Ucapan Ta`ziah Buat Keluarga Ustaz Salahuddin

 

ustaz Salahuddin Abdullah

Ustaz Salahuddin Abdullah

Pada petang 4hb.April ketika  dalam perjalanan balik ke Kota Bharu, kita dikejutkan dengan panggilan telefon daripada Ustaz Salahuddin Abdullah yang mengumumkan berita tentang kematian anak lelakinya, Asim.  Ustaz Salahuddin merupakan bekas salah seorang Exco kerajaan Negeri Kelantan pada zaman Allahyarham Tan Seri Mohd.Asri bin Hj.Muda menjadi Menteri Besar Kelantan setelah beliau memenangi kerusi N.12 Kubang Kerian pada tahun 1974.  Kini tokoh ini lebih menumpu sepenuh masa dalam sektor penulisan buku dan penterjemahan kitab.

Jenazah anakandanya di bawa balik dari Kuala Lumpur ke Kelantan untuk dikebumikan di sebelah pusara ibundanya di Tanah Perkuburan Muttaqin berhampiran rumah mereka di Jalan Yaakubiyyah pada keesokan hari, 5hb.April. Mengikut laporan doktor, Allahyarham yang bertugas sebagai engineer pembangunan di salah sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur meninggal dunia disebabkan ketumbuhan di hatinya. Saya sempat menunai solat jenazah secara berjamaah pada pagi itu.   Sekitar pukul 11:00 pagi, kami semua menyusul jenazah ke tanah perkuburan tersebut sebagai tanda penghormatan terakhir untuk Allahyarham. Al-Fatihah….

 

Allahyarham Asim disemadikan

Allahyarham Asim disemadikan

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: