Archive for April 6th, 2009

Berjalan Makan Angin (Part 2)

 

Dr.Khairuddin

Dr.Khairuddin

Lebih kurang pukul 10:30 pagi 3hb. April 2009, kami dua beranak menuju ke rumah Dr.Khairuddin di belakang Hospital Perdana Kota Bharu untuk menjemput beliau menyertai kami ke Bukit Gantang, Perak. Sesampai di Bukit Bunga di Jeli, kami berhenti untuk minum air di salah sebuah restoran di situ. Tidak berapa lama kemudian, Razak Abbas atau lebih dikenali dengan panggilan Abe Jak Rantau Panjang muncul dengan beberapa orang pengiringnya. Mereka semua dalam perjalanan ke Bukit Selambau. Selepas selesai minum, kami berpisah membawa haluan masing-masing. Dalam perjalanan, kami bergilir-gilir memandu Hi-Lux D40. Melalui Grik, kami bertiga terus menuju ke kawasan parlimen Bukit Gantang dan sampai di Kuala Sepetang lebih kurang pukul 5:30 petang. Kawasan parlimen ini terdiri daripada tiga DUN, iaitu DUN Trong, Changkat Jering dan Kuala Sepetang. Inilah kali pertama saya sampai di Kuala Sepetang. Kami mengambil keputusan untuk bermalam di Bilik Gerakan kaum TiongHwa, di Unit Peti Undi Kuala Sepetang. Di unit ini, ahli-ahli PAS kawasan Kota Lama, Kelantan ditugaskan untuk menyelenggara segala agenda-agenda pilihanraya bagi memastikan PAS mendapat undi selesa daripada majoriti penduduk Kuala Sepetang yang berbangsa Cina. Selepas menunaikan solat zohor dan asar secara jama` -qasar, kami mula merayau dengan Hi-Lux mencari restoran untuk mengalas perut kami yang lapar.

Sebagai makluman, kawasan parlimen Bukit Gantang tersohor dengan restoran hidangan mee udang seperti restoran mee udang Pak Hashim, restoran mee udang Mak Jah di Kuala Sepetang dan restoran mee udang Zetty di Changkat Jering. Hidangan ini berharga sekitar rm 6.00 hingga rm 12.00 sepinggan.  Dr.Khairuddin memilih restoran Pak Hashim mee udang. Hidangan mee udang yang paling minimum harganya ialah rm 6.00 sepinggan dengan jumlah 6 ekor udang.  Semasa sedang menikmati mee udang, kami menerima panggilan daripada Pak Bakaq Si Penarik Beca yang sedang dalam perjalanan ke tempat kami makan. Tidak lama kemudian dia muncul bersama Wan Joe Tumpat dan anak lelakinya serta seorang lelaki Kelantan yang sudah lama menetap di Ipoh, Perak. Saya yakin mereka semua ini adalah penyokong setia PAS. Semasa bersama di meja, semua telinga yang ada asyik menumpu kepada cerita Wan Joe yang tidak puas hati dengan sikap blogger Sayuti Omar MSO yang pernah memperlekeh dan mempermainkan beliau. “Sayuti anggap diri saya ni murah. Hanya memadai dengan secawan teh, Wan Joe sanggup buka segala rahsia yang tersimpan” keluh Wan Joe Tumpat semasa bercerita. Memang tidak patut betul tindakan Sayuti ini. Ketika mendengar cerita Wan Joe, saya merasakan diri saya bagaikan seorang konstabel polis yang menunggu  sebarang bentuk aduan orang awam di kaunter aduan di balai polis. Selesai saja makan dan berborak panjang, semua yang berada semeja terpaksa berpisah membawa haluan masing-masing untuk berada di lokasi tugasan yang telah ditetapkan.
Mee Udang dengan harga rm 6.00

Mee udang dengan harga rm 6.00

 

Abg W.Joe dan Pak Bakaq (baju hijau)

Abg W.Joe dan Pak Bakaq (baju hijau)

 

 

 

 

 

 

 

 

Kami bertiga kembali semula ke Bilik Gerakan Peti Undi Kuala Sepetang untuk bermalam. Keesokan pagi, kami bergerak semula untuk meninjau beberapa lokasi dalam kawasan parlimen ini. Sepanjang pengamatan saya, semua aktiviti UMNO pada pagi 4hb.April 2009 tertumpu kepada acara sambutan hari keluarga yang terdiri dari beberapa acara sukan untuk kanak-kanak dan para ibubapa. Manakala pada waktu tengahari hingga ke petang pula, aktiviti UMNO lebih cenderung untuk mengadakan jamuan makan terbuka sementara Putera dan Puteri UMNO pula bergerak menyusuli kampung-kampung terdekat untuk merayu undi.  Di Changkat Jering, kami sempat meninjau bilik gerakan bebas penyokong Barisan Nasional yang diterajui oleh ADUN yang melompat parti, Osman Zailu. Petugas di bilik gerakan bebas ini turut memberikan saya 5 keping VCD propanganda bertujuan melenyek identiti Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kami kemudiannya menerima panggilan daripada Dato Wan Abdul Rahim dan ADUN Bukit Tuku yang berhasrat untuk belanja kami makan tengahari di salah sebuah restoran di Bukit Gantang. Selepas makan, kami menuju ke kampung Bendang Siam di mana para petugas PAS kawasan Ketereh dijadualkan bertugas. Sesampai di sini, saya terus berwudhuk untuk solat zohor dan asar secara jama qasar di tingkat atas bangunan PASTI.  

 

YB Ustaz Wan Smail

YB Ustaz Wan Smail

Selesai saja solat, saya terlihat ADUN Melor, Ustaz Wan Smail sedang menadah tangan berdoa sambil matanya terkebil-kebil dan saya terus menuju ke tingkat bawah untuk bersama Dr. Khairuddin. Rupa-rupanya Dato` Nik Mohd.Amar pun ada juga di sini. Bukan mudah nak jumpa semua wakil-wakil rakyat ini dalam tempoh satu hari kalau bukan melalui satu perancangan yang teliti. Saya terus menghulur tangan untuk bersalam dengan beliau yang sedang tersengeh-sengeh ketika itu. Tidak lama kemudian Ustaz Wan Smail pun turut dari tingkat atas dan terus duduk bersebelah dengan abah saya. Macam-macam tajuk yang diperbualkan oleh mereka kecuali tajuk poligami yang mungkin akan membuat ADUN Melor ini merasa senak perut. Saya cuma mengambil sikap berkecuali dan hanya membaca akhbar sepanjang sessi perbualan mereka semua. Tidak lama kemudian Dato` Nik Mohd.Amar meminta diri untuk pulang ke Kelantan kerana ada beberapa urusan yang perlu diselesaikan. Sesudah itu, Dr.Khairuddin dan abah saya mengajak Abe Him Ketereh (KRISS) untuk berbincang beberapa perkara di kedai kopi. Semasa tengah berbincang, Wan Joe dan dua orang pengiringnya (salah seorang daripada mereka adalah anak lelakinya) sampai ke tempat kami. Selesai berbincang,  kami bertiga terus bertolak kembali  semula Kelantan dan sampai di Kota Bharu lebih kurang pada pukul 1:00 pagi.

Tun Lah and Tun Jeanne macam Tom and Jerry

Tun Lah and Tun Jeanne

Tun Lah and Tun Jeanne

Selepas meninggalkan jawatan Presiden UMNO, Pak Lah dijangka akan hanya menuntut menantunya, Khairy agar berada dalam barisan cabinet Najib yang baru sebagai imbuhan. Namun selepas berundur daripada jawatan Perdana Menteri, rupa-rupa ada lagi tuntutan Pak Lah yang dianggap memeranjatkan dunia politik tanahair, iaitu gelaran Tun kepada beliau dan isteri. Jika ditinjau zaman Perdana Menteri Malaysia pertama hinggalah pada zaman Perdana Menteri Malaysia yang keempat, gelaran Tun hanya dikurniakan kepada mereka dan bukan kepada isteri-isteri mereka. Berbeza dengan Perdana Menteri Malaysia kelima yang terpaksa letak jawatan awal kerana desakan dalaman parti yang turut menuntut kurniaan gelaran Tun kepada isterinya, Jeanne Abdullah. Sekarang kedua-duanya dah jadi orang besar dengan gelaran Tun dan kedua-duanya mula rasa berkuasa untuk nak buat itu dan ini. Bukan main gah dan bergaya lagi Tun Lah and Tun Jeanne dengan anugerah tittle kebesaran itu umpama Tom and Jerry.

 

Naik toncanglah Tun Jeanne sekali ini dan Tun Lah kena berhati-hati semasa berada di rumah kerana Tun Lah itu adalah Tom dan Tun Jeanne pula jadi Jerry. Kedua-dua pihak tidak pernah mahu mengalah dalam apa jua situasi sekalipun.