
Allahyarham Cikgu Lah dalam kenangan
Dikalangan orang-orang lama tentu masih ada yang ingat Orkestra Tala Wijaya yang pernah popular suatu ketika dahulu dalam sekitar tahun 60 an hinggalah tahun 70 an. Organisasi muzik ini ditubuhkan di Lorong Tok Semian, Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1962 dibawah pimpinan Cikgu Abdullah Bukhari. Lantaran keunikan orkestra dan karisma kepimpinan Cikgu Abdullah, penulis berusaha menjejaki kisah-kisah beliau untuk dibukukan. Orkestra ini akhirnya terbubar dengan sendirinya setelah Cikgu Abdullah kembali ke rahmatullah pada tahun 1976 di Mekah selepas menunaikan fardhu haji. Penceburan diri beliau dalam dunia muzik hanyalah semata-mata kerana ingin berdakwah ke arah kebaikan. Insyallah, buku mengisahkan tentang tokoh ini dan orkestra di bawah pimpinannya akan siap disusun sebagai tatapan sejarah bagi generasi masa kini khususnya kepada mereka yang aktif bergiat dalam dunia seni hiburan.
Posted by Rashdan on 26 December 2012 at 3:40 am
Salam Tuan Haji,
Saya berminat ingin tahu lebih lanjut tentang salasilah Cikgu Abdullah Bukhari. Kalau tak silap saya ayah beliau adalah Dato Mohd Daud bekas Datuk Istiadat Kelantan pada zaman Sultan Muhammad 4 dan ada sangkut-paut salasilahnya dengan Dato Jaafar Onn di Johor.