Archive for March 14th, 2009

Kediaman Nik Nur Madihah

Inilah kediaman Nik Nur Madihah

Inilah kediaman Nik Nur Madihah

Boleh dikatakan semua media massa menyiarkan gambar kediaman Nik Nur Madihah pelajar cemerlang SPM 2008 di Kampung Parang Puting, Pengkalan Chepa, Kelantan.  Rumah ini disewa dengan harga rm 90 sebulan oleh bapanya, Nik Mohd.Kamal untuk mereka sekeluarga berteduh dari hujan dan panas. Inilah yang termampu dapat disediakan oleh seorang bapa yang bekerja sebagai seorang nelayan. Mungkin selepas ini keluarganya akan dapat perhatian daripada  semua pihak yang bersimpati dengan segala kekurangan mereka termasuklah semua wakil-wakil rakyat PAS dalam Parlimen Pengkalan Chepa.

Advertisements

Mengapa bersikap double standard?

Enam orang rakyat Malaysia didakwa menghina Sultan Perak. Mereka ialah Azrin Md.Zain,33, seorang pembantu makmal, Muslim Ahmad,54, seorang peniaga, ahli perniagaan Chan Hon Keong,36, bersama isterinya Khoo Hui Shuang,37, Juru ukur, NorHisham Osman, 36 dan Rutinin Suhaimin, 35, seorang pemilik kedai telefon bimbit. Antara nama-nama ini hanya Azrin Md.Zain saja yang mengaku bersalah sementara mereka yang lain mengaku tidak bersalah.

Jika  nama-nama tersebut dianggap menghina raja, bagaimana pula dengan semua petikan kenyataan akhbar yang terdahulu sepertimana yang tertera di bawah ini? Adakah semua kenyataan ini tidak menghina institusi raja??? Mengapa bersikap double standard? Bila pula mereka yang terbabit ini akan didakwa dan dikenakan denda kerana menghina institusi raja??? Agaknya kalau setakat denda rm 10,000 golongan elite dalam UMNO yang menghina institusi raja ini mampu bayar dengan hanya memejam sebelah mata aje…. Untuk berita lanjut, sila layari http://manjanik.wordpress.com/

09/03/1993 Tidak boleh sanjung yang bercanggah
RAKYAT tidak lagi boleh menyanjung raja-raja berdasarkan konsep duli, paduka dan patik kerana ia bercanggah dengan akidah Islam dan taakulan (reason) sejagat, kata Datuk Dr Affifuddin Omar (BN-Padang Terap). Beliau berkata, sanjungan rakyat terhadap raja-raja mestilah didasarkan kepada nilai-nilai Islam dan amalan moral sejagat.

07/03/1993 Tindakan Sultan Kelantan macam wayang kulit
BATU PAHAT: Tindakan Sultan Kelantan menangani isu pindaan Perlembagaan yang kini berlarutan kepada rasa tidak puas hatinya terhadap Sultan Kedah dan mempertikaikan kesahihan keputusan Majlis Raja-Raja Melayu, disifatkan sebagai tayangan wayang kulit. Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Mohd Yasin Kamari, berkata tindakan Sultan Kelantan itu terlalu kebudak-budakan dan ternyata beliau tidak matang menangani masalah berkenaan.
 
01/03/1993 Rahim anggap sultan tidak ada pendirian
PASIR MAS, Ahad – Ahli Majlis Tertinggi Umno (MT), Datuk Abdul Rahim Bakar, mendakwa Sultan Kelantan tidak mempunyai pendirian sendiri dalam menentukan sikapnya berhubung isu pindaan Perlembagaan. Beliau percaya, Sultan Kelantan diperalatkan parti pembangkang, khususnya Semangat 46, untuk kepentingan politik mereka.

20/02/1993 Raja perlu akur kehendak rakyat
JOHOR BAHRU, Jumaat – Setiap raja Melayu di negara ini yang melakukan kesalahan wajar mematuhi undang-undang, termasuk turun takhta jika mereka dihukum penjara lebih sehari apabila Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 1993 diluluskan. Menteri Besar, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, berkata jika rang undang- undang itu diluluskan raja-raja Melayu tidak boleh berdolak-dalik lagi dengan pelaksanaan undang-undang berkenaan.

15/02/1993 Raja mesti patuhi peraturan: Annuar
IPOH, Ahad – Kerajaan tetap bertegas memastikan perilaku raja Melayu selari dengan peruntukan undang-undang dan pindaan Perlembagaan bagi menjamin institusi beraja diletakkan di tempat sewajarnya. Menteri Belia dan Sukan, Datuk Annuar Musa, berkata soal ketegasan memerlukan kerjasama semua pihak seperti menteri, menteri besar dan wakil rakyat bagi memastikan semua pihak terbabit mematuhi peraturan dan mengelak berulang salah laku raja.

14/02/1993 Raja sudah setuju, tetapi Usno belum
SELEPAS dua bulan mendengar curahan rasa, kritik dan teguran rakyat jelata, raja-raja Melayu akhirnya setuju dengan pindaan Perlembagaan. Maka berakhirlah mitos raja-raja tidak boleh disaman dan didakwa. Dengan pindaan itu mereka akan dikembalikan ke alam nyata iaitu tertakluk kepada hukum Allah, alam dan manusia. Dari segi kehidupan sosial, mereka terus bergelar bangsawan, tetapi dari segi undang-undang, mereka tetap manusia biasa yang tidak punya sebarang imuniti. Maka akan berkuranganlah pening kepala dan sesak dada Menteri dan Menteri-menteri Besar yang sebelum ini terpaksa menghadapi pelbagai karenah dan gelagat raja dan kerabat. Tiada tekanan istana bermakna kuranglah pembaziran dan kekejaman. Oleh kerana raja-raja tidak lagi sibuk berniaga, meminta kawasan balak, membeli kereta dan sebagainya, mereka mempunyai masa yang banyak untuk memerhati Menteri dan Menteri Besar mentadbir negeri dan negara. Kalau ada yang tidak kena, mereka boleh tegur. Sebelum ini mereka tidak boleh menegur apa-apa kerana merekalah yang kuat membazir. Jadi Menteri dan Menteri Besar mestilah berjaga-jaga jangan jadi mengata dulang paku serpih.

12/02/1993 Perak berkuasa pecat raja By Zailani Ahmad
IPOH, Khamis – Dewan Negara Perak boleh mengambil tindakan terhadap sultan dan kerabat raja yang didapati melakukan perbuatan salah laku bertentangan di sisi undang-undang negara. Sehubungan dengan itu, orang ramai tidak dihalang membuat aduan kepada Dewan Negara jika ada di kalangan kerabat diraja dan sultan berkenaan melakukan perbuatan yang menyalahi undang-undang.

09/02/1993 Pemuda sokong saranan
MUAR, Isnin – Pergerakan Pemuda Umno Johor bersetuju dengan saranan Timbalan Perdana Menteri, Ghafar Baba, bahawa negera ini milik bersama rakyat tanpa mengira kaum dan bukannya kepunyaan raja-raja Melayu. Naib Ketuanya, Masri Sariani, berkata sudah sampai masanya kerajaan menumpukan perhatian sepenuhnya untuk membela nasib rakyat kerana mereka banyak berkorban untuk membebaskan negara daripada cengkaman penjajah.

09/02/1993 Perilaku raja boleh bantut penerapan nilai Islam
IPOH: Usaha menerap nilai Islam di dalam pelbagai aspek pentadbiran dan penghidupan rakyat mungkin menempuh laluan yang sukar selagi masih ada raja-raja Melayu yang berpegang teguh kepada amalan yang tidak sejajar dengan ajaran agama. Perilaku sesetengah daripada raja-raja Melayu itu seolah-olah tidak mencerminkan amanah yang mereka pikul sebagai Ketua Agama Islam di negeri masing-masing.

08/02/1993 Negara bukan milik raja Melayu: Ghafar By Dzulkifley Zanudin
JOHOR BAHRU, Ahad – Timbalan Perdana Menteri, Ghafar Baba, berkata negara ini bukan milik raja-raja Melayu, sebaliknya dimiliki bersama oleh semua rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum. Sehubungan itu, katanya, raja-raja perlu sedar kesilapan pemahaman mereka selama ini dan segera menerima rang undang-undang pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi menghadkan kekebalan mereka di segi undang- undang.
 
08/02/1993 Melayu mesti sokong kerajaan By Mohd Shah Abdullah
KUALA LUMPUR, Ahad – Orang Melayu perlu bersatu di belakang kerajaan dalam isu pindaan Perlembagaan bagi menghadkan kekebalan raja di segi undang- undang dan tidak terpengaruh dengan dakyah asing yang cuba memecah- belahkan perpaduan. Ahli Exco Pergerakan Pemuda Umno, Zuber Embong, berkata jika tidak berhati-hati musuh-musuh asing yang irihati dengan kemajuan pesat negara akan menyeludup masuk untuk menghancurkan benteng perpaduan orang Melayu.

07/02/1993 Kerajaan tetap rampas tanah
NIBONG TEBAL: Kerajaan negeri tetap merampas tanah yang tidak dijelaskan cukainya, terma suk milik kerabat raja, kata Timbalan Ketua Menteri, Dr Ibrahim Saad. Menurutnya, jika rakyat biasa boleh dikenakan tindakan sedemikian, raja- raja juga tidak terkecuali.

06/02/1993 Kapten turut kena dera
IPOH, Jumaat – Bekas pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Kapten (B) Zakaria Mat Khamis, 38, hari ini mendedahkan beliau pernah didera `setengah mati’ oleh Sultan Johor, kira-kira sepuluh tahun lalu kerana didakwa membawa kapal K D Sundang terlalu laju. Beliau yang menyandang jawatan Pegawai Pemerintah K D Sundang ketika itu, berkata kejadian itu berlaku pada 1 Januari 1983 di sebuah pantai berhampiran Stulang Laut, Johor ketika beliau membawa kapal itu pulang ke pangkalan TLDM di Woodlands.

05/02/1993 Nasib Melayu bukan kerana raja
BUKIT MERTAJAM, Khamis – Masa depan orang Melayu bukan ditentukan oleh raja-raja, sebaliknya oleh kerajaan yang diterajui Barisan Nasional (BN), kata Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Dr Ibrahim Saad. Oleh itu, beliau berkata, orang Melayu tidak harus bimbang terhadap langkah kerajaan meminda Perlembagaan Persekutuan, antara lain menghapuskan kekebalan raja-raja di sisi undang-undang.

04/02/1993 Istana kerabat raja di kawasan ekslusif
GEORGETOWN, Rabu – Pendedahan mengenai pemilikan harta dan perbelanjaan mewah raja-raja Melayu sejak kebelakangan ini turut mencuit perasaan penduduk Pulau Pinang, walaupun negeri ini tidak beraja. Ini kerana ada beberapa istana dan banglo mewah milik raja-raja Melayu di beberapa kawasan eksklusif di sini yang memberi gambaran jelas kepada penduduk menilai sendiri keistimewaan dan kekayaan raja-raja.

02/02/1993 Istana berpolitik: KDN disyor bertindak By Shahrizal Sanusi
KUALA LUMPUR, Isnin – Kelab Penyokong-Penyokong Kerajaan (BBC), meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN), bertindak tegas ke atas sesiapa saja dari pihak istana yang cuba mengelirukan rakyat berhubung pindaan Perlembagaan. Pengerusinya, Shahidan Kassim, berkata BBC memandang berat perbuatan Tengku Mahkota Johor berkempen di rancangan Felda, baru-baru ini kerana ia boleh mengelirukan rakyat.

01/02/1993 Raja tidak perlu kemukakan pelbagai alasan
GEORGETOWN, Ahad – Raja-raja tidak perlu mengemukakan pelbagai alasan bagi menolak kehendak rakyat yang mahukan Perlembagaan menyentuh kekebalan raja dipinda, kata Timbalan Perdana Menteri, Ghafar Baba. Menurutnya, kalau raja-raja boleh mendengar cakap British, Belanda, Portugis dan Jepun pada zaman penjajah, tidak ada sebab mereka kini tidak boleh menerima hasrat rakyat.