Politik Segelas Orange Juice

Umno mula mengwar-warkan propaganda jahatnya apabila Pakatan Rakyat menuntut agar Sultan Perak memperkenankan salah satu daripada kaedah ini, iaitu; pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak ataupun Undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Perak, Dato` Sri Nizar. Rakyat mulai gusar dan marah setelah temberang Umno membeli dan mengugut beberapa orang ADUN terbabit agar mereka bertindak keluar Pakatan Rakyat semakin menyerlah. Meskipun tidak direstui oleh para pimpinan Pakatan Rakyat di Perak tetapi disebabkan rasa tidak puas hati yang begitu membara yang seterusnya mengakibatkan tercetusnya rusuhan dan pertempuran dengan pihak FRU. Mereka marah kepada Umno dan FRU tetapi mengapa Umno memutar belitkan fakta dengan mengatakan rakyat yang berdemostrasi itu marahkan Sultan Perak?

Satu Konspirasi licik yang didalangi oleh Najib Tun Razak

Satu Konspirasi licik yang didalangi oleh Najib Tun Razak

 Lupakah Umno ketika mana mereka bertelingkah sesama sendiri di Terengganu ekoran keputusan Sultan Terengganu menolak perlantikan Dato` Sri Idris Jusoh dan memperkenankan perlantikan Dato` Sri Ahmad Said selaku MB Terengganu yang baru? Siapakah yang berkompromi berarak dalam jumlah kehadiran yang agak minority dengan sepanduk yang menghina institusi raja dengan istilah “menatang”? Bukankah Umno yang berperanan utama menghina institusi Raja di Terengganu? Umno juga mulai berlagak bagaikan jaguh silat pulut yang cuba mempertahankan maruah raja Perak apabila Karpal Singh mengumumkan akan membawa Raja Perak ke muka pengadilan setelah timbul beberapa perkara yang tidak memuaskan hati pihak Pakatan Rakyat berkaitan dengan cara kerajaan mereka dirampas.  Bukankah ini hak yang masih dibenarkan dalam perlembagaan untuk memprotes? Mengapa Umno tidak mengambil tindakan mahkamah terhadap Sultan Terengganu pada masa itu yang berkenan melantik Dato` Sri Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu jika mereka itu berada dipihak yang benar dan tidak menyalahi undang-undang dan perlembagaan Malaysia?

Dalam konflik politik di Perak, Sultan Azlan Shah seolah-olah bertindak sebagai hakim penenang kepada pihak Umno yang benar-benar gila kemaruk ingin merampas kuasa pemerintahan di Perak. Bagaikan dua orang budak kecil yang berebut sebuah gelas kaca yang berisi orange juice. Pada mulanya memang gelas itu berada di tangan budak B kerana dialah yang mengambilnya dari atas meja di dapur.  Budak A (Barisan Nasional)lebih aggresif dan tamak. Lantaran itu, budak A sanggup lakukan apa saja untuk dapatkan gelas tersebut meskipun terpaksa memecahkan gelas tersebut. Manakala budak B (Pakatan Rakyat) lebih gentle, peramah dan senang diajak berunding. Sudah pasti budak B lebih bijak daripada budak A yang tamak dan tidak mengendahkan sebarang rundingan yang diajukan kepadanya. Demi menjaga gelas daripada pecah dan ketumpahan orange juice, seorang hakim (Sultan Perak) yang cuba bertindak sebagai penenang situasi menyerahkan gelas tersebut kepada budak A yang terkenal dengan sikap biadap. Walaupun sebelum ini budak B begitu tersohor dengan sikap mudah baso dan senang berkiro, namun dalam masalah penyerahan gelas oleh hakim penenang kepada budak A begitu amat mengguriskan hatinya yang memang teringin untuk mengecapi orange juice tersebut. Manakala budak A yang menerima gelas itu dengan rakus meneguk orange juice dan terus membaling gelas itu hingga pecah setelah habis diminum. Kaca-kaca berselerak di atas lantai hingga melukakan kaki-kaki orang lain yang lalu lalang di tempat perebutan gelas itu. Jika sekiranya gelas itu diserahkan kepada budak B, gelas tersebut pasti tidak akan dibaling bahkan akan dibasuh dan disimpan  elok di atas rak yang tersedia ada.

Apa boleh buat….keputusan telah diambil. Hendak ditarik balik keputusan tersebut sudah tentu agak sukar.  Baik dan buruk natijahnya kelak pihak hakim penenang terpaksa terima. Ekoran keputusan yang menimbulkan kesulitan hingga melukakan kaki orang lain, hakim penenang pula dipersalahkan kerana dianggap membuat keputusan tidak adil yang menyusahkan orang ramai dan melukakan hati budak B yang bersusah payah mengambil gelas orange juice itu di dapur…..

 

 

 

Advertisements

2 responses to this post.

  1. Posted by Iskandar on 11 February 2009 at 12:12 am

    Saudara lupa nak tulis yg budak B pun beria2 nak curi stok jus oren budak A.

    Jadi budak B tak sebaik mana pun, sebab stok budak A pun nak ditibainya. Bahkan ada yg ditibainya dah.

    Bila budak A balas balik, budak A terpekik terlolong cakap tak adil.

    Sama je budak A dgn B. Patut kena penampor. Sebab jus oren tu bukannya depa nak minum pun, depa nak jual kat Cina.

    Reply

  2. Posted by Johari on 12 February 2009 at 1:29 am

    Analogi yang amat menarik. Kesian saya kat budak B tu… Apa kata kita bunuh aje budak A yang jahat macam lanun tue…

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: