Nizar diminta mengucap

Ahli Majlis Tertinggi Umno

Ahli Majlis Tertinggi Umno

KUALA TERENGGANU – Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Senator Datuk Abdul Rahman Bakar meminta supaya Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengucap kalimah syahadah dan seterusnya kembali kepada kebenaran. Menurutnya, bekas Menteri Besar Perak itu nampaknya masih tidak mahu menerima kenyataan bahawa beliau bukan lagi pemimpin nombor satu negeri itu dengan bersikap seolah-olah ‘seekor ayam gila mengeram’.

Beliau berkata, sikap degil Mohammad Nizar menyebabkan keadaan di Perak masih belum aman sepenuhnya walaupun kerajaan baru di bawah Barisan Nasional (BN) dibentuk manakala rakyat pula turut disogok dengan berita tidak betul.

“Jangan kerana dia seorang, Perak menjadi huru hara, rakyat diperbodohkan dengan kata-kata kononnya pelantikan Zambry tidak ikut perlembagaan padahal itu semua tidak betul dan baginda pasti tahu apa yang dilakukan,” katanya.

Bekas Timbalan Menteri Sumber Manusia itu berkata, Mohammad Nizar juga seharusnya mencontohi sikap pemimpin Terengganu dan Perlis apabila akur dengan keputusan istana yang mahu melantik individu lain sebagai Menteri Besar.

Abdul Rahman memberitahu, bekas Menteri Besar di kedua-dua negeri itu iaitu Datuk Seri Idris Jusoh dan Datuk Seri Shahidan Kassim tidak mempertikaikan keputusan raja sebaliknya menuruti perintah tersebut dengan hati terbuka.

“Sikap seumpama inilah yang harus dicontohi Mohammad Nizar, bukannya tidak mahu menerima kenyataan dan tetap berdegil untuk mentadbir kerajaan negeri Perak padahal jawatan beliau telah dilucutkan,” katanya. Sinar Harian online 13-2-2009 http://www.sinarharian.com.my/

Saya kurang pasti sama ada kenyataan akhbar yang dibuat oleh salah seorang Ahli Majlis Tertinggi Umno ini disebabkan oleh factor kejahilan tentang prosedur politik ataupun dia sengaja bertindak memutarbelitkan kenyataan. Apa yang pasti, kenyataan akhbar ini adalah auta dan bukan fakta. Sebenarnya, Datuk Seri Nizar diminta supaya meletakkan jawatan  semasa beliau sedang menjawat jawatan itu tetapi keputusan yang dibuat oleh Sultan Perlis ke atas Shahidan Kassim ialah ketika negeri Perlis ketiadaan Menteri Besar lagi selepas pilihanraya dan Sultan Perlis berkenan serta berhak memilih individu lain sebagai MB Perlis. Begitu juga kes yang berlaku ke atas Datuk Seri Idris Jusoh di mana Sultan Terengganu berhak memilih Menteri Besar baru dalam situasi kekosongan jawatan tersebut. Dalam kes yang dialami oleh Datuk Seri Nizar, beliau berhak mempertahankan hak dan maruahnya yang masih sah dari segi perundangan. Malah tindakan mempertahankan hak dan maruah adalah dituntut dalam ajaran Islam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: