Temasya Banjir di Kelantan

 

Temasya Banjir di Kubang Pasu, Kota Bharu, Kelantan.

Temasya Banjir di Kubang Pasu, Kota Bharu, Kelantan.

 

Banjir atau air bah adalah limpah air saliran ke daratan sama ada dari sungai atau sebagainya akibat hujan lebat yang turun berterusan tanpa henti-henti untuk beberapa tempoh masa yang lama. Fenomena ini lazimnya berlaku dalam musim tengkujuh pada setiap akhir dan juga awal tahun. Pasti sekali limpahan air bah merupakan salah satu bencana alam kerana kemunculannya mampu merosakkan tanaman, harta benda awam, kediaman dan memusnahkan ternakan. Musim banjir juga merupakan factor utama penyakit-penyakit berjangkit merebak dengan cepat. Lantaran ini, air bah dianggap sebagai satu bala yang wajar bagi setiap individu muslim untuk berdoa dan memohon perlindungan Allah Subhanahu waTaala daripada sebarang kesan negatifnya itu.

                                         

Namun dikalangan masyarakat Kelantan, air bah adalah suatu bencana alam yang masih boleh diraikan bagaikan pesta. Malah ia dianggap sebagai satu temasya yang perlu disertai oleh pelbagai lapisan masyarakat tidak kira sama ada kanak-kanak, orang tua ataupun muda, sudah berumahtangga ataupun masih sendirian (belum kahwin). Yang paling ramai sekali ialah mereka yang masih belum berumahtangga sama ada anak bujang, anak dara, janda ataupun duda. Golongan anak bujang dan juga duda berpakaian kemas dengan rambut bersikat rapi untuk mengharung air bah secara berkelompok sama ada dengan menaiki motorsikal, basikal ataupun berjalan kaki sahaja. Manakala dikalangan anak dara dan juga janda, mereka biasanya berhias cantik (berdandan) dengan memakai kain sarung atau skirt labuh. Semasa mengharung air bah, kain sarung atau skirt labuh akan diangkat tinggi hingga menampakkan betis sebagai salah satu cara untuk menarik perhatian ramai terutama sekali golongan anak bujang ataupun duda. Mereka keluar beramai-ramai dengan berbagai ragam dan penampilan untuk menarik perhatian antara satu sama lain. Biasanya beberapa lokasi di pusat Bandar Kota Bharu yang dinaiki air bah menjadi tumpuan mereka untuk bertemasya mengharungi air bah.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: