Hishamuddin gelabah dengan desakan GMP

Sepatutnya tentangan sebegini terhadap perlaksanaan PPSMI dilakukan sejak awal-awal penguatkuasaannya secara drastik kerana ia jelas tidak berjalan lancar sebagaimana yang dirancang dan menyimpang daripada tuntutan sebenar. Walaubagaimanapun Syabas! diucapkan kepada para pejuang dan pengdokong bahasa ibunda yang mengambil bahagian dalam perarakan untuk menyerah memorandum kepada Yang DiPertua Agong di Istana Negara. Amat sukar untuk dipertahan PPSMI agar terus kekal beroperasi dengan hanya bersandarkan janji-janji untuk memperkemaskinikan kesilapan-kesilapan teknikal yang tidak memberi sedikitpun keuntungan kepada para pelajar. Ini kerana;

Mereka berani berdepan dengan FRU demi bahasa ibunda tercinta

Mereka berani berdepan dengan FRU demi bahasa ibunda tercinta

 

 

i)                    kepincangan utama dalam perlaksanaan PPSMI ialah ketidakmampuan guru-guru dalam matapelajaran tersebut berkomunikasi dengan bahasa Inggeris untuk menyampaikan ilmu. 

ii)                  Persediaan untuk mengeluarkan guru-guru matapelajaran sains dan matematik yang mahir berbahasa Inggeris tidak dipantau oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dengan berkesan.

iii)                Persetujuan untuk perlaksanaannya sebelum ini tidak berdasarkan kajian yang penuh teliti.

iv)               Perlaksanaan PPSMI merupakan tindakan double standard terhadap bahasa kebangsaan dan ia tidak menjamin bahawa seseorang murid yang terbabit dalam system pengajian tersebut akan mampu menguasai bahasa Inggeris.

v)                 Kalau setakat bertujuan memantapkan penguasaan bahasa Inggeris dikalangan para pelajar khususnya pelajar Melayu, Kementerian Pendidikan Malaysia sepatutnya bertindak memperkemaskinikan guru-guru matapelajaran bahasa Inggeris yang sedia ada dan mereka yang bakal mengajar matapelajaran bahasa Inggeris sahaja. Kaji kembali sukatan-sukatan bahasa Inggeris di sekolah-sekolah dan method penyampaian guru-guru bahasa Inggeris walaupun mereka sudah memiliki diploma pendidikan dalam jurusan tersebut. Tidak perlu kemaruk mengacau matapelajaran lain seperti sains dan matematik.

Fakta-fakta inilah yang menyebabkan Hishamuddin Tun Hussein Onn gelabah dengan desakan GMP (Gerakan Memansukhkan PPSMI). Meskipun gelabah, mahu tidak mahu dia terpaksa mengambil keputusan untuk tidak akur kepada tuntutan tersebut dengan alasan tuntutan itu didalangi oleh parti pembangkang. Mengapalah sempit sangat cara Hishamuddin berfikir pada hal dia seorang Menteri yang menerajui portfolio pendidikan??? Cuba fikir baik-baik….

Hishamuddin angkat keris bila gelabah

Hishamuddin angkat keris bila gelabah

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: