Respon Terhadap Pengakuan Zul Hassan.

Pengakuan berzina dengan wanita Cina oleh salah seorang bekas ahli Majlis Daerah Perak Timur, Zul Hassan sebenarnya sedikitpun tidak mencemarkan imej mana-mana parti PR sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh pelbagai pihak. Malah apa yang dianggap oleh mereka sebagai satu kes yang mampu menggugatkan imej PR terutamanya Pas hanyalah merupakan andaian-andaian dan jangkaan-jangkaan yang tidak berasas langsung.  Pihak yang sebenarnya jatuh imej ialah kerajaan Malaysia sendiri kerana tidak menyediakan peruntukan undang-undang jenayah Islam khusus untuk umat Islam. Sekarang timbul kekalutan di kalangan umat Islam di Malaysia terutamanya pihak Mahkamah Syariah dan Jabatan Agama kerana tercari-cari enakmen undang-undang manakah yang sesuai dan setimpal dengan kesalahan zina yang diakui oleh Zul. Maka jelas disini pihak yang tersempit dan terkapit ialah pihak Mahkamah Syariat dan Jabatan Agama Islam. Perundangan Islam mengutamakan pendidikan dan bukannya bersifat menghukum semata-mata. Dari segi syarak, Zul Hassan yang juga merupakan ahli PKR yang beragama Islam sebenarnya adalah seorang lelaki jujur dan berani mengakui kesilapan dirinya yang terlanjur. Lantaran kecetekan dan kebodohan tentang kefahaman agama menyebabkan dia membandingkan habuan sex sebagai sedekah yang datang bergolek…….NA’UZUBILLAH MIN ZALIK!!!! Inilah serpihan yang datang daripada pihak Umno.

 

 

Zul, bagi diri kamu, sebenarnya kamu bernasib baik kerana ketika mana jenayah sex yang kamu lakukan ini, hingga kini masih  belum ada usaha daripada kerajaan Malaysia untuk  melaksanakan sebarang enekmen jenayah Islam bagi menjamin keredhaan Allah Taala dan kehormanian hidup bermasyarakat. Oleh itu, segera bertaubatlah kamu dengan sebenar-benar taubat (taubat Nasuha) sebelum ajal mendatang. Mudah-mudahan Allah akan mengampuni dosa kamu.

 

Dari sudut sejarah perlaksanaan undang-undang Islam selepas penubuhan piagam Madinah oleh Rasulullah, kes-kes zina dikalangan para sahabat Rasulullah seperti Maiz dan al-Ghamidiyah yang terlanjur juga turut berlaku. Lalu kedua-duanya dijatuhi hukuman rejam sampai mati selepas mereka membuat pengakuan ikhlas kepada Rasulullah selaku pemerintah tertinggi Kota Madinah pada ketika itu. Hukuman dilaksanakan selepas penetapan undang-undang jenayah Islam berkuatkuasa setelah tertubuhnya kerajaan Islam. Mana-mana pihak yang berzina atau melakukan kesalahan jenayah-jenayah yang lain sebelum penguatkuasaan undang-undang jenayah Islam dan penubuhan Kerajaan Islam, kes-kes tersebut tidak wajib dikenakan tindakan “carry forward” apabila rang undang-undang jenayah Islam dikuatkuasakan kelak.

 

Persoalan sekarang, pihak yang hina disisi Allah Taala ialah kerajaan yang memerintah kerana mereka mampu dan berkuasa untuk melaksanakan dan mewujudkan undang-undang Islam tetapi tidak dilaksanakan dan tidak pula mendidik rakyat dengan akhlak-akhlak yang baik. Malah ramai dikalangan pemimpin-pemimpin negara hidup bergelombang dengan perkara-perkara mungkar dan maksiat tanpa dikenakan sebarang hukuman setimpal mengikut syarak. Contohnya seperti mana yang pernah dilakukan oleh Mantan Ketua Menteri Melaka, Dato Rahim Tamby Chik. Oleh itu, perlu diingat; Kerajaan yang mampu melaksanakan Undang-Undang Islam tetapi tidak sanggup melaksanakannya adalah berdosa dan rakyat yang mengangkat mereka semua sebagai pemerintah juga turut berdosa.        

 

 

 

 

 

 

 

 

One response to this post.

  1. […] Sesat Hj.Ahmad Laksamana….Fahami bidang kuasa masing-masingKerajaan Bani Abbasiyah Sepintas LaluRespon Terhadap Pengakuan Zul Hassan.Aktiviti Anak Beranak di Hari Raya Aidil FitriPeranan dan Pengaruh Hamzah Fansuri Dalam Perkembangan […]

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: