Bertanggungjawab dan berkemampuan melaksanakan tugas.

Pekerjaan asas manusia sejak kehadiran Nabi Adam a.s dan isterinya, Siti Hawa sebagai pelopor kehidupan manusia di muka bumi ialah pertanian (termasuklah juga peternakan). Pekerjaan ini dilakukan semata-mata untuk manusia terus dapat hidup bertenaga untuk melakukan berbagai aktiviti-aktiviti lain seperti beribadat, mengembara dari satu tempat ke satu tempat  dan senaman yang bersesuaian dengan keinginan masing-masing. Sebelum kewujudan penggunaan mata wang, system barter (penukaran barangan) diamalkan bagi memenuhi keperluan pihak-pihak terbabit secara redha.  Seseorang yang memelihara kambing adakala berkeinginan untuk makan sayur-sayuran. Untuk itu, individu terbabit perlu menyerahkan kambingnya kepada si pekebun sayur untuk menikmati hasil tanaman itu. Begitu juga sebaliknya. Setelah dunia semakin berkembang dengan kemunculan pelbagai teknologi perindustrian dan perkilangan sector pekerjaan manusia lebih tertumpu kepada usaha-usaha mengumpul wang sama ada untuk membeli keperluan ataupun sebagai simpanan yang bakal digunakan ketika dalam kesusahan.

Walau apapun pekerjaan atau jawatan yang disandang oleh seseorang individu, sifat bertanggungjawab dan berkemampuan wajib diutamakan. Kedua-dua items ini perlu disertai dengan ketekunan serta keikhlasan yang jitu dalam setiap perlaksanaannya. Jika ada kemampuan tetapi tidak ada sifat bertanggungjawab, maka kesempurnaan dalam menguruskan pekerjaan atau jawatan yang dijawat itu akan terabai begitu saja. Begitu juga sebaliknya. Ketiadaan kemampuan untuk memegang jawatan adalah berpunca daripada desakan keperluan yang melonjak-lonjak meskipun seseorang itu tersohor dengan sikap bertanggungjawab akan meletakkan dirinya berada dalam situasi yang tidak selaras dengan kemahuannya. Lantaran ini, ramai manusia masa kini sanggup mempertaruhkan apa saja yang difikirkan perlu bagi mencapai apa yang dihajati hinggakan ada dikalangan mereka yang sanggup mempertaruhkan apa yang dimiliki demi meraih wang ataupun pendapatan yang lebih lumayan. Sebagai contoh; ramai dikalangan manusia yang ingin menjawat jawatan dalam sector politik seperti jawatan wakil rakyat ataupun senator semata-mata kerana berkeinginan untuk bergaji atau berpendapatan besar semata-mata sedangkan diri mereka tidak berkemampuan dan tidak memiliki sifat bertanggungjawab. Begitu juga dengan jawatan-jawatan lain. Ketiadaan kedua-dua items ini secara tidak langsung akan mendorong individu terbabit untuk terus berjawatan tanpa menunaikan beberapa kewajiban yang perlu diselesaikan secara tulus dan amanah.

One response to this post.

  1. Posted by manishabasha on 3 May 2009 at 11:59 pm

    Kerja Bodoh Nik Abduh dan Kerja Jahat Pembantu Presiden

    Siapa dak baca tulisan sensasi anak Nik Aziz, tapi sayang tak lebih dari menepuk air di dulang, muka sendiri jugak yang kuyup.

    Dulu orang dak bercakap pasal kereta CRVnya, pasal dia makan gaji buta dok jadi ahli majlis MPKB dan komisyen balak, hari ini semua dah habis dicerita orang.

    Nik Abduh dah pusing lalat. Bukan kerana banyak bersembunyi kat Kedai Lalat (Tak jauh dah dengan rumahnya), tetapi pening lalat pasal bau busuk jadi banyak lalat dok mari.

    Nik Abduh buat pendedahan waktu Tuan Guru Nik Aziz mengerjakan umrah menunjukkan dia ada agenda busuk.

    Terus terang, orang dah tahu Nik Abduh nak tunjuk hero belasah Husam. Dulu Nik Abduh halau Husam dari Kijang dalam Pengkalan Chepa. Hari ini Nik Abduh dengan sokongan moral pembantu Presiden di Selangor dan Terengganu nak bunuh karier politik Husam lak.

    Kenapa ya?

    (Baca seterusnya di http://kisahbenar.wordpress.com)

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: