Peralihan kuasa antara Pak Lah dan Najib.

Pak Lah Badawi

Pak Lah Badawi

Umno sudah tidak relevan di kalangan masyarakat majmuk di Malaysia yang kian masak dengan segala bentuk muslihat Barisan Nasional. Untuk masa depan dijangka amat mustahil untuk UMNO menerajui pentadbiran negara seperti mana yang wujud pada masa kini. Lantaran ini, Pak Lah sekali lagi menegaskan untuk melepaskan jawatan tertinggi UMNO kepada Najib dalam tempoh terdekat sebagaimana yang telah ditetapkan sebelum ini. Daripada tercatit dalam lakaran sejarah “UMNO & Barisan Nasional tumbang pada era pemerintahan Pak Lah”, adalah lebih baik bagi Pak Lah beri jalan kepada Najib untuk cepat-cepat naik. Cukuplah sekali beliau dijadikan kambing hitam oleh sekalian ahli Majlis Tertinggi UMNO yang kemaruk kuasa dan masih mengikut telunjuk Tun Mahathir Mohammad tatkala Barisan Nasional berada dalam status amat tergugat selepas PRU-12 baru-baru ini. Lebih munasabah jika Barisan Nasional gulung tikar semasa Najib berada di kemuncak jawatan tertinggi itu.  Berdasarkan rekod tingkah laku dalam sector pentadbiran negara, Najib memang boros berbelanja dan suka berpoya-poya dengan kemewahan yang dicari melalui jawatan yang disandang sedangkan masih ramai rakyat yang dibelenggu kemiskinan. 

Dalam situasi menghitung hari untuk berundur secara sah, Pak Lah seolah-olah tidak mempeduli langsung apa yang berlaku di Perak. Barisan Nasional dapat berkuasa dengan cara tidak sah di Perak sekarang tapi untuk masa hadapan, melalui PRU-13 Barisan Nasional tidak akan mampu lagi bertahan di negeri itu. Ini kerana rakyat sudah mulai bijak memahami tentang undang-undang tubuh negeri tersebut ekoran krisis politik yang berlarutan hingga kini. Sungguh amat memalukan di mata dunia apabila kerajaan pusat sanggup merestukan rampas kuasa secara tidak sah di Perak hinggakan kerajaan Pakatan Rakyat terpaksa bersidang di bawah pokok !!!  

 

Kerajaan Pakatan Rakyat bersidang di bawah pokok

Kerajaan Pakatan Rakyat bersidang di bawah pokok

Apa yang penting dalam minda Pak Lah sekarang ialah sejauh mana kekayaan yang mampu dikumpul sepanjang tempoh menerajui kerajaan Malaysia?, sejauh manakah peluang untuk membuat  duit melalui perniagaan selepas berundur kelak? dan adakah menantunya, Khairy mempunyai kredibiliti untuk terus muncul di barisan hadapan UMNO? Segala apa yang bakal berlaku selepas peralihan kuasa akan dipertanggungjawabkan kepada Najib bulat-bulat. Biarlah Najib pula jadi kambing hitam bila prestasi Barisan Nasional merosot sekali lagi dalam pilihanraya akan datang.

 

Najib Tun Razak

Najib Tun Razak

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: