Archive for April, 2009

Perancangan Perisik British Dalam Menghancurkan Negara Islam (Memo Mr.Hampery)

 

 

 

Cover depan buku Perancangan Perisik British

Cover depan buku Perancangan Perisik British

 

 

 

PENGUMUMAN

Sinopsis

Buku ini merupakan terjemahan memo salah seorang perisik British yang dikenali dengan nama Mr.Hampery. Beliau telah ditugaskan untuk menyelidik dan memporak perandakan negeri-negeri Islam serta menjahanamkan akidah umat Islam dengan pelbagai bentuk strategic. Di bawah naungan kementerian negeri-negeri yang dijajah, Mr.Hampery bertindak menyelinap masuk dalam rumpunan umat Islam di beberapa buah lokasi di negeri-negeri Islam di Asia Barat. Selain beliau, pihak kementerian juga menyediakan seramai 5,000 orang perisik sepertinya yang dilatih khusus dengan pelbagai bentuk disiplin ilmu. Dengan menggunakan nama “Muhammad”, Mr.Hampery menghabiskna masa muda dengan menyamar sebagai seorang muslim untuk menyelongkar Islam dan penganutnya dari dalam.  Beliau sanggup mengharungi segala pancaroba  sepanjang perantauannya di negeri orang demi sebuah nama. Dalam setiap misi, beliau berhadapan dengan pelbagai kerenah dan perangai umat Islam. Sebagai sokongan, pihak British turut menyedia sebuah buku berjodol “Bagaimana Engkau Menghancurkan Islam” sebagai garis panduan kepada para perisik termasuklah  Mr.Hampery sendiri. Dalam usahanya untuk memecah belahkan umat Islam, beliau telah memperalatkan  Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab dan syeikh Muhammad bin Saud bagi menjayakan segala perancangan jahat pihak British.

Harga buku ini ialah rm 12.00. Pada awalnya memo ini ditulis dalam bahasa Inggeris dan kemudiannya diterjemahkan beberapa kali dalam bahasa Arab. Demi menyebarkan maklumat ini kepada rakyat Malaysia, saya telah mengambil inisiatif menterjemahkannya ke dalam bahasa Melayu. Kepada sesiapa yang berminat untuk memiliki buku ini, sila hubungan Haji Hashim bin Haji Omar no. handphone 019-9589579.

PENGUMUMAN

                                                          

 

dsc007381Makluman kepada semua pengunjung setia blog ini, 

 

Saya dengan rasa penuh duka cita memaklumkan bahawa pengisian atau posting dalam blog ini terpaksa dihentikan sehinggalah dimaklumkan kemudian kelak atas sebab beberapa kesulitan peribadi yang tidak dapat dielakkan. Harap maaf….TERIMA KASIH.

 

RENUNGAN (9)

·                    Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah bersabda “Tuhan tidak menentukan hukuman bagi umatku terhadap apa yang tergerak di dadanya (kemahuan yang salah) selagi ia belum dikerjakan atau belum diucapkannya”.   

 

·                    Daripada Abdullah bin Amr r.a, Rasulullah bersabda “ada 40 jenis pemberian (hadiah). Yang paling tinggi diantaranya ialah pemberian kambing. Siapa yang melakukan salah satu daripadanya kerana mengharapkan pahala Allah dan mengakui segala janjiNya, Allah akan masukkan orang ke dalam syurga”.

 

 

·                    Daripada Anas r.a : AbdulRahman bin Auf dan Zubair mengadu tentang penyakit mereka kepada Nabi (disebabkan gatal kerana tuma). Lalu nabi membenarkan kedua-dua memakai sutera dan aku lihat mereka memakai sutera dalam peperangan”.

 

·                    Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah bersabda “ Sebelum berlaku kiamat, kamu (orang Islam) akan memerangi orang Turki yang sepet mata mereka, wajah mereka berwarna merah, hidung pesek seolah-olah muka mereka bagaikan perisai yang dipukul (dicanang). Dan sebelum kiamat juga kamu akan memerangi satu kaum yang mana sepatu mereka diperbuat daripada bulu”.

 

·                    Anas r.a berkata “ ketika Nabi berhasrat mengirim surat kepada Pembesar Rom, beliau diberitahu “mereka tidak mahu membaca surat melainkan kalau ada cop mohor (stempel). Lalu nabi menggunakan cincin peraknya sebagai stempel dan aku lihat putihnya perak itu ditangan beliau dan tertulis di atasnya Muhammad Rasulullah”. 

Usul undi tidak percaya terhadap Ahmad Said MB Terengganu

KEMAMAN: Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said hari ini berkata mana-mana Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) yang mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap beliau bakal berdepan tindakan disiplin termasuk dipecat.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas khabar angin yang mengatakan terdapat usul undi tidak percaya terhadap beliau akan dikemukakan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri selama tiga hari bermula Isnin ini yang akan dirasmikan oleh Yang Dipertua Majlis Pemangku Raja Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman.

Ahmad yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri serta ADUN Kijal berkata, mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap seorang Menteri Besar dalam persidangan dewan adalah satu perkara serius.

“Jika usul itu datang dari pihak pembangkang, kami di dalam kerajaan akan menolaknya. Jika ia dikemukakan oleh wakil BN, dia akan dipecat, itu biasalah.

“Kalau mendapat sokongan, bubar dewan itu sahaja. Kita terpaksa menerimanya kalau dia nak buat..apa nak kata,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Taman Rekreasi dan Mini Zoo Kemaman di Bukit Takal di sini hari ini.

Sementara itu, mengulas khabar angin bahawa akan berlaku perubahan beberapa jawatan Menteri Besar termasuk Terengganu di bawah pentadbiran Perdana Menteri baru Datuk Seri Najib Tun Razak, Ahmad berkata, beliau tidak mengetahui apa-apa tentang hal itu.

“Itu saya tidak tahulah….Terengganu kena tanya Tuankulah,” katanya. sambil menyelar pihak media yang disifatkannya sebagai suka mengembar-gemburkan isu yang tidak diketahui kesahihannya.

Sumber : BERNAMA

 

 

Datuk Ahmad Said, MB Terengganu.

Datuk Ahmad Said, MB Terengganu.

 

 

Towardsmardhatillah said: Usul undi tidak percaya kepada Datuk Ahmad Said sukar nak berjaya sebab di kalangan ahli-ahli UMNO masih ramai yang takut dipecat dan akan kehilangan periuk nasi walaupun mereka begitu tidak berpuashati dengan sikap MB berkenaan. Manakala dikalangan wakil rakyat PAS Terengganu pula sudah mulai berlembut dan ingin berkawan rapat dengan UMNO. 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

`Amal Jama`i (Pengertian dan Tuntutannya)

 

 

Cover depan buku `Amal Jama`i

Cover depan buku `Amal Jama`i

 

Setelah diamati buku berjodol `Amal Jama`i (Pengertian dan Tuntutannya) yang disusun oleh al-Syeikh Hj.Yahya Othman, saya dapati ia begitu sesuai sebagai tatapan peringatan  dan juga teks usrah dalam mana-mana halaqat Islamiyyah. Saya yakin ramai dikalangan ahli-ahli PAS yang memiliki buku ini tapi bukan semua yang memilikinya cenderung untuk membaca serta mengambil manafaat daripada segala isikandungannya. Ringkasnya, buku setebal 150 halaman lebih memokuskan ke arah keutuhan dalaman sesebuah jamaah Islam. Selama mana ahli-ahli PAS tidak membaca serta menghayati buku ini, maka selama itulah mereka tidak akan mampu menghayati perjuangan Islam berteraskan ideologi politik kepartian yang didamba oleh PAS. Mungkin gaya susunan bahasanya berbau keAraban sedikit tetapi inti patinya amat bernas sekali. Antara isikandungan yang paling menarik perhatian saya ialah  tajuk Cara-cara Memilih Pemimpin (hlm 113-119). Di bawah tajuk ini, al-Syeikh Yahya mengutarakan beberapa sifat, ciri dan akhlaq yang sepatutnya ada pada pemimpin harakah di setiap peringkat; (saya nyatakan secara ringkas)

i)                    Ikhlas kepada Allah dan benar-benar mahu keredaan dalam semua gerak gerinya.

ii)                   Fikiran yang cergas, bijaksana, pengalaman serta pengetahuan yang luas.

iii)                 Tenang, tidak pemarah, bertimbang rasa dan pengasih.

iv)                 Berani, bermaruah, tidak pengecut dan menyimpan rahsia.

v)                  Bercakap benar.

vi)                 Sifat tawadhu` dan merendah diri terhadap orang-orang mukmin.

vii)               Bersifat pemaaf, menyembunyikan kemarahan dan berbuat baik kepada pesalah.

viii)              Menunai janji.

ix)                 Sabar.

x)                  Bersih diri daripada kepentingan peribadi dan murah hati.

xi)                 Wara` dan zuhud.

xii)               Bersifat adil dan insaf.

xiii)              Menjaga batas-batas agama.

xiv)             Menjaga perpaduan jamaah.

xv)               Tegas dan bertawakkal kepada Allah.

xvi)             Bersederhana dan berpatutan dalam urusan.

xvii)            Tetap di atas kebenaran.

xviii)          Menjauhkan diri daripada berbangga dengan kejayaan dan tidak memuji diri.

xix)             Berwaspada. Sifat  ini untuk mengelakkan diri seseorang pemimpin daripada dua bahaya; iaitu  bahaya perasaan  kurang yakin dan bahaya perasaan terlalu yakin.

Sementara menanti  Muktamar Pas yang bakal muncul pada bulan jun kelak, alangkah baik sekali jika ahli-ahli PAS meluangkan sedikit masa sekurang-kurangnya 20 minit setiap hari untuk menghabis serta menghayati bacaan buku  ini. Mudah-mudahan ia akan memberi manafaat kepada setiap pejuang Islam berteraskan ideologi politik kepartian.

 

Abuya al-Syeikh Yahya Othman

Abuya al-Syeikh Yahya Othman

KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W

Lautan manusia wuquf di Arafah.

Lautan manusia wuquf di Arafah.

 

Disampaikan pada 9hb Zulhijjah 10H di Lembah Uranah, Bukit Arafah.

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu selepas ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikan ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini. Wahai manusia, seperti mana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang muslim sebagai amanah suci. kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.

Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba adalah dibatalkan mulai sekarang. Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak ke atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik, berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina. Wahai manusia, dengarlah kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ‘Ibadah haji’ sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap muslimin adalah saudara kepada muslimin yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lain kecuali dalam taqwa dan beramal soleh.

Ingatlah bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari nanti untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku. Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hambaMu..

Tunggu ‘pinangan’ UMNO

KOTA BAHARU 10 April – Anggota Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali menunggu ‘pinangan’ daripada pimpinan UMNO untuk membolehkan beliau kembali menyertai parti yang pernah dianggotainya sebelum dipecat tujuh tahun lepas.

“Saya tidak akan meminang UMNO, kecuali UMNO yang meminang saya. Hingga kini saya tidak ada ilham lagi (bila ia akan berlaku),” katanya kepada pemberita ketika ditanya kedudukannya sama ada mahu mengekalkan status sebagai satu-satunya anggota Parlimen Bebas atau ingin kembali semula kepada UMNO.

Bagaimanapun, beliau menegaskan tidak akan terburu-buru menerima pinangan itu, sekiranya ada, dan akan mempertimbangkannya terlebih dahulu.

“Saya akan timbang semasak-masaknya terlebih dahulu kerana sebarang keputusan yang dibuat secara tergopoh-gapah akan menyebabkan seseorang cepat jatuh,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan ke-7, Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) di sini hari ini.

Ibrahim, 57, digugurkan daripada jawatan Ketua UMNO Pasir Mas, pada 22 November 2003 dan kemudian digantung keanggotaannya seumur hidup dalam UMNO kerana bertanding sebagai calon Bebas pada pilihan raya umum ke-11, Mei 2004.

Beliau bagaimanapun tewas kepada calon Pas, Ismail Noh.

Beliau sebelum ini membayangkan akan membuat ‘satu kejutan’ terhadap senario politik dan menunggu bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad melakukannya terlebih dahulu.

Dr. Mahathir mengumumkan menyertai semula UMNO semasa perhimpunan Agung UMNO 2008, Mac lepas. – BERNAMA

Adat meminang dalam mana- mana kelompok masyarakat termasuk masyarakat Melayu, penyediaan keperluan yang mampu menyenangkan hati individu yang ingin dipinang perlu diutamakan. Pendek kata, apa saja yang disyaratkan mesti dipatuhi bagi menjamin upacara akad berdasarkan persetujuan kedua belah pihak akan mudah tercapai. Begitulah juga kisahnya dengan kenyataan Dato` Ibrahim Ali ini. Namun apakah sebenarnya syarat atau imbuhan yang diidamkan oleh beliau jika UMNO benar-benar berhasrat untuk melamarnya kembali setelah 7 tahun beliau berada dalam buangan??? Sudah pasti jumlah sebenar wang hantaran merupakan satu agenda sulit antara kedua-dua belah pihak. jika diteliti secara detail, langkah PAS menyerahkan kerusi Parlimen Pasir Mas adalah secara suka rela. Dengan kata lain, PAS memang berhasrat untuk menyerahkan kerusi Parlimen Pasir Mas kepada Dato` Ibrahim selaku calon bebas. Ini kerana dalam masa yang sama, penyerahan tersebut tidak diikat dengan sebarang perjanjian. Lantaran ini, desakan-desakan yang kedengaran sebelum ini agar bekas ahli UMNO berkenaan meletak jawatannya selaku ahli Parlimen kerana didakwa tidak bermaruah bertanding atas tiket bulan purnama tapi masih terus menghentam PAS adalah tindakan yang  tidak begitu bijak.   Jika benar Dato` Ibrahim berhasrat untuk lompat kembali masuk UMNO, maka itu adalah hak beliau kerana PAS juga pernah mengumumkan tidak pernah mengajak Dato` Ibrahim untuk menyertai PAS. Dalam masalah ini, sukar untuk dijelaskan secara terperinci siapakah sebenarnya yang lebih  tidak bermaruah ???  Adakah Dato` Ibrahim yang pernah dipecat dari UMNO dan sering melompat parti demi kepentingan diri sendiri?? Atau tindakan segelintir pemimpin PAS yang hanya ingin berkawan dengan Datuk Ibrahim dalam sessi pilihanraya umum 2008 saja??? Ataupun sikap sesetengah ahli-ahli UMNO yang masih tergila-gilakan Dato` Ibrahim dan begitu berharap agar ahli parlimen Pasir Mas ini masuk menyertai UMNO kembali??? Hanya mereka yang terlibat dalam masalah ini secara langsung saja mampu menjawab persoalan ini dengan tepat.

Non Muslims diharuskan membaca al-Quran.

 

gambar-al-quran

 

Sepanjang musim pilihanraya kecil Bukit Gantang, bacaan ayat al-Quran  oleh YB Nga Ko Ming dijadi isu politik oleh pihak Barisan Nasional. Situasi  ini turut mendesak Mufti Perak, Datuk Seri Dr.Harussani bersuara dengan menganggap tindakan YB Nga dan juga mana-mana golongan  non Muslim adalah tidak wajar sama sekali membaca al-Quran dan juga menghuraikan tafsirnya. Sebenarnya YB Nga Ko Ming hanya membaca terjemahan ayat dan kenyataan yang dibuat oleh Tuan Mufti ini adalah bersikap gopoh gapah dalam suasana musim pilihanraya. Malah jika Nga membaca kitab tafsir al-Quran pun tidak salah di sisi syarak dengan syarat beliau tidak mengambil kesempatan untuk memutarbelitkan fakta yang sebenar. Penetapan hukum atau fatwa secara gopoh gapah adalah tidak wajar sama sekali diterima pakai kerana ia bukanlah berdasarkan atas penilaian yang cukup teliti dari segi kemanafaatan dan juga kemudharatan. Lantaran ini, haram bagi seseorang mufti untuk mengeluarkan fatwa secara terburu-buru tanpa melakukan sebarang rujukan secara lebih terperinci.

 

Untuk huraian lanjut, beberapa hukum berkaitan dengan penggunaan al-Quran perlu dititik beratkan sebagai langkah menghormati kitab suci ini. Antaranya ialah hukum mengenai memegang al-Quran itu sendiri. Para ulama` Islam bersepakat mengatakan bahawa yang dinamakan mushaf al-Quran itu ialah; himpunan kalam Allah yang terdiri daripada 30 juzuk dan 114 surah.  Dalam surah al-Waqiah ayat 79, Allah Taala mengatakan “Tidak memegangnya (al-Quran) kecuali golongan mereka yang disucikan”. Mengupas potongan ayat ini, al-Syed Muhammad Ali al-Sabuni dalam kitab Tafsir Ayat al-Ahkam mengatakan, maksud kalimah al-Mutthoharun (golongan yang disucikan) membawa dua pengertian, iaitu pertama; golongan para malaikat  dan golongan keduanya ialah mereka yang bersih daripada  sebarang bentuk hadas besar dan kecil. Kupasan ini secara tidak langsung menjelaskan bahawa adalah haram menyentuh atau memegang al-Quran (kecuali kitab tafsir al-Quran dan kitab terjemah al-Quran diharuskan/dibenarkan) dalam situasi diri individu itu tidak suci. Al-Quran merupakan kitab Allah yang wajib diagungkan serta dihormati sepanjang masa. Meskipun begitu wujud juga dikalangan fuqaha yang mengharuskan memegang al-Quran tanpa wudhuk bagi mereka yang hanya berhadas kecil dengan tujuan untuk keadaan darurat demi menyelamatkan maruah al-Quran seperti mengangkat al-Quran yang terjatuh di lantai, untuk mengajar dan mempelajarinya. Manakala bagi golongan berhadas besar adalah diharam secara mutlak memegang kitab suci tersebut.Dalam situasi ini, golongan non muslims juga diharamkan memegang mushaf al-Quran kerana mereka tidak dapat mengangkat hadas besar dan juga hadas kecil dari diri mereka dengan mandi wajib dan berwudhuk. Mandi wajib dan berwudhuk merupakan ibadat yang hanya sah di sisi syarak setelah  mereka memeluk agama Islam.

 

Dalam sebuah mafhum hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Umar r.a “Rasulullah melarang membawa al-Quran dalam perjalanan ke negeri musuh”. Sebahagian ulama` berpendapat larangan ini ialah larangan makruh dan bukannya larangan haram. Malah larangan ini termansukh (terbatal)sama sekali jika syarat utamanya iaitu jaminan keamanan semasa berada di negeri tersebut  berkuatkuasa atau dengan kata lain; Kitab al-Quran tidak akan dihina dengan apa jua cara sekalipun oleh golongan non-muslims di negeri tersebut.

 

Adapun seseorang non-muslim yang membaca al-Quran hukumnya adalah harus sama ada bagi tujuan perubatan, pendidikan atau untuk mendedahkan tentang kebenaran al-Quran itu sendiri. Manakala hukum membaca ayat-ayat al-Quran dengan tujuan untuk memutar belitkan fakta kebenaran yang diajukan oleh al-Quran sama ada oleh golongan non muslims ataupun golongan yang mengaku diri mereka beragama Islam adalah haram secara mutlak. Malah tindakan buruk itu wajib ditentang.  Hukum harus membaca al-Quran ini adalah sejajar dan selaras dengan sifat –sifatnya al-Nur (cahaya), al-Mubin (Penerang) , al-Huda (Petunjuk), al-Rahmah (Rahmat) dan al-Syifa (Penawar) yang amat diperlukan dalam kehidupan jin dan manusia sejagat.  Lebih afdal (utama) jika non-muslim yang membaca ayat-ayat suci itu dimonitor oleh individu muslim yang arif tentang al-Quran supaya mereka tidak terpesong dari sudut pemahaman dan sebutan huruf serta baris bacaan agar maknanya tidak berubah. Jika kelas agama dan fardhu `ain dibuka kepada anak-anak orang Islam agar mereka tidak buta al-Quran mengapakah pula tidak dibukakan juga kelas agama dan al-Quran khusus kepada golongan non-muslims agar mereka memahami dengan lebih detail tentang Islam?   Fakta sejarah membuktikan, hati Umar al-Khattab terbuka untuk memeluk ajaran Islam selepas dia baca  perkataan “Thoha” pada permulaan surah Thoha dan beliau memahami ayat itu bukan rekaan atau susunan yang dibuat oleh manusia. Dari sudut etika dakwah, seseorang non muslim yang berhasrat memeluk  agama Islam wajib diberi kefahaman tentang syariah dan aqidah Islam secara mantap sebelum dia dibenarkan  mengucap dua kalimah syahadah terutama sekali bagi mereka yang menukar agama kerana ingin berkahwin dengan bangsa lain yang beragama Islam. Langkah tersebut bertujuan agar lafaz dua kalimah syahadah oleh individu berkenaan akan jadi lebih bermakna dan bukan hanya sekadar luahan lidah dan bibir tanpa memahami apakah erti menganut Islam itu sebenarnya.

Kabinet baru: Khairy tidak terpilih

By Leslie Lau Consultant Editor

 http://www.themalaysianinsider.com/

KUALA LUMPUR, April 9 — Datuk Seri Najib Razak announced his Cabinet of 28 ministers today, with many faces retained and Sabah emerging big winners with four members given senior portfolios. But despite the expectations otherwise, there were only a sprinkling of new faces with many members of Tun Abdullah Ahmad Badawi’s team retaining their jobs albeit with different ministries. The Cabinet was also marginally trimmed down even though a leaner Cabinet was expected. Among the ministers dropped were Datuk Azalina Aziz, Datuk Seri Syed Hamid Albar, Amirsham Aziz, Datuk Ong Ka Chuan and Tan Sri Muhammad Muhammad Taib. Tan Sri Muhyiddin Yassin, newly elected as Umno deputy president, was made deputy prime minister. Influential Sabah lawmaker Datuk Anifah Aman was the most prominent new member of the Cabinet and was given the plum Foreign Ministry portfolio. Datuk Shahrizat Abdul Jalil, as expected, returned to the Cabinet as the new women’s affairs minister, as did Gerakan president Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, who was made minister in the Prime Minister’s Department. Both of them will be appointed senators. Another new face in the Cabinet is Raja Nong Chik, who was appointed Federal Territories minister. Among the other prominent appointments were Muhyiddin as education minister and Najib himself remains the first finance minister. Datuk Husni Hanadzlah was made the second finance minister. Besides Anifah, the other four Sabah ministers are Tan Sri Bernard Dompok, Maximus Ongkili and Datuk Shafie Apdal. Datuk Hishammuddin Hussein, who was elected Umno vice-president, was made the home minister while another Umno V-P Datuk Zahid Hamidi will be the defence minister. Datuk Mustapa Mohamad was made the international trade and industry minister. As expected, Khairy Jamaluddin, who was recently elected Umno Youth chief, was not offered a Cabinet post. It was a major slap in the face for him as Datuk Mukhriz Mahathir, whom he beat in the party polls, was made a deputy minister as was his deputy Youth chief Razali Ibrahim. MCA also maintains its status quo of four ministers in the Cabinet with Datuk Kong Cho Ha as the new addition in place of Datuk Ong Ka Chuan.

towardsmardhatillah said: Gara-gara Tun Lah yang begitu inginkan isterinya Jeanne turut sama mendapat gelaran Tun mengakibatkan Khairy tidak ditawarkan langsung jawatan cabinet meskipun beliau kini adalah Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Malah penerimaan Datuk Mukhriz dalam senarai cabinet Najib demi menjaga hati Tun Mahathir sedikit sebanyak turut menyinggung hati menantu Tun Lah and Tun Jeanne ini. 

Mukhriz terpilih Khairy kecewa.

Mukhriz terpilih tapi Khairy kecewa.

Hari Mengundi di Bukit Gantang (Part 2)

Dato` Hj.Husam berdoa bersama para petugas di kg.Simpang, Changkat Jering.

Dato` Hj.Husam berdoa bersama para petugas PAS di kg.Simpang, Changkat Jering.

Nyanyian dan tarian mabuk oleh 2 orang perayu undi B.Nasional.

Nyanyian dan Tarian Mabuk oleh 2 orang perayu undi B.Nasional.

Tarian mabuk hanya senang dilakukan oleh mereka yang berotak lentuk macam ini.

Tarian Mabuk hanya senang dilakukan oleh mereka yang berotak lentuk macam ini.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.