BENCANA ARAK DAN JUDI.

Berbagai bentuk bencana yang akan terhasil dari minuman keras dan judi. Kedua-duanya lebih cenderung ke arah  memporak perandakan kehidupan masyarakat manusia dan juga makhluk-makhluk ciptaan Allah yang lain. Dalam surah al-Baqarah, ayat 219, Allah Taala menceritakan kembali detik-detik bersejarah ketika mana Rasulullah pernah ditanya tentang arak dan judi : Mereka bertanya kepadamu (Muhammad) tentang arak dan judi. Katakan (kepada mereka) pada kedua-duanya (arak dan judi) ada dosa besar dan manafaat bagi manusia. Namun dosanya lebih besar daripada manafaatnya.

 

 

Arak dan judi adalah paksi segala kejahatan. Kedua-duanya merupakan perosak akal, badan, jiwa dan harta benda. Seseorang yang mabuk arak, akalnya tidak akan dapat berfungsi seperti biasa dan segala tindak-tanduknya berubah menjadi luar biasa. Segala perasaan malu dan rasa hormat akan hilang pada ketika itu. Situasi ini mendorong si pemabuk untuk melakukan apa sahaja bentuk tindakan yang diluar jangkaan dirinya sendiri seperti memperkosa anak sendiri, merogol binatang seperti kambing atau lembu, makan najis binatang, merosakkan harta benda awam dan sebagainya. Begitu juga situasinya bagi seorang kaki judi. Akal seorang kaki judi akan sentiasa memikirkan kekayaan segera tanpa memikirkan kemudharatan yang bakal diterima daripada hasil kemenangan atau kekalahan judi.  Jika dia menang dalam pertaruhan sama ada dalam pertaruhan besar ataupun kecil, sifat tamak akan muncul menguasai akalnya dan seterusnya secara beransur-ansur seseorang kaki judi akan berubah menjadi seorang individu yang malas berusaha dan bekerja untuk mencari rezeki. Namun sekiranya kekalahan yang diperolehi, akal seorang kaki judi sanggup mempertaruhkan apa sahaja yang dimiliki seperti mempertaruhkan tubuh isteri sendiri, mencuri, merompak dan sebagainya demi untuk menebus kembali kekalahan yang dialami.

 

Bagi kaki arak, kesihatan jiwa dan badannya sentiasa dalam keadaan lesu, kritikal dan tenat. Malah pengambilan arak boleh merosakkan organ dalam tubuh manusia seperti hati dan limpa secara beransur-ansur. Situasi ini amat jelas bertentangan dengan tuntutan Islam yang inginkan umatnya sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera. Adapun bagi kaki judi pula, kesihatan badan dan jiwanya sentiasa terancam kerana otak serta pemikirannya hanya tertumpu kepada usaha untuk meraih kekayaan secara cepat dan mutlak semata-mata.  Kaki arak dan kaki judi tidak pernah memikirkan tentang mudharat pembaziran harta benda. Mereka sanggup bazirkan apa sahaja bentuk harta benda semata-mata untuk mendapat hiburan dan kesenangan jiwa melalui arak dan judi  yang mereka anggap ianya amat bermanafaat bagi diri mereka.

 

Bertambah buruk lagi kesan negatif yang bakal diterima jika seseorang individu itu merupakan kaki arak dan judi pada masa yang sama. Disamping itu, arak dan judi juga boleh menimbulkan permusuhan sesama manusia serta merosakkan maruah mereka Lantaran ini, Islam mengharamkan arak dan judi. Perkara ini amat jelas dinyatakan oleh Allah Taala dalam surah al-Maidah, ayat 90-91: Wahai orang-orang yang beriman! Arak, judi, berhala serta menenun nasib dengan anak panah  itu merupakan perbuatan kotor yang termasuk dalam pekerjaan syaitan. Oleh itu, tinggalkanlah (amalan-amalan tersebut) agar kamu mendapat kejayaan kelak. Syaitan benar-benar ingin menjatuhkan kamu ke dalam kancah permusuhan serta menimbulkan kebencian di antara kamu. 

 

Berdalilkan nas ayat 90-91 surah al-Maidah tersebut, jumhur ulama` daripada kalangan sunni berpendapat bahawa nas ini merupakan dalil pengharaman arak dan judi ke atas umat Islam. Pengharaman ini juga meliputi proses pembikinan arak  dan penajaan sebarang bentuk perjudian. Manakala ayat 219 surah al-Baqarah hanya menyatakan keburukan arak dan judi serta tidak dijelaskan tentang pengharaman kedua-duanya. Hujjah mereka diperkuatkan dengan peristiwa sebahagian para sahabat pada ketika itu yang masih lagi meminum arak walaupun setelah penurunan ayat 219 surah al-Baqarah sebagaimana yang dinyatakan dalam asbab al-nuzul. Lantaran ini, al-Imam Mujahid, Qatadah, al-Qartubi dan Muqatil berpendapat bahawa ayat 90-91 surah al-Maidah telah menasakhkan hukum yang termaktub dalam surah al-Baqarah, ayat 219.

 

Meskipun pengharaman arak dan judi amat jelas dinyatakan dalam al-Quran, namun masih ada lagi dikalangan manusia di zaman serba canggih ini yang menghalalkan kedua-dua bentuk maksiat tersebut dengan mengkatorikannya kepada arak halal dan judi halal meskipun kedua-duanya adalah jelas haram disisi syarak. Bagi mereka arak dan judi boleh dihalalkan melalui proses enekmen undang-undang.  Dengan kata lain, arak dan judi boleh jadi halal sekiranya mendapat permit atau keizinan daripada pihak kerjaan yang bertanggungjawab membentang serta menggubarkan sebarang enekmen perundangan di parlimen. Oleh itu, apa sahaja jenama arak  dan sebarang bentuk perjudian akan dilabelkan sebagai arak haram dan judi haram jika kedua-dua jenis maksiat ini tidak mendapat kelulusan permit daripada pihak kerajaan.

 

Tindakan mengkatori dan melabelkan halal kepada sesuatu yang jelas haram amat bercanggah dengan tuntutan yang sentiasa berusaha menjaga keharmonian dan kesejahteraan kehidupan bermasyarakat. Sudah tentu kesan-kesan negatif arak serta judi yang merupakan bencana hasil dari perbuatan dan nafsu manusia ini akan merosakkan pemikiran, jiwa dan harta benda mereka.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: