Archive for March, 2009

RENUNGAN (8)

·                    Menurut Aisyah r.a, Hisyam bin Harith r.a pernah bertanya kepada Rasulullah “Bagaimanakah cara wahyu turun kepada Tuan?”. Jawab Rasulullah “Kadang-kadang wahyu itu datang kepadaku seperti kedengaran bunyi loceng. Itulah yang sangat berat bagiku. Setelah bunyi itu berhenti, lalu aku memahami apa yang dikatakannya. Kadang-kadang malaikat datang kepadaku dengan menjelma  seperti seorang lelaki. Dia berbicara kepadaku dan aku memahami apa yang dikatakannya”. Kata Aisyah r.a “Aku pernah melihat Nabi ketika wahyu turun kepada beliau pada suatu hari yang dingin cuacanya. Setelah wahyu itu berhenti, kelihatan dahi Nabi dipenuhi peluh yang banyak”. 

 

·                    Aisyah r.a memberitahu bahawa dia pernah mengikis air mani yang sudah kering pada kain Rasulullah dengan kukunya. Kemudian Rasulullah menunaikan solat dengan kain itu.

 

·                    Abu Hurairah r.a mengatakan, Rasulullah bersabda “Bani Israel itu mandi telanjang dan mereka saling melihat aurat antara satu sama lain. Tetapi Nabi Musa mandi seorang diri. Mereka (Bani Israel) berkata “Demi Allah! Tidak ada yang melarang Musa mandi bersama-sama  dengan kita kecuali kerana dia berpenyakit, buah pelirnya besar”. Pada suatu ketika Nabi Musa mandi, kainnya diletakkan di atas batu. Lalu batu itu melarikan kain Nabi Musa dan beliau menyusulinya sambil berteriak “Kainku! Hoi batu!” hinggakan lantaran itu Bani Israel dapat melihat aurat Nabi Musa. Lalu mereka berkata “Demi Allah! Musa tidak berpenyakit apa-apa”. Kemudian Nabi Musa mengambil kainnya dan memukul batu itu”.

 

 

 

·                    Samurah bin Jundah mengatakan, apabila Nabi selesai mengimani solat berjamaah, beliau menghadap ke arah kami (para ma`mun). 

 

·                    Daripada Ibn Abbas, katanya “Nabi pernah menetap selama 19 hari (di satu lokasi) dan beliau mengqasarkan solatnya”.  (iaitu solat zohor, asar dan isya`).

Berjalan makan angin

 

Dr.Khairuddin

Dr.Khairuddin

Pada 27hb.Mac 2009, saya menuju ke Kuala Lumpur bersama abah dan Dr.Khairuddin. Kami bertolak dari Kota Bharu lebih kurang pukul 10 pagi dan sampai di Chow Kit Road lebih kurang pukul 7 petang. Sepanjang perjalanan, kami berhenti makan dan solat di Raub, Pahang. Meskipun kehadiran kami di penghujung Persidangan Agung UMNO, namun hotel-hotel di sekitar K.Lumpur boleh dikatakan semuanya masih penuh. Susah nak dapatkan bilik kosong untuk menginap kecuali beberapa buah bilik di hotel-hotel bertaraf dua bintang atau satu bintang saja. Dr. Khairuddin yang sudah lama biasa dan berpengalaman di kawasan ini memilih hotel Sima (berhadapan dengan Pusat Pungutan Zakat) untuk kita bermalam.

Pak Bakaq

Pak Bakaq

Sebenarnya kedatangan kami ke sini ialah untuk bertemu dengan Pak Bakaq Si Penarik Beca. Lantaran celoteh dalam blognya yang bersahaja tapi penuh bermakna membuat saya tertarik untuk bertemu dengannya secara face to face. Selepas meletakkan semua bag pakaian dalam bilik yang disewa, kami menuju ke restoran Man Tom Yam di Gombak. Lebih kurang 10 minit kemudian, Pak Bakaq tiba. Di restoran Man Tom Yam kami hanya memesan minuman saja kerana Pak Bakaq jemput kami makan nasi lemak special di restoran Nasi Lemak Antarabangsa di Bukit Melawati. Selepas makan dan berborak panjang lebar, kita semua beredar. Pak Bakaq balik ke rumahnya di Green Wood Park dan kami bertiga pula kembali ke hotel untuk berehat. Seperti mana yang dijadualkan, keesokan pagi kami terpaksa berpisah dengan Dr.Khairuddin buat sementara waktu untuk menuju ke Bukit Gantang, Perak dan meninggalkannya di K.Lumpur bagi memberi peluang kepada beliau menyelesaikan beberapa urusan peribadi. Dalam perjalanan ke Bukit Gantang, kami melalui lebuhraya Ipoh dan terus menuju ke Kuala Kangsar. Di Kuala Kangsar, kami singgah sekejap menziarahi kubur Allahyarham Prof.Zulkiflee Mohammad (bekas Timbalan Yang di Pertua Agong PAS) dan isterinya, ustazah Asiah di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kota Lama. Kedua-duanya meninggal dunia setelah terlibat dalam satu kemalangan jalanraya di Kuantan, Pahang pada petang 6hb. Mei 1964.

Pusara Prof.Zulkiflee dan isterinya di kg.Kota Lama, Perak.

Pusara Prof.Zulkiflee dan isterinya di kg.Kota Lama, Perak.

Para petugas PAS Rantau Panjang di Kg.Cheh, Perak.

Para petugas PAS Rantau Panjang di Kg.Cheh, Perak.

Selepas itu kami berdua terus menuju ke kawasan parlimen Bukit Gantang. Di Bukit Gantang, pihak Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat kelihatan bertungkus lumus dengan penyediaan kain rentang, peti-peti pos dan penyusunan jentera parti. Semua ahli PAS kawasan seluruh Kelantan diagih-agihkan di setiap peti pos dalam kawasan parlimen tersebut. Jentera UMNO yang sempat saya perhatikan hanyalah ahli-ahli UMNO dari Kemaman yang dihantar bertugas di situ. Apa yang agak memeranjatkan ialah jumlah anggota polis sama ada FRU yang bertopi merah ataupun yang tidak bertopi merah dianggar menyamai jumlah para pengundi di kawasan Parlimen ini. Oleh kerana saya terpaksa balik awal kerana ada urusan peribadi yang perlu diselesaikan keesokan hari, maka saya hanya sempat melawat Markaz Jentera Pilihanraya PAS dan bertemu dengan beberapa orang jentera PAS kawasan Rantau Panjang yang bertugas di Peti Pos kampung Cheh saja. Sebelum bertolak pulang, kami singgah di Pasar Minggu Changkat Jering dan beli sekilo dua ikan sepat kering dan lampan perkasam di situ. Insyallah saya akan berusaha untuk berada di sana sekali lagi sebelum hari pembuangan undi.

dsc_0337

Keputusan yang sukar diterima oleh penyokong Mukhriz.

Malaysian PM’s son-in-law to head party youth wing

By EILEEN NG,Associated Press Writer AP - Thursday, March 26

 

KUALA LUMPUR, Malaysia – Malaysia’s ruling party delegates on Wednesday elected the prime minister’s son-in-law as the head of their youth wing _ part of an expected reshuffle in the top leadership to boost the party’s plunging popularity.

The race for the youth wing’s chief _ a training ground for future leaders_ was seen as a proxy fight between Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi and his predecessor and most bitter critic, former Prime Minister Mahathir Mohamad, whose son was also contesting the post.

Mahathir accuses Abdullah of inefficiency and nepotism by promoting the Oxford-educated Khairy Jamaulddin, who was found guilty of vote-buying last week by the party’s disciplinary committee. He was let off with a warning.

The 33-year-old won a three-way race for chief of the United Malays National Organization’s youth wing.

Khairy, who is currently the youth wing’s deputy chief, defeated former Mahathir’s son, Mukhriz Mahathir, and one other candidate at the start of two-day elections for the party’s office bearers.

On Thursday, the party will elect its deputy president, three vice presidents and 25 members of the decision-making supreme council. After the results were announced, Khairy who got 304 of 793 votes cast, hugged Mukhriz, who got 232 votes.

I am touched by this mandate given to me. … Some had said that the KJ era is over,” said Khairy, referring to himself by his nickname.

Khairy’s victory is a consolation for Abdullah, who will step down as party president on Thursday to make way for his deputy, Najib Razak, partly to accept blame for UMNO’s disastrous show in the March 2008 general elections. Najib is contesting the post of party president unopposed.

Abdullah is also scheduled to hand over the prime minister’s job to Najib next week.

UMNO, as the dominant party in the ruling National Front coalition, has been in power since independence in 1957. But its popularity plummeted in the March 2008 elections when the Front failed to get a two-thirds majority in Parliament for the first time in 40 years. It also ceded control of five of Malaysia’s 13 states to the opposition.

On Tuesday, Najib called for radical reforms in the party to end deep-rooted corruption and patronage, warning that the party faces total rout in the next elections.

Much of voter anger was directed at UMNO, whose leaders are widely perceived as corrupt, power-hungry and inefficient. The party is accused of subverting the judiciary, the police force and the bureaucracy.

Najib’s most radical proposal was to change the way the party elects its leaders. At present they are elected by some 2,600 delegates, while more than 3 million party members have no voice. This has led to a culture of patronage with delegates often taking bribes and other favors in return for their votes.

Khairy Jamaluddin

Khairy Jamaluddin

 

 

Keputusan kemenangan Shahrizat sebagai Ketua Wanita UMNO tidaklah memeranjatkan sangat jika dibandingkan dengan kemenangan Khairy Jamaluddin. Khir Toyo tidak dapati bersalah kerana dia diperlukan untuk mengacau undi Mukhriz. Khairy diberi amaran dan dibenarkan bertanding kerana dianggap kesalahan yang dilakukan hanyalah sikit aje. Sebenarnya ini semua adalah perancangan licik bertujuan mengangkat status Khairy menyandang jawatan Ketua Pemuda UMNO dan sekali gus mengenepikan Mukhriz Mahathir. Kini Pak Lah dah boleh lurut dada tanda lega kerana Khairy dah naik setangga ke atas. Pak Lah begitu berharap Najib akan menerima Khairy dalam barisan kabinetnya nanti. Barulah memadai tindakan Pak Lah berundur memberi laluan untuk Najib menjawat jawatan Presiden UMNO.

 

 

 

 

Inilah harapan para penyokong Mukhriz yang tidak kesampaian

Inilah harapan para penyokong Mukhriz yang tidak kesampaian

Saya adalah Nakhoda!- MB Kelate

Dalam kehidupan pelayaran, berbagai rumpun atau kelompok akan berada di atas kapal masing-masing. Antara kelompok-kelompok kapal itu ialah kapal perdagangan, kapal perlancongan, kapal perikanan, kapal perang, kapal rompakan dan lain-lain lagi. Kapal perdagangan ialah kapal yang sarat dengan barang dagangan dan diterajui oleh ahli pedagang. Kapal perlancongan pula berfungsi untuk mengangkut orang ramai dari satu destinasi ke destinasi yang lain. Kapal perikanan merupakan kapal untuk mencari sumber rezeki hasil laut. Kapal perang lazimnya dilengkapi dengan senjata-senjata canggih sama ada untuk mempertahankan hak sendiri ataupun merampas hak orang lain. Manakala kapal rompakan ialah kapal yang diterajui oleh lanun seperti mana watak Captain Jack Sparrow dalam cerita Pirates of the Carribean.

MB Kelate di pejabatnya.

MB Kelate di pejabatnya.

Semua kapal-kapal ini berfungsi dengan peranan yang dipegang oleh setiap individu yang ada di atasnya. Ada awak-awak yang bertugas sebagai tukang bersih kapal, juru selam, penjaga layar, penjaga peta dan arah mata angin dan juga  penjaga sauh. Namun individu yang paling utama sekali dalam sesebuah pelayaran ialah nakhoda. Semua jenis kapal walau apa sekali peranannya perlu ada nokhoda. Nakhodalah yang menentukan bila perlu dijatuh atau diangkatkan layar, bila perlu diangkat sauh, arah tujuan dan segala-galanya yang berkaitan dengan pentadbiran di atas kapal. Nakhoda juga bertanggungjawab untuk menukar dan menetapkan peranan serta tugas setiap anak-anak kapalnya.  

 

Semua gambaran kehidupan pelayaran inilah yang mendorong Tok Guru Nik Aziz selaku Mursyidul Am PAS untuk berkata “Saya adalah nakhoda!”  serta mempertikai dan menentang saranan Presiden PAS, Tok Guru Abdul Hadi Awang untuk  cenderung bersama Barisan Nasional. Keperitan dan kepahitan sepanjang pengalaman bersama Barisan Nasional sekitar tahun 1974 hingga 1978 merupakan alasan kukuh bagi Tok Guru Nik Aziz untuk tidak berkompromi dengan Barisan Nasional sebagai satu gandingan kuasa politik orang Melayu. Lantaran ini, segala usul yang dianggap sebagai gangguan dalaman akan di bawa ke Muktamar Tahunan PAS tahunan untuk dibahaskan dengan lebih lanjut.   

Usul Tok Guru Haji Hadi akan dibahaskan dalam Muktamar PAS kelak.

Usul Tok Guru Haji Hadi akan dibahaskan dalam Muktamar PAS kelak.

 

Tanda-tanda awal kekalahan B.Nasional di Bukit Gantang (Part 2)

Pemilihan bilik operasi di lokasi strategik

Pemilihan bilik operasi di lokasi strategik

Kerjasama masyarakat India setempat.

Kerjasama masyarakat India setempat.

Tok Guru Nik Aziz dihormati oleh kaum India Perak.

Tok Guru Nik Aziz dihormati oleh kaum India Perak.

Tanda-Tanda Awal Kekalahan B.Nasional di Bukit Gantang (Part 1)

Harakah semakin diminati oleh segenp lapisan masyarakat.

Harakah semakin diminati oleh segenap lapisan masyarakat.

 

Ehmm..kalau ini macam..Umno gerenti tumbang

Ehmm..kalau ini macam..Umno gerenti tumbang!!!

DaulatTuanku! Inilah keluhan hati rakyat Perak.

Daulat Tuanku! Inilah keluhan hati rakyat Perak.

 

Doa mustajab rakyat Perak yang dizalimi oleh pengkhianat Osman Zailu

Doa mustajab rakyat Perak yang dizalimi.

Peristiwa Membakar Jambatan di Kampung Baruh Piyar

Pak Chu Kob

Pak Chu Kob

Lakaran sejarah ini amat penting disiarkan sebagai peringatan kepada generasi para pejuang Islam masa kini. Lantaran ini, penulis menyiarkan kisah sepenuhnya berdasarkan pengalaman Wan Yaakub bin Wan Hussin[1], salah seorang aktivis PAS yang bertugas sepanjang tempoh pilihanraya tahun 1969 di kawasan Rantau Panjang[2]. Wan Yaakub atau lebih dikenali dengan jolokan Pak Chu Kob  bertugas di Gual Periok (di Bakat) di bawah seliaan Tok Penghulu Kob sebagai driver untuk musim pilihanraya.[3]Dalam pilihanraya 1969, PAS khususnya di kawasan Rantau Panjang terpaksa berdepan dengan Pemuda Tahan lasak[4] yang terdiri daripada golongan samseng tempatan dan juga dari sebelah Siam.  Oleh kerana Encik Ahmad Yatim[5] masih lagi berada dalam tahanan ISA kerana dituduh terlibat dengan gerakan subversif komunis, maka Ustaz Mohd.Nawawi bin Ahmad dipilih bertanding menggantikan beliau.

 

Tengku Jaafar Tengku Ahmad

Tengku Jaafar Tengku Ahmad

Pernah satu ketika Pak Chu Kob  yang ditemani oleh Ku Pa[6] dibaling dengan sebelah kasut hingga mengakibatkan cermin LandRover tersebut pecah dan kasut itu tertinggal di dalamnya semasa mereka berdua melalui satu kawasan berhampiran jambatan no.3 di Kampung Baruh Piyar. Malah sehari sebelum hari pembuangan undi, LandRover yang dipandunya dikejar oleh Junoh Sawmill[7] tetapi tidak berjaya. Ekoran ini Junoh bertindak menunggunya di jambatan no.3. Sesampai di kepala jambatan no.3, Junoh terus meluru ke arahnya lalu memegang bahu Pak Chu Kob dan berkata “Esok mu berhenti bawa kereta. Kalau mu bawa kereta juga aku bunuh mu!”. Kebetulan yang duduk disebelah Junoh Sawmill ialah sepupu Pak Chu Kob, Pak Cik Will Rantau Panjang merasa malu dengan tindakan Junoh Sawmill. “Mu jangan duk buat gitu. Adik aku tuh!” tegas Pak Cik Will. “Adik tak adik tak kira dalam politik nih” jawab Junoh. “Mu nak kerja…kerja dengan aku” Kata Junoh Sawmill lagi kepada Pak Chu Kob. “ Mu beri gaji lebih sikit tak pe lah……beri lebih daripada orang PAS beri…. aku bawalah kereta Perikatan” jelas Pak Chu Kob. “Ohh nak banyak!!!….aku beri amaran esok mu jangan bawa kereta lagi”. Kemudian Junoh terus beredar.  Pak Chu sedikit pun tidak gentar dengan ugutan Junoh Sawmill. Beliau terus berjumpa dengan ketuanya, Tok Penghulu Kob untuk membincangkan soal ini. Penghulu Kob mencadangkan agar Pak Chu Kob tidak pulang ke rumahnya malam itu. Keesokan pagi hari mengundi (10hb.Mei1969), Pak Chu Kob ditugaskan menghantar beberapa orang untuk berkawal di peti pos di Kampung Kubang Kuar.

 

Kemudian dengan ditemani oleh dua orang tokoh gedebe dalam PAS kawasan Rantau Panjang, Tok Daud Tuli dan Che Lah Gual Melintang, mereka menuju ke jambatan no.3 untuk mengangkut para pengundi ke tempat membuang undi di Gual Periok. Masing-masing sudah berjanji untuk sehidup semati jika berlaku apa-apa yang tidak diingini pada hari itu. Dengan berbekalkan beberapa tin susu yang diikat dan disimpul dalam kain batik lepas sebagai senjata, Tok Daud Tuli bertegas” Kalau demo mati hari ini, kita pun akan turut mati. Kita tak akan lari”. Jawab Pak Chu Kob “Tak po lah kalau begitu. Kita mati bersama”.Sesampai di Bakat, Tok Penghulu Ismail yang berada di tengah-tengah jalan berteriak “Jangan pergi! Jangan pergi!”. Pak Chu Kob tanya “Kenapa tak boleh pergi?”. “Kalau pergi matilah mu. Ramai orang duk tunggu” jelas Tok Penghulu Ismail. “Mati ni kerja Tuhan belako” tegas Pak Chu Kob. Tanpa mempedulikan nasihat Tok Penghulu Ismail, beliau tetap meneruskan tugasnya. Sesampai di jambatan no. 3, para pengundi diarah turun cepat-cepat dan enjin LandRover tidak dimatikan untuk beliau segera berpatah balik ke Gual Periok.  Kemudian Pak Chu Kob mengambil orang di Bukit Tandak untuk mengundi di Gual Periok. Untuk tugasan ini, beliau meminta sebuah lori. Dalam pada itu sudah disediakan 2 buah LandRover. Pada awalnya di jambatan no. 3 di Kampung Baruh Piyar itu ada sepasukan askar yang berkawal. Namun kemudian semua askar tersebut diarah agar tidak berada berhampiran jambatan itu.  Apabila sampai di cabang Kubang Kuar, orang-orang di situ memberitahu “Tak usah pergilah….jambatan dah dibakar”.

Pembakaran yang dilakukan pada waktu tengahari itu diketuai oleh Junoh Sawmill sendiri bersama seramai 13-14 orang pemuda. Dengan melilit kain merah di kepala masing-masing, mereka yang berada di seberang jambatan menggunakan tiub getah motorsikal untuk membakar jambatan tersebut. Ekoran ini, mereka terpaksa berpatah balik dan berusaha melalui jalan Batu Hampar untuk membuang undi di Gual Periok. Jalan pada masa itu tidak bertar dan mengakibatkan lori yang mengangkut seramai 130 orang pengundi PAS terkandas dalam lumpur dan mereka semua tidak sempat sampai ke tempat pembuangan undi dalam tempoh masa yang ditetapkan. Ketika sampai di Batu Hampar, hari sudah semakin gelap. Semasa sampai di Lati, waktu solat maghrib telah masuk. Mereka semua menunai solat maghrib dan makan nasi di Lati. Selepas itu mereka semua menuju  ke rumah YB Haji Harun Lemal di Lati untuk memberitahu tentang peristiwa ini. Inilah antara tindakan terburuk Pemuda Tahan Lasak dalam usaha Perikatan untuk memenangkan calon mereka, Hussien Ahmad[8].

Keputusan pilihanraya 1969 N.19 Rantau Panjang

Hussien Ahmad                  (Perikatan)    2,914 undi

Mohd.Nawawi Ahmad       (PAS)             2,095 undi

Majoriti                                                    819 undi.

Jumlah pemilih berdaftar                          8,522

Jumlah keluar mengundi                          5,235

Peratusan mengundi                                 61.20

Undi rosak                                                    226

 


 

[1] Wan Yaakub mula bergerak aktif dalam PAS pada tahun 1964 dengan memandu sebuah LandRover yang diamanahkan oleh YB Ahmad Yatim,  Wakil Rakyat PAS kawasan Rantau Panjang pada ketika itu. YB Ahmad Yatim ialah bapa kepada YB.Haji Hanifah, ADUN PAS  Pengkalan Pasir sekarang. 

[2] Pada masa itu tempoh penamaan calon mengambil masa selama sebulan.

[3] Driver musim pilihanraya bertanggungjawab mengangkut para pengundi pada hari mengundi dan  penyelengaraan segala peralatan untuk ceramah umum.

[4] Menteri Penerangan Malaysia, Datuk Senu AbdulRahman merupakan Ketua Pemuda Tahan Lasak.

[5] Beliau dibebaskan pada akhir tahun 1969 selepas pilihanraya dengan bersyarat

[6]Ku Pa atau Tengku Jaafar Tengku Ahmad seorang aktivis parti yang sanggup menggadaikan nyawanya demi perjuangan PAS. 

[7] Aktivis Perikatan.

[8] Hussien Ahmad juga terkenal dengan jolokan Hussien Serama.

Tan Seri Hussein Serama

Tan Seri Hussein Serama

 

 

 

Adab bersama al-Quran

 

Awal surah al-Baqarah
Awal surah al-Baqarah

 Al-Quran ialah kalam Allah yang wajib ke atas kaum muslimin memuliakannya dalam apa jua situasi. Lafaz al-Quran dari segi bahasa; bacaan atau himpunan huruf dan kalimah. Ini berdasarkan firman Allah:
Sesungguhnya Kami yang berkuasa mengumpulkan al-Quran itu (dalam dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu); Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, Dengan perantaraan Jibrail), maka bacalah menurut bacaannya itu. (surah al-Qiyamah, 75:17-18)

Manakala dari segi istilah; kalam Allah yang bermukjizat diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibrail dalam bahasa Arab, diriwayatkan secara mutawatir dan membaca setiap hurufnya adalah ibadah, bermula dari surah al-Fatihah dan berakhir dengan surah al-Nas yang diturunkan secara beransur-ansur dalam tempoh 23 tahun. Al-Quran juga dikenali dengan beberapa nama lain  seperti;

  • Al-Kitab bermaksud sebuah kitab berdasarkan firman Allah:

Alif, Laam, Miim. Kitab al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa; (surah al-Baqarah 1:1-2)

  • Al-Furqan (pemisah hak dan batil) sebagaimana firman Allah:

 Maha berkat Tuhan Yang menurunkan al-Furqan kepada hambaNya (Muhammad), untuk menjadi peringatan dan amaran bagi seluruh penghuni alam. (surah al-Furqan 25:1)

  • Al-Zikr (peringatan) berdasarkan firman Allah:

Sesungguhnya Kami yang menurunkan al-Quran dan Kami yang memelihara dan menjaganya. (surah al-Hijr 15:9)

  • Al-Tanzil (penurunan) sepertimana firman Allah:

 Dan Sesungguhnya Al-Quran (yang di antara isinya kisah-kisah yang tersebut) adalah diturunkan oleh Allah Tuhan sekalian alam. (surah al-Syuara 26:192).

Al-Quran berperanan dalam kehidupan manusia dan jin sebagai;

  • Al-Nur (cahaya) yang menerangi kegelapan kerana ia memancarkan cahaya keimanan kepada orang yang berada di dalam kegelapan serta kekufuran. Selain itu, al-Quran juga menjadi cahaya yang menerangi jiwa orang yang selalu membacanya dan menghayati isi kandungannya. Firman Allah:  

Wahai manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu: Bukti daripada Tuhan kamu, dan Kami pula telah menurunkan kepada kamu al-Quran sebagai Nur (cahaya) yang menerangi (segala apa jua Yang membawa kejayaan di dunia ini dan kebahagiaan yang kekal di akhirat kelak). (surah al-Nisa’ 4:174)

  • Al-Mubin (Penerang)  kerana ia menghuraikan ajaran Islam kepada seluruh umat. Firman Allah:

Wahai ahli Kitab! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul Kami (Muhammad, s.a.w) dengan menerangkan kepada kamu banyak dari (keterangan-keterangan dan hukum-hukum) yang telah kamu sembunyikan dari Kitab suci dan ia memaafkan kamu (dengan tidak mendedahkan) banyak perkara (yang kamu sembunyikan). Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad) dari Allah, dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata keterangannya. (surah al-Maidah 5:15)

  • Al-Huda (petunjuk) kerana ia menunjukkan jalan yang lurus kepada umat manusia. Firman Allah:

Wahai manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran daripada Tuhan kamu dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman. (surah Yunus10:57)

  • Al-Rahmah (kerahmatan) kerana ia membawa rahmat kepada golongan mukminin yang sentiasa membaca, mempelajari dan mengamalkan isi kandungannya. Firman Allah:

Wahai manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran daripada Tuhan kamu dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada dalam dada kamu dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman. (surah Yunus 10:57)

Ayat pertama yang diturutkan ialah surah al-Alaq. Penurunan surah al-Alaq berlaku di gua Hira pada 17 Ramadhan pada tahun  41 kelahiran Rasulullah. Manakala  ayat yang terakhir pula pada 9 hb ZulHijjah tahun 10 Hijrah. Tentang ayat terakhir yang diturunkan, timbul beberapa persilihan pendapat mengenainya. Meskipun begitu, jumhur ulama` sependapat bahawa surah al-Taubah sebagai surah panjang terakhir turun, surah al-Nasr surah pendek terakhir turun dan ayat 275 hingga 281 Surah al-Baqarah merupakan ayat terakhir diturunkan. Ada juga yang berpendapat ayat 3 surah al-Maidah merupakan ayat terakhir yang diturunkan.

 Isikandungannya meliputi kisah-kisah masa silam, hukum-hukum dan perundangan fiqh, aqidah, tentang hari kiamat, balasan syurga dan neraka yang selaras dan sesuai dengan perjalanan zaman dulu, kini dan selamanya. Sehubungan ini, beberapa adab perlu dijaga sedaya mungkin bagi memastikan ketinggian statusnya terpelihara, iaitu;

i)                    Membacanya dalam keadaan yang paling sempurna dan selesa disamping menjaga    kesucian diri daripada hadas besar dan kecil, mengadap qiblat serta dalam keadaan tenang.

ii)                  Memperlahankan bacaan, memperjelaskan sebutan dan tidak tergesa-gesa.

iii)                Memastikan jiwa sentiasa khusyuk ketika membacanya dengan menzahirkan kesedihan jika bacaan tersebut berkaitan dengan azab sengsara api neraka dan menzahirkan kegembiraan jika ayat-ayat yang dibaca itu adalah sebaliknya. Rasulullah merupakan insan paling khusyuk dalam solat ketika membaca ayat-ayat suci hinggakan para sahabat menggambarkan seolah-olah didengari bunyi guruh dari dalam perutnya atau bagaikan bunyi periuk tembaga mendidih kerana terlalu khusyuk.

iv)                Berusaha memperelokkan suara sewaktu membaca al-Quran sedaya mungkin.

v)                  Memperlahankan (menyembunyikan) bacaan jika dikhuatiri bacaan yang nyaring boleh mendatangkan riya`.

vi)                Membacanya dengan penuh perihatin, bertafakkur serta membesarkan ke Esaan Ilahi dengan berusaha memahami segala pengertian dan rahsia-rahsianya.

vii)              Berusaha untuk bersifat dengan segala sifat-sifat mulia disamping menjauhi segala sifat-sifat terkeji  yang dinyatakan di dalamnya.

Manusia tak dapat lari daripada kesilapan

 

picture0034

Manusia tak dapat lari daripada membuat kesilapan. Namun ini bukan bererti manusia perlu  redha untuk terus  kekal melakukan kesilapan. Tak kiralah sama ada guru, ahli perniagaan, ahli politik dan lain-lain lagi. Sudah tentu setiap kesilapan perlu ditegur sama ada dinasihat, dibelasah dengan ayat-ayat tajam atau dipujuk berasaskan tahap-tahapnya. Dalam banyak-banyak katogari karier manusia, karier sebagai ahli politiklah yang paling menonjol dalam melakukan apa jua kesilapan kerana diri mereka sentiasa berada dalam perhatian rakyat yang menyokong dan juga yang menentang mereka. Lantaran keegoan dan status imuniti yang dirasakan lebih perlu diutamakan, ramai dikalangan ahli politik cepat lupa daratan. Ada dikalangan pengunjung blog ini menganggap saya seperti Sayuti Omar (MSO) yang suka menghentam ahli-ahli politik yang tidak sebulu dengannya sahaja. Tanggapan ini tidak benar sama sekali. Sayuti itu adalah Sayuti……dan saya adalah saya. Penampilan penulisan blog antara kami amat berbeza sama sekali. Dia lebih mengutamakan spekulasi persekitaran dan andaian peribadi dalam mengenengahkan isu-isu politik. Namun penampilan blog saya tidak sepertimana blognya kerana saya lebih mengutamakan fakta-fakta akademik dalam mengemukakan hujjah-hujjah. Blog Sayuti memokuskan tentang isu-isu politik tetapi blog saya adalah umum dan tidak menumpu kepada isu-isu politik semasa secara mutlak, malah lebih cenderung ke arah akademik.

Jarang-jarang sekali rasanya perlu juga dikaitkan antara fakta akademik dengan isu politik semasa tanahair kerana saya menyokong teori Ibn Khaldun yang mengatakan;  “Untuk mendirikan sebuah negara Islam (kekuasaan yang berlandaskan hukum syarak), dua elemen iaitu agama dan asabiyyah perlu diutamakan dan tidak wajar dipisahkan antara keduanya. Namun jika elemen asabiyyah lebih diutamakan mengatasi elemen agama, kezaliman akan tercetus. Sebagai contohnya, jika seorang lelaki Cina beragama Buddha yang tidak melakukan sebarang jenayah dibelasah oleh seorang individu Melayu yang mengaku dirinya muslim, maka adalah tidak wajar bagi kaum muslimin yang lain untuk menyokong anak bangsanya yang mengamuk membelasah lelaki tersebut. Ini kerana tindakan membelasah sedemikian rupa adalah tindakan mengutamakan elemen asabiyyah mengatasi tuntutan agama yang  sentiasa menjaga keharmonian dan menghormati hak golongan non muslims lebih-lebih jika mereka tidak melakukan sebarang kesalahan jenayah! Dalam konteks amar maaruf dan nahi mungkar, Islam tidak mengamalkan pilih bulu dan sikap double standard dalam menangani setiap permasalahan yang timbul.

Saya bersetuju dengan pendapat yang mengatakan redha dengan kemungkaran sama juga dengan melakukan kemungkaran dan setiap manusia tidak terlepas daripada melakukan kesilapan tak kiralah parti apapun yang mereka sokong. PAS ke UMNO ke DAP ke PKR ke…semuanya terdedah ke arah melakukan kesilapan lebih-lebih bila sudah berkuasa ataupun sudah berauthoriti sebagai wakil rakyat. Lagikan Rasulullah pernah mengatakan bukan semua yang turut berjihad bersama-sama beliau dibawah satu panji-panji Islam akan masuk syurga kecuali mereka yang benar ikhlas dalam perjuangan serta mengharap keredhaan Ilahi, inikan pula kita yang berada dalam kelompok masyarakat majmuk yang mengutamakan politik kepartian dalam system demokrasi berparlimen. Lantaran ini semua ahli politik yang pernah buat silap sepanjang karier mereka perlu bermuhasabah dan perlu ditegur. Bagi saya, teguran kepada pimpinan PAS adalah dengan mengkritik tindakan mereka yang salah berasaskan fakta ilmiah mudah-mudahan mereka sanggup berubah sikap. Meskipun saya pernah mengumumkan untuk taat setia kepada pimpinan parti tapi ini bukan bererti saya kena ikut telunjuk pemimpin tersebut sampai akhir hayat tanpa sebarang kritikan terutama sekali pemimpin yang tidak suka ditegur dan menganggap sesiapa saja yang mengkritik kesilapannya sebagai melanggar baiah. Manakala bentuk teguran bagi UMNO dan Barisan Nasional ialah dengan menghukum parti-parti berkenaan dengan tidak menyokong dan memberi undi kepada mereka. Tidak tergerak hati ini nak sokong Barisan Nasional yang berkembang biak dalam kancah rasuah bermula dari pimpinan atasan hinggalah ke peringkat bawahan. Sesiapa yang tidak berpuas hati dengan setiap teguran yang diluahkan dalam blog ini, sila kemukakan bantahan dalam ruangan comment dengan syarat bantahan itu mestilah berasaskan fakta dan juga hujjah-hujjah ilmiah. Saya adalah saya, tetap sentiasa mengdokong prinsip keadilan dan kebenaran dalam apa jua situasi sekalipun….

Solat Jumaat dan beberapa hukum berkaitan dengannya.

Mafhum firman Allah:

 

Wahai orang-orang beriman! Apabila diseru untuk solat Jumaat, maka segeralah kamu mengingati Allah dan tinggalkanlah segala urusan jual beli . itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui. Dan apabila selesai mengerjakan solat, bersurailah di serata ceruk bumi dan carilah kurniaan Allah  dan ingatlah Allah sebanyak-banyaknya mudah-mudahan kamu beruntung. Dan ketika mereka melihat perniagaan serta permainan (hiburan), mereka berlari ke situ dan meninggalkan engkau yang sedang berdiri (membaca khutbah). Katakanlah “Apa yang ada disisi Allah itu lebih baik daripada hiburan dan urusan perniagaan. Dan Allah itu sebaik-baik pemberi rezeki. (surah al-Jumaah, ayat 9-11).

 

Ringkasnya, surah al-Jumaah mengandungi 11 ayat dan ia diturunkan di Madinah. Dinamakan al-Jumaah kerana ayat-ayat terakhirnya iaitu ayat 9,10 dan 11 membahaskan perihal solat jumaat. Hari jumaat adalah hari yang paling utama dan mulia bagi sekalian umat Islam. Keutamaan dan kemuliaannya dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah hari jumaat. Padanya (hari jumaat) diciptakan Adam a.s, dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga pada hari jumaat, dikeluarkannya dari syurga pada hari jumaat dan tidak berlaku hari kiamat kecuali pada hari jumaat”. (hadis daripada Abu Hurairah r.a dan diriwayatkan dalam shahih Muslim, jilid 2, hlm 585).

 

Manakala dalam kitab al-Muwatta`, al-Imam Malik menukilkan hadis Rasulullah “Sebaik-baik hari yang terbit matahari padanya ialah hari Jumaat. Pada hari itu diciptakan Adam a.s, pada hari jumaat dia (Adam) dikeluarkan dari syurga. Pada hari jumaat Adam a.s bertaubat dan pada hari itu juga dia wafat. Padanya berlaku hari kiamat. Semua makhluk yang melata tidak terkecuali akan berteriak kuat pada hari kiamat dari pagi subuh hinggalah terbit mahatari pada hari Jumaat kecuali manusia dan jin. Pada hari itu, kiamat tidak akan mengganggu hamba Allah yang sedang solat dan memohon sesuatu daripada Allah dan diperkenankan permohonan itu”. Itulah antara beberapa petikan mafhum hadis Rasulullah yang menggambarkan betapa utama dan mulianya hari Jumaat dalam calendar umat Islam sejak dulu, kini dan selamanya. Sebelum didetailkan perbahasan mengenai beberapa masalah fiqh dalam mafhum ayat 9-11 ini, wajar difahami; meskipun solat jumaat adalah wajib (fardhu ain) berdasarkan ijma` ulama`, namun ia adalah terkecuali ke atas beberapa individu sepertimana yang dinyatakan oleh Rasululllah sendiri “Sesiapa yang beriman (mukallaf) kepada Allah dan hari akhirat, maka dia wajib menunaikan solat jumaat kecuali wanita, orang dalam perjalanan (musafir), hamba abdi dan juga orang sakit”. (diriwayatkan oleh al-Dar Qutni). Rukun jumaat dua perkara, iaitu; khutbah dan solat dua rakaat.

 

Dalam ayat 9, golongan yang beriman kepada Allah diingatkan agar segera mengingati Allah apabila mereka diseru berbuat demikian, iaitu setelah mendengar azan.  Dalam Tafsir al-Jalalain, mengingati Allah bermaksud solat jumaat. Adapun bagi Sayyid al-Sabiq dalam kitab Fiqh al-Sunnah, mengingati Allah itu bermaksud khutbah jumaat. Berkaitan dengan seruan azan untuk solat jumaat, timbul perselisihan pendapat; Azan yang mana satukah yang diwajibkan agar umat Islam bersegera (bergegas)? Adakah ia azan pertama atau azan kedua? Azan pertama dilaungkan sebagai makluman masuknya waktu solat jumaat mengikut pendapat para fuqaha al-Hanafiyyah. `. Azan kedua pula ketika imam menaiki mimbar untuk berkhutbah merupakan pendapat jumhur ulama`. (Manakala Azan ketiga bermula pada zaman khalifah Othman bin Affan).

 

Dalam ayat 9 ini juga dinyatakan agar umat Islam meninggalkan urusan perniagaan merupakan dalil  bahawa segala urusan jual beli dan urusan-urusan kehidupan yang lain adalah diharamkan ketika azan berkumandang. Dalam masalah ini, para fuqaha` Islam juga berselisih  pendapat adakah aqad jual beli pada ketika itu sah ataupun batal? Ada sebahagian ulama` seperti Ibn al-Arabi dan al-Qurtubi mengatakan aqad tersebut batal. Namun kebanyakkan Ulama terutama sekali al-Imam Malik dan al-Zamakhsyari menegaskan bahawa aqad itu adalah haram tetapi tidak batal seumpama menunaikan solat di atas tanah yang dirampas secara zalim yang mana solat itu tetap sah tetapi hukumnya adalah makruh. Begitu juga dengan aqad-aqad yang lain.  Dalam ayat ini, jumhur ulama berpendapat; pengertian “Segeralah mengingati Allah” adalah satu dalil bahawa khutbah jumaat merupakan  syarat sah solat jumaat. Malah bagi golongan al-Syafieyyah dan al-Hanabilah; seorang khatib disyaratkan mengemukakan dua khutbah yang mengandungi pujian kepada Allah, selawat ke atas nabi, bacaan ayat-ayat al-Quran dan pesanan agar bertaqwa kepada Allah.

 

Dalam ayat 10, Allah Taala mengharuskan ke atas sekalian umat Islam untuk bersurai dan kembali menyambung semula segala urusan masing-masing yang ditinggalkan kerana menyahut seruan Ilahi. Manakala dalam kupasan ayat 11 pula, Tafsir al-Jalalain dan Dr.Wahbah al-Zuhaili dan kitabnya, al-Tafsir al-Wajiz ala Hamisy al-Quran al-Azim menegaskan berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad, al-Bukhari, Muslim dan al-Tirmidhzi “Suatu hari ketika Rasulullah sedang berkhutbah jumaat, seekor unta yang sarat membawa makanan muncul dengan diiringi paluan gendang dan tiupan serunai. Maka semua mereka keluar beramai-ramai menuju ke arah hidangan tersebut kecuali 12 orang sahaja yang tinggal mendengar khutbah jumaat, lalu Allah Taala turunkan ayat 11 ini sebagai teguran atas tindakan mereka itu. Timbul 15 pendapat yang mengatakan tentang bilangan ahli jumaat. Antaranya ialah; ada juga yang berpendapat jumlah minority ahli jumaat adalah berdasarkan jumlah 12 orang yang tinggal mendengar khutbah Jumaat seperti mana dalam kisah tersebut. Bagi al-Imam Syafie, al-Syafieyyah dan al-Hanabilah jumlah ahli Jumaat ialah sekurang-kurangnya 40 orang. Golongan al-Hanafiah berpendapat memadai dengan empat orang dan salah seorangnya adalah imam. Menurut al-Imam Abu Hanifah; memadai dua orang termasuk imam. Manakala bagi al-Imam Malik pula, tidak ada kuantiti bilangan yang khusus kerana al-Quran tidak menetapkan jumlah ahli Jumaat secara jelas.

 

 

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.