Dr.Stephen Carr Leon: Mengapa Yahudi Bijak?

Kebetulan dengan penyiaran artikel ini, saya teringat salah satu kepercayaan karut orang Yahudi yang disanggah dan dinafikan oleh Islam, iaitu sesiapa yang menyetubuhi isterinya dari arah belakang boleh menyebabkan mata anak yang akan dilahirkan menjadi juling.

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship di beberapa buah hospital disana, ada beberapa perkara menarik yang saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi dalam segenap bidang seperti engineering, muzik, sains dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan. Hampir 70% sector perniagaan di dunia seperti komestik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman dan lain-lain lagi dikuasai oleh kaum Yahudi.


Ketika berada di tahun kedua akhir bulan December 1980, sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California, saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa Tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olahan manusia sendiri? Adakah kebijaksaan itu boleh dijana seperti satu proses barangan  di kilang pengeluaran?


Lantaran ini tergerak hati saya membuat tesis Phd disamping melakukan kebaikan untuk umat sejagat untuk hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun. Ia memakan tempoh masa yang agak lama kerana saya perlu mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.
 
Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya. Data-data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum-kaum lain. Marilah kita mulakan dengan item tentang persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah diketahui yang si ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah si ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama. Saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat selesaikannya. Oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saja saya mampu bantu beliau. Saya bertanya kepadanya, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “Ya, ini untuk anak saya yang masih dalam kandungan. Saya sedang melatih otak beliau, semoga dia menjadi genius apabila dewasa kelak”. Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anaknya itu.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan buah kurma bersama susu dan untuk tengah hari makanan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang. Menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak dalam kandungan. Ini adalah adat orang-orang Yahudi ketika mengandung dan ia umpama satu kewajipan untuk ibu-ibu yang sedang sarat mengandung untuk mengambil pil minyak ikan.
 
Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan. Menurut mereka, campuran daging dan ikan tidak begitu elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian. Begitu juga buah badam. Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi, anda akan dihidangkan buah-buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan ini akan menyebabkan kita merasa mengantuk, letih dan payah untuk memahami pelajaran di sekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo. Apabila anda diundang makan di rumah Yahudi jangan sekali-kali merokok. Pasti sekali tanpa segan malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dan merokok di luar rumah. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan narkotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes Ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yang cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yang dahsyat ditemui oleh saintis yang mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironinya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri.!!! Perhatian saya selanjutnya ialah semasa melawat tadika mereka, Pemakanan anak-anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah-buahan bersama kacang badam, Diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever. Dalam pengamatan saya, kanak-kanak Yahudi sungguh bijak dan rata-rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris. Semenjak awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, Ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain muzik dan memahami nota-notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak-kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Menurut saintis Yahudi, gegaran muzik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius muzik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak-anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan.  Dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak-anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!. Segala pelajaran akan dengan mudah ditangkap (difahami) oleh anak-anak Yahudi. Selain dari pelajaran,  sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yang amat diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari. Menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara. Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah).  Disini murid-murid ditekan dengan pelajaran  sains dan mereka digalakkan mencipta produk Segala projek mereka walaupun kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, namun ia tetap diteliti dengan serius. Apatah lagi jika ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti. Satu lagi yang diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan.

Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Di akhir tahun di universiti, para penuntut dalam bidang perniagaan dikehendaki melakukan projek dan memperaktikkannya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan. Dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan di dunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen. Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadat mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka. Bagi mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen di kepala.  Agama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala. Ia dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang-orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang-orang Jepun yang pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yang berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja). Jika mereka ada idea yang bernas, jawatankuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatankuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yang perniagaan mereka menurut landasan yang betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell computer, Coca-Cola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama di bawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar di persatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah. Barulah kini saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.
Kesimpulannya pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yang bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman. Ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika si ibu mengandung. Galakkanlah si ibu melakukan latihan metamatik yang mudah tetapi konsisten disamping mendengar muzik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan. Makanlah makanan elok dan berkhasiat yang baik untuk otak. Menghayati muzik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak. Dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak-anak mencergaskan otak mereka.  Demikian juga sukan yang memerlukan konsetrasi yang tinggi seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.
Merokok menjanjikan generasi yang bodoh dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut (menurun) ke generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali.  Disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok. Anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menakjubkan sekali!!! dan seperti Israel ia begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel Maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!
Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi bodoh? Saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, di restoran, teater, kebun bunga hingga ke muzium, hidung anda akan segera terbau asap rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti terdapat disana? Hasil apakah yang dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri..
Dalam tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Firaun hingga ke zaman Hitler? Bagi saya itu isu politik dan survival,. Yang ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita melahirkan generasi yang bijak seperti Yahudi? Jawabannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ia memerlukan perubahan. Dari segi pemakanan dan cara mendididik anak, saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya.  Setelah saya ajar anak saya melalui program yang telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis essay sepanjang 5 mukasurat penuh. Essay itu hanya mengenai mengapa saya gemarkan tomato!

 

 

Para pemuda Yahudi beribadat di Tembok Barat berhampiran Masjid al-Aqsa

Para pemuda Yahudi beribadat di Tembok Barat berhampiran Masjid al-Aqsa

 

 

 

3 responses to this post.

  1. Posted by Si Pekan on 18 February 2009 at 12:36 pm

    Salam,

    Sdr, siasatlah terlebih dahulu daripada terus mempercayainya secara membuta tuli.

    Bolehkah sdr menunjukkan sumber artikel tersebut hingga boleh disahkan bahawa penulis tersebut wujud?

    Reply

    • Saudara Si Pekan. Dr.Stephen adalah watak seorang orientalis berbangsa Amerika. Begitu juga dengan nama Si Pekan dan Sudah tentu nama Si Pekan ini bukan nama yang dicatit dalam surat beranak walaupun individu itu tetap wujud. Sesetengah fakta yang dikemukakan itu adalah benar dan ada juga yang hanya sekadar propaganda sahaja. Jadi faham-faham aje golongan orientalis….ada orientalis yang baik dan ada juga yang sebaliknya. So, apa saja yang benar dan tidak menyalahi al-Quran dan sunnah maka ia boleh dijadikan tauladan.

      Reply

  2. Posted by awan nano on 8 October 2011 at 10:05 am

    mudah sgt pecaya ngn cite2 palsu…. betul ke????? mana ada tesis phd mcm ni punya simple….. dr stephen carr leon tu pn ntah wujud ke tak…..

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: