Archive for March 15th, 2009

RENUNGAN ( 7 )

  • Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah bersabda “Jika aku dijemput untuk makan peha kambing  atau kakinya sudah tentu aku terima pelawaan itu. Dan sekiranya aku dihadiahkan peha kambing atau kaki kambing tentu sekali aku menerimanya”.

 

  • Daripada Anas r.a, Rasulullah bersabda “Sesiapa yang keluar dari kediamannya kerana menuntut ilmu, maka dia berada di jalan Allah (fi sabilillah) sehingga dia kembali semula”.

 

  • Daripada Ali r.a, aku dengar Rasulullah bersabda “Akan muncul di akhir zaman satu golongan yang kurang akal. Mereka memperkatakan perkara yang baik. Mereka keluar Islam (murtad) bagaikan panah keluar dari busurnya. Keimanan mereka tidak melepasi kerongkong mereka. Bunuhlah mereka dimana saja kamu temui mereka. Sesiapa yang membunuh mereka akan mendapat pahala di hari kiamat” .

 

  • Daripada Anas bin Malik r.a “Penduduk Mekah meminta agar Rasulullah memperlihatkan kepada mereka mukjizat (tanda kekuasaan Tuhan). Lalu ditunjukkan kepada mereka bulan menjadi terbelah dua”

 

  • Daripada Abu Dzar r.a, Rasulullah bersabda “Berjalan (mengembara) untuk mempelajari satu bab daripada ilmu adalah lebih baik daripada engkau mengerjakan solat sunat sebanyak seratus rakaat”
Advertisements

Tok Guru Prihatin dengan nasib Nik Nur Madihah sekeluarga

 

YAB Tok Guru Menteri Besar Kelantan

YAB Tok Guru Menteri Besar Kelantan

 

Hari ini 15hb.Mac 2009, pelajar cemerlang SPM 2008, Nik Nur Madihah bt Nik Mohd.Kamal  dari Kampung Sabak dikunjungi Menteri Besar, Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan diteman oleh Setiausaha Sulitnya, Mohd.Rusdi Abdullah di Kampung Parang Puting, Pengkalan Chepa, Kelantan. Sebagai menghargai kejayaan tersebut Menteri Besar menawarkan satu lot dan rumah kepada keluarga nelayan tersebut bagi membolehkan mereka tinggal dalam keadaan lebih selesa.   Apa yang lebih menggembirakan mereka ialah pemberian lot dan rumah bernilai RM130,000 sumbangan kerajaan negeri kepada keluarga cemerlang itu akan dibina Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) di Taman Perumahan Kurnia Jaya. Dalam kunjungan itu Tok Guru turut menyampaikan sumbangan wang tunai sebanyak RM5,000 kepada keluarga Madihah. Beliau mencadangkan pelajar cemerlang berkenaan melanjut pengajian ke Timur Tengah bagi membolehkan menguasai bahasa Arab dengan mudah dan cepat. Atas keprihatinan Tok Guru Nik Aziz dan kerajaan Kelantan, ibu Nik Nur Madihah, Puan Noraini Omar, 42 mengucap terima kasih kepada kerajaan negeri yang bersedia menawarkan lot dan rumah baru kepada mereka. Walaupun anak sulung itu pernah berazam untuk membeli rumah bagi keperluan keluarga apabila bekerja nanti, namun Allah telah mengurniakannya lebih awal hasil kecemerlangannya.

“Terima kasih banyak-banyak, saya tak tahu apa nak diucapkan lagi, ini pun dah banyak sumbangan yang diberikan,” ujar ibu Nik Nur Madihah.

Nik Nur Madihah, pelajar cemerlang SPM 2008

Nik Nur Madihah, pelajar cemerlang SPM 2008

 

 

 

 

Tok Guru ziarah keluarga Madihah

Tok Guru ziarah keluarga Madihah