Sekitar Pilihanraya Kecil P.36 Kuala Terengganu.

 

Sebahagian para perayu undi PAS sedang berkhidmat

Sebahagian para perayu undi PAS sedang berkhidmat

 

Pada hari Jumaat 16hb.januari 2009, Bandar Kuala Terengganu menjadi bertambah sesak dengan limpahan kenderaan dari luar. UMNO mengerah jentera pilihanrayanya seluruh Malaysia untuk berhempas pulas mempertahankan kerusi P.36 ekoran kematian Mantan Timbalan Menteri Pelajaran, Dato` Razali Ismail ketika bermain badminton di Genting Highland baru-baru ini. Begitu juga dengan jentera PAS. Pelbagai perang isu dan propaganda daripada pihak-pihak terbabit kecuali  calon bebas yang hanya masuk bertanding tanpa sokongan jentera pilihanraya. Semua pihak sedar peluang masing-masing untuk berkempen hanya setakat pukul 12 malam sahaja dan pagi esoknya pula adalah hari membuang undi. Bagi pihak PAS, malam terakhir ini diisikan dengan ceramah-ceramah di sesetengah lokasi dan juga tayangan DVD. Manakala bagi pihak Barisan Nasional pula, mereka menyediakan jamuan makan dengan pelbagai juadah yang sememangnya sudah sebati dengan gaya berkempen mereka. Cuma apa yang pelik pada malam ini ialah jentera menampal poster, memacak bendera dan menggantung banner Barisan Nasional didapati terhenti. Situasi ini melegakan hati-hati para petugas PAS yang kebanyakkan mereka berkhidmat secara ikhlas dan mengutamakan ganjaran Ilahi lebih daripada segala-galanya. Lagipun jentera PAS ini bukannya banyak duit sangat. Lain ceritalah dengan calon bebas yang memang sudah berniat bertanding untuk mengacau undi.  Serangan poster dan sepanduk calon bebas jelas tidak mampu langsung untuk menggugat calon PAS dan juga Barisan Nasional. Malah pasukan perayu undi bagi calon bebas pun tidak kelihatan langsung!!!

 

 

Pagi Sabtu 17hb. Januari merupakan hari membuang undi. Pada hari ini juga semua pihak mula mengenengahkan pasukan perayu undi untuk berperanan dengan lebih aktif sebelum proses membuang undi ditutup pada pukul 5 petang. Bermacam-macam cara dan gelagat perayu undi boleh dilihat sepanjang hari membuang undi. Mereka berdiri dan berbaris di sepanjang jalan berdekatan dengan lokasi pembuangan undi. Di sesetengah tempat, pasukan merayu undi PAS dan UMNO saling berpegangan tangan antara satu sama lain dengan mengibarkan bendera masing-masing sambil tersenyum dan menjerit-jerit calon pilihan masing-masing.  Ada juga di lokasi tertentu para perayu undi PAS dan perayu undi Barisan Nasional saling berdiri berselang-seli antara satu sama lain di sepanjang jalan sambil mengangkat poster calon dan bendera parti masing-masing. Bagi para petugas PAS  kesungguhan dan ketekunan  dalam situasi ini adalah jihad. Manakala  bagi para petugas Barisan Nasional,  kesungguhan dan ketekunan mereka sepanjang musim pilihanraya hanya perlu dinilai dengan ganjaran material yang setimpal atau lebih baik daripada setimpal. Walaupun apa cara sekalipun semua jentera perayu undi ini berperanan sama ada pemuda, wanita ataupun muslimat, namun keunikan Puteri UMNO tetap menjadi perhatian utama semua pihak. Dengan suara lemah lembut dan lambaian tangan yang longlai, Puteri UMNO mula berperanan aktif meraih undi. Malah ada dikalangan pemandu kereta yang melintas kawasan mereka bertugas dicampak dengan cebisan kain lembut biru ke dalam kereta sambil memanggil serta merayu undi dengan suara manja puteri muda. Begitu hebat sekali latihan serta tunjuk ajar kaedah merayu undi yang mereka terima!!!

Wanita dan Puteri Umno merayu undi

Wanita dan Puteri Umno merayu undi

 

 

 

 

 

 

 

 

 

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: