Wakil Rakyat Pelompat Parti Tiada Maruah

Jaguh lompat parti yang direstui Tok Guru Nik Aziz

Jaguh lompat parti yang direstui Tok Guru Nik Aziz

 

 

Melompat parti adalah tindakan mana-mana individu yang tidak berpuas hati dengan parti yang disertai sama ada disebabkan oleh kepentingan peribadi yang terhalang ataupun juga ketidakpuashatian dengan agenda-agenda atau pemimpin parti yang didokong. Selain daripada factor-faktor yang dinyatakan itu, wang juga merupakan factor utama mengapa berlaku adegan lompat parti. Dengan kata lain, aksi melompat parti kerana wang sebenarnya berlaku disebabkan ada pihak yang berpitih banyak yang memang gila membuat tawaran membeli mana-mana ADUN ataupun Ahli Parlimen bertujuan untuk menggugat status parti lawan. Umumnya, acara lompat melompat ini turut memberi kesan sampingan kepada mana-mana parti yang pernah disertai oleh kaki-kaki lompat ini yang terdiri daripada ahli-ahli biasa parti. Namun keadaan mungkin jadi lebih ketara dan rumit jika acara lompat melompat ini juga disertai oleh mana-mana Ahli Dewan Undangan Negeri ataupun Ahli Parlimen.

Lompatan ahli-ahli biasa parti peringkat bawahan boleh menggugat kesetabilan parti dalam tempoh jangka masa panjang tetapi lompatan ADUN dan juga Ahli parlimen boleh menggugat status sesebuah pemerintahan negeri dan juga negara dalam tempoh masa yang terdekat dan mampu mengubah sesebuah kerajaan. Proses perubahan tampok pemerintahan sebegini cepat tidak begitu elok jika ditinjau secara mendalam dari sudut kemaslahatan rakyat. Segala perancangan pembangunan ekonomi dan spiritual rakyat akan turut terbantut jika berlaku perubahan kerajaan secara mendadak. Segala perancangan hanya tinggal perancangan tanpa disusuli dengan perlaksanaan lantaran terlalu sibuk berpolitiking. Lagipun usaha membeli wakil-wakil rakyat sebenarnya merupakan satu aktiviti yang tidak bermaruah sepertimana golongan wakil rakyat yang suka melompat dan rela diri mereka dibeli. Golongan ini perlu dihindari. Lantaran ini, satu draf rang undang-undang yang menetapkan mana-mana wakil rakyat yang melompat parti wajib meletakkan jawatan wakil rakyat yang disandang dan perlu diadakan pilihanraya kecil bagi memilih calon baru untuk kawasan yang terbabit wajar dibentang di Parlimen.  Ia wajar dipersetujui dan digubalkan sebagai salah satu rang undang-undang yang berauthoriti untuk dipatuhi oleh sekalian mereka yang berkenaan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: