Adab bersama al-Quran

 

Awal surah al-Baqarah
Awal surah al-Baqarah

 Al-Quran ialah kalam Allah yang wajib ke atas kaum muslimin memuliakannya dalam apa jua situasi. Lafaz al-Quran dari segi bahasa; bacaan atau himpunan huruf dan kalimah. Ini berdasarkan firman Allah:
Sesungguhnya Kami yang berkuasa mengumpulkan al-Quran itu (dalam dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu); Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, Dengan perantaraan Jibrail), maka bacalah menurut bacaannya itu. (surah al-Qiyamah, 75:17-18)

Manakala dari segi istilah; kalam Allah yang bermukjizat diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibrail dalam bahasa Arab, diriwayatkan secara mutawatir dan membaca setiap hurufnya adalah ibadah, bermula dari surah al-Fatihah dan berakhir dengan surah al-Nas yang diturunkan secara beransur-ansur dalam tempoh 23 tahun. Al-Quran juga dikenali dengan beberapa nama lain  seperti;

  • Al-Kitab bermaksud sebuah kitab berdasarkan firman Allah:

Alif, Laam, Miim. Kitab al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa; (surah al-Baqarah 1:1-2)

  • Al-Furqan (pemisah hak dan batil) sebagaimana firman Allah:

 Maha berkat Tuhan Yang menurunkan al-Furqan kepada hambaNya (Muhammad), untuk menjadi peringatan dan amaran bagi seluruh penghuni alam. (surah al-Furqan 25:1)

  • Al-Zikr (peringatan) berdasarkan firman Allah:

Sesungguhnya Kami yang menurunkan al-Quran dan Kami yang memelihara dan menjaganya. (surah al-Hijr 15:9)

  • Al-Tanzil (penurunan) sepertimana firman Allah:

 Dan Sesungguhnya Al-Quran (yang di antara isinya kisah-kisah yang tersebut) adalah diturunkan oleh Allah Tuhan sekalian alam. (surah al-Syuara 26:192).

Al-Quran berperanan dalam kehidupan manusia dan jin sebagai;

  • Al-Nur (cahaya) yang menerangi kegelapan kerana ia memancarkan cahaya keimanan kepada orang yang berada di dalam kegelapan serta kekufuran. Selain itu, al-Quran juga menjadi cahaya yang menerangi jiwa orang yang selalu membacanya dan menghayati isi kandungannya. Firman Allah:  

Wahai manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu: Bukti daripada Tuhan kamu, dan Kami pula telah menurunkan kepada kamu al-Quran sebagai Nur (cahaya) yang menerangi (segala apa jua Yang membawa kejayaan di dunia ini dan kebahagiaan yang kekal di akhirat kelak). (surah al-Nisa’ 4:174)

  • Al-Mubin (Penerang)  kerana ia menghuraikan ajaran Islam kepada seluruh umat. Firman Allah:

Wahai ahli Kitab! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul Kami (Muhammad, s.a.w) dengan menerangkan kepada kamu banyak dari (keterangan-keterangan dan hukum-hukum) yang telah kamu sembunyikan dari Kitab suci dan ia memaafkan kamu (dengan tidak mendedahkan) banyak perkara (yang kamu sembunyikan). Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad) dari Allah, dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata keterangannya. (surah al-Maidah 5:15)

  • Al-Huda (petunjuk) kerana ia menunjukkan jalan yang lurus kepada umat manusia. Firman Allah:

Wahai manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran daripada Tuhan kamu dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman. (surah Yunus10:57)

  • Al-Rahmah (kerahmatan) kerana ia membawa rahmat kepada golongan mukminin yang sentiasa membaca, mempelajari dan mengamalkan isi kandungannya. Firman Allah:

Wahai manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran daripada Tuhan kamu dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada dalam dada kamu dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman. (surah Yunus 10:57)

Ayat pertama yang diturutkan ialah surah al-Alaq. Penurunan surah al-Alaq berlaku di gua Hira pada 17 Ramadhan pada tahun  41 kelahiran Rasulullah. Manakala  ayat yang terakhir pula pada 9 hb ZulHijjah tahun 10 Hijrah. Tentang ayat terakhir yang diturunkan, timbul beberapa persilihan pendapat mengenainya. Meskipun begitu, jumhur ulama` sependapat bahawa surah al-Taubah sebagai surah panjang terakhir turun, surah al-Nasr surah pendek terakhir turun dan ayat 275 hingga 281 Surah al-Baqarah merupakan ayat terakhir diturunkan. Ada juga yang berpendapat ayat 3 surah al-Maidah merupakan ayat terakhir yang diturunkan.

 Isikandungannya meliputi kisah-kisah masa silam, hukum-hukum dan perundangan fiqh, aqidah, tentang hari kiamat, balasan syurga dan neraka yang selaras dan sesuai dengan perjalanan zaman dulu, kini dan selamanya. Sehubungan ini, beberapa adab perlu dijaga sedaya mungkin bagi memastikan ketinggian statusnya terpelihara, iaitu;

i)                    Membacanya dalam keadaan yang paling sempurna dan selesa disamping menjaga    kesucian diri daripada hadas besar dan kecil, mengadap qiblat serta dalam keadaan tenang.

ii)                  Memperlahankan bacaan, memperjelaskan sebutan dan tidak tergesa-gesa.

iii)                Memastikan jiwa sentiasa khusyuk ketika membacanya dengan menzahirkan kesedihan jika bacaan tersebut berkaitan dengan azab sengsara api neraka dan menzahirkan kegembiraan jika ayat-ayat yang dibaca itu adalah sebaliknya. Rasulullah merupakan insan paling khusyuk dalam solat ketika membaca ayat-ayat suci hinggakan para sahabat menggambarkan seolah-olah didengari bunyi guruh dari dalam perutnya atau bagaikan bunyi periuk tembaga mendidih kerana terlalu khusyuk.

iv)                Berusaha memperelokkan suara sewaktu membaca al-Quran sedaya mungkin.

v)                  Memperlahankan (menyembunyikan) bacaan jika dikhuatiri bacaan yang nyaring boleh mendatangkan riya`.

vi)                Membacanya dengan penuh perihatin, bertafakkur serta membesarkan ke Esaan Ilahi dengan berusaha memahami segala pengertian dan rahsia-rahsianya.

vii)              Berusaha untuk bersifat dengan segala sifat-sifat mulia disamping menjauhi segala sifat-sifat terkeji  yang dinyatakan di dalamnya.

One response to this post.

  1. Posted by suha on 10 October 2009 at 10:00 am

    alhamdulillah,syukran ustaz atas perkongsian..

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: