Manusia tak dapat lari daripada kesilapan

 

picture0034

Manusia tak dapat lari daripada membuat kesilapan. Namun ini bukan bererti manusia perlu  redha untuk terus  kekal melakukan kesilapan. Tak kiralah sama ada guru, ahli perniagaan, ahli politik dan lain-lain lagi. Sudah tentu setiap kesilapan perlu ditegur sama ada dinasihat, dibelasah dengan ayat-ayat tajam atau dipujuk berasaskan tahap-tahapnya. Dalam banyak-banyak katogari karier manusia, karier sebagai ahli politiklah yang paling menonjol dalam melakukan apa jua kesilapan kerana diri mereka sentiasa berada dalam perhatian rakyat yang menyokong dan juga yang menentang mereka. Lantaran keegoan dan status imuniti yang dirasakan lebih perlu diutamakan, ramai dikalangan ahli politik cepat lupa daratan. Ada dikalangan pengunjung blog ini menganggap saya seperti Sayuti Omar (MSO) yang suka menghentam ahli-ahli politik yang tidak sebulu dengannya sahaja. Tanggapan ini tidak benar sama sekali. Sayuti itu adalah Sayuti……dan saya adalah saya. Penampilan penulisan blog antara kami amat berbeza sama sekali. Dia lebih mengutamakan spekulasi persekitaran dan andaian peribadi dalam mengenengahkan isu-isu politik. Namun penampilan blog saya tidak sepertimana blognya kerana saya lebih mengutamakan fakta-fakta akademik dalam mengemukakan hujjah-hujjah. Blog Sayuti memokuskan tentang isu-isu politik tetapi blog saya adalah umum dan tidak menumpu kepada isu-isu politik semasa secara mutlak, malah lebih cenderung ke arah akademik.

Jarang-jarang sekali rasanya perlu juga dikaitkan antara fakta akademik dengan isu politik semasa tanahair kerana saya menyokong teori Ibn Khaldun yang mengatakan;  “Untuk mendirikan sebuah negara Islam (kekuasaan yang berlandaskan hukum syarak), dua elemen iaitu agama dan asabiyyah perlu diutamakan dan tidak wajar dipisahkan antara keduanya. Namun jika elemen asabiyyah lebih diutamakan mengatasi elemen agama, kezaliman akan tercetus. Sebagai contohnya, jika seorang lelaki Cina beragama Buddha yang tidak melakukan sebarang jenayah dibelasah oleh seorang individu Melayu yang mengaku dirinya muslim, maka adalah tidak wajar bagi kaum muslimin yang lain untuk menyokong anak bangsanya yang mengamuk membelasah lelaki tersebut. Ini kerana tindakan membelasah sedemikian rupa adalah tindakan mengutamakan elemen asabiyyah mengatasi tuntutan agama yang  sentiasa menjaga keharmonian dan menghormati hak golongan non muslims lebih-lebih jika mereka tidak melakukan sebarang kesalahan jenayah! Dalam konteks amar maaruf dan nahi mungkar, Islam tidak mengamalkan pilih bulu dan sikap double standard dalam menangani setiap permasalahan yang timbul.

Saya bersetuju dengan pendapat yang mengatakan redha dengan kemungkaran sama juga dengan melakukan kemungkaran dan setiap manusia tidak terlepas daripada melakukan kesilapan tak kiralah parti apapun yang mereka sokong. PAS ke UMNO ke DAP ke PKR ke…semuanya terdedah ke arah melakukan kesilapan lebih-lebih bila sudah berkuasa ataupun sudah berauthoriti sebagai wakil rakyat. Lagikan Rasulullah pernah mengatakan bukan semua yang turut berjihad bersama-sama beliau dibawah satu panji-panji Islam akan masuk syurga kecuali mereka yang benar ikhlas dalam perjuangan serta mengharap keredhaan Ilahi, inikan pula kita yang berada dalam kelompok masyarakat majmuk yang mengutamakan politik kepartian dalam system demokrasi berparlimen. Lantaran ini semua ahli politik yang pernah buat silap sepanjang karier mereka perlu bermuhasabah dan perlu ditegur. Bagi saya, teguran kepada pimpinan PAS adalah dengan mengkritik tindakan mereka yang salah berasaskan fakta ilmiah mudah-mudahan mereka sanggup berubah sikap. Meskipun saya pernah mengumumkan untuk taat setia kepada pimpinan parti tapi ini bukan bererti saya kena ikut telunjuk pemimpin tersebut sampai akhir hayat tanpa sebarang kritikan terutama sekali pemimpin yang tidak suka ditegur dan menganggap sesiapa saja yang mengkritik kesilapannya sebagai melanggar baiah. Manakala bentuk teguran bagi UMNO dan Barisan Nasional ialah dengan menghukum parti-parti berkenaan dengan tidak menyokong dan memberi undi kepada mereka. Tidak tergerak hati ini nak sokong Barisan Nasional yang berkembang biak dalam kancah rasuah bermula dari pimpinan atasan hinggalah ke peringkat bawahan. Sesiapa yang tidak berpuas hati dengan setiap teguran yang diluahkan dalam blog ini, sila kemukakan bantahan dalam ruangan comment dengan syarat bantahan itu mestilah berasaskan fakta dan juga hujjah-hujjah ilmiah. Saya adalah saya, tetap sentiasa mengdokong prinsip keadilan dan kebenaran dalam apa jua situasi sekalipun….

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: