Archive for February 13th, 2009

Bila Mufti main politik

Dr. Kehormat Harussani Zakaria

Dr. Kehormat Harussani Zakaria

Saturday February 14 2009

 

Top clerics clash over Perak crisis

KUALA LUMPUR, Feb 9 – Two of the country’s most respected religious figures are on collision course over the political crisis in Perak – the clearest evidence of how polarising politics can become in Malaysia.

Several days ago, Perak Mufti Dato’ Seri Harussani Zakaria issued a statement saying that anyone who refused to show loyalty to the monarch or who did not accept the decision of a ruler of the state was guilty of treason. He justified his statement by referring to several verses in the Quran.

His statement was interpreted as a criticism of the defiance shown by Pakatan Rakyat state government led by Datuk  Seri Mohd Nizar Jamaluddin. Nizar has refused to accept a decision by Sultan Azlan Shah telling him to stand down in favour of Datuk Zambry Abdul Kadir.

This controversial decision by the palace was made after three Pakatan Rakyat lawmakers became independents, effectively vapourising Pakatan Rakyat’s advantage in the state assembly.

Harussani, one of the most conservative religious leaders here, also condemned supporters of Pakatan Rakyat who demonstrated and clashed with police on Friday, the day the new Barisan Nasional government was being sworn-in.

Today, the Perak mufti was ticked off by Dato’ Haron Din, a senior Parti Islam SeMalaysia (Pas) leader and respected religious scholar.

He said that religious people should always be guided by Islam in issuing statements and should not be quick to make politically-laced comments.

He said that Harussani’s statement would only cause more confusion among the public since clerics hold an esteemed position in society.

“The Mufti of Perak has given his opinion but there has not been a case before where the mufti supported any political party. As someone who has been given the responsibility of safeguarding the interest of religion, the Mufti should not enter the political arena, ‘‘ he said.

Haron noted that Islamic history tells of the famous religious scholar Izzuddin Abdul Salam being made persona non grata by a sultan even though he spoke the truth.

This was the type of bravery which was needed now in the world, he added.

“Only credible ulamaks are brave enough to speak the truth when they face all sorts of uncertainties, “he said.

Picked from: http://www.themalaysianinsider.com/

 

Mufti Perak, Datuk Seri Dr. Kehormat Harussani keliru dalam masalah prosedur politik apabila beliau membuat  kenyataan; Datuk Seri Nizar mendurhaka kepada Sultan Perak. Kenyataan yang beliau buat ini sama dengan auta Umno yang sudah mulai pandai mengampu Institusi raja.  Sebagai seorang Islamic scholar yang menjawat jawatan mufti, penelitian dan penyelidikan wajar diutamakan sebelum membuat keputusan atau mengumumkan suatu pendapat  terutama sekali dalam masalah politik yang melibatkan kuasa pemerintahan dalam sesebuah negeri. Dr.Harussani harus faham dan menerima hakikat bahawa Islam menuntut sesiapa sahaja yang dianiaya agar mempertahankan hak dan maruah diri apabila dicerobohi, dikhianati atau diserang dengan pelbagai cara yang dibenarkan oleh syarak mengikut kadar kemampuan dan situasi semasa.  Tindakan Datuk Seri Nizar membawa kes haru-biru yang berlaku di Perak baru-baru ini ke Mahkamah Tinggi tidak bercanggah dengan undang-undang dan juga perlembagaan Negara.  Apa yang dilakukan oleh Datuk Seri Nizar sekarang adalah satu jihad untuk mempertahankan status kerajaan Pakatan Rakyat, haknya serta maruah beliau. Selama mana usaha tersebut tidak bercanggah dengan perlembagaan, undang-undang Negara dan juga syariat Islam, maka ia adalah wajib diteruskan. Sebagai seorang mufti, keberanian dan kebenaran dalam menentu sesuatu keputusan dan juga hukum syarak adalah wajib diutamakan lebih daripada segala bentuk kepentingan serta kemudahan yang diperolehi daripada jawatan yang disandang seperti status pangkat, gelaran dan juga kebendaan (material). Institusi Mufti langsung tidak akan dihormati jika berlaku sebaliknya.  

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Nizar diminta mengucap

Ahli Majlis Tertinggi Umno

Ahli Majlis Tertinggi Umno

KUALA TERENGGANU – Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Senator Datuk Abdul Rahman Bakar meminta supaya Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengucap kalimah syahadah dan seterusnya kembali kepada kebenaran. Menurutnya, bekas Menteri Besar Perak itu nampaknya masih tidak mahu menerima kenyataan bahawa beliau bukan lagi pemimpin nombor satu negeri itu dengan bersikap seolah-olah ‘seekor ayam gila mengeram’.

Beliau berkata, sikap degil Mohammad Nizar menyebabkan keadaan di Perak masih belum aman sepenuhnya walaupun kerajaan baru di bawah Barisan Nasional (BN) dibentuk manakala rakyat pula turut disogok dengan berita tidak betul.

“Jangan kerana dia seorang, Perak menjadi huru hara, rakyat diperbodohkan dengan kata-kata kononnya pelantikan Zambry tidak ikut perlembagaan padahal itu semua tidak betul dan baginda pasti tahu apa yang dilakukan,” katanya.

Bekas Timbalan Menteri Sumber Manusia itu berkata, Mohammad Nizar juga seharusnya mencontohi sikap pemimpin Terengganu dan Perlis apabila akur dengan keputusan istana yang mahu melantik individu lain sebagai Menteri Besar.

Abdul Rahman memberitahu, bekas Menteri Besar di kedua-dua negeri itu iaitu Datuk Seri Idris Jusoh dan Datuk Seri Shahidan Kassim tidak mempertikaikan keputusan raja sebaliknya menuruti perintah tersebut dengan hati terbuka.

“Sikap seumpama inilah yang harus dicontohi Mohammad Nizar, bukannya tidak mahu menerima kenyataan dan tetap berdegil untuk mentadbir kerajaan negeri Perak padahal jawatan beliau telah dilucutkan,” katanya. Sinar Harian online 13-2-2009 http://www.sinarharian.com.my/

Saya kurang pasti sama ada kenyataan akhbar yang dibuat oleh salah seorang Ahli Majlis Tertinggi Umno ini disebabkan oleh factor kejahilan tentang prosedur politik ataupun dia sengaja bertindak memutarbelitkan kenyataan. Apa yang pasti, kenyataan akhbar ini adalah auta dan bukan fakta. Sebenarnya, Datuk Seri Nizar diminta supaya meletakkan jawatan  semasa beliau sedang menjawat jawatan itu tetapi keputusan yang dibuat oleh Sultan Perlis ke atas Shahidan Kassim ialah ketika negeri Perlis ketiadaan Menteri Besar lagi selepas pilihanraya dan Sultan Perlis berkenan serta berhak memilih individu lain sebagai MB Perlis. Begitu juga kes yang berlaku ke atas Datuk Seri Idris Jusoh di mana Sultan Terengganu berhak memilih Menteri Besar baru dalam situasi kekosongan jawatan tersebut. Dalam kes yang dialami oleh Datuk Seri Nizar, beliau berhak mempertahankan hak dan maruahnya yang masih sah dari segi perundangan. Malah tindakan mempertahankan hak dan maruah adalah dituntut dalam ajaran Islam.