Konsep Islam Hadhari berkubur jika Pak Lah Turun?

 

pak-lah-dan-najib1

Dalam tempoh terdekat ini heboh cerita Pak Lah tak ingin pertahankan jawatan presiden Umno. Boleh dikatakan kebanyakkan media massa di Malaysia begitu memokuskan isu ini. Jika benar Pak Lah tak ingin pertahankan jawatan Presiden parti, maknanya tentulah orang lain yang akan mengisi kekosongan itu. Buat masa terdekat ini, Najib Tun Razak dijangka mampu melayakkan dirinya untuk menyandang jawatan presiden Umno kerana mendapat percalonan terbanyak jika dibandingkan dengan pencabar utamanya Tengku Razaliegh Hamzah.

 

Pada awalnya Najib agak gelisah untuk turut bertanding selepas Anwar yang diserang hebat dengan isu liwat masih mampu mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh. Strategicnya memperalatkan Si budak Saiful yang sanggup mengaku diliwat oleh Anwar sepanjang pilihanraya kecil Permatang Pauh tidak mendatangkan sebarang hasil lumayan.  Lebih gelisah lagi jiwa Najib apabila kes Altantuya Si Mongolian yang seksi menggoda masih lagi bersarang dibenaknya.

 

Jiwa Najib didapati semakin berani untuk mencuba nasib setelah diketahui lawan utamanya dalam merebut jawatan presiden parti Umno itu ialah Tengku Razaleigh yang pernah ada rekod buruk menentang parti Umno dengan menubuhkan Parti Semangat 46 dulu. Otaknya yang dulu haru-biru kini sudah mulai ceria dan berkeyakinan kembali. Desas-desus mengatakan peralihan kuasa ataupun paksaan peralihan kuasa seakan memeras Pak Lah untuk turun secepat mungkin kononnya demi kebaikan Umno. Baru nak masuk dua penggal jadi PM dah mahu berundur? Macammana pula dengan perlaksanaan konsep Islam Hadhari yang diwar-warkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sepanjang era pemerintahan Pak Lah? Sebenarnya jika diamati dengan penuh teliti ternyata buku Himpunan Soal Jawab Islam Hadhari terbitan JAKIM hanyalah sekadar omongan yang tidak sehaluan dengan dasar parti Umno yang tidak memperjuangkan ideologi Islam. Adakah Konsep Islam Hadhari itu hanya berkubur begitu saja jika Pak Lah Turun? Konsep Islam macam manalah pula agaknya akan muncul jika Najib menjawat jawatan PM?

 

Mungkin kerana Pak Lah memiliki latarbelakang pendidikan agama, Konsep Islam Hadhari disusun begitu rupa bagi meraih undi di musim pilihanraya walaupun beliau tidak pernah akur terhadap tuntutan Ilahi agar melaksanakan perundangan Islam secara syumul jika mendapat mandate untuk memerintah negara. Apa yang pasti Najib yang dihebohkan sebagai bakal PM oleh sebahagian ahli-ahli Umno sebenarnya seorang sekularis dan bukanlah seorang insan yang berpendidikan agama. Segala tindak-tanduknya mempamerkan bahawa dirinya sebenar adalah seorang pemimpin parti Umno yang tidak sehaluan dengan Konsep Islam Hadhari.

 

Begitu juga jika Kuli (Tengku Razaliegh) berjaya merebut jawatan Presiden Umno yang sekian lama diidam-idamkan beliau semenjak sekian lama. Apakah Kuli juga akan tercari-cari identiti baru untuk Umno setelah berjaya mencapai jawatan yang diimpikan itu?. Kemungkinan besar jawabnya adalah “Ya”. Namun adakah Kuli akan bertindak menubuhkan parti baru jika usahanya untuk menjadi PM gagal seperti mana Parti Semangat 46 yang pernahkan ditubuhkan dulu? Kemungkinan besar jawabannya adalah “tidak” kerana Kuli kini dikatakan memang sudah perit untuk terjun ke dalam lubang biawak yang sama buat kali kedua.

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: