu aku sujud kepada Allah sebagai tanda syukur”.

Ketiga: Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad bin Hanbal dinyatakan Jibrail alaihissalam datang menemui Rasulullah dan memberitahu beliau “Sesiapa yang berselawat ke atas mu (Muhammad) sebanyak 1 kali nescaya Allah berselawat ke atas dirinya sebanyak 10 kali”. Lalu Rasulullah terus sujud sebagai tanda terima kasih kepada Allah di atas limpahan nikmatNya itu.

 

Sehubungan ini, jumhur ulama’ berpendapat bahawa sujud syukur amat digalakkan kepada sesiapa yang dikurniakan nikmat yang disenanginya ataupun dijauhkan daripada sebarang bentuk bencana. Malah terselamat dari sebarang bentuk bencana merupakan sebesar-besar nikmat Allah Taala ke atas sekalian Hamba dan makhlukNya. Menurut al-Syaukani, tidak terdapat dalam mana-mana hadith Nabi yang membuktikan wudhuk, kebersihan pakaian serta tempat disyaratkan (diwajibkan) bagi tujuan sujud syukur. Kenyataan al-Syaukani dipersetujui oleh al-imam Yahya  dan al-Syeikh Abu Talib dengan menambah bahawa tiada sebarang dalil atau hujjah yang membuktikan takbir perlu dilakukan semasa melakukan sujud syukur. Dengan kata lain, sujud tersebut hanya digalakkan untuk lebih menyemarakkan lagi satu simbolik keagamaan sebagai tanda terima kasih serta betapa besarnya kekuasaan Ilahi dan begitu amat kerdil sekalian makhluk ciptaanNya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: