Kemantapan Sebuah Organisasi

Jika inginkan sebuah rumah selesa yang dapat disiapkan dalam tempoh yang munasabah, sekumpulan tukang rumah yang mahir dalam pelbagai sudut pembinaan seperti tukang gaul simen, tukang ikat batu-bata sebagai dinding, tukang cat dan sebagainya diperlukan. Begitu juga jika inginkan system perkhidmatan kesihatan yang cekap dan pantas mengikut keperluan pelanggan, sesebuah hospital perlu terdiri daripada para jururawat dan para doctor pakar seperti pakar mata, pakar telinga, mulut dan hidung, pakar jantung pakar bedah dan sebagainya dalam segenap bidang kesihatan dan penyakit yang ada kaitan dengan tubuh manusia. Kewujudan rumpun atau kumpulan yang disertai oleh mereka yang pakar dalam bidang-bidang tertentu serta sikap bertanggungjawab dengan karier masing-masing adalah factor utama dalam menentukan kejayaan dan kemantapan sesebuah organisasi.

 

Sesebuah rumah tidak akan berjaya disiapkan dalam tempoh masa yang diimpikan jika semua tukang-tukang yang berhimpun atau berkumpul di bawah seorang kontraktor adalah tukang gaul simen sahaja. Sesebuah hospital akan menjadi huru-hara jika semua staff yang terpilih untuk bertugas disitu terdiri daripada para jururawat sahaja tanpa disertai oleh doktor-doktor pakar dalam pelbagai bidang penyakit dan kesihatan. Oleh itu, kepelbagaian individu dengan kepandaian masing-masing perlu dihimpun dan disatukan agar mereka semua dapat saling mencurahkan idea-idea serta tenaga bagi menyelesaikan setiap tugasan secara berjamaah (berkumpulan) dalam struktur sesebuah organisasi. Dengan kata lain, sesebuah organisasi perlukan perbincangan sesama mereka berkenaaan yang sememangnya terpilih memikirkan tentang tugasan yang dihadapi untuk diselesaikan secara muafakat. Sesebuah organisasi akan ranap dalam jangka masa singkat jika semua keahlian ataupun keanggotaan ahli-ahli mesyuarat terdiri daripada mereka yang hanya tahu dalam  menguasai satu bidang sahaja. Begitu jugalah dalam struktur pentadbiran politik. Rumpunan atau kumpulan yang terdiri daripada berbagai pakar dalam bidang-bidang yang berkaitan dengan sosiologi dan politik yang berasaskan syariah dan aqidah Islam adalah amat diperlukan bagi menjamin keutuhan serta kemantapan sesebuah organisasi. Menyentuh permasalahan ini, peranan intelektual dan golongan ulama` sering dibangkit oleh sesetengah masyarakat yang mengutamakan kesempurnaan dalam segenap aspek. Malangnya masih ramai dikalangan mereka yang masih kabur tentang peranan ulama` dan sering mengagung-agungkan kelompok tersebut. Ada dikalangan mereka yang sentiasa membezakan antara status ulama’ dan juga intelektual  dengan mengkatogarikan mereka semua dari segi pemakaian seperti berserban, berbaju melayu atau jubah dan berjanggut lebat tanpa meletakkan kepentingan ilmiah sebagai kayu pengukur.

Ulama’ zaman silam ialah golongan intelektual yang cintakan kepelbagaian ilmu dan sentiasa berusaha menambahkan keilmuan masing-masing bagi menguasai dan berusaha menyatukan kehidupan dunia dan akhirat. Semua cabang ilmu yang mereka kuasai akan dikaitan dengan kehidupan yang berteraskan aqidah dan syariat Islam yang suci. Jika mereka berpegang dengan kitab fiqh, maka setiap permasalahan fiqh adalah merupakan item yang fleksible dalam setiap kehidupan mereka. Namun pada masa kini- iaitu selepas kedatangan pihak British yang memporak perandakan pemikiran umat Islam; definisi ulama’ ialah golongan yang disegani ramai serta tahu serba sedikit tentang hal-ehwal agama Islam dan perlu muncul dengan berserban dan berjubah ataupun berbaju Melayu serta berjanggut. Jika mereka memperkatakan tentang fiqh, sudah pasti fiqh yang dipegang itu adalah tidak fleksible dan tidak bersesuaian dengan perubahan masa, tempat dan situasi. Manakala golongan intelektual pula adalah sama dengan status masyarakat  bawahan yang lazimnya tidak  berserban dan juga berjubah mengikut fahaman mereka. Inilah bentuk kefahaman tentang status ulama’ dan intelektual yang berlegar dalam pemikiran sesetengah manusia masa kini .

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: