Sekitar Kempen UMNO Dalam Pilihanraya Kecil Bukit Gantang

Ismail tempat mengadu masalah penduduk 

TAIPING 31 Mac – Biar pun baru menjadi calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Bukit Gantang, Ismail Saffian kini menjadi tempat mengadu masalah penduduk semasa lawatannya ke Kampung Baru Pulau Pasir Hitam, Trong dekat sini semalam.

Lebih 200 penduduk kampung itu berharap Ismail dapat membantu mereka mendapatkan bekalan elektrik dan air bersih seperti yang dinikmati di tempat-tempat lain kerana masalah ketiadaan kemudahan asas itu sudah berlarutan sekian lama.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) kampung itu, Lin Lau Leng, 68, berkata, masalah itu sudah banyak kali diajukan kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) tetapi rintihan mereka tidak dipedulikan.

”Pada masa ini, sebahagian penduduk mendapat bekalan elektrik dari generator yang dipasang di balai polis dan sebahagian lagi menggunakan generator sendiri tetapi kosnya sangat mahal sehingga mencecah RM300 sebulan setiap rumah.

”Kami cuma mahu bekalan elektrik seperti yang dinikmati orang lain. Itulah yang kami harapkan agar Ismail dapat membantu,” katanya.

Kampung berkenaan sudah wujud lebih 100 tahun dan didiami 100 peratus masyarakat Cina dan sumber pendapatan utama mereka ialah menangkap ikan di laut.

Kawasan tersebut terletak di lokasi terpencil yang mengambil masa hampir sejam dengan menaiki bot dari jeti Kuala Trong untuk sampai.

Seorang lagi penduduk, Oo Thin Hock, 54, berkata, penduduk di situ terpaksa bergantung kepada tadahan air hujan.

Katanya, sekiranya tiada hujan, penduduk kampung akan mendapatkan air sungai yang bersih dan selamat di minum yang terletak agak jauh dari kampung.

”Selama ini, kami sentiasa menyokong BN, jadi sudah sampai masanya BN mengambil berat masalah ini,” katanya yang turut meminta bantuan bot untuk keperluan penduduk berulang alik ke pekan Trong.

Sementara itu, Ismail berkata, masalah tersebut akan cuba diatasi dengan menggunakan kaedah terbaik agar penduduk kampung dapat hidup selesa.

Katanya, penduduk kampung berkenaan perlu dibantu kerana mereka juga berhak mendapat bekalan elektrik dan air bersih.

 

 Bukit Gantang berpotensi besar dimajukan

 

BUKIT GANTANG 31 Mac – Kawasan Parlimen Bukit Gantang berpotensi besar dimajukan sebagai kawasan pertanian yang berdaya saing di negara ini.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapa Mohamed berkata, ini kerana kawasan itu mempunyai pelbagai aktiviti pertanian seperti ternakan, tanaman dan perikanan.

“Bukit Gantang memang mempunyai potensi besar dalam bidang pertanian kerana ada aktiviti ternakan itik dan ayam kampung yang besar.

“Selain itu, terdapat lebih 3,000 nelayan dan golongan penanam sayur serta terkenal dengan hasil durian yang banyak. Jadi kawasan ini boleh dimajukan,” katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas merasmikan Bulan Veterinar 2009 peringkat negeri Perak di gelanggang futsal Bukit Gantang di sini hari ini.

Mustapa berkata, kerajaan akan terus berusaha membantu memasarkan hasil pertanian yang banyak di kawasan ini supaya pendapatan golongan petani meningkat.

Jelas beliau, usaha berkenaan akan lebih berkesan sebaik saja Terminal Makanan Negara (Teman) yang dibina di Simpang Pulai mula beroperasi awal tahun depan.

Pada masa sama, katanya, kementerian telah mengeluarkan Lesen Sampan Kelas A kepada kira-kira 400 nelayan kecil di kawasan ini supaya mereka dapat beroperasi secara sah.

Katanya, pengeluaran lesen berkenaan dibuat secara berterusan bermula Oktober tahun lepas dan bukan kerana adanya pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang.

Menurut beliau, jumlah pemilik lesen itu dijangka meningkat kepada 500 orang dalam tempoh terdekat sebaik saja Jabatan Perikanan Negeri selesai memproses permohonan yang dibuat.

“Setiap pemegang Lesen A berhak menerima pelbagai elaun daripada kerajaan seperti subsidi diesel dan insentif 10 sen bagi setiap kilogram ikan yang ditangkap.

“Inilah sebahagian usaha kerajaan membantu rakyat khususnya di Parlimen Bukit Gantang supaya petani dan nelayan dapat meningkatkan taraf hidup,” katanya. 

Dipetik dari http://www.utusan.com.my/  bertarikh 1hb.April 2009.

Ismail Saffian

Ismail Saffian

Dua petikan berita di atas ini berkisar sekitar kempen pilihanraya kecil  P. 59 Bukit Gantang. Petikan berita pertama mengisahkan tentang  keluhan penduduk kampung yang tidak dapat mengecapi bekalan eletrik daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) meskipun kampung Baru Pulau Pasir Hitam. Sungguh memalukan !!! Apakah penduduk tempatan tersebut terpaksa merayu-rayu untuk mendapatkan hak mereka sedangkan mereka semua juga turut membayar cukai pendapat kepada kerajaan Pusat?? Sudah lebih separuh abad kerajaan Barisan Nasional mentadbir negeri Perak, mengapa baru sekarang timbul ura-ura untuk memulihkan kepincangan itu? Kampung itu sudah wujud sejak 100 tahun yang lalu. Pihak kerajaan pusat patut sedar dan memaklumkan kepada rakyat bahawa tugas kerajaan ialah membangunkan jiwa (spiritual) serta  ekonomi rakyat  dalam apa jua situasi sekalipun. Masalah pembangunan rakyat bukan merupakan isu yang perlu digembar-gembur dalam musim pilihanraya untuk meraih undi semata-mata. Kalau Ismail Saffian kalah sekalipun dalam pertandingan ini, memang sudah menjadi tanggungjawab serta bidang kuasa kerajaan pusat untuk membangunkan kawasan berkenaan.

 

Dato` Mustapa Mohamad

Dato` Mustapa Mohamad

Manakala petikan berita kedua pula mengisahkan tentang lamunan seorang Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato` Mustapa Mohammed. Sebenarnya semua rakyat di kawasan tersebut sudah lama sedar dan yakin bahawa lokasi mereka amat berprestij sebagai lokasi perniagaan hasil pertanian. Amat diharapkan lamunan beliau akan direalisasikan kelak walau siapa sekalipun yang bakal jadi ahli parlimen Bukit Gantang kelak.  

 

Datuk Seri ir.Mohammad Nizar Jamaluddin

Datuk Seri ir.Mohammad Nizar Jamaluddin

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: