Kisah ADUN Melor (Part ii)

Sebelum dikaitkan dengan isu perceraian ADUN Melor yang masyhur bagaikan bintang Bollywood, amat wajar jika diulas serba sedikit tentang poligami. Bila sebut pasal poligami, kaum lelaki mula sedap bergeliat. Allah Taala mengharuskan ke atas mereka untuk berpoligami mengikut kadar kemampuan yang mereka miliki.  Namun begitu, kaum lelaki mesti berwaspada dan perlu menghayati definisi kemampuan menurut syarak. Jika tidak dihayati dengan teliti, dikhuatiri poligami yang pada asalnya kerana mencari keredhaan Allah itu akan bertukar menjadi satu kezaliman yang dimurkai oleh Allah lantaran perkahwinan yang berasaskan kerana nafsu semata-mata. Ada beberapa motif poligami yang diamalkan oleh Rasulullah yang perlu diutarakan disini sebagai panduan kepada mereka yang berminat untuk berpoligami. Antara motif-motif tersebut ialah;

i)                    Al-hikmah al-ta`limiyyah (hikmah  bersifat pengajaran). Oleh kerana kaum wanita merupakan sebahagian daripada masyarakat, Rasulullah  memerlukan kaum wanita untuk berperanan sebagai guru pendidik dalam bidang syariah yang khusus kepada kaum wanita terutama sekali dalam masalah yang berkaitan dengan fiqh al-nisa` (fiqh dalam perihal masalah kaum wanita). Lantaran ini, isteri-isterinya Aisyah dan Ummu Salamah lebih berperanan sebagai perawi hadis dalam merungkai permasalahan hukum syarak khususnya yang berkaitan dengan kaum wanita seperti haid, nifas , janabah, urusan perkahwinan dan lain-lain lagi.

ii)                    Al-hikmah al-tasyri`iyyah  (hikmat perundangan syarak). Ini bererti Rasulullah berpoligami kerana menghormati peruntukan quota yang diperuntukan oleh syariat Allah Taala ke atas diri beliau. Malah sebelum Muhammad dilantik sebagai Rasul, masyarakat Arab dan umat terdahulu sudah biasa dengan kehidupan berpoligami. Selain itu, ia juga merupakan satu contoh langkah yang baik untuk mengawal nafsu syahwat bagi umat Islam daripada terjerumus ke lembah perzinaan.

iii)                Al-hikmah al-ijtimaiyyah (hikmat kemasyarakatan). Kemasyarakatan yang dimaksudkan ialah menjalin silatulrahim sesama masyarakat terutama sekali hubungan rapat sesama para sahabat beliau. Lantaran ini, Rasulullah mengahwini anak perempuan sahabatnya, Abu Bakar al-Siddiq (Aisyah). Kemudian disusuli pula pernikahannya dengan anak perempuan Umar al-Khattab (Hafsah). Pertalian yang wujud hasil daripada semua perkahwinan ini mampu mengeratkan hubungan sesama mereka yang berperanan penting dalam penyebaran agama Islam di peringkat permulaan.  Kebanyakkan wanita-wanita yang kahwini beliau adalah janda demi menjaga kebajikan mereka yang telah ketiadaan suami kecuali Siti Aisyah r.a yang dikahwini semasa dia berusia 6 tahun.

iv)                Al-hikmah al-siyasiyyah (hikmah politik). Perkahwinan Rasulullah juga bermotifkan politik demi untuk kebaikan sejagat. Lantaran ini, beliau mengahwini Juwairiah binti al-Harith, anak perempuan ketua Bani Mustolaq dan juga seorang wanita berbangsa Yahudi, Sofia binti Huyyai , anak perempuan ketua Bani Nadhir. Begitu juga perkahwinan beliau dengan Umm Habibah (Ramlah binti Abu Sufian), iaitu anak perempuan salah seorang tokoh politik berpengaruh di kota Mekah pada masa itu dan Mariah al-Qibtiyyah (berbangsa Qibti dari Mesir). (sila rujuk kitab Tafsir Ayat al-Ahkam, jilid 2, Muhammad Ali al-Sabuni, hlm 347-366)

Semua perkahwinan yang bersandarkan empat motif ini berjaya kerana disulami dengan perasaan kasihkan Allah Taala, saling mencintai dalam hubungan suami isteri serta keredhaan dan kesanggupan untuk dimadu bagi pihak kaum wanita terbabit.  Poligami Rasulullah berlangsung selepas kewafatan isteri pertamanya, Khadijah binti Khuwailid.

 

Cuma yang berbeza hanyalah quota bilangan isteri yang dihadkan kerana kaum muslimin diharuskan memiliki setakat empat orang isteri sahaja dalam satu masa. Manakala Rasulullah pula dibenarkan lebih daripada itu. Ada riwayat mengatakan beliau berpoligami seramai 9 orang dan ada juga riwayat yang mengatakan jumlah isteri beliau seramai 13 orang. Namun jumlah yang lebih tepat ialah seramai 11 orang isteri (kecuali Khadijah binti Khuwailid) berdasarkan  Kitab Azwaj al-Nabi, oleh al-Imam Muhammad bin Yusuf al-Soleh al-Dimsyqi, hlm 35-213. Apa yang penting ialah; adakah semua motif yang mendorong Rasulullah berpoligami ini dicontohi oleh umat Islam masa kini? Apakah erti kemampuan yang mereka fahami? Bagi kaum lelaki kemampuan sex adalah factor utama untuk berpoligami. Sedangkan bagi kaum wanita kemampuan untuk berlaku adil dalam segenap aspek mengikut ta`wilan otak merekalah yang perlu diutamakan seperti; jika isteri pertama dapat kereta Mercedes, maka tidak adil sekiranya isteri kedua tidak diberikan kereta Mercedes juga. Semua ta`wilan ini berasaskan keinginan peribadi masing-masing.  Namun dalam Islam, kemampuan ialah bersifat adil dalam menangani masalah rumahtangga mengikut situasi keperluan dan kemampuan suami untuk memenuhi kemahuan isteri. Bukanlah dianggap adil untuk seorang suami bermalam selama 2 malam berturut-turut bagi setiap rumah isteri pertama, kedua dan ketiga sedangkan jarak antara setiap rumah tersebut adalah amat jauh beratus kilometer. Begitu juga tidak dianggap adil bagi seorang suami memberi nafkah sebanyak rm 1,000 bagi setiap seorang isterinya walaupun jumlah tanggungan (anak-anak) adalah tidak sama.  Lain ceritalah kalau suami memang sudah kaki temberang yang suka berjanji untuk memberi itu dan ini yang diluar kemampuannya. Jika sudah tiada persefahaman untuk hidup bersama, maka diharuskan perceraian tetapi harus diingat perceraian itu amat dimurkai oleh Allah Taala jika tiada sebab-musabab yang diharuskan untuk berbuat demikian. Cuba tanya YB Melor apakah motif yang menyebabkan dia berpoligami dan bercerai ?  Lagikan Rasulullah mengahwini wanita Yahudi (Sofia binti Huyyai) dan tidak sekali-kali menzalimi wanita tersebut tetapi YB Melor yang beria-ria memegang jawatan ADUN kerana mengimpikan sebuah negara Islam sanggup menzalimi Aishah Kemboja. Bukankah lebih baik jika YB Wan Smail bertindak menambah quota dengan tidak menceraikan Aishah yang masih memerlukan bimbingan agama daripada seorang lelaki yang berstatus suami??? Aishah terpinga-pinga dicerai kerana selama ini dia tidak pernah mendurhakai YB Ustaz Wan Smail.

 

Ada juga khabar-khabar angin mengatakan YB Melor berkahwin dengan Aishah Kemboja kerana mengikut langkah bekas Speaker DUN, Dato` Wan AbdulRahim (kini ahli Parlimen Kota Bharu) dan bercita-cita nak jadi speaker DUN. Disebabkan tidak terpilih sebagai speaker, YB Melor ini kecewa dan bertindak mengahwini perempuan lain lalu menceraikan Aishah. Satu lagi khabar angin mengatakan perkahwinan YB Melor yang terbaru ini kerana ingin menikmati cita rasa baru berketurunan Syed yang berbulu lebat di tangan dan memang sudah merasa puas dengan cita rasa Kemboja yang tidak berbulu lebat…..Ada juga yang mengatakan Aishah Kemboja tidak bersetuju beliau berkahwin seorang lagi yang berketurunan Syed.  Semua itu hanyalah propanganda oleh mereka yang tidak puas hati dengan sikap YB Melor yang gelojoh dalam sector politik. Hanya Allah dan YB Wan Smail saja yang tahu sebab sebenar mengapa Aishah diceraikan. Minggu ini timbul pula desas-desus keluarga YB Melor mengugut untuk membunuh Aishah. Memang panas betullah isu krisis rumahtangga YB Wan Smail nih….Sekarang ini heboh pulak cerita si janda berhias ini buat tuntutan muta`ah sebanyak 3 juta ringgit kerana menganggap ADUN tersebut telah mungkir janji untuk memberinya itu dan ini…..….ehmmmm…..orang tua-tua dulu pernah berpesan pandai makan kenalah pandai simpan……pandai buat kenalah pandai tanggung sendiri!!!

 

 

Aishah buat laporan polis

Aishah buat laporan polis

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: